Anda di halaman 1dari 1

Rintihan Cinta

Aku tahu Engkau Tuhanku Adalah Cinta Agung Aku pun mahu mencintai Mu Aku tahu mencintai Mu amat perlu Ia kemuncak daripada segala kebahagiaan Aku berusaha ke arah itu Tapi cintaku pada Mu Tuhan selalu terganggu Banyak yang datang mengganggu Nafsuku dan syaitan terkutuk Dunia mempesona menggamit selalu Di waktu itu lupa kepada Mu Cintaku jauh sekali Sekali sekala datang juga Walaupun sedikit terasa indahnya Kemudian lupa lagi Adakalanya lupa ku pada Mu berpanjangan sekali Kemudian sekali sekala sedar kembali Engkau Cinta Agung Engkau patut dicintai selepas itu ku lupa lagi Begitu cintaku kepada Mu Tuhan Dengan kelalaian silih berganti oh Tuhan Dengan hati yang sedih ini Tolonglah aku dengan Rahmat Mu Bantulah aku mencintaimu Agar cinta yang palsu terbunuh sendiri Itulah harapanku padamu

Anda mungkin juga menyukai