Anda di halaman 1dari 38

Abd Rahim B Agus Ellychia Ason Farahatun Nailah Bt Mansor Anyline Bt Luntak John Hill Anak Harip

Suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuaan. Akta Pendidikan 1996

DEFINISI KURIKULUM
Kerr J.K. (1968) Kurikulum sebagai semua pelajaran yang dirancangkan dan dibimbing oleh sekolah, sama ada dilaksanakan secara individu atau kelompok, baik mahupun di luar sekolah.

DEFINISI KURIKULUM
Dillard & Laidig (1998) Kurikulum seharusnya mempunyai matlamat awalan untuk dicapai, isi kandungan, proses dan pengalaman yang dipilih untuk memudahkan pembelajaran. Tahap tanggungjawab yang perlu di ambil oleh guru dan pelajar untuk pembelajaran; bagaimana dan dimana kurikulum dilaksanakan.

DEFINISI KURIKULUM
Doll.R (1996) Isi kandungan dan proses formal dan tidak formal yang mana pelajar memperolehi ilmu dan kefahaman, mengembangkan kemahiran dan mengubah sikap serta menghargai dan mempelajari nilai-nilai murni di sekolah

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBENTUKAN KURIKULUM

1. Pertimbangan kehendak dan Keperluan murid


Keperluan asas seperti keselamatan, kasih sayang, bermasyarakat sosial. Kurikulum yang dibentuk seharusnya dapat memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi memenuhi keperluan dan kehendak murid.

2. Kehendak dan keperluan Negara


Mengandungi unsur-unsur kebudayaan masyarakat, menyumbang tenaga sejajar dengan cita-cita negara. Kurikulum dibentuk berdasarkan keperluan negara.

3. Kehendak sarwa sejagat


Kurikulum yang ideal ialah membolehkan sifat-sifat murid dipupuk ke arah persefahaman dan semangat kerjasama antarabangsa Contohnya : Menghormati hak-hak individu dan kedaulatan negara

4. Pendapat Atan Long (1984)


Akademik berasaskan pemerolehan ilmu pengetahuan melalui penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira. Jasmani berasaskan latihan fizikal untuk membolehkan murid dapat hidup dengan selesa dan sihat

Kerohanian yang berasaskan usaha membantu murid memperolehi pendidikan untuk memahami erti kehidupan yang sempurna. Kemasyarakatan yang berasaskan pembentukan kemahiran sosial di kalangan murid supaya mereka dapat berkomunikasi berinteraksi secara positif.

Vokasional yang berasaskan penguasaan kemahiran bekerja bersesuaian dengan keperluan tenaga rakyat untuk pembangunan negara.

1. Agen Perubahan Mempunyai wawasan dan falsafah pembangunan sosial yang progresif dapat membawa reformasi sosial dan moden kearah mewujudkan masyarakat madani.

2. Prospek baru Menawarkan prospek dalam menangani pembangunan sumber manusia. 3. Progresif, dinamik dan seimbang Seimbang daripada segi akademik dan bukan akademik, ilmu pengetahuan teori dan aplikasi dalam kehidupan, fleksibel mengikut kebolehan pelajar.

4. Berkualiti pendidikan Lebih mengutamakan P&P. 5. Pendemokrasian dan ekuiti Sebagai alat pembentukan keadilan sosial dan ekualiti bagi kaum. 6. Patriotisme Mengukuhkan nilai-nilai kewarganegaraan.

7. Kreatif Bagaimana mencernakan kreativiti dan daya cipta, inovasi dan imaginasi bagi mengembangkan potensi para belia. 8. Sains dan teknologi Merealisasikan matlamat perindustrian. 9. Globalisasi Kemahiran mengendali, memilih serta menggunakan maklumat secara efisien dan bijak.

10. Agama dan akhlak Wadah pembangunan insan.

11. Kemahiran boleh guna Memberi ruang memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran-kemahiran yang bervariasi.
12. Membentuk sasiah Pembentukan imej kendiri yang terpuji dan personaliti yang baik. 13. Pendidikan berterusan Bagi membekalkan pengetahuan seumur hidup kepada semua pelajar atau semua individu.

(Mok Soon Sang)

Jenkins D dan Shipman M.D, dalam buku Curriculum : An Introduction (1976), menghuraikan model proses kurikulum yang dikembangkan oleh Wheeler sangat berguna untuk mereka-bentuk suatu kurikulum yang baru.

Model Proses Kurikulum Wheeler merangkumi lima (5) komponen yang utama :
Tujuan, matlamat dan objektif pembelajaran. Pemilihan pengalaman pembelajaran. Pemilihan isi atau kandungan. Organisasi dan integrasi Pengalaman, Pembelajaran dan Kandungan. Penilaian.

Dalam buku Developing A Curriculum (1978), A. Nicholls dan SH. Nicholls menyenaraikan lima langkah pelaksanaan sesuatu kurikulum sekolah.

1.

Tujuan pendidikan yang merangkumi matlamat-matlamat pendidikan dan objektif pelajaran.

2. Pembentukan kaedah dan bahasa yang merangkumi reka bentuk kurikulum, isi kandungan kurikulum, topik-topik terkandung dalam setiap mata pelajaran, bahan-bahan pelajaran dan strategi pengajaran-pembelajaran.

Sambungan.
3. Pelaksanaan yang merangkumi pentafsiran hasil penilaian dan pengubahsuaian 4. Penilaian semasa peringkat percubaan dan pelaksanaan. 5. Maklum balas yang merangkumi pentafsiran hasil penilaian dan pengubahsuaian.

Kurikulum sebagai Satu Proses


Penentuan Objektif
Pemilihan Kandungan/ pengalaman

Penilaian

Penentuan Kaedah

Objektif dan matlamat ditentukan oleh Kementerian khususnya oleh Pusat Perkembangan Kurikulum: Penyataan misi Pendidikan Negara Objektif yang hendak dicapai dalam KBSR Objektif yang hendak dicapai oleh KBSM Pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Objektif2 program2 baru yang diperkenalkan oleh pihak kementerian dari semasa ke semasa seperti sekolah bestari inovasi dalam pengajaran dan sebagainya.

Perlu memahami dengan jelas dan tahu untuk menentukan objektif pengajaran yang dirancangan Kriteria menentukan objektif : Relevan Kesesuaian Kebolehan pencapaian.

Menurut taksonomi Bloom, objektif perlu merangkumi tiga aspek utama iaitu : Nilai (afektif) Ilmu pengetahuan (kognitif) Kemahiran (psikomotor)

Peringkat makro
Perlu mengetahui sukatan pengajaran yang ditetapkan dan pemilihan buku teks oleh pihak kementerian.

Perlu memastikan dokumen adalah benar.

Perlu mempunyai kemahiran yang menyeluruh dalam memilih isi pelajaran dan menyusunnya sesuai dengan keadaan kelas serta pelajar yang berbeza-beza.

Kandungan yang perlu dikuasai adalah: Unsur kesahihan Dekat kepada yang jauh Senang kepada susah. Berdasarkan susunan kronologi Dalam bentuk bersepadu dengan KBSM Berdasarkan kepentingan konsep ataupun fakta Dari perkara yang sebenar kepada perkara yang abstrak Memenuhi keperluan mencapai objektif pengajaran yang ditetapkan.

Antara sumber rujukan adalah seperti:


Jurnal Majalah Buku teks Kertas seminar Huraian sukatan pelajaran Akhbar Teknologi maklumat seperti internet.

Guru yang melaksanakan kurikulum perlu bijak memilih kaedah yang sesuai
Tahu melaksanakan kaedah tersebut dalam pengajaran.

Antara kaedah yang dicadangkan adalah :


Kuiz Inkuiri Hafalan Tutorial Menyoal Syarahan Demonstrasi Deklamasi sajak Laporan Simulasi Penjelajahan Buku teks Temu duga Perbahasan Perbincangan Kerja kumpulan Main peranan (role play) Belajar melalui bermain.

Peringkat Makro (peringkat tinggi/ national) Guru perlu mengetahui bentuk-bentuk penilaian yang dijalankan di peringkat kebangsaan daripada segi kehendak dan format peperiksaan, prasyarat yang perlu dipenuhi oleh calon bagi menduduki peperiksaan, penggredan dalam peperiksaan.

Peringkat Mikro (peringkat sekolah/ bilik darjah) Objektif Penilaian dijalankan : Ada unsur-unsur memotivasikan pelajar

Supaya guru dapat memperbaiki strategi


Supaya guru dapat maklum balas berkenaan keberkesanan pengajaran

Sambungan
Supaya guru dapat menimbang semula objektifnya serta memilih kandungan pelajaran dan kaedah yang digunakan. Merancang aktiviti susulan yang sesuai seperti mengadakan pemulihan kepada pelajar lemah dan program pengayaan kepada pelajar yang cemerlang

Guru perlu mengetahui :


teknik-teknik dalam proses pengajaran Instrumen yang boleh digunakan bagi menilai pencapaian pelajar Menyediakan laporan prestasi pelajar Menyediakan rujukan pencapaian pelajar berasaskan keputusan penilaian guru.

RUJUKAN
Saayah Abu.(2009). Menjadi Guru Tadika. PTS Profesional. Selangor. Mok Soon Sang. (2010). Falsafah Pendidikan, Kurikulum dan Profesionalisme Keguruan. Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd. Selangor.

Anda mungkin juga menyukai