Anda di halaman 1dari 3

TEKS WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS 2013 Yang di muliakan Kaunselor PPD Besut, Hj Muhammad b Mat Ali, Yang di hormati

Pengetua SeMAI , Tn Hj Jusoh b Mat, Yang Berusaha Guru Penolong Kanan 1, Pn Hjjh Zawiah bt Salleh, Guru Penolong Kanan HEM, Pn Hjjh Faridah bt Yussof, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, En. Roslan b. Muda, Guru-guru Pemimpin Pengawas, Guru-guru wacana kegemilangan, Barisan Pengawas,Tonggak Kecemerlangan Aspirasi Kepimpinan, Seterusnya para pelajar warga SeMAI sekalian. Awal Bismillah pembuka bicara,selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W dan juga kaum kerabat baginda,serta para sahabat dan juga anbiya. Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat ilahi ,kerana diatas limpahan taufik dan perlindungannya ,maka dapatlah kita berkumpul di pagi yang penuh indah ini, bersamaan tanggalnya 6 Februari 2013, bagi menjayakan Majlis Perlantikan & Penyerahan Watikah Pengawas pada tahun ini. Guru-guru dan pelajar sekalian, Bagi memulakan acara pada pagi ini,marilah kita sama sama membacakan asma al-husna, diiringi dengan lagu negaraku,lagu negeri dan juga lagu sekolah.Dipersilakan..

Bersinar mentari di alam maya, Cantik cahaya penuh berserakan, Pengawas cemerlang teraju sekolah, Gemilang sekolah kebanggaan Negara. Guru-guru dan para pelajar sekalian, Pengawas merupakan pelajar terpilih,berketrampilan baik dari segi akhlaknya, dan berperanan membantu guru dalam mencapai visi dan misi sekolah. Justeru itu,Majlis ini merupakan agenda tahunan sekolah,bagi mengiktiraf Barisan Kepimpinan Pelajar. Oleh itu,bagi meneruskan majlis pada pagi ini,marilah kita sama-sama mendengarkan ucapan,yang akan disampaikan oleh Pengetua SeMAI,Tn. Hj Jusoh b Mat.Majlis dengan hormatnya mempersilakan .

Guru-guru dan para pelajar sekalian, Pengawas yang berdaya saing, adalah tonggak harapan sekolah,diharapkan sekaligus menjadi role model,yang mampu merealisasikan matlamat ,melahirkan generasi syumul yang berdisiplin unggul. Majlis perlantikan dan penyerahan watikah kepada ( ) orang pengawas sekolah ini diharapkan dapat menyuntik semangat dan menjadi pendorong kepada pelajar lain,untuk menjadi pelajar yang lebih berdisiplin dan berdedikasi Kain berlipat dari istana, Buat puteri raja kayangan, Secebis nasihat insan berguna, secubit budi jadi kenangan Hadirin dan hadirat sekalian, Majlis kini diteruskan lagi ,dengan ucapan daripada . Majlis dengan ini mempersilakan. Guru-guru dan para pelajar sekalian, Bagi menyempurnakan majlis ,majlis mempersilakan Tn. Pengetua mengiringi untuk menyampaikan watikah perlantikan..dipersilakan. Kalam Tulisan Indah Seninya, Halus buatan Sutera Andalus, Pengawas Melangkah Penuh Gaya, Dedikasi di jiwa Tersemat Tulus Mendahului senarai penerima watikah perlantikan Pengawas ,bagi tahun 2013 ialah: Ketua Pengawas: Seterusnya :..

Hadirin dan hadirat sekalian, Demikianlah ,berlangsungnya acara penyampaian watikah perlantikan pengawas,bagi tahun 2013.Majlis dengan ini,merakamkan ribuan terima kasih kepada Tuan..diatas kerjasama yang beliau berikan. Sungguh di Barat Terbitnya Suria, Bintang Beribu Jua Dinanti, Sungguh Benar Bagai Dicita, Tekun Bekerja Akhlak Terpuji. Seterusnya, Mari kita dengarkan Bacaan Ikrar oleh Barisan Pengawas,yang di ketuai oleh Ketua Pengawas.Dipersilakan. Majlis mengucapkan tahniah kepada para pengawas yang dilantik.Harapan kami,agar semua pengawas ,dapat melaksanakan taklifan yang disandang dan amanah yang dipikul dengan sebaik mungkin. Guru-guru dan para pelajar sekalian, Orang Berbudi Kita Berbahasa, Orang Memberi Kita Merasa. Sebagai tanda penghargaan,majlis dengan sukacitanya mempersilakan Tn. Pengetua sekali lagi,untuk menyampaikan cenderahati kepada Tuan Kalau ada pangkin di ladang, Bolehlah hamba menumpang diri, Kalau ada peluang mendatang, Sudilah tuan menjenguk lagi. Majlis menjemput Tuan .................................... diiringi oleh pengetua SeMAI,untuk menjamu selera di kantin sekolah.Dipersilakan. Majlis melabuhkan tirai di sini,sebelum bicara terhenti,saya mewakili majlis,menyusun sepuluh jari memohon maaf,andaikata ada keterlanjuran kata yang menghiris hatimencuit jiwameluka rasa. Jutaan terima kasih di ucapkan kepada barisan pentadbir,dan seluruh warga SeMAI,di atas komitmen dan sokongan ,untuk menjayakan majlis perlantikan &penyerahan watikah pengawas, bagi tahun 2013. Sekian, dengan lafaz yang muliawabillahi taufik wal hidayah.

Anda mungkin juga menyukai