Anda di halaman 1dari 19

Nazirawandi bin Nawang D20102041729

HNS 2013 (KENEGARAAN)

Kursus:

HNS2013 - KENEGARAAN
GROUP: EL- T02

Pensyarah Soalan

:Dr.Ahmad Sohaimi b.Lazim : NO 2 Tajuk Tugasan


ISLAM DAN DEMOKRASI

Nama No Matrik

:Nazirawandi bin Nawang :D20102041729


1

Nazirawandi bin Nawang D20102041729

HNS 2013 (KENEGARAAN)

SENARAI KANDUNGAN

1. ABSTRAK

- M/S 3

2. BAB 1 (ISLAM ) ISLAM AGAMA YANG UNIVERSAL POLITIK DAN AGAMA PEMISAHAN POLITIK DAN AGAMA - M/S 5 - M/S 6 - M/S 7

3. DEMOKRASI PENGERTIAN DEMOKRASI SEJARAH DEMOKRASI PRINSIP DEMOKRASI DALAM ISLAM - M/S 10 - M/S 11 - M/S 13

4. KESIMPULAN

- M/S 17

5. CADANGAN DAN RUJUKAN

- M/S 18

Nazirawandi bin Nawang D20102041729

HNS 2013 (KENEGARAAN)

ISLAM DAN DEMOKRASI

ABSTRAK Negara Barat yang banyak menganut agama Kristian banyak menerima pengaruh daripada fikah Islam pada zaman pertengahan melalui perang salib dan zaman penjajahan.Ini terbukti,apabila mereka mengambil bahan penulisan para sarjana Islam ,hukum Islam daripada beberapa mazhab dan sebahagian manuskrip itu kaya dengan pelbagai ilmu Islam dan sejarah pemerintahan Islam yang masih disimpa di Negara Barat. Perkembangan pengaruh ilmu fikah Islah memasuki dunia Barat melalui tamadun Islam di Andalus,Utara Afrika,Baghdad dan lain-lain.Di kalangan pengkaji sejarah tamadun Barat dalam aspek politik dan perundanagn berpendapat,perubahan yang berlaku dalam aspek itu adalah sama seperti yang dinyatakan dahulu.Ini kerana pengaruh tamadun Islam berlaku apadila tentera Barat masuk ke dunia Islam melalui perdagangan,perang salib,penjajahan dn wujudnya pengajian ketimuran. Mereka banyak mengkaji kitab-kitab fikah Islam secara khusus dan kesannya fikah Islam mempengaruh politik mereka.Oleh itu,Islam bersama dengan demokrasi Barat bersetuju yang amalan Syura adalah salah satu daripada sumber hukum dalam pemerintahan Negara. Demokrasi berasal dari Yunani yang bermaksud diperintah oleh rakyat. Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat.Dalam sistem demokrasi,undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilah oleh rakyat.Sebuah Negara atau kerajaan yang mengamalkan system demokrasi adalah dipanggi Negara atau kerajaan yang demokratik. Manakala Islam pula merupakan agama samawi yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w dan perkataan Islam membawa maksud penyerahan,atau penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.Kesimpulannya Islam dan demokrasi ini sememangnya berkaitan antara satu sama lain.Islam merupakan agama yang universal kerana banyak ayat di dalam Al- Quran telah menerangkan tentang ayat yang menegaskan Agama Islam adalah agama yang merangkumi segala aspek kejadian alam dan manusia.Sebahagian daripadanya menyatakan keperluan bagi
3

Nazirawandi bin Nawang D20102041729

HNS 2013 (KENEGARAAN)

diri manusia dan serta hubungannya denga Allah dan alam semesta.Ianya juga sesuai untuk semua bangsa dan sesuai untuk sepanjang zaman.Dari Al Quran juga telah diajarkan bahawa dalam Islam itu ianya meliputi seluruh urusan hidup termasuklah politik.Peranan para rasul telah dijelaskan dalam kitab al-Quran dan para rasul diwajibkan berpolitik serta melaksanakannya samada terpaksa berhadapan dengan kerajaan di zamannya,atau mereka sendiri memimpin kerajaan yang ditubuhkan. Islam semakin menjadi perhatian di mata dunia kerana mungkin disebabkan oleh dua faktor besar.Pertama adalah disebabkan kegagalan agama yang lain daripada Islam kerana penyelewengan daripada asas agama samawi,atau dicipta tanpa merangkumi aspek semulajadi manusia secara menyeluruh.Keduanya adalah dalam masa yang sama terserlah kemusnahan ideology atau teori ciptaan manusia dalam aspek jasmani,rohani,individu,keluarga,masyarakat dan juga Negara .Hal ini terjadi kerana mungkin disebabkan pemisahannya daripada agama. Dalam keadaan sebegini,agama Islam berada dalam dilema dimana samada dijadikan sebagai alternatif yang wajib diberi tempat semula,atau pencabar yang mesti ditentang habishabisan.Dalam masa yang sama menjadi peluang memperkenalkan Islam yang menjadi rukun dakwah yang penting diketahui,dan juga memperkenalkan Islam sebagai penyelamat yang kepada pencarian kebenaran dengan ikhlas. Cabarannya besar kerana musuh sering mencari peluang untuk memusnahkan Islam dan pendukungnya dengan pelbagai cara dan peluang yang ada.Pelbagai gerakan dalam membudayakan nilai-nilai barat sudah Berjaya mempengaruhi budaya hidup kita.Contohnya adalah dalam bahagian penulisan kitab agama di sesetengah Negara Islam di mana berlakunya penukaran daripada huruf Arab kepada huruf Latin yang boleh merosakkan sebutan dan menghakis ilmu agama.

Nazirawandi bin Nawang D20102041729

HNS 2013 (KENEGARAAN)

BAB 1 (ISLAM) 1.0 ISLAM AGAMA YANG UNIVERSAL

Al Quran yang mengandungi ajaran-ajaran serta peraturan-peraturan yang lengkap dan sempurna merangkumi segala aspek kejadian dan kehidupan manusia.Nabi Muhammad melaksanakannya dengan jelas dan benar.Segala amanah itu disampaikan dengan penuh bijaksana berdasarkan petunjuk dan panduan Allah dalam segala urusan di dunia sehingga di alam akhirat yang kekal itu. Telah lama diyakini bahwa Islam adalah satu agama, aturan dan sistem hidup yang universal. Dari sejak kelahirannya yang rasmi pada Jun 610 M hingga sekarang ini, dan ianya dipercayai sebagai salah satu alternatif yang dapat dipakai manusia untuk mengatur kehidupannya. Sistem nilainya, telah di dakwa dapat membawa manusia kepada kedamaian, kesejahteraan dan keadilan universal, tidak saja bagi manusia tetapi juga bagi alam sekitar. Jikalau diimbau kembali kegemilangan tamadun Islam pada satu masa dulu,bolehlah dikatakan bahawa baik dalam keluasan jajahan mahupun dalam ketinggian ilmu, kesejahteraan rakyat dan keadilan hukum semuanya telah menunjukkan tentang betapa tingginya nilai Islam yang telah diterapkan dalam tamadun Islam. Itulah saat dimana umat Islam dapat dikatakan sebagai pembawa rahmatan lil alamin, pembawa rahmat bagi semua makhluk. Tetapi pernah pula Islam dan kaum muslimin berada dalam keruntuhan dan kegagalan, di mana tidak menunjukkan peranan tentang pentingnya nilai Islam terhadap umat manusia. Bahkan, ia dianggap dapat menjadi contoh kegagalan sebuah sistem nilai yang mempengaruhi penganutnya.Hal ini terjadi misalnya kepada para pemimpin umat Islam,iaitu para khalifah pada satu masa dahulu yang saling membunuh untuk memperoleh dan mempertahankan kekuasaan, padahal telah diakui bahwa Islam adalah dasar dari semua peraturan dan hukum yang menjadi tunggak kerajaan.

Nazirawandi bin Nawang D20102041729

HNS 2013 (KENEGARAAN)

2.0

POLITIK DAN AGAMA

Politik adalah satu perkataan yang berasal daripada bahasa Latin yang mempengaruhi bahasa lain sehingga diterima pakai dalam seluruh bahasa lain dan bahasa yang dijajah.Dengan perbezaan ejaan dan sebutannya sahaja,Bahasa Latin ini juga mempengaruhi bahasa Melayu dan sudah digunapakai sehingga kini.Dalam bahasa arab,politik ini disebut siasahyang bermaksud memerintah,mentadbir dan memimpin.Ianya merupakan satu keperluan semula jadi kepada makhluk hidup dan bermasyarakat dan telah lama ianya ditegaskan dalam al-Quran iaitu berkenaan dengan perkataan khalifah.Manusia merupakan khalifah di alam ini dimana manusia bertanggungjawab memimpin dan mentadbir urusan yang berkaitan dengan ajaran agama Allah. Politik menjadi sebahagian daripada Islam telah menjadi persetujuan seluruh sarjana Islam di mana para sahabat nabi dan generasi selepasynya,dan Imam-imam Mujtahidin.Banyak hukumhukum Islam yang diisyaratkan perlaksanaannya dengan mendirikan kerajaan yang bersifat politik seperti hukum-hukum yang menyeru perkara kebaikan dan melarang perbuatan jahat,mengawasi urusan kehidupan manusia seperti berniaga,bertani,memiliki tanah,perlaksanaan undang-undang jenayah dan lain-lain.Walaupun perkara urusan politik ini termasuk dalam perkara cabang dalam syariat,tetapi di kalangan sarjana Islam,antaranya adalah Imam Al Ghazali yang meletakkannya dalam kitab Akidah.Ianya menjadi syarat sah kepada semua amala termasuk amalan sunat.Oleh itu,semua ajaran Islam ini tidak boleh diingkari oleh seseorang yang beriman kerana ianya bukan sahaja berkaitan dengan iman seseorang,ianya juga berkaitan dengan akhlak seseorang. Apabila segala urusan yang penting ini dianggap menyusahkan oleh segelintir masyarakat Islam,hal ini amat ditunggu-tunggu oleh pengaruh barat Kristian kerana pada masa inilah peluang mereka untuk menguasai pemikiran kaum Muslimin.Usaha orang-orang bawat mempunyai tujuan bagi mempengaruhi masyarakat Islam melalui penjajahan pemikiran sesudah menjajah tanah air mereka supaya masyarakat Islam menyerahkan urusan politik kepada kuasa penjajah Barat tanpa melawan. Selepas penjajah keluar dengan cara terhormat kerana member hadiah kemerdekaan kepada anak negeri yang dilatih melaksanakan amanah penjajah itu.Orang barat sudah membuat perancangan rapi supaya tunduk dan patuh kepada pemerintahan yang dicipta oleh penjajah mengikut ideologi
6

Nazirawandi bin Nawang D20102041729

HNS 2013 (KENEGARAAN)

mereka. Sebenarnya pemisahan agama daripada politik dianut oleh penjajah Barat sendiri yang menganut agama Kristian iaitu mereka sendiri sudah menyelewengkan ajaran daripada agama Allah itu dengan meletakkan dalil dalam kitab Injil yang sudah diubahsuai dengan sesuka hati mereka. Oleh itu mereka ingin memastikan Negara yang dijajah oleh mereka mengikut ideologi yang mereka perkenalkan supaya segala pengaturan dan perancangan mereka pada masa akan datang akan menjadi lebih mudah.

3.0

PEMISAHAN POLITIK DAN AGAMA

Merujuk kepada kitab Injil yang telah dipinda dan digunapakai pada masa sekarang ini menyebut, Give to Caesar what is Caesars,and to God what is Gods Ayat ini apabila diterjemahkan kembali ianya akan memberi makna,Berikan kepada raja apa yang menjadi milik raja dan berikan kepada Tuhan apa yang menjadi milik Tuhan.Jikalau diperhalusi,ungkapan ini membawa maksud bahawa tuhan tidak bekuasa dalam urusan politik atau dengan lain perkataan,politik tiada hubungan dengan agama dan mesti dipisahkan.Sedangkan dalam kitab Al-Quran telah ditegaskan bahawa Nabi Isa adalah Utusan Allah yang menganut agama Allah yang meliputi segala aspek kehidupan manusia.Nabi Isa diperintahkan supaya beramal dengan kitab Taurat dan menerima kitab Injil yang diwahyukan kepadanya. Penyelewengan terhadap ajarang yang dibawa oleh Nabi Musa Berlaku semasa Nabi Isa diangkat ke langit dan sahabat Nabi Musa yang setia menjadi buruan dan dihukum dengan kejam oleh pihak berkuasa yang menyatakan agama menjadi penghalang kepada kemahuan mereka .Mereka yang bertanggungjawab dalam menyeleweng ini adalah kaum Yahudi yang mendakwa menjadi pengikut Nabi Musa.Perkara ini menjadi bertambah rumit dengan campur tangan Raja Contstonten yang memerintah Rom menganut agama Kristian.Raja ini telah mencampuradukkan antara ajaran Kristian dan menyembah berhala serta kekuasaan raja yang diwarisinya dari dahulu.Semenjak itu lahirah mereka yang bersekongkol bersama pemerintah di kalangan para
7

Nazirawandi bin Nawang D20102041729

HNS 2013 (KENEGARAAN)

paderi,pengampu yang meminda ajaran Allah yang sebenar,sehingga mengubah atau mencipta Kitab Injil yang berbeza diantara satu sama lain.Sememangnya agama ciptaan manusia ini tidak akan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh manusia secara total kerana pengaruh mereka telah bertembung dengan pengaruh tamadun Islam yang lebih hebat lengkap dengan pengetahuan berkenaan dengan bidang sains dan segala aspek lain. Dalam agama Islam sangat mementingkan kepentingan rakyat jelata dalam pemerintahan sesebuah Negara dan menentang amalan diktator yang dinyatakan dalam istilah politik moden,Penyalahgunaan kuasa secara memalsukan demokrasi ini dinamakan teokrasi dan teokrasi ini diperkenalkan oleh pihak berkuasa yang zalim bergabung bersama-sama ahli agama untuk berkuasa yang dan memperkenalkan konsep ini bagi membuka kerjasama dengan pihak lain yang sama dengan sikapnya.Kenyataan sejarah keemasan Islam telah membuktikan kedatangan tentera Islam yang telah Berjaya menjatuhkan tentera Rom Bizantin,Parsi,Mesir,Sepanyol adalah dengan sokongan rakyat tempatan.Mereka tidak berpihak kepada kerajaan bangsa mereka sendiri yang bermusuh dengan Islam dan sebaliknya kedatangan tentera Islam amat dialu-alukan. Sejarah telah membuktikan keikhlasan dan keadilan yang terdapat dalam agama Islam telah berjaya menambat hati rakyat kerana sistem pemerintahan yang diamalkan secara adil dan berkemungkinan pada peringkat awal mereka tidak menerima Islam adalah kerana pegangan mereka terhadap agama asal,tetapi setelah melihat keadilan dan kebaikan yang terdapat dalam agama Islam akhirnya mereka menerima agama Islam dengan ikhlas.

Nazirawandi bin Nawang D20102041729

HNS 2013 (KENEGARAAN)

BAB 2 (DEMOKRASI) 1.0 PENGERTIAN DEMOKRASI Demokrasi adalah sebuah pemerintahan dari rakyat, oleh rakyat, dan untuk rakyat. Begitulah pemahaman yang paling sederhana tentang demokrasi, yang diketahui oleh hampir semua orang. Demokrasi juga adalah adalah bentuk pemerintahan politik dimana kekuasaan pemerintahan berasal dari rakyat, baik secara langsung (demokrasi langsung) atau melalui perwakilan (demokrasi perwakilan). Istilah ini berasal dari bahasa Yunani "kekuasaan rakyat", yang dibentuk dari kata (dmos) "rakyat" dan (d mokrata) (Kratos)

"kekuasaan. Demokrasi muncul sebagai suatu program dan sistem politik yang konkrit baru pada akhir abad ke-19. Tetapi sebetulnya ia sudah mulai berkembang di Eropah Barat dalam abad ke15 dan ke-16. Walaupun telah muncul dan berkembang namun pada saat itu belum banyak negara yang menggunakan demokrasi. Keadaan tersebut sangatlah berbeda dengan sekarang dimana sekitar 119 negara menggunakannya. Bila melihat angka tersebut maka sekitar 62% negara di dunia telah menganggap demokrasi sebagai sistim politik yang paling ideal bagi negara mereka. Dalam demokrasi terdapat dua aliran yang dianggap paling penting. Pertama adalah demokrasi konstitusional yang pemerintah terbatas kekuasaannya, sebuah Negara Hukum, dan yang bersifat rule of law. Kedua adalah demokrasi yang berdasar pada Marxisme-Leninisme yang pemerintah tidak boleh dibatasi kekuasaannya, serta bersifat menyeluruh. Aliran yang pertama merupakan pengertian demokrasi yang kita kenal secara umum sekarang ini. Dalam perkembangannya, demokrasi menjadi suatu yang diterima dan digunapakai oleh hampir seluruh negara di dunia.Ciri-ciri suatu pemerintahan demokrasi adalah sebagai berikut : 1. Adanya penglibatan warga negara (rakyat) dalam pengambilan keputusan politik, baik langsung maupun tidak langsung (perwakilan). 2. Adanya persamaan hak bagi seluruh warga negara dalam semua bidang. 3. Adanya kebebasan dan kemerdekaan bagi seluruh warga negara.

Nazirawandi bin Nawang D20102041729

HNS 2013 (KENEGARAAN)

4. Adanya pemilihan umum untuk memilih wakil rakyat yang layak memimpin di lembaga perwakilan rakyat.

Seharusnya diakui bahwa saat ini demokrasi merupakan sistem poltik yang paling berpengaruh. Tetapi perlu diingat bahwa demokrasi bukanlah tidak ada cacatnya.Bak kata pepatah Tiada gading yang tidak retak. Ironisnya kecacatan dari demokrasi merupakan inti dari sifat demokrasi itu sendiri , yaitu kesamarataan dalam hak bersuara. Inilah kritikan yang disuarakan oleh Alexis de Tocqueville. Kejatuhan akan menjadi lebih cepat dalam sebuah negara demokratik daripada di dalam negara komunis . Satu hal yang merupakan kebanggaan dari demokrasi juga merupakan satu hal yang dapat menghancurkan mereka. 2.0 DEFINISI DEMOKRASI

Demokrasi secara amnya merupakan sistem pemerintahan yang sangat terbuka kepada umum. Adalah tidak keterlaluan jika kita mendefenisikan demokrasi sebagai sebuah terminologi untuk kerajaan yang diperintah rakyat. Seringkali sistem demokrasi dilaksanakan dalam bentuk undian mengikut suara terbanyak. Namun harus diingat bahwa undian yang sifatnya berdasarkan pengambilan suara terbanyak, hanyalah mewujudkan timbulnya pelbagai variasi perbezaan pendapat pemimpin dan ahli dalam sistem demokrasi. Dengan kata lain, inti dari sebuah sistem pemerintahan yang demokratik adalah pada penyertaan menyeluruh terhadap setiap keputusan atau tindakan yang diambil. Walaupun begitu,tidak boleh kita mendefinisikan demokrasi sebagai satu sistem yang tidak mempedulikan suara minoriti kerana mengikut falsafah demokrasi ,ianya tidak berhubungan dengan terminologi yang membeza-bezakan mana yang majoriti dan mana yang minoriti. Demokrasi adalah sistem pemerintahan yang memberikan penekanan pada fungsi kawalan atau dengan kata lain check and balance dari semua pusat-pusat kekuasaan yang ada. Dari sini diharapkan akan lahir keadilan (justice) yang secara mekanistik memberikan kebaikan kepada seluruh elemen masyarakat.

10

Nazirawandi bin Nawang D20102041729

HNS 2013 (KENEGARAAN)

3.0 SEJARAH DEMOKRASI Demokrasi berasal dari bahasa Yunani terdiri daripada dua perkataan iaitu demos yang berarti rakyat, dan kratos / cratein yang berarti pemerintahan, Maka demokrasi dapat diartikan sebagai pemerintahan rakyat, atau lebih dikenal dengan pemerintahan dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat. Artinya kekuasaan tertinggi berada di tangan rakyat atau yang sering kita sebut dengan kedaulatan rakyat. Rakyat mempunyai kekuasaan penuh dalam menentukan arah halatuju politik suatu negara melalui peranannya dalam menentukan pemimpin dan wakil parlimen. Arti dari istilah ini telah mengalami perubahan sejajar dengan waktu, dan definisi modern yang telah berevolusi sejak abad ke-18 bersamaan dengan perkembangan sistem demokrasi di banyak negara. Demokrasi dipraktekkan pertama kali oleh Yunani kuno tepatnya di Athena.Pada waktu itu mereka menyebutnya dengan negara kota, namun pada abad pertengahan demokrasi seakan pudar dan hilang begitu saja dari pandangan manusia karena kekuasaan politik saat itu berada di tangan raja dan gereja. Kemudian pada abad 18 demokrasi mulai muncul kembali dan ramai yang membicarakannya hingga sekarang. Demokrasi sering diertikan sebagai penghargaan terhadap hak-hak asasi manusia, penyertaan dalam pengambilan keputusan dan persamaan hak dalam penetapan hukum. Dari sini kemudian muncul idiom-idiom demokrasi, seperti equality (persamaan), justice (keadilan), liberty (kebebasan), human right (hak asasi manusia), dan seterusnya. Dalam tradisi Barat, demokrasi didasarkan pada penekanan bahwa rakyat seharusnya menjadi pemerintah bagi dirinya sendiri, dan wakil rakyat seharusnya menjadi pengendali yang bertanggung jawab atas tugasnya. Disebabkan oleh alasan inilah ,maka lembaga legislatif di dunia Barat dianggaap sebagai pioner dan role model bagi sistem demokrasi. Lembaga legislatif benar-benar menjadi wakil rakyat dan berfungsi sebagai agen rakyat yang aspiratif dan distributif. Pemilihan wakil rakyat adalah berdasarkan atas pertimbangan, bahwa tidak mungkin semua rakyat dalam suatu negara mengambil keputusan karena jumlahnya yang terlalu besar. Oleh sebab itu terbentuklah dewan perwakilan yang mana fungsinya adalah prinsip amanah dan tanggung jawab (credible and accountable) menjadi kewajipan bagi setiap anggota dewan. Sehingga jika ada tindakan pemerintah yang cenderung mengabaikan hak-hak sivil dan hak politik rakyat, maka harus segera ditegur. Itulah perlunya perwakilan rakyat yang kuat untuk menjadi penyeimbang dan peneraju pemerintah.
11

Nazirawandi bin Nawang D20102041729

HNS 2013 (KENEGARAAN)

Dalam masyarakat Arab khususnya Timur tengah, wacana demokrasi mula diperkenal kepada umum sejak terjadinya revolusi Iran tahun 1979. Di mana aksi revolusi itu dianggap sebagai kekuatan rakyat yang paling berbahaya terhadap masa depan para elit negara-negara Timur Tengah. Akibatnya, timbulah gejolak perang antara Iran dan Irak yang mendapat sokongan dari majoriti negara-negara Arab dan Amerika. Isu demokrasi ini semakin menjadi menarik pada era 1990-an, menyusul runtuhnya rejim-rejim komunis di Eropah Timur. Pada masa berikutnya, benih-benih demokrasi di kawasan ini mulai tumbuh dan bersemi secara luas. Seperti Muhammad Khatami yang pro-reformasi sebagai telah menjadi presiden Iran pada tahun 1997, setelah selama lapan belas tahun, jabatan ini dipegang oleh kubu konservatif. Di Turki, pada pemilu tahun 2002, peta politik mengalami perubahan yang sangat signifikan dengan kemenangan telak Partai Keadilan dan Pembangunan (AKP), setelah selama tiga tahun, Turki mengalami krisis dan kejatuhan ekonomi. Bahkan perkembangan politik terakhir menunjukkan, bahwa negara-negara Teluk sedang mengalami tuntutan dari rakyatnya untuk mengadakan perubahan sistem politik yang seimbang. Demikian pula yang terjadi di negaranegara Arab lain, seperti Suria yang mulai membuka diri dengan memberikan izin bagi berdirinya Bank-Bank swasta.

12

Nazirawandi bin Nawang D20102041729

HNS 2013 (KENEGARAAN)

4.0

PRINSIP-PRINSIP DEMOKRASI DALAM ISLAM

Prinsip Demokrasi Menurut Sadek, J. Sulaiman, dalam demokrasi terdapat sejumlah prinsip yang menjadi ukurannya . Di antaranya: y y Kebebasan berbicara setiap warga negara. Pelaksanaan pilihanraya untuk menilai apakah pemerintah yang berkuasa layak mentadbir atau harus diganti. y Kekuasaan dipegang oleh suara majoriti tanpa mengabaikan golongan minoriti. y Peranan parti politik yang sangat penting sebagai sumber inspirasi politik rakyat. y Semua individu bebas melakukan apa saja tanpa boleh dibelenggu.

Pandangan Ulama tentang Demokrasi 1) Al-Maududi Dalam hal ini al-Maududi secara tegas menolak demokrasi. Menurutnya, Islam tidak menganjurkan demokrasi yang memberikan kekuasaan besar kepada rakyat untuk menetapkan segala hal. Demokrasi adalah buatan manusia sekaligus produk dari pertentangan Barat terhadap agama sehingga cenderung sekular.Oleh kerana itu, al-Maududi menganggap demokrasi moden (Barat) merupakan sesuatu yang bersifat syirik. Menurutnya, Islam mengikut teokrasi (berdasarkan hukum Tuhan). Tentu saja bukan teokrasi yang diterapkan di Barat pada abad pertengahan yang telah memberikan kekuasaan tak terbatas pada para pendeta.Kritikan terhadap demokrasi yang berkembang juga dikatakan oleh perkembangan intelektual 2. M. Iqbal Menurut Iqbal, sejajar dengan kemenangan sekularisme atas agama,aspek spiritual telah hilang disebabkan oleh kemenangan demokrasi dan menyebabkan ianya jauh dari etika. Demokrasi yang merupakan kekuasaan dari rakyat, oleh rakyat, dan untuk rakyat telah mengabaikan
13

Nazirawandi bin Nawang D20102041729

HNS 2013 (KENEGARAAN)

kepentingan agama. Parlimen sebagai salah satu tunggak demokrasi boleh menetapkan hukum yang bertentangan dengan nilai agama kalau anggotanya menghendaki. Oleh sebab itu, menurut Iqbal ,Islam tidak dapat menerima model demokrasi Barat yang telah kehilangan asas moral dan spiritual. Atas dasar itu, Iqbal menawarkan sebuah konsep demokrasi spiritual yang dilandasi oleh etik dan moral ketuhanan. Jadi yang ditolak oleh Iqbal bukan demokrasi . Melainkan, kaedah perlaksanaannya yang berkembang di Barat. Lalu, Iqbal menawarkan sebuah model demokrasi sebagai berikut: - Tauhid sebagai landasan asasi. - Kepatuhan pada hukum. - Toleransi sesama warga. - Tidak dibatasi wilayah, ras, dan warna kulit. - Penafsiran hukum Tuhan melalui ijtihad. Konsep demokrasi yang dicadangkan oleh beliau ini lebih umum dan bertepatan dengan nilai spiritual . 3. Yusuf al-Qardhawi Menurut beliau, perlaksanaan demokrasi sejalan dengan Islam. Hal ini boleh dilihat dari beberapa hal. Misalnya: - Dalam demokrasi proses pemilihan melibatkkan banyak orang untuk mengangkat seorang calon yang berhak memimpin dan mengurus keadaan mereka. Tentu saja, mereka tidak akan memilih calon yang tidak mereka sukai. Demikian juga dengan Islam. Islam menolak seseorang menjadi imam solat yang tidak disukai oleh makmum di belakangnya. - Usaha setiap rakyat untuk memperbetulkan pemimpin supaya sejajar dengan Islam. Bahkan amar makruf dan nahi mungkar serta memberikan nasihat kepada pemimpin adalah sebahagian dari ajaran Islam. - Pemilihan umum termasuk jenis pemberian saksi. Karena itu, barangsiapa yang tidak menggunakan haknya untuk memilih sehingga calon yang semestinya layak dipilih menjadi
14

Nazirawandi bin Nawang D20102041729

HNS 2013 (KENEGARAAN)

kalah dan suara majoriti jatuh kepada calon yang sebenarnya tidak layak, berarti ia telah menyalahi perintah Allah untuk memberikan kesaksian pada saat yang diperlukan. - Penetapan hukum yang berdasarkan suara majoriti juga tidak bertentangan dengan prinsip Islam. Contohnya dalam sikap Umar yang terdapat di dalam majlis syura. Mereka menyokong Umar sebagai calon khalifah dan sekaligus memilih salah seorang di antara mereka untuk menjadi khalifah berdasarkan suara terbanyak. Sementara, lainnya yang tidak terpilih harus tunduk dan patuh. Jika suara yang keluar tiga lawan tiga, mereka harus memilih berdasarkan calon yang seterusnya. Yaitu Abdullah ibn Umar. Contoh lain adalah penggunaan pendapat jumhur ulama dalam masalah khilafiyah. Tentu saja, suara majoriti yang diambil ini adalah selama tidak bertentangan dengan nas syariat secara tegas.

Hubungan Islam Dan Politik Teori modenisasi menjelaskan, bahwa perkembangan suatu bangsa dalam rangka mencapai moden dan masyarakat membangun, harus menggunakan paradigma positif yang di kesan dengan tumbuhnya budaya materialisme, kalkulatif dan keberkesanan. Masyarakat ini menurut Weber, berada pada kemuncak zaman sains yang telah melepasi tahap mitos dan agama. Sehingga teori modernisasi mencadangkan bahawa agama dan pembangunan adalah tidak selari. Dalam pembangunan politik pun agama dianggap tidak layak lagi untuk dilibatkan.Bagaimana dengan Islam ? Secara amnya, agama adalah ajaran yang didasarkan pada wahyu Tuhan yang bersifat suci. Sementara politik adalah amalan kemanusiaan yang keberadaannya adalah produk manusia dan Oleh itu seharusnyalah manusia menjadikan agama sebagai petunjuk untuk menjalani segala aktiviti manusia di muka bumi. Pemahaman tentang agama inilah yang dianut oleh penganut Islam, di mana ajaran-ajarannya banyak mengajar tentang masalah ekonomi, sosial, budaya, politik dll. Dalam pengertian ini Collins (1986:7) berkata :Religion is really economics, politics is really religion and economis is really politics. Dalam dunia Islam ada tiga aliran dalam melihat hubungan antara agama dan politik. Pertama, Islam bukanlah semata-mata sepertimana dalam pengertian barat, iaitu hanya berkait
15

Nazirawandi bin Nawang D20102041729

HNS 2013 (KENEGARAAN)

kepada hubungan manusia dengan Tuhan semata-mata, tapi Islam adalah agama yang sempurna dan mengatur semua aspek kehidupan manuisa, termasuk didalamnya adalah politik. Kedua, Islam sama sekali tidak mengatur urusan politik, karena hanya mengatur masalah keagamaan. Ketiga, berbeza dengan pendapat pertama,Islam mengatur politik secara mendalam dan terperinci, karena dalan Al-Quran mahupun Hadis tidak ditemukan dalil qothI (eksplisit) yang membicarakan tentang masalah itu. Dari tiga aliran di atas, saya berpendapat bahwa pemikiran pertama dan ketiga itulah yang boleh dijadikan landasan teologi bagi pendirian parti untuk memperjuangkan kepentingan Islam.Sesungguhnya penganut Islam perlu bersatu bagi melestarikan dan melaksanakan hukum Islam di muka bumi ini kerana ianya merupakan sistem yang terbaik yang telah ditetapkan oleh pencipta semua makhluk sekalian alam. Ibnu Taimiyah, seorang ulama terkenal yang sering menjadi rujukan dalam persoalan politik, menolak adanya konsep Negara Islam. Dia berkata.pengertian Negara Islam di sini tidak harus secara berdasarkan fakta berdirinya Negara dengan penganutnya Islam, melainkan Negara yang tunduk pada konsitusi umum yang tertuang dalam Al-Quran dan Al-Hadits. Ia menghendaki satu sistem pemerintahan yang menekankan pada asas konstitusi, kooperasi dan hubungan perjanjian melalui kontrak sosial. Terdapat tiga prinsip demokrasi yang diamalkan dalam Islam. Pertamanya ; sistem pemerintahan harus ditegakkan atas dasar prinsip keadilan (al-adalah) dalam arti seluas-luasnya bagi seluruh warga dalam bidang hukum, social dan ekonomi. Kedua, sistem politik harus berdasarkan pada prinsip syura dan musyawarah. Prinsip ini menentang proses membuat keputusan berdasarkan golongan tertentu , membuka penyertaan warga dalam proses membuat keputusan (decision making), dan menutup kemungkinan terjadinya penyelewengan Negara ke arah otoritarianisme, despotisme, diktatorisme dan system lain yang membunuh hak-hak rakyat. Ketiga, prinsip persaudaraan (ukhuwwah) dan kesetaraaan (equality, musawah). Politik Islam tidak membeza-bezakan orang atas dasar perbezaan jantina, etnik, warna kulit, latar belakang sejarah, ekonomi dan sosial. Islam mengajarkan pentingnya hidup berdampingan secara damai dengan non-muslim.

16

Nazirawandi bin Nawang D20102041729

HNS 2013 (KENEGARAAN)

BAB 3 (KESIMPULAN)

Daripada huraian di atas dapatlah saya simpulkan bahwa konsep demokrasi tidak sepenuhnya bertentangan dan tidak sepenuhnya sejajar dengan Islam. Prinsip dan konsep demokrasi yang sejajar dengan islam adalah berdasarkan penyertaan rakyat dalam mengawal, mengangkat, dan menurunkan pemerintah, serta dalam menentukan sejumlah halatuju wakilnya. Adapun yang tidak sejajar adalah ketika suara rakyat diberikan kebebasan secara mutlak sehingga boleh mengarah kepada sikap, tindakan, dan kebijakan yang keluar dari rambu-rambu ilahi. Karena itu, maka perlu dirumuskan sebuah sistem demokrasi yang sesuai dengan ajaran Islam. Yaitu di antaranya: 1. Demokrasi tersebut harus berada di bawah payung agama. 2. Rakyat diberi kebebasan untuk menyuarakan aspirasinya 3. Pengambilan keputusan senantiasa dilakukan dengan musyawarah. 4. Suara majoriti tidaklah bersifat mutlak meskipun tetap menjadi pertimbangan utama dalam musyawarah. Contohnya dalam kes Abu Bakr ketika mengambil suara minoriti yang menghendaki untuk memerangi kaum yang tidak mau membayar zakat. Juga ketika Umar tidak mahu membagi-bagikan tanah hasil rampasan perang dengan mengambil pendapat minoriti agar tanah itu dibiarkan kepada pemiliknya dengan cukup mengambil hasil pajaknya. 5. Musyawarah atau pengundian hanya berlaku pada persoalan ijtihadi; bukan pada persoalan yang sudah ditetapkan secara jelas oleh Alquran dan Sunah. 6. Produk hukum dan kebijakan yang diambil tidak boleh keluar dari nilai-nilai agama. 7. Hukum dan halatuju tersebut harus dipatuhi oleh semua warga.

17

Nazirawandi bin Nawang D20102041729

HNS 2013 (KENEGARAAN)

BAB 4 (CADANGAN) Akhirnya, agar sistem atau konsep demokrasi yang islami di atas terwujud, langkah yang berikut harus dilakukan: 1. Seluruh warga atau sebahagian besarnya harus diberi pemahaman yang benar tentang Islam sehingga aspirasi yang mereka sampaikan tidak keluar dari ajarannya. 2. Parlimen atau lembaga perwakilan rakyat harus diisi dan didominasi oleh orang-orang Islam yang memahami dan mengamalkan Islam secara baik.

RUJUKAN

http://ummahonline.wordpress.com/2008/01/29/islam-dan-demokrasi/ http://nsudiana.wordpress.com/2008/01/19/demokrasi-dalam-pandangan-islam/ http://www.ditpertais.net/jurnal/vol62003k.asp http://islamlib.com/id/artikel/islam-dan-demokrasi/ http://id.wikipedia.org/wiki/Demokrasi_Islam http://id.wikipedia.org/wiki/Demokrasi http://patriagintings.multiply.com/journal/item/14/Serial_tulisan_S1Definisi_Demokrasi_Kapitalisme_Sosialisme_dan_Komunisme http://nurmeinleben.blogspot.com/2008/06/definisi-demokrasi.html http://mentaritambak.blogspot.com/2010/03

18

Nazirawandi bin Nawang D20102041729

HNS 2013 (KENEGARAAN)

19

Anda mungkin juga menyukai