Anda di halaman 1dari 6

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, selawat dan salam ke atas junjungan besar

Para Sahabat dan Tabin. Syukur Alhamdulillah saya panjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dan ketentuanNya saya berjaya untuk menyiapkan tugasan EDU 3105 yang amat sukar untuk disiapkan. Pertama sekali saya melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pensyarah Puan Hajjah Rosnah Binti Ahmad Zin kerana mengajar dan membimbing untuk melaksanakan P&P menggunakan ICT dan diberikan peluang mencari ilmu dari rakan sejawat yang mahir dalam bidang ICT yang sangat bermakna. Sebagai guru PPG yang masih dalam latihan, Saya amat memerlukan perbincangan daripada rakan-rakan sejawat di IPG dan di sekolah dan juga pensyarah pembimbing. Melalui tugasan ini, banyak memberi manfaat supaya saya dapat aplikasikan ICT dalam P& P agar menarik minat murid khususnya generasi kini. Sepanjang tempoh tugasan ini diberi saya mertungkus lumus mengekses maklumat agar dapat menghasilkan tugasan yang baik dan berkualiti. Pengalaman, pendekatan, teknik dan ilmu pengetahuan yang baru akan saya perolehi untuk saya memperbaiki kelemahan diri dan memantapkan serta meningkatkan perestasi serta teknik atau cara pengajaran saya semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Apa yang saya harapkan melalui tugasan yang akan saya buat akan dapat memberi pengalaman, ilmu pengetahuan serta impak yang berguna dan membantu saya sebagai persediaan kearah menjadi guru yang berwibawa. Saya juga mengharapkan bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan akan membantu saya memantapkan dan menambah pengetahuan sedia ada dalam menjalankan proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang lebih berkesan. Harapan saya juga semoga melalui praktikum ini akan mengajar saya untuk lebih bersedia menghadapi pelbagai cabaran yang mencabar sebagai seorang guru. Oleh kerana itu, saya sedar, tugas sebagai seorang guru atau pendidik bukanlah mudah malah memerlukan kekuatan fizikal dan mental untuk menghadapi cabaran yang mendatang dan penuh dugaan. Segala nasihat, tunjuk ajar dan nasihat daripada Pensyarah Pembimbing Puan Hajjah Rosnah Binti Ahmad Zain akan dijadikan panduan dalam menjadikan saya seorang guru yang seimbang dari pelbagai sudut sama ada jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial.

Akhir sekali, harapan saya melalui aktiviti ini saya akan mengajar saya bagaimana persediaan yang perlu untuk menjadi seorang guru terutama persediaan dari segi ilmu pengetahuan, usaha yang berterusan, kerajinan dan komitmen yang tinggi dalam menghadapi dunia profesion keguruan yang kian mencabar.

Oleh itu, saya perlu menyiapkan diri dengan perubahan arus semasa ini demi memartabatkan profesion keguruan di peringkat yang lebih tinggi. Semoga dengan adanya Program Pensiswazahan Guru ini akan membantu saya dalam meningkatkan kemahiran dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

Semoga tugasan ini menjadi langkah pertama untuk saya maju dan cemerlang dalam bidang perguruan seterusya menjadi seorang pendidik yang bakal melahirkan murid-murid yang berjaya di dunia dan akhirat. InsyaAllah

Sekian, terima kasih. Wassalam.

Faizah Binti Mohd Saad PPG 4.02/ Pendidikan Islam. (Ambilan Jun 2011) Tarikh: 6 April, 2013

Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran kehadrat Allah S.W.T. dan selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga baginda. Saya melahirkan kesyukuran kerana saya telah berjaya menamatkan tempoh praktikum dalam waktu yang telah ditetapkan iaitu bermula daripada 18 Januari dan berakhir pada 16 April 2010. Saya berasa amat beruntung sekali kerana telah ditempatkan di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur disepanjang saya menjalani latihan perguruan. Terima kasih saya ucapkan kepada semua kakitangn dan pensyarah yang telah mengajar saya khususnya kepada Ustaz Anuar Bin Muhammad selaku pensyarah pembimbing saya kerana telah banyak memberi tunjuk ajar, membimbing dan mendidik saya sehingga saya telah dicalonkan sebagai guru cemerlang. Alhamdulillah saya telah melakukan yang terbaik walaupun kesihatan saya tidak begitu baik pada ketika itu, tetapi saya tahu apa yang berlaku ada hikmahnya. Saya telah mencuba sedaya upaya saya dan seterusnya saya bertawakkal kepada Allah Taala. Secara peribadi, saya tidak mengejar cemerlang tetapi mahukan anak murid saya dapat menerima apa yang saya ajarkan seterusnya mengamalkan apa yang telah mereka pelajari dalam kehidupan seharian. Tetapi jika ada rezeki untuk mendapat cemerlang, Alhamdulillah. Saya juga berasa amat bertuah kerana ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Seri Tasik sepanjang saya menjalani latihan sebagai guru pelatih dan praktikum di sekolah ini. Terima kasih saya ucapkan kepada Guru Besar SK Seri Tasik, Tuan Haji Misman Bin Mostam

dan seluruh warga SK Seri Tasik kerana telah memberikan kerjasama yang jitu sepanjang saya menjalani praktikum di sekolah ini. Saya amat terhutang budi kepada Ustaz Ahmad Bazli Bin Abdul Ghani selaku guru pembimbing saya kerana banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada saya sepanjang tempoh saya praktikum. Walaupun saya telah tamat praktikum tetapi saya masih merujuk kepada beliau dan guru-guru yang lain. Jutaan terima kasih juga kepada ibunda tercinda Pn. Maznah Binti Hashim diatas doa dan restu, keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa mendoakan dan menyokong saya selama ini. Sepanjang tempoh 12 minggu saya menjalani praktikum, banyak yang telah saya pelajari dan alami sendiri. Kadang-kadang apa yang saya rancangkan tidak dapat berjalan dengan lancar. Kesemua kelas tahun satu yang saya ajar iaitu satu baiduri dan satu permata tidak dapat menggunakan LCD kerana rosak, walaupun LCD ada di dalam kelas tersebut tetapi hanya sebagai hiasan kerana telah rosak dan tidak dapat digunakan, jadi saya menggunakan plan B yang telah saya rancang seterusnya guru pembimbing saya juga bersetuju dengan menggunakan Buku Iqra sebagai pengganti tayangan slaid daripada LCD. Di dalam bilik j-QAF juga tidak mempunyai kemudahan LCD, jadi saya banyak menggunakan makmal komputer dan membawa murid-murid pemulihan ke makmal komputer. Murid-murid juga kelihatan lebih tertarik apabila belajar di makmal komputer kerana dikelilingi oleh komputer walaupun mereka tidak menggunakan komputer kerana saya hanya mengambil sedikit ruang di sudut hadapan makmal komputer untuk kelas pemulihan

jawi atau Al-Quran. Saya juga banyak menggunakan tayangan slaid semasa set induksi dan penutup dengan membuka lagu khatam AlQuran dan sebagainya. Saya telah berusaha bersungguh-sungguh dalam mendidik murid-murid saya kerana saya telah menganggap semua murid saya seperti anak-anak saya sendiri. Saya mendidik dengan penuh kasih sayang tetapi tetap dengan ketegasan. Saya menganggap tugas guru adalah sebagai satu amanah untuk mendidik anak bangsa supaya menjadi insan berguna seterusnya murid-murid ini dapat berbakti pada masyarakat suatu hari nanti. Praktikum yang akan saya jalani salama 12 minggu ini telah banyak memberi pengalaman, ilmu pengetahuan serta impak yang berguna dan membantu saya sebagai persediaan kearah menjadi guru yang berwibawa di masa akan datang, InsyaAllah.. Segala yang saya lakukan adalah kerana Allah Taala. Apa yang baik datangnya daripada Allah S.W.T. dan yang buruk adalah kerana kelemahan diri saya sendiri kerana Yang Maha Sempurna hanyalah Allah Taala.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai