Anda di halaman 1dari 2

ANALISIS UJIAN DIAGNOSTIK KEMAHIRAN BAHASA Ujian diagnostik bahasa dibina berdasarkan beberapa perkara iaitu diagnostik pengamatan,

diagnostik lisan dan diagnostik tulisan. Tujuan pelaksanaan ujian diagnostik pengamatan ini adalah untuk mengesan kelemahan keupayaan murid seperti gerak mata, koordinasi mata-tangan dan kecekapan saraf. Sebahagian soalan mengandungi arahan-arahan yang perlu disebut oleh guru dan dilakukan oleh murid. Manakala tujuan pelaksanaan ujian diagnostik lisan adalah untuk mengesan kelemahan keupayaan murid seperti pertuturan, gagap, gerak mata, membaca, menyebut, mengeja, membatang perkataan. Sebahagian soalan ada meminta murid memberikan pendapat mengenai sesuatu gambar yang ditunjukkan. Selain itu, tujuan pelaksanaan ujian tulisan pula adalah untuk mengesan kelemahan keupayaan murid dari segi

pergerakan tangan dan mata. Murid diuji secara langsung berdasarkan soalan dalam aspek koordinasi mata dan tangan, kekemasan menulis, menulis dengan cermat, tulisan yang boleh dibaca, setara dan berstruktur. Sebahagian soalan akan menyerlahkan kesilapan murid semasa menulis seperti menulis terbalik, menulis tidak mengikut susunan, tulisan comot, struktur ayat yang bercampur aduk huruf besar dan kecil. Selesai pelaksanaan ujian diagnostik, guru bolehlah membuat analisa setelah mengetahui daerah kelemahan murid. Di sini, guru perlu mengasingkan murid mengikut daerah kelemahan masing-masing. sekiranya murid A, B dan F tidak boleh mengeja suku kata KV+KVKK, guru perlu meletakkan mereka dalam satu kumpulan. Jika murid C, G dan H tidak boleh membina ayat, mereka perlu diasingkan dalam satu kumpulan yang lain. Berdasarkan ujian diagnostik bahasa yang telah kami jalankan ke atas Nursyuhadah, ternyata Nursyuhadah tidak menghadapi masalah dalam penguasaan bahasanya. Nursyuhadah memahami maksud ayat serta boleh mengisi tempat kosong dengan jawapan yang tepat. Namun, dari aspek sebutan, Nursyuhadah masih mengalami kecelaruan dalam sebutannya. Berdasarkan pemerhatian kami,

NurSyuhadah mengalami kekeliruan untuk menyebut tiga abjad dalam satu sukukata seperti suara, NurSyuhadah akan menyebut surat. Apabila kami membahagikan sukukata, NurSyuhadah dapat mengeja dengan betul walaupun sebutannya makna

perkataan masih tidak tepat. Antara lain, perkataan peperiksaan hanya dapat dieja oleh NurSyuhadah, tetapi NurSyuhadah tidak dapat menyebut e pepet. Dalam perkataan fenomena pula, telah berlaku pengguguran konsonan apabila Nursyuhadah hanya menyebut fenona. Nursyuhadah juga menghadapi masalah untuk membezakan bunyi vokal e taling ataupun e pepet. Nursyuhadah juga tidak dapat membayangkan sesuatu yang abstrak. Sebagai contoh, kusut masai. Nursyuhadah akan menyebut kasut misai. Ini adalah kerana kasut sesuatu yang konkrit dan dapat dilihat olehnya.

Keseluruhannya, NurSyuhadah masih memerlukan bimbingan guru untuk menyebut perkataan yang sukar, malahan memerlukan pembahagian sukukata sekiranya sukukata tersebut mengandungi lebih daripada tiga abjad dalam satu sukukata. NurSyuhadah juga mengalami masalah membaca lambat. Ini kerana, apabila diberikan petikan ayat, Nursyuhadah tidak membaca dengan lancar, tetapi sebutannya lambat untuk menyebut satu-satu perkataan tersebut. malahan, Nursyuhadah turut mengalami masalah perbendaharaan kata yang terhad dan tatabahasa yang tidak

tepat. Aktiviti perbendaharaan seterusnya, saya membacakan cerita pendek dengan kuat, jelas, lancar dan meminta Nursyuhadah mendengar dengan teliti. Tiga perbendaharaan kata di dalam cerita tersebut, telah siap digaris oleh saya dengan pelbagai warna. Selepas itu, saya akan meminta Nursyuhadah membaca semula cerita pendek tersebut. walaupun lambat, Nursyuhadah dapat menyebutnya dengan betul, kecuali beberapa perkataan sahaja. Seterusnya, saya mengeluarkan tiga

perbendaharaan kata yang bergaris dalam cerita tersebut. Saya akan menerangkan makna setiap perbendaharaan kata yang hendak saya ajarkan. Saya akan mendapatkan respon Nursyuhadah dengan bertanyakan soalan, adakah kamu faham maksud perbendaharaan kata yang diajar tadi?. Namun Nursyuhadah menggelengkan kepalanya dan mengarukan kepalanya tandanya dia tidak memahami perbendaharaan kata tersebut. malahan, saya meminta Nursyuhadah membina ayat berdasarkan apa yang difahaminya, dia akan mendiamkan diri dan tidak melakukan apa yang disuruh. Dalam percakapan hariannya pula, kami diberitahu oleh guru-guru serta guru pemulihan bahawa Nursyuhadah sering menggunakan percakapan yang agak kasar ketika bercakap dengan rakan-rakannya.

Anda mungkin juga menyukai