Anda di halaman 1dari 21

MENULI S

Kemahiran

Menulis merupakan satu bentuk keupayaan individu menghasilkan bahan yang berbentuk idea, pendapat, pengalaman dan maklumat melalui pelbagai jenis penulisan ayat yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan.

Matlamat Kemahiran Menulis


1. Menyampaikan sesuatu idea, maklumat, pendapat dan ilmu pengetahuan dengan tepat jelas dan berkesan.
Penting dalam memastikan sesuatu mesej dapat disampaikan dengan jelas kepada pembaca. murid perlu didedahkan kepada asas penulisan yang kukuh supaya sesuatu idea dapat diolah dengan baik dan berkesan

2. Meluaskan pengetahuan, pengalaman dan perhubungan murid

Individu menulis adalah berdasarkan kepada pengalaman yang telah dilalui.


Hasil pengalaman tersebut diolah kepada pengetahuan yang baru. Bagi menghasilkan penulisan yang berkualiti, pengalaman diperlukan supaya penulisan lebih bersifat realistik dan berkesan.

3. Memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, pengalaman dan perasaan. Menulis merupakan satu terapi yang sangat berkesan dalam memberi kepuasan jiwa. Perasaan murid dapat dikongsi dengan pembaca melalui sesebuah penulisan

Peringkat kemahiran menulis


Peringkat Pra-menulis Peringkat Mendirikan Asas Peringkat Pelahiran

Pada peringkat ini, murid-murid didedahkan dengan persediaan secara mekanikal untuk membantu mereka menggunakan alat tulis dan dapat menulis dengan baik. Guru-guru perlu memberikan aktiviti-aktiviti pergerakan tangan dan mata supaya muridmurid dapat mengkoordinasikan kedua-dua anggota ini untuk menulis

PRA-

MENDIRIKAN ASAS
Murid-murid akan dilatih untuk membentuk lambang-lambang yang berkaitan dengan bentuk huruf. Mereka akan diajar untuk menguasai kemahiran membentuk huruf-huruf besar dan kecil dalam abjad.

Seterusnya murid akan dapat menulis hurufhuruf untuk membentuk suku kata, perkataan dan ayat. (Ansur maju)

PELAHIRAN
Peringkat murid dilatih untuk melahirkan sesuatu untuk ditulis. Latihan dimulakan secara terkawal.

Guru perlu memulakan pengajaran menulis dengan jenis-jenis penulisan terkawal, berpandu, separa terkawal dan separa berpandu.
Kemudian murid boleh didedahkan dengan penulisan bebas dan kreatif.

TUJUAN

PENULISA N

Melatih murid-murid melahirkan idea Mendirikan asas menulis yang kukuh Menyuburkan minat suka menulis dan mengarang Menyediakan murid-murid menghadapi peperiksaan

1. Melatih murid-murid melahirkan idea


Murid-murid dapat mengembangkan idea mereka dalam mengolah sesuatu hujah tentang pengalaman yang telah mereka lalui. Memberi peluang kepada murid mengembangkan potensi mereka dalam menguasai kemahiran berbahasa selaras dengan FPK iaitu memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

2. Mendirikan asas menulis yang kukuh


Dapat di kuasai sekiranya bermula dari awal melalui pengenalan kepada asas menulis dan seterusnya melahirkan penulisan yang baik. Penulisan yang baik amat penting dalam penyampaian sesuatu mesej supaya pembaca dapat memahami maklumat yang ingin disampaikan

3. Menyuburkan minat suka menulis dan mengarang Penulisan merupakan satu bidang ilmu. Dengan menanamkan sifat cintakan kepada penulisan akan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan individu.

Menyediakan murid-murid menghadapi peperiksaan Penulisan digunakan secara total ketika menghadapi peperiksaan. Kepentingan penulisan dapat dilihat dengan wujudnya penulisan karangan dalam kurikulum Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran tersendiri.

Penulisan Terkawal Penulisan Separa Terkawal Penulisan Berpandu Penulisan Separa Berpandu Penulisan Bebas

Jenis Penulisan Karangan

Penulisan Terkawal
Penulisan yang dikawal sepenuhnya oleh guru. Murid perlu menulis berdasarkan modelmodel yang diberikan oleh guru. Murid akan didedahkan dengan bentuk penulisan yang baik dengan cara meniru atau menulis semula petikan, ayat-ayat atau karangan yang baik.

Penulisan Separa Terkawal


Penulisan yang tidak dikawal sepenuhnya oleh guru. Memberikan murid peluang untuk menggunakan daya pemikiran mereka sendiri untuk memilih perkataan yang sesuai. Contoh mengisi tempat kosong dalam petikan

Penulisan Berpandu
Penulisan yang bahan asas dikawal oleh guru tetapi murid diberi kebebasan untuk menyambung atau menukarkan perkataan yang terdapat dalam bahan yang diberikan. Penulisan ini memerlukan bahan rangsangan untuk membantu murid menulis

Penulisan Separa Berpandu


Penulisan yang memberikan kebebasan kepada murid untuk menulis berdasarkan sedikit panduan daripada guru.

Contohnya, bahan rangsangan yang diberikan ialah gambar sungai yang tercemar. Murid boleh membina ayat atau menulis karangan berkaitan dengan kesan-kesan pencemaran sungai atau punca-punca pencemaran.

Penulisan Bebas
Hanya dapat dijalankan setelah murid sudah boleh menguasai aspek mekanikal, bahasa dan tatabahasa dengan baik Penglibatan guru adalah secara minimum

SEKIAN TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai