Anda di halaman 1dari 16

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI 2012

HBHE 3203 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

NAMA NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : : :

MASLINA BT MISIRAN@BAKUN 730809015042002 730809015042 0125195504 masamin7372@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN

INSTITUT PERGURUAN IPOH

HBHE 3203

ISI KANDUNGAN 1.0 Pengenalan 1.1 Peranan sekolah menjaga keselamatan di sekolah. 2.0 Tatacara Penggunaan Stor Sukan. 2.1 Tatacara Am Penggunaan Stor Sukan. 2.2 Tatacara Murid Penggunaan Stor Sukan. 2.3 Tatacara Guru Penggunaan Stor Sukan. 3.0 Tatacara Penggunaan Kantin Sekolah. 3.1 Tatacara Am Penggunaan Kantin Sekolah 3.2 Tatacara Murid Penggunaan Kantin Sekolah. 3.3 Tatacara Guru Penggunaan Kantin Sekolah. 4.0 Tatacara Penggunaan Dewan Sekolah 4.1 Tatacara Am Penggunaan Dewan Sekolah. 4.2 Tatacara Murid Penggunaan Dewan Sekolah. 4.3 Tatacara Guru Penggunaan Dewan Sekolah. 5.0 Tatacara Penggunaan Bilik Komputer. 5.1 Tatacara Am Penggunaan Bilik Komputer. 5.2 Tatacara Murid Penggunaan Bilik Komputer. 5.3 Tatacara Guru Penggunaan Bilik Komputer. 6.0 Kesimpulan

HBHE 3203

1.0

Pengenalan. Keselamatan boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan atau persekitaran di mana seseorang itu dapat menjalankan aktiviti harian dan lain-lain aktiviti anjuran sekolah dengan selamat sejahtera, harmonis, kurang risiko, tanpa sebarang gangguan dan kemalangan. Langkah-langkah keselamatan dimaksudkan sebagai sebarang usaha yang dilakukan oleh mana-mana pihak, sekolah, ibu bapa, masyarakat atau agensi-agensi berkenaan bagi mewujudkan keadaan atau persekitaran yang selamat di sekolah. Keselamatan di sekolah adalah satu aspek penting yang perlu diberikan perhatian serta menjadi tanggungjawab utama semua orang. Di sekolah, pelbagai usaha dan rancangan diatur dengan tujuan untuk mengelak, mengawal, atau mengurangkan kemungkinan berlakunya masalah keselamatan.Kemalangan boleh berlaku ke atas diri individu, kumpulan atau ke atas sesebuah institusi disebabkan oleh kecuaian, kelalaian dan sifat tidak bertanggungjawab dalam menjamin keselamatan. Kemalangan yang dialami boleh mengakibatkan kecederaan ke atas tubuh badan, kehilangan harta benda, maruah, harga diri, gangguan pemikiran, tekanan jiwa atau kemungkinan membawa maut. Ke semua ini bolehla dirangkumkan boleh membawa implikasi kerugian. 1.1 Peranan Sekolah Menjaga Keselamatan Di Sekolah 1.1.1 1.1.2 Memastikan segala kemudahan yang disediakan berada dalam keadaan baik dan selamat. Melakukan pemeriksaan dari semasa ke semasa ke atas alat-alat dan kelengkapan sekolah seperti kerusi, meja, dapur, pendawaian elektrik, alat-alat pertukangan, termasuk struktur bangunan sekolah itu sendiri supaya kerosakan dan keadaan yang membahayakan dapat dikesan awal untuk dilakukan baikpulih. 1.1.3 Menyediakan peraturan-peraturan tertentu mengenai keselamatan contohnya untuk makmal sains, bengkel kemahiran hidup,setor sukan dan sebagainya yang perlu dipatuhi oleh semua orang. Pengawasan

HBHE 3203

perlu dilakukan pada setiap masa supaya peraturan-peraturan tersebut tidak diengkari. 1.1.4 Memastikan bahawa pertolongan atau bantuan dalam menghadapi kecemasan atau kemalangan ada disediakan sama ada dalam bentuk ubatan atau tenaga manusia. 1.1.5 Menyebarkan maklumat dan pengetahuan mengenai keselamatan kepada murid dan ibu bapa dari semasa ke semasa melalui perhimpunan, mesyuarat, perjumpaan atau surat-surat siaran. 2.0 Tatacara Penggunaan Stor Sukan Stor sukan digunakan sebagai tempat menyimpan alat-alat sukan supaya ianya selamat dan tidak mudah rosak. Ini disebabkan alat-alat tersebut boleh mencecah harga ribuan ribu ringgit. Antara pengurusan stor sukan yang baik ialah perlu ada rekod inventori, rekod keluar dan masuk peralatan (bila dan siapa yang guna serta kelulusan siapa). Peralatan sukan yang membahaya seperti lembing, cakera, tukul besi, tiang lompat tinggi, panah dan sebagainya tidak boleh digunakan tanpa pengawasan atau penyeliaan daripada guru sukan yang terlatih. Ia hendaklah disimpan dan dijaga dengan rapi di tempat yang selamat. 2.1 Tatacara Am Penggunaan Stor Sukan. Peralatan sukan yang dianggap bahaya. Peralatan sukan yang dianggap bahaya hendaklah disimpan, dijaga dan diawasi penggunaannya dengan rapi sepanjang masa. Memastikan semua latihan sukan yang menggunakan peralatan yang membahaya diadakan pada hari atau masa yang berasingan. Alatan sukan diletakkan di tempat khas. Alat-alat sukan mestilah diletakkan pada tempat khas yang mudah diambil oleh Ahli Jawatankuasa Penyelenggaraan Stor Sukan yang bertugas sahaja. Rekod alatan sukan. Merekodkan semua alat yang dikeluarkan dari stor sukan dalam buku keluar masuk peralatan sukan. Mengembalikan semua alat sukan yang telah digunakan pada masa yang ditetapkan. 4

HBHE 3203

Laporan kerosakan dan kehilangan. Memastikan semua peralatan sukan yang digunakan dalam keadaan yang selamat. Membuat laporan kepada pihak pentadbir tentang peralatan sukan yang digunakan yang sudah rosak, hilang atau perlu diperbaiki.

2.2

Tatacara Murid Penggunaan Stor Sukan. Kebenaran guru. Murid dilarang masuk ke dalam stor sukan tanpa kebenaran guru. Laporan kerosakan. Murid perlu melaporkan kepada guru jika terdapat sebarang kerosakan pada peralatan yang digunakan. Sentiasa berwaspada menggunakan peralatan sukan.

2.3

Tatacara Guru Penggunaan Stor Sukan. Memastikan peralatan sukan berkeadaan baik. Memantau dan memastikan alatan sukan yang digunakan dalam keadaan baik dan selamat. Kelulusan Piawai. Memastikan peralatan sukan mesti mempunyai kelulusan piawai dan pengikhtirafan daripada undang-undang persatuan sukan. Pelupusan alatan Peralatan yang sudah tidak selamat digunakan hendaklah dilupuskan mengikut prosedur yang ditetapkan. Mengambil tindakan dengan segera atas laporan kerosakan yang diterima. Tanggungjawab Guru atau peminjam bertanggungjawab menjaga dan menyimpan barangbarang yang telah dipinjam. Jika barang-barang dihilangkan atau rosak atas sebab kecuaian maka peminjam hendaklah menggantikan barang tersebut dengan kuantiti dan kualiti yang sama. 5

HBHE 3203

3.0

Tatacara Penggunaan Kantin Kantin sekolah merupakan tumpuan setiap pelajar pada waktu sebelum loceng pertama berbunyi dan pada waktu rehat. Di sinilah pelajar akan berbual mesra dan menjamu selera. Mengikut kiraan biasa, setiap pelajar akan membeli dari kantin sebanyak lima atau enam kali seminggu. Kekerapan yang sedemikian merupakan faktor utama kenapa kualiti makanan dan kebersihan kantin harus diberikan keutamaan. Dari segi kebersihan, kawasan di sekitar kantin yang kotor akan menjejaskan selra makan pelajar. Tambahan pula, persekitaran yang kotor juga akan menyebabkan banyak lalat berterbangan disana sini. Keadaan yang sebegini merupakan punca utama berlakunya kes keracunan makanan di kantin sekolah. Jadi, kesihatan pelajar juga turut terjejas. Selain kebersihan, kualiti makanan dari segi khasiat yang dijual di kantin sekolah juga harus ditititkberatkan. Pelajar adalah golongan remaja yang berada di peringkat tumbesaran yang penting dalam hayatnya. Tanpa makanan khasiat yang seimbang, proses tumbesaran mereka akan terjejas. Tambahan pula, mereka akan mudah rasa letih. Keadaan sedemikian akan menjejaskan prestasi mereka dalam pelajaran. Menyedari hal-hal penting ini, pihak pengusaha kantin sekolah harus sentiasa memastikan pekerja membersihkan kawasan di sekitar kantin. Makanan yang dipamerkan itu juga harus ditutup atau disimpan di dalam almari kaca untuk mengelakkan lalat hinggap di atas makanan. Seterusnya, mereka juga tidak harus mementingkan untung sehingga mengurangkan campuran bahan makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran dan daging di dalam mi atau nasi yang dijual. Dengan berbuat demikian, kesihatan mereka akan terjamin. Selain pihak kantin , guru dan murid juga perlu mematuhi peraturanperaturan ketika di kantin. Ini supaya keadaan di kantin lebih teratur ketika pelajar membeli dan makan di kantin. Pelajar juga perlu menjaga sama kebersihan di kantin.

HBHE 3203

3.1

Tatacara Am Penggunaan Kantin. Beratur dengan tertib Ketika membeli makanan semasa rehat, pelajar dikehendaki beratur dengan tertib dan mengikut arahan pengawas yang bertugas di kantin. Pelajar-pelajar dikehendaki duduk ketika minum dan makan di kantin. Peralatan Kantin Jangan tinggalkan sebarang jenis pembalut makanan atau baki makanan di atas meja atau di tempat mencuci tangan/sinki. Masukkan segala jenis pembalut makanan dan baki makanan ke dalam tong sampah yang disedikan di kantin. Pingan, sudu, cawan, botol dan apa sahaja peralatan kantin yang digunakan oleh pelajar hendakalah diletakkan di dalam bekas yang disediakan.

3.2

Tatacara Murid Penggunaan Kantin. Penggunaan kantin di waktu persekolahan. Murid hanya dibenarkan membeli di kantin sekolah pada hari-hari persekolahan. Murid-murid dilarang membeli makanan di luar sekolah. Pembelian makanan pada waktu rehat sahaja. Pada waktu persekolahan,murid-murid hanya makanan dan minuman pada waktu rehat sahaja. Dilarang berebut dan berlari semasa di kantin. Semua murid dilarang berebut-rebut dan bising makanan. Murid tidak dibenarkan berlari dan berkejar -kejaran di dalam dan di luar kantin. Tanggungjawab menjaga kebersihan kantin. Murid hendaklah menjaga kebersihan kantin. Sekiranya kantin kotor, semua murid akan didenda untuk membersihkannya. Larangan terhadap murid. Semua murid dilarang masuk ke dapur kantin dan berada di kawasan 7 semasa membeli dibenarkan membeli

HBHE 3203

penyediaan makanan.

3.3

Tatacara Guru Penggunaan Kantin. Memantau dan memastikan pengusaha mengikut pekeliling yang ditetapkan. Memantau dan memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan dan Pekeliling Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan Memantau dan memastikan pengusaha kantin menjual makanan yang telah ditetapkan. Memastikan pengusaha kantin menjual halal,suci, bersih dan berkhasiat. Tugas Guru Bertugas Guru bertugas perlu memastikan murid di dalam keadaan yang teratur semasa membeli makanan di kantin. Guru juga perlu memastikan murid menjaga disiplin sewaktu di kantin. makanan dan minuman yang

4.0

Tatacara Penggunaan Dewan Sekolah. Dewan sekolah merupakan salah satu tempat yang dapat menempatkan jumlah. Murid yang ramai dalam satu-satu masa. Oleh itu, aspek keselamatan dalam mencegah kebakaran hendaklah sentiasa diutamakan. Kecederaan dan kehilangan nyawa boleh berlaku semasa kebakaran akibat pintu kecemasan terkunci dan laluan kecemasan terhalang oleh barang-barang dan perabot. Dewan sekolah seperti lain-lain bangunan awam tertakluk kepada peraturan pembinaan yang memerlukan pembinaan yang memerlukan pintu dan laluan kecemasan dibina untuk kegunaan menyelamatkan diri semasa kebakaran. Pihak sekolah mestilah memastikan pintu dan laluan kecemasan tidak dikunci dan dihalang. Ia juga hendaklah ditanda dengan arahan yang jelas dan mudah dilihat. Ruang yang selamat untuk berkumpul semasa kebakaran juga hendaklah dikenalpasti oleh pihak sekolah.

HBHE 3203

4.1

Tatacara Am Penggunaan Dewan

Tidak boleh digunakan untuk permainan yang tidak sesuai. Dewan besar tidak dibenarkan digunakan untuk permainan hoki, bola sepak, bola tampar, sepak takraw dan permainan-permainan yang tidak sesuai diadakan di dewan.

Mesti digunakan pada waktu yang bersesuaian. Murid dan orang ramai tidak dibenarkan menggunakan dewan besar untuk bermain pada waktu malam kecuali dengan kebenaran daripada Guru Besar dan pengawasan oleh sekurang-kurangnya seorang guru. Para pelajar hanya dibenarkan menggunakan dewan pada waktu petang sahaja pada hari persekolahan manakala pada hari cuti, dewan digunakan waktu pagi dan petang.

Pakaian semasa berada di dewan. Penggunaan dewan pada waktu malam dihadkan tidak melebihi jam 10.00 malam.Semua pengguna dewan besar untuk permainan dimestikan memakai pakaian permainan yang sesuai dan tidak dibenarkan berselipar atau berkaki ayam.

4.2

Tatacara Murid Penggunaan Dewan.

Menjaga disiplin semasa di dewan sekolah. Murid dilarang membuat bising yang melampau ketika berada di dewan sekolah.

Menjaga kebersihan dewan Murid mestilah sentiasa menjaga kebersihan di dalam dan di luar dewan.Murid tidak dibenarkan makan dan minum di dalam dewan. 9

HBHE 3203

Mengendalikan peralatan dengan cermat Murid dikehendaki mengendalikan peralatan dengan cermat dan berhatihati. Pelajar diingatkan supaya tidak merosakkan sebarang harta benda di dalam dewan ini.

Menjaga keselamatan dewan Sila pastikan semua suis (lampu, kipas dll) ditutup sebelum meninggalkan bilik ini. Sila pastikan semua tingkap, pintu dan grill ditutup dan dikunci selepas menggunakannya untuk tujuan keselamatan.Sila serahkan kunci Bilik Bahasa ke bilik Pejabat sebaik sahaja selepas menggunakannya. Guru / pelajar tidak dibenarkan sama sekali membawa pulang kunci bilik atau pun membuat kunci pendua (duplicate) dewan.

4.3

Tatacara Guru Penggunaan Dewan Tempahan dewan Guru yang berhasrat menggunakan dewan mestilah memaklumkan dan membuat tempahan 2 hari lebih awal dengan penyelaras dewan tersebut. Pengisian rekod penggunaan Guru yang menggunakan dewan mestilah mengisi buku Rekod Penggunaan Bilik setiap kali menggunakannya. Tanggungjawab guru terhadap murid di bawah penyeliaannya. Murid tidak dibenarkan berada di dalam dewan ini tanpa kebenaran dan pengawasan oleh guru. Setiap guru yang menggunakan bilik ini adalah bertanggung jawab mengawal murid masing-masing serta menjaga keselamatan harta benda di dalamnya.

10

HBHE 3203

5.0

Tatacara Penggunaan Bilik Komputer. Perkembangan teknologi maklumat dan komputer (ICT) menawarkan pelbagai jenis alat bantuan mengajar dan perkakasan komputeran di bilik computer sesebuah sekolah. Antara yang terdapat di sesebuah bilik komputer ialah beberapa buah komputer, komputer riba,projector LCD dan pelbagai perisian komputer. Perlu diingat bahawa alat-alat ini menggunakan kuasa elektrik untuk beroperasi. Penggunaannya mestilah berdasarkan kepada arahan dan panduan oleh pihak pengeluar. Di sekolah, pengendalian alat-alat sebegini dikendalikan oleh pembantu dan guru terlatih. Risiko-risiko kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Di antaranya ialah renjatan elektrik dan kebakaran. Kemalangan boleh berpunca daripada masalah pendawaian dan peralatan yang rosak. 5.1 Tatacara Awam Penggunaan Bilik Komputer. Menerima taklimat keselamatan. Semua pengguna makmal mestilah menerima taklimat keselamatan makmal daripada penyelaras makmal komputer sekolah sebelum menggunakan bilik komputer. Mematuhi segala peraturan dan arahan. Mematuhi segala peraturan yang ditetapkan dan peraturan-peraturan serta arahan yang diberikan dari semasa ke semasa. Membuat tempahan awal Membuat tempahan awal dan kebenaran bertulis mengisi jadual penggunaan kemudahan bilik komputer.

11

HBHE 3203

5.2

Tatacara Murid Penggunaan Bilik Komputer. Membuka dan menyusun kasut di rak. Murid perlu meninggalkan kasut dan susun dengan teratur di bahagian luar bilik komputer sekolah. Tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman. Murid tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman di bilik komputer. Jaga kebersihan. Murid dikehendaki menjaga kekemasan dan kebersihan bilik computer. Semua kerusi hendaklah disusun semula ke tempat asal selepas digunakan. Jadual kelas yang ditetapkan. Murid-murid hanya dibenarkan masuk ke bilik komputer mengikut jadual kelas masing-masing atau pada waktu rehat. Dilarang masuk ke Bilik Pelayan(Server) Murid dilarang sama sekali memasuki bilik server.Murid juga dilarang keras membuat installasi perisian ke dalam komputer yang terdapat di dalam bilik komputer tanpa kebenaran guru. Murid juga adalah dilarang mengubahsuai dan mengusik sebarang sambungan kabel di dalam bilik komputer. Dilarang membawa keluar bahan dari bilik komputer. Murid-murid dilarang mengambil barang-barang yang terdapat di dalam almari stok tanpa izin. Buku rujukan juga tidak boleh dibawa keluar dari Bilik Komputer kecuali mendapat keizinan guru. 12

HBHE 3203

Dilarang bising Murid dilarang membuat bising, berlari-lari, bergurau-senda, bertengkar atau bergaduh di dalam bilik komputer.

5.3

Tatacara Guru Penggunaan Bilik Komputer. Memastikan segala peralatan di bilik komputer. Guru perlu memastikan semua punca kuasa elektrik bagi semua peralatan dimatikan sebelum meninggalkan makmal. Makmal sentiasa dikunci. Makmal mesti sentiasa dikunci selepas digunakan atau jika tidak digunakan. Kunci hanya disimpan oleh pihak pentadbir dan guru penyelaras sahaja. Melaporkan kerosakan. Melaporkan sebarang kerosakkan dan kehilangan terhadap semua peralatan, perkakasan dan perisian dalam bilik komputer kepada penyelaras makmal atau wakilnya dengan segera.

6.0

Kesimpulan Konsep keselamatan diri perlu dilihat berdasarkan kepada aspek emosi dan fizikal. Dalam aspek emosi, keselamatan diri dipersepsi sebagai seseorang itu berasa selesa dan mesra terhadap gerak balas dirinya terhadap orang lain seperti keluarga, rakan dan masyarakat sekitarnya. Aspek fizikal pula melibatkan seseorang itu bebas daripada ancaman penderitaan atau kesakitan yang berpunca daripada kecedaraan dan kemalangan. Kecederaan boleh berpunca daripada keadaan tanpa niat seperti 13

HBHE 3203

kemalangan dan dengan niat seperti akibat penderaan dan penculikan. Jaminan terhadap keselamatan diri juga merupakan salah satu keperluan manusia di samping keperluan asas lain seperti makanan,pakaian dan tempat tinggal. Berdasarkan teori Motivasi Maslov, setelah tahap keperluan mendapatkan makanan seseorang itu dipenuhi, seseorang itu perlukan keselamatan. Tahap keselamatan diri bagi manusia berbeza mengikut situasi persekitaran dan tahap umur seseorang. Seseorang kanak-kanak belum dapat berdikari dalam aspek menjaga keselamatan dirinya. Mereka memerlukan sokongan daripada orang lain khasnya ibu bapa, penjaga serta guru. Kepentingan pengawalan keselamatan dapat menjamin persekitaran yang aman dan selesa dalam sebuah komuniti dan masyarakat. Di samping itu, pengawalan keselamatan amat berguna dalam memupuk sikap sentiasa berwaspada terhadap keadaan persekitaran seperti jalan raya, sekolah, rumah dan tempat kerja. Pengawalan keselamatan harus dilihat dalam aspek peraturan dan undang-undang kerana konsep penjagaan keselamatan diri tidak dilakukan dengan menggugat keselamatan dan hak orang lain.Pendek kata, pengawalan keselamatan yang dilakukan berdasarkan mekanisme undang-undang dan peraturan menjamin kewujudan keteraturan sosial dalam sebuah komuniti, masyarakat dan Negara.

14

HBHE 3203

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

Azizi Yahya et al (2007) Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur :PTS Profesional Publishing Sdn Bhd. Dr. Abdul Rahman Isa,Dr Rusli Nordin & Dr. Abdul Manaf Haji Hard (1998),Pertolongan Cemas:Prinsip dan Amalan.Kuala Lumpur:Crescent News (KL)Sdn Bhd. FOMCA (2007) Menangani Keracunan Makanan di Sekolah. Huraian Sukatan Pelajaran KBSR,Pendidikan Kesihatan (2001).Kuala Lumpur:Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Kesihatan Malaysia (1999), Manual Kempen Cara Sihat 1999. Promosi Keselamatan Dan Pencegahan Kecederaan. Kuala Lumpur Kementerian Kesihatan Malaysia (2002), Promosi Persekitaran Sihat, Kuala Lumpur. Ministry Of Health Malaysia (2005) Child Injury Prevention. Kuala Lumpur.

15

HBHE 3203

16

Anda mungkin juga menyukai