Anda di halaman 1dari 2

Peristiwa Perletakan Hajar Aswad ( Perempuan) Bismillahirrahmanirrahim.. Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh... Terima kasih tuan pengerusi majlis.

Yang dihormati dan disegani barisan para hakim yang arif lagi bijaksana, barisan guru-guru, sahabat-sahabat dan para hadirin yang dihormati sekalian.Berdirinya saya di hadapan ini adalah semata-mata untuk menyampaikan sebuah kisah al-quran iaitu Peristiwa Perletakan Hajar Aswad. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Anak soleh impian semua Taati Islam ajaran Allah Hajar Aswad Batulah Syurga Terletak mulia di bumi Mekah
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Lima tahun sebelum kenabian suatu peristiwa yaitu Makkah dilanda banjir besar hingga meruntuhkan Kakbah. Dengan peristiwa itu orang-orang Quraisy sepakat untuk memperbaiki Kaabah. Ketika pembaikan Kaabah tinggal meletakkan Hajar Aswad, mereka saling berselisih tentang siapa yang meletakkan hajar Aswad di tempat asalnya. Perselisihan ini sampai 5 hari tanpa ada keputusan dan hampir terjadi peretumpahan darah. Akhirnya Abu Umayah menawarkan jalan keluar siapa yang pertama kali masuk lewat pintu Masjid itulah orang yang memimpin peletakan Hajar Aswad. Semua pada sepakat dengan cara ini. Allah SWT menghendaki ternyata yang pertama kali masuk pintu masjid adalah Rasulullah SAW dan yang berhak adalah Rasulullah. Kawan kawan semua, pada masa kini kita dapati banyak berlaku perselisahan yang membawa kepada kematian dan kecederaan. Sebagai penganut agama Islam, kita wajib menghindar dari perkara dosa dan permusuhan.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Orang-orang Quraisy berkumpul untuk meletakkan Hajar Aswad . Rasulullah meletakkan serbannya dan pemuka-pemuka kabilah memegang penjuru serban lalu mengangkatnya bersama-sama. Setelah itu Nabi mengambil Hajar Aswad dan meletakkannya ke tempat semula akhirnya legalah semua. Mereka gembira kerana Al-Amin Rasulullah SAW dapat menyelesaikan masalah ini.. Nabi Muhammad SAW digelar Al-Amin mempunyai bermakna seorang yang jujur dan amanah. Baginda orang yang pandai, terpelihara dari hal-hal yang buruk, perkataannya lembut, akhlaknya utama, sifatnya mulia, jujur terjaga jiwanya, terpuji kebaikannya, paling baik amalnya, mendapat julukan Al-Amin dan beliau juga membawa bebannya sendiri, memberi kepada orang miskin, menjamu tamu dan menolong siapapun yang hendak menegakkan kebenaran. Kawan-kawan semua, didapati pada masa kini, ramai manusia lebih mengutamakan dunia dari akhirat.Ingat , bahawa semua amalan jahat dan baik kita akan dibalas di akhirat nanti.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Anda mungkin juga menyukai