Anda di halaman 1dari 31

Sosio-budaya Masyarakat Awal Asia Tenggara

Zaman silam Asia Tenggara telah dikaji selidik dan ditulis oleh orang-orang India - rasa bangga (nasionalisme) kerana menganggap Asia Tenggara banyak terhutang pengaruh dari India.

Pada tahun 1926 tertubuh Persatuan India Besar (Greater India Society) berpendirian: "Sejarah penjajahan India di Indocina dan Semenanjung Tanah Melayu merupakan satu babak yang gilang gemilang dalam sejarah India.
Tulisan-tulisan China sungguhpun berharga kerana banyak mengandungi keterangan tentang ilmu alam politik dan perdagangan - dan walaupun sukar ditafsirkan, tetapi sedikit sekali mengandungi keterangan berhubung dengan perkembangan sejarah/pengaruh Hindu Buda.

Sumber Eropah yang awal lebih menyentuh soal ilmu alam dan pelayaran. Buku "Periplus of the Erythraean Sea (T.M. 70-1) adalah buku yang mula-mula sekali menyebutkan kisah perdagangan di antara pelabuhan-pelabuhan India dengan negeri-negeri di sebelah timur.
Kemudiannya buku Geographia, karangan Ptolemy (T.M. 165). Penulisan-penulisan awal ini pun tidak dapat menolong kita memahami Asia Tenggara.

Manusia dan Budaya


Perbezaan kawasan pertempatan membawa kepada perbezaan tekanan. Perbezaan tekanan mencorakkan gaya hidup apabila manusia memikirkan kaedah penyelesaiannya. Ini menghasilkan gaya hidup yang dipanggil budaya.

Faktor yang mempengaruhi pembentukan budaya:


Kawasan tempat tinggal Kebergantungan antara satu sama lain Kewujudan institusi masyarakat kekeluargaan. Pembahagian tugas menurut jantina, umur dan kedudukan. Kerjasama antara masyarakat Kelompok linguistik.

Tanggapan terhadap perbezaan antara manusia


Ras dapat menerangkan perbezaan kualiti manusia.
Fikiran Tabiat/kelakuan/perangai

Sesuatu ras yang lemah akan dikuasai ras yang kuat.

Penyebaran ilmu pengetahuan merupakan proses utama pengubah kehidupan.


Konsep yang lebih dikenali sebagai difusi ini memainkan peranan penting dalam pembudayaan masyarakat.

Konsep Kebudayaan
Kebudayaan berasal daripada perkataan Sanskrit yang mengambil perkataan budi dan akal. E.B. Taylor kompleks yang mencakupi pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat istiadat dan lain-lain kemampuan seta kebiasaan sesuatu anggota masyarakat.

C. Kluckhohn kebudayaan terbahagi kepada 7 katagori:


Peralatan dan kelengkapan hidup Mata pencarian hidup Sistem kemasyarakatan Bahasa Kesenian Sistem pengetahuan Sistem kepercayaan

Hasil gabungan unsur-unsur ini membawa kepada kemunculan teknologi yang berasaskan kepada kebudayaan yang dijelmakan dalam bentuk:
Alat senjata Kesusasteraan Makanan dan minuman Pakaian dan perhiasan Tempat berlindung Pengangkutan

Perubahan Sosial
Faktor yang mendorong kepada perubahan sosial :
Bertambah/ berkurang penduduk Penemuan baru Pertentangan dalam masyarakat Konflik/pemberontakan/revolusi

Perkembangan tersebut menghasilkan elemen pemangkin kepada perubahan seperti:


Kewujudan faktor pendorong Sistem pendidikan Menghargai hasil karya orang lain Toleransi Sistem terbuka Pendidik pelbagai etnik Ketidakpuasan dalam masyarakat

Kemajuan Budaya Manusia

Aspek Ekonomi
Peringkat awal pertanian dan penternakan
Lahirnya masyarakat/komuniti kampung Teknologi alat penyimpanan alat tembikar Teknologi penanaman Kawalan keselamatan harta benda Perniagaan Sistem kepercayaan

Aspek Sosial
Institusi Keluarga Perkahwinan
Keperluan tempat tinggal Kerjasama ekonomi Konsep kekeluargaan
parti-local matri-local Bi-local Neo-local Monogami dan poligami

Aspek Politik
Penguasaan terhadap orang lain melalui pengaruh yang diperolehi melalui:
Menyampaikan informasi baru Penyebaran informasi palsu (dakyah) Nasihat Wibawa

Kebudayaan Masyarakat Awal Asia Tenggara

Ciri-ciri tamadun Asia Tenggara sebelum ketibaan pengaruh HinduBuddha.


Coedes memberikan: a. Dari segi kebendaan 1. bersawah padi 2. memelihara lembu dan kerbau 3. menggunakan logam sedikit-sedikit, dan 4. mahir dalam pelayaran b. Dari segi kemsyarakatan 1. memberi kedudukan yang tinggi kepada kaum perempuan dan mementingkan keturunan dari pihak perempuan, dan 2.susunan masyarakat yang lahir dari hidup bersawah padi

c. Dari segi agama


1. bersifat animisme 2. menyembah nenek moyang dan dewa yang menjaga tanah 3. mendirikan tempat-tempat pemujaan di tanah-tanah tinggi 4.menanam mayat di dalamtempayan/dolmen, dan 5. cerita cerita dongeng yang penuh dengan kepercayaan bahawa tiap-tiap benda dalam alam mempunyai lawannya - gunung dengan laut dll.

d. Dari segi bahasa Banyak akhiran/awalan/sisipan e. Dari segi demografi Banyak di lembah-lembah dari pergunungan.

Semasa pengaruh kebudayaan India mula-mula datang ke Asia Tenggara kemasukan beramai-beramai orang ke Asia Tenggara pada masa pra-sejarah sudah berakhir. Sudah wujud golongan-golongan yang telah sedikit sebanyaknya mempertahankan ketulinan rasnya (primordial/ethnic sentiment). Sudah wujud etnik yang ketara (distinct) saperti etnik orang Champa di bahagian tengah dan selatan Annam sekarang, orang Khmer di Lembah Sungai Mekong, Kemboja dan di bahagian tengah daerah Mekong; orang Mon (cousin kepada orang Khmer) di Lembah Sungai Menam/Burma Hilir; orang Pyu (mungkin nenek moyang orang Tibet dan Burma) di Lembah Sungai Irrawady dan Sungai Sittang.

Kewujudan Kerajaan
Berlaku secara kendiri negara asli Wujud akibat dorongan pelbagai seperti faktor dalaman dan luaran negara pertengahan (secondary) Kebanyakan kerajaan yang berjaya sampai ke tahap empayar di Asia Tenggara ialah negara pertengahan (secondary)

Sistem Kekuasaan
Pewarisan kekuasaan bagi masyarakat awal terbahagi kepada berbagai jenis:
Kasta Monarki Mutlak Oligarki Patriakel Feudal demokratis

Bentuk Kerajaan
Bentuk kerajaan yang wujud di Asia Tenggara ialah terdiri daripada:
Unitari Federasi Pusatan dan lingkungan (mandala)

Ia bergantung kepada pengaruh yang diterima Hindu-Buddha, China atau Islam.

Konsep hubungan antara pemerintah dengan yang diperintah: Hindu-Buddha Mandala Buddha Theravada dharma-raja, kamma-raja atau cakravatin Pengaruh China Petron-klien

Kebangkitan Kerajaan Awal Asia Tenggara


Kerajaan terawal rantau ini tidak dapat dibuktikan tetapi ia kerap dinyatakan dalam hikayat atau mitos/legenda. Antaranya ialah: Legenda Orang Mon, Arakan, Shan dan Pyu membina kerajaan di Thaton, Twante, Rangoon dan Pegu di Burma. Kronikal Arakan Legenda Vietnam Van Lang, Au Lac, Au Viet dan Lac Viet.

Bentuk Kerajaan Awal Asia Tenggara

Masyarakat Agraria
Bergantung kepada kegiatan pertanian. Kegiatan utamanya:
Bercucuk tanam Berburu Memungut hasil hutan Menangkap ikan

Masyarakat Maritim
Kegiatan ekonominya bergantung kepada laut (pelabuhan dan perdagangan) dan terletak di pesisir pantai.
Mempunyai hubungan dengan kerajaan agraria memperdagangkan hasil keluaran kerajaan tersebut. Bertindak sebagai orang tengah antara kerajaan agraria dengan kerajaan asing (pelanggan).

Kawasan semenanjung Tanah Melayu dengan kepulauan mempunyai banyak kerajaan jenis ini antaranya:
Tun-sun Langkasuka Pan-Pan Kedah Tua Melaka.

Rumusan
Perkembangan manusia di Asia Tenggara diukur dari segi budayanya. Perbezaan budaya antara kelompok berbeza atau sama berkait rapat dengan faktor:
Pengaruh alam fizikal Pemakanan Pola pembiakan Perhubungan sosial

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai