Anda di halaman 1dari 3

Hiperaktif Kanak -kanak yang sangat senang beralih pandangan dari satu perbuatan ke perbuatan yang lain dan

seolah -olah tidak mendengar apabila orang cuba bercakap denganya tergolong sebagai kanak -kanak yang lemah kuasa pemunpuan perhatiannya . Dia selalu tidak menghabiskan apa -apa tugas yang hendak dibuatnya dan tidak boleh duduk bermain dengan lamanya seperti kanak -kanak lain .

Kelakuan yang biasa diperlihatkan di dalan keadaan ini boleh dibahagian .

(1) kekurangan tumpuan perhatian

Kanak -kanak yang sangat senang beralih pandangan dari satu perbuatan ke perbuatan yang lain dan seolah -olah tidak mendengar apabila orang cuba bercakap denganya tergolong sebagai kanak -kanak yang lemah kuasa pemunpuan perhatiannya . Dia selalu tidak menghabiskan apa -apa tugas yang hendak dibuatnya dan tidak boleh duduk bermain dengan lamanya seperti kanak -kanak lain .

(2) Mengikut Dorongan Hati ( Impulsif )

Dia tidak pernah merancang dahulu sesuatu pekerjaannya itu malah telah melakukannya sahaja. Dia membuat sesuatu dia akan dengan cepatnya berubah pada membuat sesuatu yang lain . Ibu bapa dan guru -guru mendapati sukar mengawalnya kerana dia tidak mengikut arahan yang diberikan .

(3) Berkelakuan Terlalu Aktif

Kanak -kanak yang berkelakuan seperti suka berlari -lari , memanjat -manjat perabot , sukar duduk diam , dan seolah -olah ada kuasa yang menyebabkan dia tidak boleh berdiam diri juga tergolong sebagai kanak -kanak hiperaktif .Kelakuan hiperaktif selalunya mendapat perhatian serta

merungsingkan ibu bapa apabila kanak -kanak itu berusia dua atau tiga tahun , apabila dia sudah boleh berlari , memanjat dan melompat . Pemeriksaan uarat saraf di kalangan kebanyakan kanak -kanak yang dikatakan mengalami Sindrom Hiperaktif , selalu tidak menunjukkan apa -apa gangguan . Malahan di kalangan kanak -kanak yang dikatakan ' brain damaged ' ramai yang tidak berkelakuan hiperaktif . Anggapan umum ialah kanak -kanak yang hiperaktif menghadapi gangguan urat saraf yang minimum , tetapi anggapan ini juga penuh kontroversi .Kes -kes hiperaktif yang didapati di klinik Perkembangan Kanak -kanak di Universiti Kebangsaan Malaysia kebanyakan yang melibatkan kanak -kanak lelaki . Sebabnya masih menjadi suatu tanda tanya . Satu lagi hal yang menjadi tanda tanya ialah berapa ramaikah kanak -kanak di negara ini mengalami keadaan sindrom hiperaktif .

Proses penilaian kanak -kanak yang dikatakan hiperaktif merangkumi pemeriksaan paediatrik dan psikologi. Kanak -kanak ini memperlihatkan berbagai bagai masalah seperti lambat bercakap , sukar dilatih untuk berdikari atau mengenali keadaan yang merbahaya . Dia juga sukar menerima pengajaran kerana tumpuan perhatiannya kurang . Pemeriksaan oleh pakar kanak -kanak untuk memastikan yang tiada gangguan uarat saraf atau tahap elemen plumbum (lead ) yang tinggi di dalam darah perlu di buat . Lazimnya pemeriksaan klinikal tidak menunjukkan tanda -tanda yang luar biasa .

Ibu bapa perlu mendapat penerangan yang jelas tentang keadaan ini serta strategi rawatan yang boleh digunakan kerana mereka merupakan orang yang paling penting di dalam rancangan pemulihan yang bakal di jalankan ke atas anak -anak mereka itu oleh profesyenal -profesyenal yang terlatih .

Kesimpulan Kanak -kanak yang mengalami sindrom hiperaktif menunjukkan tiga cara kelakuan yang akan membawa masalah pembelajaran . Dengan itu rawatan perlu dimulakan seawal -awal yang boleh . Bagaimanapun , kelakuan ini biasanya berkurangan apabila mereka dewasa .

Anda mungkin juga menyukai