Anda di halaman 1dari 7

3

2.0 Huraian penggunaan klip video yang berkesan dalam pembelajaran dan
pengajaran berdasarkan Model ASSURE.
Secara amnya, model ASSURE merangkumi enam elemen utama iaitu analisis
pelajar, nyatakan objektif , pilih kaedah, media dan bahan, gunakan media dan bahan,
penglibatan pelajar dan menilai dan semak semula. Berikut adalah huraian rancangan
pengajaran yang berpandukan setiap langkah yang dinyatakan dalam model ASSURE.

2. 1 Analisis Pelajar (Analyze Learners)
Menurut Noriati A. Rashid (et.al) dalam bukunya Teknologi dalam Pengajaran
dan Pembelajaran, beliau mengatakan bahawa menganalis kumpulan sasaran atau
pelajar adalah penting untuk membantu guru merancang pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai bagi murid. Namun, guru akan menghadapi kekangan dalam mengenal
pasti keperluan setiap pelajar di dalam kelas. Justeru, guru perlu menggunakan garis
panduan yang dinyatakan ini untuk menganalisis pelajar supaya dapat mencapai objektif
pengajaran yang dirancang.

a) Ciri-ciri umum pelajar
Sebagai seorang guru, saya akan akan menganalisis ciri-ciri kumpulan sasaran
saya terlebih dahulu sebelum memasuki kelas tersebut. Hal ini adalah amat penting bagi
membolehkan saya memilih strategi, bahan sumber dan media yang paling sesuai
dengan kehendak dan keperluan sasaran bagi mencapai objektif P&P.

Dalam RPH ini, tajuk pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tahun 3
yang saya pilih adalah Rekreasi dan Kesenggangan dan subtopiknya adalah tentang
cara membuat layang-layang. Sasarannya adalah murid Tahun 3 dan berumur 9 tahun.
Terdapat 20 orang murid, iaitu 12 perempuan dan 8 lelaki di dalam kelas 3 Cerdik.
Murid-murid ini mempunyai tahap kecerdasan yang sederhana. Mereka sudah
menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira dengan baik.

Kebanyakan murid ini adalah anak-anak yang membesar di pinggir bandar
mahupun desa. Oleh itu, mereka kurang mendapat pendedahan tentang penggunaan
ICT. Justeru, guru perlu mempelbagaikan aktiviti pengajaran yang menarik dengan
penggunaan bahan multimedia bagi menimbulkan sikap ingin belajar. Contohnya, saya
4

akan menayangkan klip video tentang cara membuat layang-layang di dalam kelas
semasa mengajar topik rekreasi dan kesenggangan. Klip video ini boleh digunakan
sebagai rangsangan bagi menarik minat murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam
proses p&p.

b) Pengetahuan / pengalaman sedia ada
Pengetahuan lepas ataupun pengetahuan sedia ada yang terdapat pada murid
merujuk kepada aras kebolehan murid sebelum bermulanya pengajaran. Dalam RPH ini,
murid-murid sememangnya mempunyai pengetahuan dan pengalaman sedia ada
tentang apa itu layang-layang dan mereka juga pernah melihat dan bermain layang-
layang. Mereka telah sinonim dengan layanglayang di persekitaran mereka
memandangkan kebanyakkan mereka berasal dari pinggir bandar. Namun, mereka
mungkin tidak tahu tentang cara untuk membuat layang-layang. Oleh itu, saya akan
memainkan klip video ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar murid dapat
mengetahui cara membuat layang-layang dengan lebih jelas dan konkrit.

c) Stail / Gaya Pembelajaran
Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Saya mendapati
bahawa murid-murid 3 Cerdik lebih cenderung kepada pembelajaran kontekstual,
benda-benda maujud, dan aktiviti berkumpulan. Pembelajaran kontekstual ini
menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-
on. Apabila mengajar tentang tajuk rekreasi dan kesenggangan, saya akan membimbing
murid memahami konsep membuat layang-layang dengan lebih konkrit melalui aktiviti
hands-on. Contohnya, saya akan menayangkan klip video tentang cara membuat
layang-layang supaya murid dapat memahami cara membuat dengan lebih jelas. Dalam
konteks ini, saya akan menghentikan klip video dalam pengajaran supaya murid dapat
mengikuti dan memahami langkah-langkah membuat layang-layang.

2.2 Nyatakan Objektif Pembelajaran (State Objective)
Menurut Noriati A. Rashid (et.al), penyataan objektif adalah penting sebagai hala
tuju pengajaran dan pembelajaran. Seseorang guru haruslah menentukan objektif yang
realistik dan sejajar dengan aras kebolehan serta minat murid supaya dapat mencapai
objektif pembelajaran yang telah ditentukan. Penyataan objektif adalah amat penting
keranadapat membantu guru menentukan tindakan susulan. Maka, guru dapat
5

mengetahui tahap kefahaman murid dan menyediakan aktiviti pemulihan bagi murid
yang gagal mencapai objektif pembelajaran dan aktiviti pengayaan bagi murid yang
sudah berjaya mencapai objektif pembelajaran
.
Dalam RPH ini, terdapat tiga objektif yang telah ditentukan dalam P&P ini. Pada
akhir pembelajaran dan pengajaran, murid akan dapat: 1. Menyatakan dua contoh
aktiviti rekreasi dan kesenggangan. Peringkat ini jelas dilihat pada langkah pertama di
mana penglibatan semua murid untuk menyatakan sekurang-kurangnya dua contoh
aktiviti rekreasi dan kesenggangan. Malah aktiviti soal jawab juga dapat dilaksanakan
dengan baik apabila mendapat respon yang menggalakkan daripada penglibatan murid.

Objektif pembelajaran yang seterusnya ialah: 2. Menyatakan semua langkah
dan cara membuat layang-layang dengan betul. Objektif pembelajaran ini dapat
dicapai dan dilihat pada langkah ketiga. Dalam konteks ini, saya akan memainkan klip
video ini pada langkah keuda dan membuat penerangan tentang cara dan langkah
membuat layang-layang. Dalam langkah ketiga, saya akan membahagikan murid
kepada 3 kumpulan dan guru akan memberikan dua gambar kepada setiap kumpulan.
Murid diberikan 5 minit untuk berbincang dalam kumpulan masing-masing. Setiap
kumpulan dikehendaki untuk menghantar satu wakil bagi menyatakan langkah dan cara
membuat layang-layang dengan merujuk kepada gambar yang diberikan.

Objektif pembelajaran yang terakhir adalah: 3.menghasilkan satu layang-
layang. Pada langkah keempat, saya akan menayangkan klip video tentang cara
membuat layang-layang supaya murid dapat memahami cara membuat dengan lebih
jelas. Dalam konteks ini, saya akan menyediakan bahan-bahan yang diperlukan supaya
setiap murid mempunyai peluang untuk membuat layang-layang mengikut kreativiti
masing-masing. Saya juga akan menghentikan klip video dalam setiap bahagian supaya
murid dapat mengikuti apa yang ditunjukkan dalam klip video.

2.3 Memilih Kaedah Pengajaran (Select Methods, media and materials)
Pemilihan kaedah, media dan bahan adalah berdasarkan kebolehan pelajar dan
objektif pengajaran. Lazimnya, terdapat banyak kaedah dan strategi boleh digunakan
dalam satu proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah dan strategi pengajaran yang
6

paling sesuai dan selaras dengan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat
menjamin pencapaian objektif pembelajaran.
Dalam RPH ini, kelas 3 Cerdik terdiri daripada pelbagai murid yang berbeza
pontensi dan tahap kecerdasan. Oleh itu, saya akan menggunakan strategi
berpusatkan murid, kaedah penyoalan, perbincangan dan kerja berkumpulan
semasa menjalankan proses p&p supaya murid yang lebih pandai dan cerdik boleh
membimbing murid yang lebih lemah. Dalam strategi berpusatkan murid, murid
digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Dalam
pengajaran tentang topik rekreasi dan kesenggangan, saya akan menyediakan bahan-
bahan yang diperlukan supaya setiap murid mempunyai peluang untuk membuat
layang-layang mengikut kreativiti masing-masing. Maka, saya akan menayangkan klip
video tentang cara membuat layang-layang yang saya hasilkan bagi menjadi bahan
rujukan kepada murid-murid. Saya akan memberikan murid masa 35 minit bagi murid-
murid menghasilkan layang-layang mereka. Selepas itu, guru akan memilih beberapa
murid bagi membentangkan hasil kerja mereka. Sesi ini telah memberi peluang kepada
murid-murid untuk berkongsi idea dan meningkatkan keyakinan murid untuk berani
berucap di hadapan orang ramai.

Media yang saya pilih pula ialah gambar dan klip video. Saya telah
menghasilkan satu klip video tentang cara membuat layang - layang. Saya akan
menggunakan video itu dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
memandangkan video itu mengandungi unsur yang menarik seperti audio, gambar,
muzik dan transisi serta effect bagi menarik perhatian murid. Bukan itu sahaja, saya
juga akan menunjukkan beberapa gambar tentang contoh aktiviti rekreasi dan
kesenggangan bagi meningkatkan kefahaman murid terhadap konsep yang abstrak.
Semasa membuat penerangan tentang contoh aktivti rekreasi dan kesenggangan, saya
akan menggunakan kaedah penyoalan dan perbincangan. Kaedah ini dipilih kerana
murid diberi peluang untuk mengeluarkan pandangan dan idea masing-masing dan hal
ini secara tidak langsung dapat menggalakkan murid melibatkan diri secara aktif dalam
proses p&p.

Manakala bahan yang saya rancang ialah lembaran kerja. Dalam proses p&p,
saya akan membahagikan murid kepada 5 kumpulan yang terdiri daripada murid yang
berbagai kebolehan. Seterusnya, saya akan mengedarkan satu lembaran kerja kepada
7

setiap kumpulan. Lembaran kerja tersebut mempunyai dua bahagian A dan B. Bahagian
A merupakan soalan aras sederhana dan mempunyai gambar dan penerangan tentang
langkah membuat layang-layang. Murid-murid dikehendaki untuk memadankan gambar
dengan penerangan yang betul. Bagi soalan A pula, soalan ini merupakan soalan yang
lebih mudah dan saya telah menyediakan beberapa gambar tentang contoh aktiviti
rekreasi dan kesenggangan. Murid dikehendaki untuk menandakan tanda dan di
bawah gambar. Murid boleh berbincang di dalam kumpulan masing-masing dan murid
yang lebih cerdik boleh membimbing murid yang lemah. Melalui aktivti ini, guru dapat
menilai kefahaman murid terhadap topik yang telah dipelajari.

2.4 Gunakan Media dan Bahan Sumber
Proses menggunakan media dan bahan sumber dalam pengajaran merupakan
peringkat yang paling penting kerana jika media dan bahan yang digunakan amat
menarik tetapi tidak mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran, maka proses
pengajaran dan pembelajaran akan gagal. Justeru, seseorang guru haruslah mengkaji
media dan sumber supaya bahan pengajaran dapat berfungsi dengan baik dan sesuai
dengan sasaran dan objektif pengajaran dan pembelajaran yang ditentukan.
Dalam RPH ini, bahan pengajaran yang saya pilih ialah buku teks Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan Tahun 3. Saya telah memilih tajuk rekreasi dan kesenggangan.
Semasa proses p&p, saya telah menggunakan beberapa bahan mengajar seperti
gambar, helaian lembaran kerja, dan klip video. Bahan-bahan ini dapat membantu guru
melancarkan proses p&p. Dalam konteks ini, saya akan bersifat peka dan membuat
ramalan tentang masalah yang mungkin timbul dan menyediakan bahan tambahan atau
pelan alternatif.
Sebelum memasuki kelas, saya akan menguji klip video yang dihasilkan bagi
memastikan klip video tersebut dapat berfungsi dengan baik dan tidak tersekat-sekat.
Saya juga akan menyediakan persekitaran yang sesuai untuk penggunaan klip video.
Saya akan memastikan suasana pembelajaran yang dipilih adalah dilengkapi dengan
kemudahan infrastruktur yang lengkap seperti projektor dan LCD. Oleh itu, saya akan
membawa murid ke bilik multimedia atau bilik ICT untuk melihat tayangan klip video
supaya masalah seperti silau dapat dielakkan. Selain itu, saya juga akan menyediakan
pembesar suara ke kelas supaya semua murid dapat mendengar suara dan audio
semasa klip video dimainkan.
8

Di samping itu, saya akan memastikan susun atur bilik darjah adalah
bersesuaian dengan kaedah yang saya pilih iaitu aktiviti berkumpulan. Saya akan
mengarahkan murid menyusun meja dan kerusi dalam bentuk bulatan bagi
memudahkan aktiviti berkumpulan dan perbincangan. Saya juga akan memastikan
semua penyusunan bahan dan media seperti gambar adalah boleh dilihat dan dicapai
oleh setiap murid.
Tambahan pula, bilik darjah yang teratur, kemas dan bersih akan dapat
memberikan gambaran keselesaan kepada murid dan menimbulkan rasa hendak
berada di dalam bilik tersebut. Selepas menjalankan aktiviti membuat layang-layang,
saya akan memantau kebersihan kelas dan mengarahkan murid untuk mengemaskan
bahan-bahan yang digunakan dan membuang sampah-sarap ke dalam tong sampah.
2.5 Libatkan pelajar secara aktif dalam pembelajaran.

Menurut Noriati A. Rashida dalam karyanya, Teknologi dalam Pengajaran dan
Pembelajaran, sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar beraktiviti atau berfikir
akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. Oleh itu, saya telah
mengunakan strategi berpusat murid dan aktivit berkumpulan serta teknik penyoalan
dan perbincangan yang dapat mengalakkan penglibatan murid secara aktif dalam p&p.
Saya juga telah menggunakan gambar, klip video, audio dan lembaran kerja dalam
pengajaran saya bagi mencetuskan penjanaan idea dan perbincangan berkumpulan
dalam kalangan murid.
Dalam melaksanakan RPH ini, saya akan menayangkan klip video tentang cara
membuat layang-layang yang saya hasilkan bagi menjadi bahan rujukan kepada murid-
murid. Video ini terbahagi kepada beberapa bahagian mengikut langkah membuat
layang-layang. Saya akan menghentikan video selepas satu langkah ditayangkan dan
bertanya murid-murid tentang setiap langkah yang dipaparkan dalam video untuk
memastikan semua murid melibatkan diri. Malah aktiviti soal jawab juga dapat
dilaksanakan dengan baik apabila mendapat respon yang menggalakkan daripada
penglibatan murid.
Saya juga akan menyediakan bahan-bahan yang diperlukan supaya setiap murid
mempunyai peluang untuk membuat layang-layang mengikut kreativiti masing-masing.
Selepas itu, saya akan memilih beberapa murid bagi membentangkan hasil kerja
9

mereka. Sesi ini telah memberi peluang kepada murid-murid untuk berkongsi idea dan
meningkatkan keyakinan murid untuk berani berucap di hadapan orang ramai.
Lembaran kerja yang disediakan juga merupakan satu bahan bantu belajar yang
menggalakkan murid-murid untuk berbincang dengan rakan lain.

2.6 Nilai dan Semak Semula
Penilaian perlu dibuat supaya dapat memberi gambaran kepada guru sejauh
mana keberkesanan media yang dipilih dapat mempengaruhi prestasi pelajar. Ini
membolehkan guru mengubah teknik, memudahkan bahasa atau mengambil tindakan
alternatif untuk menyesuaikan keadaan semasa.

Penilaian pembelajaran yang akan dijalankan bagi P&P ini adalah secara
informal iaitu melalui penyoalan. Penilaian ini dijalankan sepanjang proses P&P. Dalam
p&p, saya akan menanyakan murid tentang contoh aktiviti rekreasi dan kesenggangan
secara lisan. Dalam langkah ketiga, saya pula akan menilai murid selepas mereka
menonton tayangan klip video dengan meminta mereka berbincang dan kumpulan dan
menyatakan ketujuh-tujuh langkah bagi proses membuat layang-layang.

Dalam langkah keemapat berdasarkan kepada RPH, saya akan mengarahkan
murid untuk menghasilkan layang-layang dengan merujuk kepada klip video yang
dimainkan. Sekiranya murid dapat menghasilkan layang-layang, maka ini bermakna
mereka sudah menguasai dan memahami apa yang diajar. Akhir sekali, saya akan
menilai murid melalui helaian lembaran kerja. Lembaran kerja ini akan dijalankan dalam
berkumpulan dan murid yang lebih pandai boleh membimbing murid yang lemah supaya
dapat mencapai objektif pembelajaran yang ditentukan.

Anda mungkin juga menyukai