Anda di halaman 1dari 11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

KERTAS KERJA KARNIVAL SUKAN KOLEJ KEDIAMAN IBNU KHALDUN IPGM KPI
OLEH: KOLEJ KEDIAMAN IBNU KHALDUN SESI 2009 TARIKH: SEPANJANG SEMESTER DUA 2009

PENDAHULUAN: Minda yang cerdas datangnya daripada tubuh badan yang cergas. Kolej Kediaman Ibnu Khaldun tidak pernah jemu dalam merangcang aktiviti para penghuni demi mencapai visi Kolej Kediaman ini dalam melahirkan persekitaran yang kondusif kepada para penghuni. Oleh itu, satu lagi aktiviti yang akan dijalankan oleh pihak kolej ialah Karnival Sukan. Para penghuni sememangnya ternanti-nantikan aktiviti berbentuk riadah seperti ini. Semoga apa yang dirancang dalam Karnival Sukan ini dapat menyediakan guru pelatih yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. NAMA PROJEK Kertas Kerja Karnival Sukan Kolej Kediaman Ibnu Khaldun IPGM KPI

TARIKH Semester Dua 2009 PELAKSANA Biro Sukan Dan Rekreasi Kolej Kediaman Ibnu Khaldun IPGM KPI 2009 MATLAMAT PROGRAM Mencungkil dan mengasah bakat para pelajar Merehatkan minda para pelajar setelah penat belajar Pendedahan kepada pelajar kepada suasana menguruskan pertandingan Menyihatkan tubuh badan para pelajar Membantu pelajar menguruskan tekanan minda dengan aktiviti yang berfaedah.

OBJEKTIF PROGRAM Mengeratkan silaturrahim sesama pelajar. Dapat berkenalan antara pelajar senior dengan pelajar junior Mencari bakat baru dalam kalangan pelajar Memupuk semangat kesukanan dalam kalangan pelajar Menimbulkan semangat muhibbah dan persefahaman dalam kalangan penghuni. Menjadikan kehidupan para penghuni lebih tersusun, teratur dan sistematik.

PERTANDINGAN YANG DIRANCANG 1. Pertandingan Sepak Takraw (Bulan Jun) 2. Pertandingan Ping-Pong (Bulan Julai) 3. Pertandingan Karom (Bulan Ogos) 4. Pertandingan PC Game (Bulan September) LOKASI Bilik Rekreasi Ibnu Khaldun Anjung Ilmu Ibnu Khaldun. Gelanggang IPGM-KPI

JAWATANKUASA PELAKSANA (rujuk lampiran A) ANGGARAN PERBELANJAAN/SUMBER KEWANGAN (rujuk lampiran B) PERATURAN AM KEJOHANAN (rujuk lampiran C)

PENUTUP Diharapkan agar Karnival Sukan Kolej Kediaman Ibnu Khaldun ini akan dapat berjalan dengan lancar. Kami selaku Jawatankuasa Pelaksana berharap program yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan jayanya apabila tiba waktu dan ketikanya nanti, Insya Allah. Kami juga berharap agar program ini membuahkan hasil seperti yang dikehendaki semua pihak dalam menjana kehidupan guru pelatih menjadi murabbi yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan sosial. Sekian, terima kasih.

MAJULAH SUKAN UNTUK IPGM-KPI

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

(MOHD RAFEE BIN MOHAMAD) Setiausaha, Biro Sukan dan Rekreasi, Kolej Kediaman Ibnu Khaldun, IPGM- KPI.

(MOHD FAKHRULLAH B ABD RAZAK) Pengerusi, Jawatankuasa Kolej, Kolej Kediaman Ibnu Khaldun, IPGM- KPI.

Disahkan oleh,

Diluluskan oleh,

(EN MOHD JAFLUS BIN BAHARI) Pensyarah Penasihat, Jawatankuasa Kolej, Kolej Kediaman Ibnu Khaldun, IPGM- KPI.

(TUAN HAJI AMIN BIN MOHD RASHID) Pengarah, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Pendidikan Islam, Selangor.

LAMPIRAN A

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM Penasihat: En Mohd Jaflus Bin Bahari Warden Kolej Kediaman Ibn Khaldun En Mohd Isa Bin Ramlan Warden Kolej Kediaman Ibn Khaldun Pengerusi: Ketua Biro Sukan : Setiausaha Biro: Bendahari: Ahli Jawatankuasa Takraw: Ping-Pong: Karom: Pc Game: Kebajikan: Hadiah Dan Sijil: Mohd Azlan Bin Saheimi Muhammad Azmir Bin Mazlan Adi Syazwan Bin Saparudin Ahmad Saifuldin Bin Abu Bakar Muhammad Khalil Bin Md Yusop Muhammad Safiq Bin Abd Razak Mohd Fakhrullah B Abd Razak Mohd Zahid Bin Mohamad Khalid Mohd Rafee Bin Mohamad Muhammad Abdul Rahman Bin Salleh

LAMPIRAN B ANGGARAN PERBELANJAAN/SUMBER KEWANGAN BIL 1 BUTIRAN Sijil Penghargaan JUMLAH ITEM 40 JUMLAH SEUNIT Memohon Daripada Institut JUMLAH PENUH

Hadiah Takraw Johan Naib Johan Ketiga Keempat Ping-Pong Johan Naib Johan Ketiga Keempat Karom Johan Naib Johan Ketiga Keempat Pc Game Johan Naib Johan Ketiga Keempat

4 4 4 4

RM10 RM8 RM6 RM4

RM40 RM32 RM24 RM16

1 1 1 1

RM10 RM8 RM6 RM4

RM10 RM8 RM6 RM4

1 1 1 1

RM10 RM8 RM6 RM4

RM10 RM8 RM6 RM4

1 1 1 1 8

RM10 RM8 RM6 RM4 Memohon Daripada Institut RM50

RM10 RM8 RM6 RM4

Cenderamata Hakim

Peralatan: Banner

RM50 RM246

JUMLAH KESELURUHAN

SUMBER KEWANGAN Sumbangan Institut Jumlah Keseluruhan : : Rm246 Rm246

Disediakan oleh,

(MUHAMMAD ABDUL RAHMAN BIN SALLEH) Bendahari, Kolej Kediaman Ibnu Khaldun, IPGM- KAMPIS.

LAMPIRAN C PERATURAN AM KEJOHANAN

PERATURAN PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW


1.Nama Kejohanan -Nama kejohanan ini ialah Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Anjuran Blok Ibnu Khaldun 2009. 2.Acara Kejohanan -Liga kumpulan dan Kalah mati. 3.Pengurusan -Kejohanan akan dikelolakan oleh Jawatankuasa Sukan Blok Ibnu Khaldun. 4.Undang-undang Permainan. - Undang-undang yang digunakan ialah mengikut undang-undang ASTAF/ISTAF. 5.Penyertaan dan Pendaftaran. - Setiap regu akan diwakili oleh TIGA atau EMPAT orang pemain. - Hanya pemain-pemain yang telah didaftarkan layak menyertai kejohanan ini. - Tarikh tutup penyertaan adalah seminggu sebelum kejohanan bermula. -Yuran pendaftaran yang dikenakan sebanyak RM 2.00 setiap pasukan. 6.Sistem Pertandingan. -Pada peringkat awal akan dijalankan sistem liga kumpulan. -Johan dan Naib johan setiap kumpulan akan akan bertanding secara sistem kalah mati.

7.Bantahan/Rayuan. -Segala bantahan/rayuan hendaklah dibuat secara bertulis 30 minit selepas pertandingan itu tamat. -Setiap bantahan/rayuan disertai bayaran sebanyak RM 10.00. -Wang pertaruhan akan lupus sekiranya bantahan/rayuan itu ditolak.

8.Juri Rayuan. -Juri rayuan terdiri daripada pegawai-pegawai yang berkecuali daripada pihak penganjur.

9.Perkara Am. -Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam perkara am akan diputuskan oleh jawatankuasa pengelola pertandingan. -Semua keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa pengelola adalah muktamad.

10.Pengadil. -Para pengadil terdiri daripada ahli-ahli jawatankuasa kejohanan.

11.Hadiah. - Hadiah kejohanan adalah seperti berikut:Johan Naib johan Ketiga Keempat Disediakan oleh pihak penganjur dalam bentuk medal.

BORANG PENYERTAAN KEJOHANAN SEPAK TAKRAW TERBUKA ANJURAN BLOK IBNU KHALDUN

Nama Pasukan Num.Telefon Ketua Pasukan

:...................................................... :......................................................

Bil 1 2 3 4

Nama Pemain

Posisi Tekong Apit Kiri Apit Kanan Simpanan

Num K/P

Tandatangan Ketua Pasukan:.................................................... Nama Ketua Pasukan Tarikh :..................................................... :......

Pertandingan Game Pro Evolution Soccer 2009 (PES 09)


Syarat penyertaan: 1. Terbuka kepada semua penghuni Kolej Kediaman Ibnu Khaldun dan kepada semua warga IPGM KPI yang berminat. 2. Yuran pernyertaan sebanyak RM 1 akan dikenakan kepada setiap penyertaan. 3. Setiap peserta mestilah menyediakan laptop dan joystick sendiri. 4. Installer game Pro Evolution Soccer akan disediakan oleh penganjur. 5. Pertandingan akhir akan dijalankan di bilik tv Kolej Kediaman Ibnu Khaldun. 6. Pertandingan akan dijalankan secara liga berkumpulan. 7. Pusingan liga berlangsung atas persetujuan ahli liga itu sendiri bagi menetapkan tempat dan masa perlawanan. 8. Keputusan perlawanan liga perlu diserahkan kepada pihak penganjur setelah selesai perlawanan. 9. Pusingan kalah mati akan dilaksanakan dibawah pengawasan pihak penganjur. 10. Setiap peserta hanya boleh memilih satu pasukan sahaja. 11. Keputusan hakim adalah muktamad. 12. Sebarang pertanyaan bolehlah merujuk kepada: a. Ahmad Saifuldin Bin Abu Bakar PPISMP 2.04 Kolej Kediaman Ibnu Khaldun (B225) 013-2687212

Anda mungkin juga menyukai