Anda di halaman 1dari 2

Pembangunan portfolio yang berjaya akan bergantung kepada berikut beberapa langkah dan garis panduan.

Objektif

Nyatakan dengan jelas. Murid diberikan penerangan berkaitan objektif penghasilan folio. Penghasilan folio adalah bersifat holistik yang mampu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Garis Panduan

Beri garis panduan mengenai bahan-bahan untuk dimasukkan. Setelah objektif ditentukan, namakan jenis kerja yang perlu dimasukkan. Garis panduan dapat membantu murid agar keupayaan murid dapat dioptimumkan untuk mentaksir kemampuan murid sekaligus memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran melalui portfolio murid.

Berkomunikasi kriteria penilaian kepada pelajar

Penilaian guru mungkin mencerminkan penilaian diri, dengan soalan yang sama yang direka untuk melihat kepada sifat penilaian formatif. untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.

Tempoh masa yang relevan

Tempoh masa yang relevan akan memastikan murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Guru mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggung jawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing.

Mewujudkan jadual berkala untuk semakan dan perjumpaan

Jadual berkala dan perjumpaan berterusan akan membimbing murid menuju ke matlamat yang disasarkan. Kejayaan murid diukur bersandarkan kerja yang harus dicapai di sesuatu tahap pembelajaran. Adalah diharapkan dengan cara ini tekanan ke atas murid dan guru dapat

dikurangkan kerana murid tidak dibandingkan dengan kumpulan yang lebih cerdas atau terpaksa menunggu rakan lain yang belum menguasai sepenuhnya sesuatu kemahiran yang diajar untuk maju.

Memberi penilaian terakhir.

Penilaian akhir dapat membantu guru mengenalpasti tahap kefahaman murid terhadap isi pelajaran yang mahu dikuasai murid.

Anda mungkin juga menyukai