Anda di halaman 1dari 15

AKHLAK, ETIKA DAN PENDIDIKAN

SALINA BINTI SADON P 66503 TAJUK : Pengaruh Liberalism Dalam Politik Malaysia

DEFINISI LIBERAL
Definisi liberalisme adalah suatu ideologi

atau ajaran tentang negara, ekonomi, dan masyarakat yang mengharapkan kemajuan di bidang budaya, hukum, ekonomi, serta tata kemasyarakatan atas dasar kebebasan individu, agar dapat mengembangkan bakat dan kemampuannya itu sebebas mungkin.
.

Dari segi agama, fahaman liberalisme ini dianggap

amat merbahaya, terutamanya bagi Islam.


Konsep liberal berhubung kait dengan kebebasan

untuk memilih agama dan mengamalkan apa yang dipercayainya selaras dengan prinsip rasional seseorang. Agama dilihat sebagai hak peribadi, dan orang lain tidak boleh menentukannya.
Konsep baik dan buruk dinilai berdasarkan

perspektif individu, perspektif kemasyarakatan tidak menjadi teras pegangan. Prinsip untung rugi menjadi sandaran, dan kerana itulah sesuatu tindakan akan dibuat berdasarkan prinsip tersebut.

Ciri Politik Liberal


Menjamin kemerdekaan dan kebebasan berekspresi

setiap individu.
Persaingan

ekonomi

dijalankan

oleh

golongan

swasta.
Setiap

orang berhak menganut maupun tidak menganut agama.

Kekuasaan politik berdasarkan suara dominan.

Politik Malaysia
Malaysia mengamalkan sistem politik berbilang parti

sejak pilihan raya pertama pada tahun 1955. Parti politik utama Malaysia, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), telah memegang kuasa bersama parti - parti yang lain sejak kemerdekaan Malaya pada 1957. Pada 1973, perikatan parti yang berasaskan kepada kaum telah digantikan dengan perikatan yang lebih besar -- Barisan Nasional-- yang mempunyai 14 parti. Hari ini perikatan Barisan Nasional mempunyai tiga komponen penting - UMNO, MCA (Persatuan Cina Malaysia) and MIC (Kongres India Malaysia). Perdana Menteri Malaysia adalah ahli daripada parti

Proses politik di Malaysia boleh digambarkan

sebagai mengambil bentuk "perkongsian kuasa"/(Konsosialisme)" yang mana "kepentingan bersama boleh diselesaikan di dalam satu rangka kerja campuran yang besar" .
Di dalam buku Government and Politics in Southeast

Asia' cabang eksekutif cenderung untuk mendominasi aktiviti politik, dengan pejabat Perdana Menteri menjadi satu kedudukan untuk mempengerusikan "sekumpulan kuasa yang semakin membesar dan meluas supaya tindakan dapat diambil terhadap individu atau organisasi," dan "memudahkan peluang perniagaan".

Sarjana undang-undang mencadangkan bahawa

secara politiknya "persamaan bagi keharmonian agama dan bangsa" adalah sangat rapuh, dan "kerapuhan ini berpunca daripada identifikasi agama dan bangsa berpasangan dengan ketuanan Melayu orang-orang Melayu bertembung dengan cita-cita bangsa lain bagi mendapatkan persamaan hak.
Seperti kehendak segelintir masyarakat Muslim

terdiri daripada majoriti Melayu mewujudkan sebuah negara Islam, desakan bukan Melayu untuk hak samarata adalah sesuatu daripada perlembagaan tidak dapat disesuaikan. Bagi desakan yang mencucuk dalam suatu sistem

Undang-undang seolah-olah bukan lagi

bertujuan untuk memberikan pengajaran kepada manusia untuk tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kepentingan ramai. Undang-undang akan dicabar dari segala aspek, sehingga yang mentafsirkan undang-undang itu sendiri tidak mempunyai kata sepakat tentang sesuatu perkara. Masing-masing melihat dalam perspektif untuk mendapatkan kemenangan dan kecekapan mencari kesilapan teknik.

Pengaruh Politik Liberalisme di Malaysia


ANTARA kejayaan gerakan liberal di Malaysia hari ini ialah

mengelirukan fikiran massa terutamanya golongan muda terhadap budaya dan pemikiran.
Terdapat kepercayaan yang sangat dogmatik daripada

pihak yang memperjuangkan reformasi di Malaysia ini, bahawa liberalisme adalah satu-satunya gerakan dan gelombang yang dapat merubah dunia hari ini. Maka itu liberalisme sering dihubungkan dengan pencerahan, yakni mengambil semangat renaisans Barat yang digerakkan pemikiran humanisme liberal.

Pencerahan disekutukan dengan semangat

kebebasan, keadilan dan hak yang sama rata. Tetapi malangnya doktrin pencerahan mencuri bulat-bulat semangat renaisans, yang bukan sahaja langsung tidak dapat dipakai dalam konteks tempatan malah lebih buruk lagi bertentangan dengan akidah Islam.
Rujukan dan kiblat golongan yang

memperjuangkan reformasi di Malaysia ialah liberalisme yang berpaksi pemikiran sekular Barat, yang secara langsung bertentangan dengan Islam, budaya serta ruang politik di Malaysia.

Pertamanya rujukan mereka terhadap hak

asasi berasaskan pemikiran Barat yang sama sekali bertentangan dengan Islam. Contoh mudah, sesiapa saja berhak untuk memeluk agama pilihan mereka. Maka murtad dibenarkan dalam pemahaman hak asasi Barat. Begitu juga dalam etika berpakaian dan hal-hal berkaitan dengan syarak Islam, kebanyakannya diserang sebagai melanggar hak asasi manusia.

Keduanya, dalam konteks budaya dan ruang

politik di Malaysia, hak sama rata tentunya perlu dilihat daripada fakta sejarah dan juga keberadaan bangsa peribumi sebagai penduduk asal. Liberalisme tentang kebebasan dan hak sama rata yang diangkat sebagai pegangan secara langsung akan menafikan hak peribumi sebagai bangsa asal. Apatah lagi persaingan di atas padang yang tidak sama rata akan mengakibatkan bangsa peribumi bukan sahaja ketinggalan tetapi tertindas di tanah air mereka sendiri.

Ketiganya, liberalisme menawarkan perilaku yang

bukan sahaja bertentangan dengan Islam dan budaya Melayu tetapi juga menghancurkan asas masyarakat.
Sebagai contoh, perilaku seks (homoseksual,

lesbian, heteroseksual) golongan LBGT yang diperjuangkan oleh golongan liberal bukan sahaja perilaku yang dilaknat dalam Islam dan disumpah dalam budaya Melayu tetapi juga merosakkan asas masyarakat yakni institusi kekeluargaan.

PENUTUP
Agenda sebenar di sebalik pengeliruan dan

pengaburan ini ialah bertujuan untuk meruntuhkan institusi yang berasaskan budaya Melayu dan Islam, demi untuk mewujudkan sebuah institusi baru iaitu liberalisme yang menentang Islam dan keberadaan Melayu dalam konteks budaya dan politik tersebut. Reformasi sekarang ini terperangkap dan menjadi alat golongan liberal yang bergerak untuk mewujudkan sebuah ruang budaya dan politik liberal yang sesat itu.

SEKIAN, TERIMA KASIH..

Anda mungkin juga menyukai