Anda di halaman 1dari 3

TUGASAN 1 ___________________________________________________________________________ KOD KURSUS TAJUK KURSUS SEMESTER : HBEF2703 : KO-KURIKULUM : JANUARI 2013

___________________________________________________________________________ SOALAN TUGASAN Secara amnya, semua sekolah di negara ini telah menubuhkan persatuan atau kelab. Para pelajar seharusnya didedahkan dengan pelbagai aktiviti di luar kegiatan sekolah atau kokurikulum melalui persatuan atau kelab berdaftar yang dianggotai oleh mereka. Terdapat pelbagai persatuan yang diadakan di sekolah seperti Kelab Silat, Kelab Bahasa dan Sastera, Kelab Fotografi, Kelab Catur, Kelab Bahas, Kelab Lukisan dan Seni Halus. Antara tujuan persatuan atau kelab dibentuk adalah untuk mencungkil bakat-bakat pelajar baru yang mengambil alih jawatan yang sebelumnya dipegang oleh pelajar senior untuk meneruskan amanah yang diberikan agar warisan sekolah tidak lupus dan terus melangkah ke hadapan. Tujuan ini dapat dilaksanakan melalui penganjuran pertandingan, menghadiri majlis, lawatan dan sebagainya. Sebagai guru, anda mempunyai tanggungjawab penting untuk memastikan bahawa kegiatan persatuan atau kelab dilaksanakan dengan baik dan memanfaatkan aktiviti-aktiviti yang dirancang demi membentuk pelajar yang seimbang dan potensi pelajar dapat diketengahkan melalui persatuan atau kelab yang aktif. Berdasarkan senario ini anda dikehendaki mengadakan SATU pertandingan di kalangan ahli persatuan atau kelab anda. Anda juga boleh mengadakan pertandingan di antara kelas sekolah anda.

Anda perlu menyediakan sebuah e-portfolio (sekurang-kurangnya 15 halaman) bagi memuatkan pelaksanaan pertandingan persatuan atau kelab yang anda pilih untuk satu penggal persekolahan (20 minggu). Portfolio anda perlu merangkumi aspek-aspek berikut: Latar belakang persatuan atau kelab. Persediaan sebelum pertandingan. Pelaksanaan sebenar pertandingan dan post-mortem. Refleksi jurnal selepas pertandingan.

Bahan-bahan dalam e-portfolio boleh merangkumi bahan-bahan bercetak, rakaman audiovisual, gambar-gambar foto dan lain-lain bahan yang bersesuaian.

PANDUAN TINDAKAN Tugasan ini boleh disiapkan dengan melakukan EMPAT aktiviti terancang berkaitan persatuan atau kelab yang diberikan seperti berikut: Aktiviti 1: Aktiviti 2: Aktiviti 3: Aktiviti 4: Pencarian maklumat Persediaan sebelum pertandingan Pelaksanaan sebenar pertandingan Jurnal Reflektif

Peringatan: Anda diingatkan melibatkan diri secara aktif dalam forum kerana 10 markah akan diberikan sekiranya anda aktif. Sila ambil peluang keemasan ini untuk meningkatkan markah anda.

Anda mungkin juga menyukai