Anda di halaman 1dari 33

PJM3112 TOPIK 1: Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Konsep dan Definisi Pengurusan Pendidikan Jasmani dan Sukan

Kamus Dewan Edisi Keempat

Pengarahan dan pengawalan, pengelolaan dan penyelenggaran.

Definisi Pengurusan

DuBrin Ireland dan Williams (1989)

Suatu proses mengkoordinasikan, mengintegrasi, dan menggunakan sumber organisasi, misalnya manusia, kewangan, fizikal, informasi atau teknologi, dan teknikal bagi mencapai objektif yang spesifik.

Chelladurai (1994)

Pengurusan sukan berkaitan dengan mengkoordinasikan sumber manusia dan bahan yang terhad, teknologi yang relevan serta situasi luar jangkaan bagi menghasilkan perkhidmatan sukan yang berkesan.

Denyer (1977)

Proses mengarah dan mengawal sesuatu institusi yang melibatkan perancangan dan pengarahan terhadap tugas-tugas kakitangan.

Definisi dan Konsep Asas Pengurusan Stoner (1984)


Satu proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.

Pengurusan melibatkan empat proses utama iaitu merancang, mengelola, memimpin dan mengawal.
M E R A N C A N G M E N G E L O L A

M E M I M P I N

M E N G A W A l

MENCAPAI OBJEKTIF

1. Merancang melibatkan proses menentukan objektif organisasi dan cara untuk mencapai objektifnya. 2. Mengelola merujuk kepada proses mendelegasi dan mengkoordinasikan tugas serta sumber untuk mencapai sesuatu objektif organisasi. 3. Memimpin proses mengpengaruhi petugas bawahan untuk bekerja ke arah mencapai objektif organisasi. 4. Mengawal merujuk kepada proses membentuk dan mengimplementasikan mekanisme penilaian kerja bagi memastikan objektif yang dirancang akan tercapai.

PRINSIP
Pengurusan Pendidikan Jasmani Pengurusan Sukan

Dapat mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor.
Melahirkan menjadikan rutin harian.

Membolehkan seseorang memperoleh sebanyak-banyak keseronokan dan kepuasan dalam hidup.

masyarakat yang Menggalakkan pembangunan senaman sebagai sosial melalui penyertaan beramai-ramai yang dapat mewujudkan persaingan sihat dan mengeratkan perhubungan sosial.

Melahirkan masyarakat yang dapat mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai aktiviti fizikal.

Keperluan asas manusia merangkumi pelbagai faktor daripada keperluan fisiologi kepada kepuasan mutlak diri.

1. Kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia 7. Penjagaan Peralatan

2. Objektif Kurikulum Pendidikan Jasmani

6. Pengurusan Stor Pendidikan Jasmani

Skop pengurusan pendidikan jasmani dan sukan 3. Organisasi

5. Perancangan Belanjawan

4. Bidang Kuasa Ketua Panitia Pendidikan Jasmani

Kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia

Mata pelajaran pendidikan jasmani diajar selama 11

tahun dalam sistem persekolahan di Malaysia. Kurikulum pendidikan jasmani merangkumi aspekaspek kemahiran sukan, rekreasi, pendidikan sukan serta kesihatan. Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu Kecergasan, Kemahiran dan Kesukanan. Bagi membentuk penghayatan yang tinggi terhadap mata pelajaran pendidikan jasmani, pelajar perlu memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pendidikan jasmani ke arah membentuk masyarakat Malaysia yang mengamalkan gaya hidup sihat.

Objektif Kurikulum Pendidikan Jasmani


Objektif utama kurikulum pendidikan jasmani ialah: Mempertingkat dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal Membentuk sahsiah dan disiplin diri dan Membuat keputusan bijak dalam kehidupan
(Sukatan Pelajaran, Pendidikan Jasmani, 1999)

Organisasi
Pendidikan jasmani merupakan disiplin pendidikan oleh itu di sekolah pendidikan jasmani mempunyai ketua panitia dan di bawah kuasa guru penolong kanan akademik (Rajah 1.1)
Pengetua/Guru Besar Penolong Kanan (Akademik) Ketua Panitia Setiausaha Ahli-ahli (Guru-guru yang mengajar Pendidikan Jasmani)
Rajah 1.1: Organisasi panitia pendidikan jasmani di sekolah

Bidang Kuasa Ketua Panitia Pendidikan Jasmani


(i) Menjadi ahli jawatankuasa mesyuarat kurikulum sekolah (ii) Mempengerusi mesyuarat panitia pendidikan jasmani (iii) Memastikan rancangan tahunan pendidikan jasmani tersedia untuk digunakan (iv) Mengagih dan menyimpan sukatan pelajaran pendidikan jasmani (v) Menyediakan perancangan tahunan panitia (vi) Memantau pengajaran pendidikan jasmani (vii) Memeriksa buku latihan pelajar (viii)Merancang pembelian alatan untuk panitia (ix) Menyediakan anggaran perbelanjaan panitia (x) Merancang latihan dalaman

Perancangan Belanjawan
Perancangan belanjawan ialah pelan dan sistem perbelanjaan yang sistematik. Ketua panitia pendidikan jasmani perlu menyediakan perancangan belanjawan tahunan. Ketua panitia perlu menyenaraikan atau menyusun item mengikut kepentingan. Perancangan belanjawan bergantung kepada peruntukan kewangan pendidikan jasmani.

Peruntukan Kewangan pendidikan jasmani bergantung kepada jumlah pelajar seperti berikut:
Bil Murid
Kurang daripada 100 orang 101-250 orang 251-500 orang 501-750 orang 751-1000 orang 1001 orang atau lebih

Peruntukan
RM300.00 RM 300.00(minimum) Rm2.80/seorang (selepas 100 0rang) RM 720.00(minimum) Rm2.60/seorang (selepas 250 0rang) RM 1370.00(minimum) Rm2.40/seorang (selepas 500 0rang) RM 1970.00(minimum) Rm1.80/seorang (selepas 100 0rang) RM 2420.00(minimum) Rm1.00/seorang (selepas 100 0rang)

Jadual 1.1: Peruntukan Kewangan Pendidikan Jasmani

Pengurusan Stor Pendidikan Jasmani


Stor pendidikan jasmani merupakan bilik yang digunakan untuk menyimpan barang- barang pendidikan jasmani. Ciri-ciri stor pengurusan stor pendidikan jasmani (i) Biasanya ketua panitia bertanggungjawab untuk menyelia stor pendidikan jasmani. (ii) Guru penyelia stor bertanggungjawab perlulah menyediakan buku stok bagi alatan stor dengan kemas kini. (iii) Guru penyelia stor bertanggungjawab menerima dan membeli peralatan baru (iv) Buku catatan barang keluar masuk perlu di sediakan bagi merekodkan pergerakan alatan. (v) Guru penyelia stor bertanggungjawab membuat pemeriksaan stok sekurang-kurangnya sekali setahun. (vi) Peraturan stor sukan perlulah di rangka dan dilaksanakan.

Keperluan Bilik Stor Pendidikan Jasmani


(i) Ruang Ruang untuk menyimpan peralatan yang ada mestilah boleh menampung keperluan alatan di samping tidak merosakkan alatan. Saiz yang sesuai untuk stor pendidikan jasmani ialah lebih kurang 300 kaki persegi. Saiz stor pendidikan jasmani bergantung kepada tiga perkara jenis dan jumlah alatan yang disimpan jenis sekolah dan saiz sekolah. (ii) Rak Bagi mengoptimumkan ruang penyimpanan rak perlulah dibina di stor pendidikan jasmani. Rak yang di bina perlulah bersesuaian dengan saiz barang yang hendak di susun. Barang yang disusun hendaklah dalam kedudukan teratur dan senang dicapai (menyenangkan proses menyimpan dan mengambil barang.

(iii) Lokasi Lokasi yang sesuai bagi stor pendidikan jasmani ialah di bangunan yang berhampiran dengan padang. Ini bertujuan bagi mengelakkan masa terbuang dalam proses menyimpan dan mengambi barang. Pastikan lokasi stor sukan tidak terpencil sehingga memudahkan pencuri memecah masuk stor pendidikan jasmani. (iv) Tingkap Tingkap stor sukan sekiranya besar akan menyebabkan cahaya matahari masuk. Keadaan yang panas akan menyebabkan alat yang dibuat dari kain yang di tenun, alat-alat kulit dan alat-alat yang tahan panas akan rosak. (v) Siling Siling biasa bagi bangunan antara 8 hingga 12 kaki, ketinggian siling bergantung kepada alatan yang hendak kita simpan. Sekiranya kita hendak menyimpan galah panjang, tinggi stor perlulah mempunyai ketinggian yang sesuai.

(vi) Peredaran Udara Peredaran udara perlu bagi memastikan barang yang tahan lama dan mengelak bau yang tidak menyenangkan dalam stor pendidikan jasmani. Tingkat kecil atau ruang udara perlu di sediakan di bilik stor pendidikan jasmani bagi membenarkan pengaliran udara. (vii) Keselamatan Berbagai langkah keselamatan perlu di ambil bagi menjamin keselamatan alatan dan pengguna. Antara yang harus kita fikir dan pastikan ialah: Bangunan yang ditempatkan stor sukan kukuh untuk mengelak di cerobohi. Susun alat berdasarkan keselamatan contohnya alat yang berat perlulah di susun di bahagian bawah rak simpanan. Alatan yang tajam perlulah di susun secara menegak dengan bahagian yang tajam menghala ke bawah. Memastikan alatan yang di buat dari logam seperti lembing dan lain-lain dalam keadaan kering sebelum di simpan bagi mengelak karat.

(viii) Pintu Saiz pintu stor sukan bergantung jenis barang yang hendak disimpan. Contohnya jika kita ingin menyimpan alat yang lebar dan tinggi seperti tilam lompat tinggi, pintu stor pendidikan jasmani perlulah lebar dan tinggi. Pintu yang tidak sesuai mungkin menyebabkan kerosakan kepada alat -alat dan juga boleh mencederakan murid. Pintu perlu di lengkapi dengan alatan keselamatan dan dibina dengan kukuh supaya barang pendidikan

Penjagaan Peralatan
Sebagai ketua panitia kita perlu memberi penerangan tentang penyalah gunaan alatan oleh pelajar yang akan menyebabkan barang-barang pendidikan jasmani rosak. Antara penyalahgunaan tersebut ialah: (i) Duduk di atas bola (ii) Menyepak bola yang bukan bola sepak seperti bola tampar, bola jaring dan lain-lain (iii) Mengetuk-getuk alatan seperti kayu hoki, baton dan lain-lain (iv) Mengheret barang-barang yang di buat dari kanvas atau kain atau material yang lembut contohnya tilam lompat tinggi dan lain-lain.

Konsep dan Definisi Pentadbiran dan Pengelolaan Pendidikan Jasmani dan Sukan

PENGENALAN
Pengelolaan dan pentadbiran Pendidikan Jasmani adalah bagaimana kita mentadbir dan menguruskan mata pelajaran pendidikan jasmani supaya mata pelajaran ini dapat dilaksanakan atau di ajar dengan berkesan serta mencapai objektif yang di harapkan.

Konsep Pentadbiran

Dimock (1979) : Satu proses tentang apa dan bagaimana tugas sesebuah pertubuhan dikendalikan.

Siondang (1981): Keseluruhan proses kerjasama antara dua orang atau lebih yang didasarkan atas rasional tertentu untuk mencapai tujuan yang telah ditentukan.

Shukur (1988): Memberi penumpuan kepada hal-hal yang berhubung dengan pembahagian kerja dan penyelarasan perhubungan untuk melahirkan kecekapan dalam organisasi.

FUNGSI PENTADBIRAN (mengikut L . Gulick dan L . Urwick 1959) Fungsi Merancang Menentukan perkara melaksanakannya. Penerangan yang mesti dilakukan dan cara

Mengelola Mengisi tenaga Mengarah


Menyelaras Melapor

Membentuk satu struktur formal tentang pembahagian kuasa dalam menyempurnakan tugasan dan aktiviti yang dirancang. Fungsi tenaga pekerja. Tugas membuat keputusan dan memberikan arahan serta tunjuk ajar kepada kaki tangan.
Mengawal tindakan setiap unit atau bahagian dalam organisasi. Menyampaikan maklumat kepada pihak atasan dan bawahan melalui rekod-rekod kajian dan pemerhatian Menerangkan urusan belanjawan perbelanjaan dan kawalan. dari segi peruntukan,

Menerang belanjawan

PUSINGAN FUNGSI PENTADBIRAN

Menilai

Merancang

Mengawal

Membuat keputusan

Komunikasi

Tujuan Pentadbiran dan Pembentukan Organisasi

Perancangan Organisasi

Delegasi

Bilangan Paras Organisasi

Kedudukan dalam Pentadbiran

Objektif Organisasi

PENGARAH

P.PENGARAH

PENYELARAS KELAB DAN PERSATUAN

PENYELARAS UNIT BERUNIFORM

PENYELARAS SUKAN DAN PERMAINAN

Contoh organisasi

Pentadbiran Organisasi
Unsur kepimpinan ditambah oleh Newman (1963) bagi melengkapkan idea proses pentadbiran.

AKTIVITI

KEPIMPINAN

PENGURUSAN

Agenda utama Menetapkan hala tuju organisai (objektif , visi, misi, tentukan strategi alternatif organisasi) (Tugas pengarah)

Merancang dan menyediakan langkahlangkah dan jadual tugas serta membahagikan sumber kepada unit-unit tertentu.

Sumber: Mohd Salleh Aman. Asas Pengurusan Sukan

Pentadbiran Sukan
Diatur oleh badan amatur dan profesional KBS mengelola mentadbirkan persatuan sukan Majils Sukan Negara badan bertanggungjawab menyelaras badan-badan sukan di bawah naunganya Dasar Sukan Negara merupakan dokumen yang sentiasa menjadi rujukan ke arah perkembanga, kemajuan dan pembangunan sukan negara. MALAYSIA CERGAS merupakan satu program yang berdasarkan kepada konsep sukan untuk semua. Sukan prestasi tinggi bertujuan meningkatkan prestasi atlet ke peringkat tertinggi.

Konsep Pengelolaan
Usaha-usaha dalam pengurusan yang berperanan menetapkan jenis tugas dan mengenalpasti sumber. Satu proses yang membabitkan dua atau lebih manusia menggembleng tenaga dan sumber untuk mencapai tujuan tertentu. Merangkumi segala aspek (mengelola dan menyertai permainan dan pasukan) Untuk pertandingan yang lebih formal.

Langkah-langkah Melaksanakan Pengelolaan

Pembahagian Tugas Berdasarkan Kumpulan /Unit Kecil Membahagikan Tugas Secara Spesifik Memberikan Autoriti dan Tanggungjawab

Langkahlangkah melaksanakan pengelolaan

Mengkoordinasi Sumber Organisasi

Menentukan Span of Management

Tindakan yang diambil akan lebih berkesan Menggunakan segala sumber yang anda dengan lebih efektif dan efisien Membantu dan memudahkan proses meletak tugasan dan tanggungjawab kepada individu yang berkenaan Membantu mewujudkan satu sistem pelaksanaan dan pengawalan yang berkesan

Tiga elemen yang perlu diberi perhatian bagi mencapai kejayaan dalam sesebuah pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan

Persediaan Profesional

Sikap Profesional

Perkembangan Profesional

Rujukan
Fouzee H.A. (1989). Panduan Pengelolaan Sukan dan Permainan. Penerbit Siri Maju Sdn. Bhd. Kamus Dewan Edisi Keempat (2007). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Omardin Ashaari.(1998) Pengurusan Sukan. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Pengelolaan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan. Open Universiti Malaysia. Wee Eng Hoe,(1994) Organisasi dan Pentadbiran Sukan dan Pendidikan Jasmani. Fajar Bakti Sdn.Bhd, Shah Alam. Zaidatol Akmaliah Lope Pihie. (1990). Pentadbiran Pendidikan. Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai