Anda di halaman 1dari 2

Pada era langit terbuka ini, sambutan hari kebangsaan negara kita sudah menjadi seperti hangat-hangat tahi

ayam sahaja lebih-lebih lagi dalam kalangan pelajar sekolah yang merupakan aset terpenting negara. Mereka sudah muak dan bosan dengan sambutan sebegini yang diraikan pada setiap tahun. Lagu-lagu kemerdekaan yang seharusnya berkumandang di perkarangan sekolah amat jarang kedengaran pada hari kebangsaan yang sepatutnya menjadi kebanggaan dan mahkota kita sebagai rakyat Malaysia atas hasil daripada perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan, kita dapat menghirup udara keamanan. Pelbagai aktiviti yang sesuai diadakan di sekolah bersempena dengan sambutan hari kebangsaan. Salah satunya adalah dengan menganjurkan persembahan pentas pada Bulan Kemerdekaan. Hal ini akan menyebabkan pelajar berasa semangat dan aktiviti sebegini akan menjadi obor buat mereka untuk mensyukuri segala nikmat yang diperolehi setelah mencapai kemerdekaan. Aktiviti sebegini sedikit sebanyak akan menghiburkan hati para pelajar dan seterusnya dapat mengelakkan mereka jatuh ke lembah jenayah dan sosial dengan cara mengisi masa terluang mereka dengan aktiviti yang bercorak patriotik ini. Seterusnya, aktiviti lain yang boleh dan wajar dilaksanakan oleh pihak sekolah adalah dengan mengadakan pertandingan melukis potret tokoh kemerdekaan. Dengan itu, pelajar akan mengenali tokoh-tokoh kemerdekaan negara secara lebih mendalam dan akan menimbulkan perasaan hormat agar mereka lebih menghargai jasa tokohtokoh kemerdekaan yang banyak menabur bakti ke atas bumi bertuah ini. Bak kata pepatah harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama . Begitulah besarnya jasa mereka kepada negara. Hadiah-hadiah yang menarik seharusnya ditawarkan untuk membangkitkan perasaan minat para pelajar untuk menyertai pertandingan ini. Selain daripada itu, antara aktiviti yang amat berkesan buat pelajar-pelajar sekolah adalah dengan menganjurkan pertandingan menghias kelas. Pertandingan seperti ini akan melahirkan kerjasama yang utuh kepada pelajar-pelajar di setiap kelas. Mereka akan bersatu padu dan berusaha untuk menghias kelas mereka ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Para pelajar ini akan diulit dengan perasaan untuk dinobatkan sebagai yang terbaik dalam pertandingan ini. Kontradiksinya, aktiviti sebegini bukan sahaja dapat menyemarakkan sambutan hari kebangsaan, tetapi perpaduan juga dapat disemai ke dalam diri pelajar. Akhir kalam, pihak sekolah perlu saling menggembleng tenaga untuk melestarikan lagi sambutan hari kebangsaan kerana pemupukan patriotisme bermula di

sekolah menjadi lebih efektif dan berkesan kepada diri para pelajar. Sambutan sebegini merupakan nadi untuk para pelajar supaya mereka tidak akan melupakan sejarah negara seperti kacang lupakan kulit.

Anda mungkin juga menyukai