Anda di halaman 1dari 2

Soalan perbincangan kumpulan kecil 1 b : Bincangkan bagaimana seseorang guru boleh meningkatkan ciri-ciri profesion keguruannya.

Sebagai seorang guru yang professional, kemahiran dan pengetahuan mengenai kaedah dan teknik pengajaran perlu diperkemaskan dari semasa ke semasa. Guru perlu melengkapkan diri dengan pembaharuan dan perubahan kurikulum agar tidak ketinggalan terhadap perkembangan yang pesat dalam bidang pendidikan. Dalam bidag pendidikan hari, sering kita tidak dapat memisah penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan ICT. Hal ini bukan semata-matanya untuk menyesuaikan dirinya dengan keadaan bidang pendidikan hari ini tetapi dapat memberi pengetahuan yang lebih kepada murid kerana maklumat-maklumat tambahan boleh didapati dengan mudah dan cepat sekali. Selain itu, sebagai seorang guru yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti kerjayaan, guru boleh menulis jurnal reflektif selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Ia adalah catatan tentang sesuatu peristiwa, masalah yang dihadapi, peringkat pencapaian murid agar guru dapat mengambil tindakan susulan untuk menyelesaikannya. Ia memberi peluang guru menganalisis diri serta menyedari tentang kekuatan dan kelemahan diri. Dengan ini, guru dapat membuat pengubahsuaian serta membaiki proses pembelajaran mereka dengan efektif. Maka ia dapat memastikan guru sentiasa mempertingkatkan kualiti pengajaran dan dan pembelajaran dalam kelas. Tambahan pula, seorang guru haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh teladan yang baik terhadap murid-murid. Murid sering melihat guru mereka sebagai contoh teladan yang positif. Guru yang dilihat sebagai baik, berkelakuan sopan dan berjaya dalam pelajaran akan dijadikan idol oleh seseorang pelajar itu. Pada mata pelajar, guru seperti ini berupaya untuk memberikan mereka semangat untuk berjaya dalam hidup lalu menjadi seorang insan yang berguna di dunia ini sama seperti guru mereka itu. Oleh itu, guru perlu mempunyai identiti sahsiah dan ketrampilan sebagai guru agar dapat menjadi teladan yang baik untuk diikuti oleh murid-muridnya.

Di samping itu, guru harus berupaya membuat keputusan dalam hal bilik darjah dalam profesion keguruan. Profesion keguruan bukan sahaja mengajaratau mendidik anak bangsa, malah pentadbir dan guru harus boleh membuat sesuatu keputusan dalam melaksanakan sesuatu tindakan dan menilai semula hasil sesuatu perkarayang dijalankan. Kini pentadbir bersama dengan guru perlu membuat keputusan secara kritis dan kreatif di dalam dan di luar bilik darjah demi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan dalam pengurusan sekolah. Seterusnya, guru boleh mempertingkat tahap professional diri guru melalui aktiviti perbincangan intelektual antara guru. Guru boleh mengadakan perbincangan intelektual dengan guru yang lebih berpengalaman mengenai pengetahuan baru, teknik-teknik baru dan bimbingan dalam penilaian seperti pembinaan item soalan. Melalui aktiviti ini, guru yang berpengalaman di tempat bertugas berkongsi pengalaman dan makluat dengan memberi nasihat, dan bimbingan berterusan antara guru agar dapat meningkatkan tahap profesionalisme mereka. Kualiti guru adalah asas kecemerlangan pelajar dan sekolah. Kewibawaan guru merupakan tunggak kepada profesionalisme guru. Usaha guru untuk meningkatkan profesionalisme diri dari segi keilmuan, ketrampilan dan kemahiran serta pembentukan sahsiah yang berakhlak mulia perlu diamalkan dari semasa ke semasa untuk memastikan cirri-ciri profesionalisme keguruan dapat ditingkatkan.

Anda mungkin juga menyukai