Anda di halaman 1dari 13

SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI.

ZAMAN PRIMITIF DAN PURBA AWAL: Dalam masyarakat primitif, sukan dan pendidikan jasmani merupakan satu aspek yang amat mustahak dalam kehidupan seharian. Masyarakat primitif yang kurang stamina, kemahiran, keteguhan dan kegagahan akan merugikan komuniti mereka. Untuk mempertahankan komuniti dan kewujudan yang berterusan sesuatu suku itu, para belia harus membina kekuatan, daya tahan, ketangkasan dan kemahiran untuk menanggung kehidupan mereka. Kanak-kanak pula akan mempelajari kemahiran melalui peniruan. Para bapa akan mengajar anak lelaki tentang segala kemahiran yang diperlukan oleh seseorang pemburu atau pelayar. Di antara aktiviti kemahiran termasuklah memanah, melempar gada dan lembing, memburu binatang, membuat senjata dan sampan, menangkap ikan dan mendayung kolek. Aktiviti perkembangan fizikal adalah seperti berenang, berlari, dan mendaki gunung. Aktiviti-aktiviti ini adalah satu keperluan yang diwajibkan oleh setiap kanak-kanak dalam masyarakat primitif untuk menjamin kehidupan mereka. Menari merupakan amalan mulia bagi masyarakat primitif. Ia adalah salah satu media utama dalam proses komunikasi antara manusia dengan roh-roh atau tuhan. Masa dan tempat upacara serta tarian diadakan akan ditentukan oleh adat resam suku kaum masing-masing. SUKAN DALAM MASYARAKAT YUNANI PURBA: Perkembangan pendidikan di Yunani dibahagikan kepada empat tahap: 1. Pendidikan Yunani Homer (zaman prasejarah hingga Olimpik 776 S.M). 2. Pendidikan Yunani Sparta (meliputi seluruh zaman sejarah Sparta). 3. Pendidikan Yunani Athens Awal (776 S.M hingga akhir Perang Parsi pada 480 S.M). 4. Pendidikan Yunani Athens Lewat (dari 480 S.M hingga penaklukan Mekadonia 338 S.M).

Yunani Homer Tujuan utama pendidikan jasmani dan sukan adalah untuk membentuk manusia petindak. Peperangan sering berlaku. Maka, setiap warganegara merupakan perajurit dan keadaan fizikal yang sihat dan kuat adalah sangat penting. Senaman bertujuan menghasilkan kualiti-kualiti seperti kekuatan, daya ketahanan, kepantasan dan keberanian yang sangat diperlukan dalam peperangan. Di antara aktiviti-aktiviti sukan yang dimainkan oleh kelas aristocrat ialah perlumbaan kereta kuda, tinju, bergomol dan lari. Bagi golongan askar, aktivitinya adalah seperti membaling lembing, memanah dan mengangkat berat. Dalam zaman ini, penduduknya boleh dikatakan melibatkan diri dalam sukan yang memerlukan tenaga dan kekuatan.

Yunani Sparta Sparta merupakan sebuah negara tentera. Semua rakyat hanya mempunyai satu profesion iaitu sebagai askar, maka pendidikan jasmani dan sukan serta semua pendidikan di Sparta merupakan latihan untuk peperangan. Ini bertujuan untuk membentuk setiap rakyat sebagai petindak yang mempunyai kekuatan yang ganas, daya ketahanan yang tinggi, semangat keteguhan dan kegagahan serta kemahiran yenyera yang amat diperlukan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti gimnastik, lari dan lompatan serta permainan bola. Aktiviti-aktiviti lain termasuk lawan pedang, acara lompat, berenang, memburu, gusti, tinju, berjalan kaki, lempar cakera dan baling lembing. Yunani Athens Awal Pendidikan jasmani di Athens mempunyai fungsi lagi selain daripada untuk menyediakan warganegara di medan perang, iaitu untuk nilai estetika dan harmoni. Bagi mereka, tubuh badan adalah sama penting dengan otak. Oleh demikian sukan dihubungkan dengan falsafah, muzik, sastera, lukisan dan ukiran. Orang Greek yang menghargai kecantikan (fizikal) menganggap bahawa gemuk, kurang segar, dan pertumbuhan yang tidak wajar sebagau mengaibkan dan sebagai tanda kurang pendidikan. Di antara program pendidikan jasmani dan sukan bagi kanak-kanak dalam lingkungan umur 7-12 tahun adalah seperti berlari, lompatan, memanjat tali, permainan bola, baling lembing dan lempar cakera bersaiz kecil. Bagi pelajar yang lebih besar (dari segi umur), aktiviti lebih bertenaga seperti perlumbaan, baling lembing dan lempar cakera bersaiz besar, lompatan, bertinju, bergomol dan perlumbaan kereta kuda disediakan. Yunani Athens Lewat Selepas perang Parsi, Athens yang dahulu merupakan masyarakat pertanian, telah berubah menjadi pusat perdagangan dan sebuah pusat kosmopolitan. Penduduknya mempunyai lebih banyak masa lapang untuk perkembangan intelektual. Tujuan sekarang ialah membentuk manusia bijak dan bukan lagi manusia petindak. Antara aktiviti-aktiviti fizikal termasuklah gimnastik, olahraga, lumba berperisai, baling lembing, memanah, equestrian dan tinju. Walaubagaimanapun, mereka lebih berminat menjadi penonton daripada peserta. SUKAN OLIMPIK Sukan Olimpik diadakan sekali setiap empat tahun mulai tahun 776 S.M. sukan ini dijalankan selama lima hari pada bulan Ogos tahun itu bersama-sama dengan upacara menghormati Zeus (tuhan orang-orang Greek). Boleh dikatakan segenap lapisan masyarakat seperti petani, golongan bangsawan, ahli politik dan lain-lain mengambil bahagian. Jadi, perayaan Olimpik merupakan satu acara mengadakan pertukaran kebudayaan yang berbeza antara negara-negara kota. Satu acara sahaja yang diadakan dalam sukan tahun 776 S.M itu, iaitu lumba lari, dan johan utama adalah Coroibos dari Olis yang memenangi perlumbaan stadium sejauh

170meter. Acara-acara sukan mula ditambah dengan adanya perlumbaan jarak jauh, lempar cakera, lompat jauh, baling lembing, bergomol, tinju dan sebagainya. Dalam tahun 393 (masihi), Maharaja Theodosius telah menamatkan Sukan Olimpik yang telah diadakan selama 1503 tahun itu. Usaha untuk menghidupkan semula Sukan Olimpik muncul pada akhir abad ke-19. Pengasas Sukan Olimpik moden adalah Baron Pierre de Coubertin (1863-1937), seorang Perancis. Berdasarkan pengaruh beliau, dipersetujui untuk mengadakan Sukan Olimpik sekali setiap empat tahun, di mana semua bangsa dijemput mengambil bahagian. Sukan pertama diadakan di Athens dalam tahun 1896. Sejak itu, setiap empat tahun sukan ini diadakan.

PENDIDIKANN JASMANI PADA ZAMAN RENAISSANCE Bermula pada 1400 1700 Pendidikan Jasmani pada zaman renaissance adalah lebih kurang sama seperti Pendidikan jasmani pada masa kini Pendidikan Jasmani dilakukan untuk kebaikan diri sendiri, bukan untuk kebaikan orang lain

3 kumpulan utama zaman renaissance Humanis Berpusat di Itali yang menghargai pendidikan dalam sukan seperti lari berpagar, memanah, renang, lari dan permainan bola tangan Moralis Pula dipengaruhi oleh Reformasi protestan, melihat aktiviti fizikal hanya sebagai cara untuk melaksanakan pekerjaan Realisme Menerima pendidikan fizikal sebagai sebahagian daripada fikiran yang sihat dalam tubuh yang sihat Selama tempoh ini, sebahagian besar rakyat Eropah masih Katolik dan Katolik lebih menyukai aktiviti fizikal rekreasi dengan pandangan bahawa penjagaan tubuh perlu dilakukan

Namun begitu, perkembangan PJ mempunyai kelemahan pada sekitar 1600 di mana PJ mempunyai banyak kebaikan tetapi tidak diutamakan kerana mereka percaya bahawa sesuatu yang tidak mempunyai tujuan khusus adalah sesuatu yang membazir masa.

SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN DI MALAYSIA Perkembangan pendidikan jasmani di Malaysia dibahagikan kepada tiga peringkat yang besar: 1. Sistem pendidikan asal, iaitu system pendidikan yang telah ada sebelum kedatangan pengaruh Barat. 2. Zaman penjajahan menghasilkan pendidikan yang formal yang telah menghasilkan pertumbuhan sekolah-sekolah Inggeris, Melayu, Cina dan India. Zaman ini berlanjutan hingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. 3. Zaman pendidikan moden, iaitu zaman selepas medeka. Sebelum datangnya pengaruh pendidikan Barat, sistem pendidikan merupakan sistem yang tidak formal seperti kelas-kelas agama dan al-Quran, kelas kesenian dan pertukangan. Sistem ini tidak memberatkan ciri-ciri pendidikan secara formal. Oleh itu, tidak ada langsung pendidikan jasmani. Sistem pendidikan yang formal diperkenalkan di negara ini selepas kedatangan Inggeris di negeri-negeri Selat. Ini adalah usaha penganjur Kristian dan Kompeni Inggeris. Sekolah yang pertama didirikan di Tanah Melayu ialah Penang Free School yang ditubuhkan dalam tahun 1816. Usaha mendirikan sekolah ini dibuat oleh Rev. R.S Hutching. Sekolah itu ialah dibawah pengelolaan Kompeni Inggeris. Pendidikan jasmani tidak dijalankan lagi. Sehingga tahun-tahun 1920-an masih belum ada sistem dan sukatan pelajaran yang formal walaupun peajaran pendidikan jasmani mula diajar secara tidakm formal. Keutamaan diberi kepada aktiviti senaman, latihan kawat dan permainan yang membawa pengaruh penjajahan Inggeris. Tahun 1924 dilantik seorang pengusaha pendidikan jasmani untuk negeri-negeri Selat. Sungguhpun begitu, sukatan pelajaran pendidikan jasmani belum tersusun. Guru-guru yang tidak pernah menerima latihan pendidikan jasmani ditugaskan mengajar pelajaran itu. Tahun-tahun 1930-an barulah usaha rancangan pendidikan jasmani untuk sekolahsekolah dimulakan. Sukatan pelajaran itu merupakan asas untuk pelajaran pendidikan jasmani di Tanah Melayu. Ia berdasarkan kepada sukatan pelajaran Latihan Fizikal untuk sekolah-sekolah Inggeris di England, yang mana telah diperkenalkan dalam tahun 1933. Siri buku-buku Jefferson, How To Teach Physical Training dijadikan asas sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani. J.W Jefferson yang dilantik sebagai penguasa pendidikan jasmani dalam tahun 1932, telah melancarkan rancangan latihan guru pendidikan jasmani ke seluruh negara. Kursus-kursus dalam perkhidmatan diadakan di seluruh negara. Tahun 1946-48, suatu sukatan yang formal untuk sekolah-sekolah rendah dan menengah. Sukatan ini diterbitkan oleh Maktab Perguruan Sultan Idris, (MPSI) Tanjung Malim (kini Universiti Pendidikan Sultan Idris). Sistem latihan guru pendidikan jasmani dilancarkan secara berperingkat-peringkat, iaitu dari peringkat 1 hingga peringkat 4.

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu menunjukkan pengaruh penjajahan Inggeris dalam perkembangan pendidikan jasmani. Gimnastik, sukan dan rentakrama merupakan bahagian program-program yang terdapat di sekolah-sekolah rendah, sementara di sekolah-sekolah menengah, Inggeris memajukan satu program yang serupa dengan yang terdapat di negara-negara Asia di bawah British Komanwel. Bola sepak, bola keranjang, berenang d tenis adalah popular tetapi permainan badminton paling popular. Pada tahun 1952 guru-guru tempatan mula dihantar ke luar negara untuk meluaskan pengetahuan mengenai pendidikan jasmani. Setahun kemudian, Pendidikan Jasmani dimasukkan sebagai satu mata pelajaran bagi kursus asas dan pilihan utama di Kirby. Kemudian diadakan pula kursus pendidikan dan kesihatan di Kirby dan Brinsford, England. Tahun 1955, Jawatan Penguasa Pendidikan Jasmani diambil oleh anak tempatan iaitu, En. Teoh Teik Lee. Pada tahun 1958, bahagian Penguasa Pendidikan Jasmani dipindahkan kepada Bahagian Nazir Sekolah-sekolah dan juga disatukan dengan Bahagian Latihan Guru. Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani IPSI dikekalkan dalam tahun 1950-an dengan beberapa penyesuaian dan pindaan. Pada tahun 1960, B.E Chamber diganti oleh E.D Clay sebagai Nazir Sekolah-sekolah Persekutuan, Bahagian Pendidikan Jasmani. Sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dikaji semula dan wujudlah sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan pada tahun 1966. Kursus tambahan, satu tahun Pendidikan Jasmani diadakan di Maktab Perguruan Ilmu Khas pada tahun 1960. Kemudian, diikuti dengan kursus tambahan untuk guru-guru perempuan dalam tahun 1961. Pada tahun 1971, sukatan pelajaran disemak semula,kemudiaanya sukatan itu dikeluarkan dalam 2 bahasa iaitu Melayu dan Inggeris. Sukatan ini lebih dinamik dan berkesan kerana memberatkan kepada kesan,pergerakan dan kemahiran. Dimasukkan juga aspekaspek moden seperti tarian moden atau tarian pendidikan dan gimnastik untuk perempuan.

SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIA


ZAMAN-ZAMAN 1) ERA PRA-KOLONIAL (sebelum penjajahan Inggeris) HURAIAN - Sistem pendidikan di Tanah Melayu adalah sistem tidak formal seperti kelas-kelas agama dan Al-Quran, kelas kesenian dan pertukangan dan tiada pendidikan jasmani - Murid-murid libatkan diri secara sukarela dalam pelbagai aktiviti kebudayaan dan permainan tradisional untuk isi masa lapang dengan cara yang menyeronokkan - Kerja-kerja pertukangan dan kebun serta kesenian yang mengutamakan seni mempertahankan diri dianggap sebagai PJ - Masyarakat libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang berbentuk rekreasi seperti bersilat, berdayung, berenang, menari , bermain congkak, layang-layang dan sepak raga - Aktiviti tersebut adalah sebahagian daripada kebudayaan rakyat pada masa itu - Latihan jasmani dipertutunkan secara tidak formal kepada kanak-kanak melalui peniruan orang dewasa. - Kebanyakan penyertaan permainan berbeza mengikut kelas sosial masing-masing. Contoh: golongan biasa bermain sepak raga, gasing dan congkak. Golongan Istana akan menunggang kuda, memanah dan memburu. - Secara amnya, PJ pada masa ini boleh dibahagikan kepada tiga bentuk, iaitu aktiviti-aktiviti : a. b. c. permainan masa lapang keperwiraan senaman tradisional

2) ERA PENJAJAHAN a) Era kolonial Inggeris Lama)

- PJ yang formal masih tiada dalam jadual persekolahan walaupun sekolah-sekolah telah ditubuhkan semenjak tahun 1821. - Permainan-permainan baru seperti bola sepak, hoki, ragbi dan badminton telah mula diperkenalkan oleh penjajah dan peniaga-peniaga - Tujuan PJ pada masa ini adalah untuk mengekalkan status quo penjajahan Inggeris dimana latihan jasmani dicampur dengan berkebun supaya rakyat kekal menjadi pesawah. - Sebelum mulakan pelajaran harian, murid-murid akan disuruh berkebun dan bersenam - 1890-an : Murid-murid perempuan mula diajar olahraga, murid-murid lelaki diberi latih tubi di sekolah-sekolah - 1900-an : pihak Inggeris mula mengawal perkembangan kehidupan penduduk-penduduk ternasuk bidang pendidikan. - 1913-an : maktab perguruan di Matang, Perak ditubuhkan untuk membolehkan bakal-bakal guru diberi latihan berkawad dan mereka digalakkan memasuki pasukanpasukan sukarelawan. - 1922-an : MPSI dibuka di Tanjung Malim,latihan jasmani dan kebersihan dalam kurikulum diutamakan - 1920-an : keutamaan diberi kepada aktiviti senaman, latihan kawad, dan permainan yang membawa pengaruh penjajahan inggeris - Tahun 1924 : seorang pengusaha PJ utk negeri-negeri selat telah dilantik. Sukatan pelajaran PJ belum tersusun dan guru-guru yang tak pernah terima latihan PJ ditugaskan mengajar mata pelajaran tersebut - Tahun 1930-an : usaha rancangan PJ untuk sekolah-sekolah

dimulakan. Sukatan yang digunakan ialah Latihan Fizikal. Rancangan latihan guru PJ mula dilancarkan ke suluruh negara melalui kursus perkhidmatan. Masayarakat mula sedar kepentingan PJ. - 1940-an : sukatan pelajaran telah disemah dan dikaji semula untuk dikemas kini supaya selaras dengan perkembangan pendidikan

Era Penjajahan Jepun

- Rancangan yang diusahakan dalam pendidikan telah tergendala - Latihan jasmani bertujuan membentuk individu yang patuh kepada arahan, taat pada pemerintah dan berdisiplin - Arahan diberi dalam Bahasa Jepun dan kanak-kanak terpaksa membuat senaman beramai-ramai setiap pagi selama

30minit - Murid telah diperkenalkan sejenis latihan jasmani yang dipanggil Tai Sho yang lebih kurang sama dengan latih tubi beramai-ramai - Pengajaran latihan jasmani lebih bercorak ketenteraan - Di setengah sekolah latihan berkawad diadakan sekeliling kampung berhampiran dengan sekolah dan murid juga menjalani latihan berkebun - Tujuan PJ seakan sama dgn tujuan semasa era kolonial Inggeris lama - Sekolah dibuka semula dan latihan jasmani sebagai satu mata pelajaran dikekalkan disekolah - Senaman diadakan 30minit setiap hari seblum masuk belajar - Pertandingan senaman dan permainan seperti yang dijalankan sebelum penjajahan jepun dihidupkan semula - Tidak semua sekolah dapat jalankan latihan jasmani dengan sepenuhnya - Ada sekolah kekurangan kemudahan, kawasan dan guru-guru terlatih dalam pengajaran latihan jasmani - Rancangan latihan perguruan termasuk pengajaran latihan jasmani diteruskan semual di MPSI dan MPPM, Melaka utk tambah bilangan guru senaman - 1946-1948, sukatan pelajaran latihan jasmani dikeluarkan dan diterbitkan oleh MPSI untuk mengadakan sukatan yang formal untuk sekolah rendah dan menengah - 1950an, kepentingan PJ meningkat kerana diwajibkan di semua sekolah - Setiap hari persekolahan, latiahn jasmani dan berkebun

3) ERA KOLONIAL (pemerintahan British ataupun sebelum merdeka)

diadakan 30minit sebelum masuk kelas - Aktiviti luar diadakan pada hari sabtu - 1952, guru tempatan dihantar ke luar negara untuk luaskan pengetahuan tentang PJ - 1960an, Sukatan pelajaran PJ dikaji semula - 1966, wujud sukatan pelajaran PJ untuk kanak-kanak laki dan perempuan - Tujuan: untuk membolehkan semula sekolah guna satu sukatan pelajaran PJ yang baru dan lebih sesuai bagi kankkanak dinegara kita - Usaha meninggikan mutu pelajaran PJ disekolah diteruskan dgn penubuhan MPIK di cheras - Kursus tambahan 1tahun diadakan di MPIK (1960) dan kurikulumnya seakan sama dengan KDP PJ di britain dan kursus tambahan untuk guru wanita (1961) - Rancangan PJ disekolah diutamakan aktiviti sukan dan permainan - Pertandingan permainan dan olahraga sebagai aktiviti lanjutan PJ disekolah - 1958, Kementerian Pelajaran tubuhkan MSSM - PJ menjadi matapelajaran wajib dalam kurikulum sek. ren dan men. - 1971, Sukatan PJ disemak semula dan dikeluarkan dalam BM dan BI (lebih berkesan dan dinamik kerana memberi fokus kepada kesan pergerakan dan kemahiran termasuk taraian moden, taraian pendidikan dan gimnastik untuk perempuan) - 1977, UM memasukkan PJ ke dalam kurikulum kursus

4) ERA SELEPAS MERDEKA

diploma pendidikan - Tujuan: melengkapkan bakal-bakal guru siswazah dgn kemahiran dan pengetahuan dalam pengajaran PJ

Anda mungkin juga menyukai