Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI BINA INSAN GURU SEMESTER 4 2010 Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kehadrat ilahi kerana dengan

taufik dan hidayahnya melapangkan dada dan meruangkan masa kepada saya dengan mengizinkan saya menjalani kursus Bina Insan Guru ( BIG ) anak angkat dan khidmat masyarakat pada 19 hingga 22 Julai yang lalu. Kursus ini telah dijalankan di kampung sungai batu besi, merbok Kedah. Kursus ini telah dijalankan selama 3 hari 2 malam bermula hari isnin hingga rabu. Saya rasa sangat beruntung kerana dapat mengisi dalam diri saya dengan pelbagai pengalaman baru disepanjang program ini berlangsung dan saya anggap ini merupakan persediaan di masa hadapan. Pada hari permulaan, saya bertolak pada pukul 10 pagi bersama pesertapeserta lain. Sebelum itu kami telah membuat perbagai persediaan termasuk alat-alatan serta barang-barang yang perlu untuk digunakan sepanjang program tersebut. Setelah tiba di tapak program, saya berkumpul untuk mendengar taklimat oleh saudara pengerusi program tentang aktiviti yang perlu dijalankan supaya berjalan lebih lancar. . Aktiviti yang pertama dijalankan adalah memasang khemah. Walaupun cuaca pada petang itu agak panas, namun ia tidak menghalang saya untuk meneruskan aktiviti tersebut. Saya bersama peserta lain saling bekerjasama untuk memasang khemah masing-masing serta khemah pensyarah pengiring. Aktiviti yang dijalankan ialah majlis perasmian dan membahagikan anak angkat kepada keluarga angkat masing-masing. Saya dapat belajar tentang bagaimana untuk menguruskan program bersama ahli komuniti setempat atau masyarakat di situ. Saya juga dapati banyak faedah daripada majlis tersebut. Ini kerana ia dapat memupuk kemahiran saya untuk berkomunikasi secara

berkesan dengan keluarga angkat saya yang baru saya kenal. saya juga mendapat peluang untuk makan bersama keluarga angkat antara kami. Selain itu, saya berkesempatan untuk berjalan-jalan dikawasan saya. Saya mengambil kesempatan tersebut untuk berkenalan dengan lebih mendalam lagi

berdekatan. Di situ saya dapat memerhatikan corak hidup mereka yang majoritinya adalah bekerja sebagai nelayan. Ini memberi pengajaran kepada saya tentang erti kesusahan ibubapa bagi menyara keluarga demi meningkatkan taraf hidup masing-masing. Penduduk setempat di situ juga memberikan saya banyak pengetahuan baru tentang flora dan fauna di kawasan tersebut. Banyak ilmu yang beliau curahkan. Antaranya ialah nama tumbuh-tumbuhan dan juga haiwan-haiwan dalam kawasan paya. Pengalaman yang cukup berharga ialah saya dapat mengikut keluarga angkat untuk pergi menangkap ikan. Disamping itu, saya juga dihidangkan dengan pengisian rohani yang cukup baik untuk dijadikan panduan dalam kehidupan mendatang. Saya dapat beberapa maklumat serta semangat baru daripada penduduk disana tentang realiti kehidupan terutamanya dalam dunia pendidikan masa kini. Beberapa latihan dalam kumpulan juga telah dijalankan yang dipimpin oleh pensyarah pembimbing. Secara tidak langsung ia dapat memantapkan lagi pengetahuan serta pengalaman yang ada pada diri saya. Sepanjang menjalani program ini, saya telah dapat mengenalpasti kelemahan dan kelebihan saya. Dengan pelbagai aktiviti yang menguji minda dan fizikal melalui kekangan masa serta cubaan dan dugaan, ia mampu memberi saya suatu anjakan paradigma terhadap perubahan sikap. Saya cuba memperbaiki dari semasa ke semasa dengan harapan saya dapat pengalaman berguna seterusnya dapat merealisakannya di suatu masa nanti.

Akhir kata, secara keseluruhannya saya amat berpuas hati setelah menjalani kursus BIG kerana di sana mengandungi banyak kebaikan yang seharusnya ada pada guru pelatih. Saya akan sentiasa memastikan hubungan diantara saya dan keluarga angkat saya sentiasa berkekalan sehingga akhir hayat. Ini kerana komitmen yang ditunjukkan oleh mereka membuat saya terharu dan menyedarkan saya betapa pentingnya erti kasih sayang dan tanggungjawab terhadap keluarga sepanjang menjalani kehidupan. Saya berharap program ini bukanlah penamat tetapi permulaan yang baik serta diteruskan pada masa yang akan datang.

Disediakan oleh, MOHD ZAILAN BIN AWANG SEMAN 4 PISMP PA 1

Anda mungkin juga menyukai