Anda di halaman 1dari 59

PENDEKATAN UNTUK MEMPERBAIKI AMALAN ATAU PERKHIDMATAN

DEFINISI
Satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti amalan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar, kritis dan bersedia untuk mengubah amalan-amalannya. Sebagai satu kajian atau penyelidikan terhadap persekitaran sekolah yang melibatkan warga sekolah itu sendiri dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing. Kesimpulannya, Kajian Tindakan adalah belajar daripada apa yang dibuat. (learning by doing)

TUJUAN
Tujuan Kajian Tindakan adalah untuk melibatkan guru dalam proses penambahbaikan dalam bidang tugasnya. Di antara tujuan Kajian Tindakan ialah: Menggalakkan guru menyelesaikan masalah amalan harian dengan membuat refleksi bagi mendapatkan idea dan strategi baru dalam usaha membawa pembaharuan dan kemajuan. Menggalakkan guru menyelidik amalan-amalan yang ingin diperbaiki dalam kerja mereka dalam kelas untuk membaiki tindakan, menilai hasil dan keberkesanan usaha itu. Dalam hal ini guru diberi kuasa untuk membuat keputusan dalam bilik darjahnya.

KEBAIKAN KAJIAN TINDAKAN


Kajian Tindakan amat releven dan signifikan dalam menyelesaikan masalah dalam pengurusan sekolah.

Ianya amat mudah dan dapat memberi tindaksusul semerta.

Tidak memerlukan masa yang panjang.

Rekebentuk boleh diubahsuai berdasarkan keadaan dan keperluan sebenar di sekolah.

KEBAIKAN KAJIAN TINDAKAN


Penyelidik Kajian Tindakan adalah sebahagian daripada subjek kajian. Maklumat kajian diperolehi secara langsung daripada subjek kajian.

Penyelidikan dilakukan dalam keadaan sebenar dan analisis hasil kajian bersifat kualitatif dengan cara menggunakan teknik dan kaedah berbentuk deskripsi dan naratif.

Laporan hasil kajian menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh guru.

ORGANISASI KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT SEKOLAH


Pengerusi Pengetua / GB

N / Pengerusi PK Akademik PK Hem PK Kokurikulum Peny. Petang

Setiausaha Kaunselor

Semua Ketua Bidang / Panitia

Guru Bimbingan/Kaunseling

Guru Kokurikulum/ Sukan

Unit Disiplin

Guru Pusat Sumber Sekolah

Jenis-Jenis Penyelidikan Pendidikan


Secara umum bidang penyelidikan pendidikan boleh dibahagikan kepada tiga jenis utama berdasarkan kepada matlamat menjalankan penyelidikan tersebut.

Penyelidikan Asas

Kajian yang dijalankan khusus bagi menghasilkan dapatan baru atau teori.

Penyelidikan Gunaan

Kajian yang dijalankan bagi meneroka fenomena, mengenal pasti masalah dan sebagainya bagi tujuan merancang strategi tindakan untuk penambahbaikan.

Penyelidikan Tindakan

Kajian yang dijalankan oleh individu atau kumpulan terhadap masalah yang dihadapi oleh tindakan intenvensi bagi tujuan menyelesaikan masalah atau meningkatkan keberkesanan amalan.

Ciri-ciri Kajian Tindakan


Suatu pendekatan untuk memperbaiki mutu perkhidmatan melalui perubahan dalam menyediakan perkhidmatan dan keperluan pelanggan. Dilakukan oleh Guru Perpustakaan dan Media dalam konteks tugas seharian atau perkhidmatan dalam Pusat Sumber Sekolah. Fokus utama ialah ke atas amalan diri GPM iaitu memahami dan memperbaiki mutu perkhidmatan. Dilakukan secara berkumpulan atau secara kolaboratif dengan membentuk kumpulan-kumpulan yang bersifat kritis kendiri (self-critical) dan mempunyai komitmen untuk meningkatkan kefahaman praktis mereka.

Ciri-ciri Kajian Tindakan


Dilakukan dalam situasi sebenar persekitaran, bukan suasana kawalan. Melibatkan tindakan praktis (intenvensi) bagi menyelesaikan masalah dan mengembangkan pengetahuan secara serentak. Pengkaji terlibat secara langsung dalam usaha memperbaiki amalan pendidikan dan menambahkan kefahaman terhadap amalan tersebut.

Melibatkan penyelidik untuk membina teori-teori daripada pengalaman sebenar yang mereka lalui.
Dilakukan secara berterusan, berkembang mengikut kitar refleksi kendiri iaitu tinjauan, perancangan, pelaksanaan dan renungan atau refleksi.

Faedah-Faedah Kajian Tindakan


1.
2. 3.

Mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan, penyertaan pelanggan, keadaan pelanggan, suasana di PSS dsb.
Dapat merancang aktiviti-aktiviti dengan lebih berkesan. Mempelbagaikan perkhidmatan, memudahkan pencapaian objektif dan dapat pula memahami, mengubah dan membaiki amalan sendiri. Meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang lebih aktif dan efektif. Dapat menyediakan individu sebagai penyelidik yang kritikal dan sanggup menerima perubahan. Membentuk budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat perancangan untuk tindakan dan Merapatkan keakraban di kalangan guru melalui kerjasama secara langsung.

4. 5. 6. 7.

PRINSIP
Kajian Tindakan merupakan satu pendekatan yang bersifat telus, terbuka dan dipersetujui oleh semua warga sekolah.

Walau bagaimanapun data atau bukti yang diperolehi tidak boleh melibatkan pengenalan diri, tempat atau lokasi yang dijadikan sumber kajian.

Hasil dapatan perlu disebarluaskan kepada warga sekolah untuk tujuan memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti.

Prinsip-Prinsip Dalam Pendekatan Kajian Tindakan


Prinsip Pertama
Kajian tindakan dilakukan dalam satu gelungan langkah-langkah (a spiral of steps). LANGKAH GELUNGAN PERTAMA 1. Mengenalpasti Isu dan masalah/situasi

2. Merancang
3. Bertindak 4. Memerhati dan menganalisis 5. Merefleks dan menilai

PROSES
Pada asasnya Kajian Tindakan bergerak dalam satu kitaran yang berterusan yang melibatkan empat peringkat : MENGENALPASTI MASALAH

Merancang
Merefleksi Memerhati
Gelungan Kedua

Bertindak

PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN


1. Langkah-Langkah Mengenal Pasti Isu / Masalah / Situasi.
a. Apakah yang sedang berlaku?

b. Bagaimanakah keadaan sesuatu isu / masalah / situasi itu boleh wujud?

c. Apakah yang boleh dilakukan?

MENGENALI ISU
1. Cuba libatkan persoalan kajian yang boleh diambil tindakan. 2. Hadkan kajian awal kepada persoalan yang kecil.

3. Pilih persoalan yang penting bagi pelanggan dan anda.


4. Sebaik-baiknya kajian itu boleh dilakukan secara kolaboratif (berkumpulan / pasukan). 5. Laksanakan kajian berdasarkan keutamaan iaitu untuk meningkatkan mutu perkhidmatan. 6. Isu yang mampu dibuat kajian. (Peruntukan kewangan dan masa yang mencukupi untuk kajian).

PERANAN PENYELIDIK
LANGKAH KAJIAN TINDAKAN
Mengenal pasti isu / masalah, situasi

PERANAN PENYELIDIK
Memikir dan membincangkan masalah atau isu.

Tinjauan dan mengutip data Menganalisis data Menentukan fokus kajian Merancang langkah tindakan Melaksanakan tindakan
Pemantauan dan Penilaian Tindakan untuk kitaran kedua dan seterusnya.

Mengkaji dan menganalisis isu sedia ada Mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan

Mencari penyelesaian

PROSES
Proses Proses 1 Tindakan Merancang : Sebelum melaksanakan Kajian Tindakan, penyelidik perlu membuat perancangan. Menentukan aktiviti-aktiviti dan tempoh masa pelaksanaan bagi menangani masalah yang dikenalpasti. Setiap satu masalah yang dikenalpasti mungkin memerlukan satu atau lebih aktiviti. Memastikan langkah-langkah dan bahan yang akan digunakan untuk menjalankan aktiviti ( contoh: menjalankan aktiviti secara individu atau berkumpulan )

Proses 2

Proses 3

PROSES
Proses Tindakan Proses 4 Menentukan langkah dan cara penilaian aktiviti yang akan dijalankan. ( contoh: cara penilaian pemerhatian, kumpulan sasar pelajar, guru ) Proses 5 Analisa keputusan / dapatan dan mereflek keberkesanan aktiviti yang dijalankan.

Proses 6 Bertindak ( melaksanakan rancangan ) Penyelidik melaksanakan rancangan mengikut apa yang telah dirancang.

PROSES
Proses Tindakan Proses 7 Memerhati ( mengumpul bukti ) Pengumpulan maklumat boleh dikumpul melalui pemerhatian, temubual, soal selidik, ujian dan latihan serta analisis dokumen. Pemerhatian boleh dilakukan secara guru memerhati pelajar semasa P & P atau rakan sejawat memerhati guru mengajar. Temubual merupakan satu kaedah pengumpulan maklumat melibatkan perbualan/hubungan dua hala berpandukan soalan sedia ada atau bebas. Soalselidik responden merupakan maklumat yang dikemukakan dalam bentuk soalan yang mengkehendaki maklumat secara tepat. Ujian/latihan merupakan satu kaedah bagi menguji kefahaman pelajar. Dokumen adalah sumber paling mudah kepada guru kerana maklumat yang diperlukan telah sedia ada. Contoh, sukatan pelajaran, buku kedatangan, rekod salahlaku, keputusan peperiksaan dan sebagainya.

PROSES
Proses Tindakan Proses 8 Mereflek ( analisa dan refleksi ) Refleksi adalah untuk mentafsir kemahiran mengajar guru dan mempertingkatkannya. Hasil daripada refleksi, guru akan mendapat kefahaman baru, kesedaran, keinsafan, perubahan tanggapan, perubahan amalan dan mempertingkatkan profesionalisme keguruan. Refleksi juga berlaku sebelum semasa dan selepas kajian. Data/maklumat dikumpul, diproses, ditaksir dan digunapakai. Cara analisis data ini boleh dilakukan dalam beberapa cara iaitu perbincangan, perbengkelan dan lain-lain. ( difikirkan sesuai yang memenuhi piawai analisis )

LANGKAH TINDAKAN
Langkah 1 2 3 4 5 Tindakan Mengenalpasti masalah / fokus / Isu Mengumpul Data Menganalisa data / membentuk persoalan kajian Merancang Pelan Tindakan Melaksanakan Pelan Tindakan

6
7 8

Mengumpul data untuk mengesan perubahan


Menganalisis dan menilai Penilaian Impak

Contoh Kesesuaian Isu Kajian Tindakan


ISU YANG SESUAI
1. Saya ingin meningkatkan peratus pencapaian Rakan Pembaca dalam Program NILAM Saya hendak menggalakkan guru-guru merekodkan penggunaan bahan dan peralatan BBB dalam P&P. Penglibatan guru dan murid terhadap PSS adalah dingin. Bagaimanakah saya dapat memastikan guru-guru dan murid-murid berminat untuk sama-sama membangunkan PSS?

ISU YANG TIDAK SESUAI


1. Apakah hubungan antara sosio ekonomi pelajar dan kegemaran dalam dalam meningkatkan minat membaca? Apakah persepsi guru terhadap penggunaan bahan dan peralatan BBB dalam P&P Apakah pandangan guru terhadap peranan PSS dengan pencapaian kurikulum di sekolah?

2.

2.

3.

3.

Definisi
Satu aktiviti penting di mana seseorang individu mengingat kembali pengalaman yang telah dilalui, memikir-mikir dan mempertimbangkan serta membuat sesuatu penilaian.

DEFINISI DALAM KONTEKS PEMBELAJARAN


Refleksi dalam konteks pembelajaran adalah satu istilah umum, merujuk kepada aktiviti-aktiviti intelektual dan afektif,

di mana seseorang individu melibatkan diri meneroka


Pengalaman-pengalaman mereka bagi memperoleh kefahaman dan penghayatan baru.

(Bound & rakan-rakan 1985)

SIKAP PEMIKIRAN REFLEKTIF


1. BERFIKIRAN TERBUKA
2. KESUNGGUHAN ATAU SEPENUH HATI 3. TANGGUNG JAWAB INTELEK

TUJUAN REFLEKSI
1. 2. 3. 4. Mentafsirkan kemahiran bekerja dan meningkatkannya Menilai kesesuaian sesuatu strategi kerja Menganalisis nilai-nilai profesionalisme Kajian yang berterusan dan menilai peribadi yang berkaitan dengan pekerjaan

BILAKAH PERLU MELAKUKAN REFLEKSI?


Refleksi berlaku sepanjang kitaran kajian (sebelum, semasa dan selepas ) kajian.

Tumpuan utama adalah pada peringkat sebelum dan selepas tindakan.

REFLEKSI
PERINGKAT SEBELUM TINDAKAN

Membuat tinjauan/analisis situasi/masalah kerja

Menentukan isu dan bidang keperihatinan Menentukan Fokus Kajian Menganalisis kefahaman semasa, kendiri dan orang lain.

REFLEKSI
PERINGKAT SELEPAS TINDAKAN

Berdasarkan bukti/maklumat yang dikumpulkan, penyelidik :-

Membuat sintesis tentang perubahan & peningkatan kendiri dalam amalam bekerja Menilai kesan tindakan serta mendapat kefahaman baru Membuat rumusan Merancang tindakan

RANGSANGAN KEPADA REFLEKSI


Contoh 1: Saya sedih kerana prestasi kerja saya semakin merosot Adakah Kaedah amalan saya dapat meningkatkan prestasi kerja?

Contoh 2: Saya khuatir pelanggan masih kurang menggunakan perisian dan bahan-bahan yang di bekalkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan.

FOKUS REFLEKSI
1.
2. 3.

Amalan dan tingkahlaku kerja


Hasil / akibat / kesan tindakan Lihat kembali pegangan / kepercayaan dan andaian penyelidik dalam situasi kerja.

4.
5. 6.

Teliti perasaan
Teliti kewajaran / rasional Apakah alasan bagi amalan / tindakan.

HASIL REFLEKSI
Hasil Refleksi Memberikan Penyelidik:1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Kefahaman Baru Kesedaran & Keinsafan Perubahan Persepsi Perubahan Amalan Meningkatkan profesionalisme Refleksi Kendiri Pandangan Luar Analisis kritikal Mengambil kira implikasi Merancang tindakan seterusnya

RUMUSAN 1

JENIS REFLEKSI

Individu

Secara Kumpulan

RUMUSAN 2
ASPEK-ASPEK UTAMA REFLEKSI

Amalan kerja Budaya kerja di tempat kerja Isu dan masalah di tempat kerja Peristiwa kritikal Perasaan & Emosi

RUMUSAN 3
Bagaimana Refleksi di jalankan?
1. 2. 3. 4. Secara Lisan Secara Simulasi Secara bertulis Secara Unjuran Pemikiran

1. REFLEKSI SECARA LISAN


a. b. c. d. e. Memberi sumbangsaran Sesi Perbincangan Berdialog Berforum Berseminar

2. REFLEKSI SECARA SIMULASI


a. b. c. Kuiz Berkongsi Idea Sesi Bina Minda

3. REFLEKSI SECARA BERTULIS


a. b. c. d. Diari Buku Log Buku Catatan Nota Journal

4. REFLEKSI SECARA UNJURAN PEMIKIRAN


a. b. c. Pemetaan Kognitif Lukisan Gambarajah

d.
e.

Simbol
Grafik

FOKUS KAJIAN

FOKUS KAJIAN / PERNYATAAN MASALAH


Fokus kajian adalah penting bagi memudahkan pengkaji membuat perancangan. Hasil Penganalisaan data sebelum kajian membantu pengkaji dalam memberi gambaran sesuatu situasi dan pernyataan masalah yang sebenar. Hasil daripada penganalisaan itu, suatu teori dapat dikemukakan dengan sokongan bukti-bukti yang diperolehi daripada proses tinjauan.

Penentuan fokus kajian ini perlu mengambilkira beberapa perkara.

GARIS PANDUAN PENENTUAN FOKUS KAJIAN.


1. Isu itu memerlukan tindakan segera
2. Sejauh manakah mustahaknya isu itu kepada pengkaji? 3. Sejauh manakah mustahaknya isu itu kepada pelanggan? 4. Siapa yang berminat untuk membantu kajian? 5. Penumpuan kepada suatu bahagian yang penting 6. Tugas ini boleh diurus dengan baik 7. Terdapat peluang yang baik untuk mendalami permasalahan tersebut

KRITERIA PEMILIHAN FOKUS KAJIAN


A. SKOP FOKUS
Adakah situasi / masalah ini wujud di tempat kerja? Bolehkah anda melakukan sesuatu terhadap situasi ini bagi memperbaikinya? Adakah anda terlalu bergantung kepada orang lain bila hendak melaksanakan sesuatu perubahan terhadap masalah / situasi ini?

KRITERIA PEMILIHAN FOKUS KAJIAN


B. KESESUAIAN
Sejauh manakah pentingnya persoalan/masalah ini boleh diperbaiki? Jangka masa pendek? Jangka masa panjang? Apakah sebenarnya yang boleh anda lakukan sesuatu terhadap situasi ini? Adakah anda berminat untuk memperbaiki permasalahan / situasi ini?

KRITERIA PEMILIHAN FOKUS KAJIAN


C. BOLEH DIURUS
Adakah anda mempunyai masa untuk menangani persoalan/masalah ini? Apakah persiapan yang perlu anda lakukan?

KRITERIA PEMILIHAN FOKUS KAJIAN


D. KESERASIAN
Adakah ia melibatkan kerja-kerja yang sememangnya selalu anda lakukan? Adakah mungkin aktiviti-aktiviti kajian ini boleh digabungkan dengan kerja-kerja mengurus / penyeliaan?

Bentuk-bentuk Fokus Kajian


1. Bentuk Pernyataan masalah
Contoh: Saya menghadapi masalah guru-guru yang kurang menggunakan siaran Rancangan TV Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Bentuk-bentuk Fokus Kajian


2. Bentuk pernyataan keprihatinan

Contoh: Saya ingin memberi perhatian tentang isu kebanyakan guru kurang menggunakan Perisian Kursus Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Bentuk-bentuk Fokus Kajian


3. Bentuk Soalan

Contoh: Bagaimanakah PSS dapat membantu sekolah dalam kelompoknya mempertingkatkan penggunaan bahan di kalangan guru-guru?

Menentukan Tajuk Kajian


Tajuk Kajian mestilah :
1. Tepat 2. Ringkas 3. Mempunyai hala tuju yang jelas

4. Berbentuk positif

CONTOH MENULIS TAJUK KAJIAN


Contoh 1 : MEMUPUK MINAT MURID MEMBACA DI PUSAT SUMBER MELALUI KAEDAH MUDAH CLB -capai, lihat dan baca.

Contoh 2: MENINGKATKAN JUMLAH PINJAMAN BUKU OLEH GURU MELALUI KAEDAH E-Z BOOK

PENULISAN KERTAS CADANGAN

FORMAT KAJIAN & TINDAKAN PERINGKAT SEKOLAH


1. 2. 3. 4. 5. Tajuk Kajian Nama Penyelidik Pernyataan Masalah Tujuan Kajian Reka Bentuk dan Metodologi Kajian Dapatan Kajian Faktor Penyebab Peranan Murid Peranan Guru Peranan Ibu Bapa Peranan Kaunselor Tatacara Pengurusan & Pentadbiran Lain-lain Implikasi Kesimpulan Cadangan Program Lampiran

5. 6. 7. 8.

PENULISAN LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

Penulisan Laporan Kajian Tindakan


1.

Tidak ada format khusus dalam penulisan dapatan kajian tindakan. Penulisan pelaporan boleh dibuat mengikut format/gaya penyelidik sendiri sama ada secara grafik atau naratif. Walaupun pelaporan tidak menggunakan format, yang penting ialah dapatan kajian mesti dilaporkan secara sistematik, mesra pembaca dan dapat menggambarkan konsep kajian tindakan dengan jelas. Format penulisan yang dicadangkan dalam buku panduan kajian tindakan boleh digunakan secara umum dan dijadikan bahan rujukan. Penyelidik digalakkan mengkaji cara dan gaya penulisan laporan kes kajian yang lain untuk mendalami pengetahuan dan kemahiran menulis laporan Kajian Tindakan.

2.

3.

4.

Penulisan Laporan Kajian Tindakan


5.

Secara asas, laporan hendaklah mengandungi perkara- perkara berikut: a. Tajuk / Nama Penyelidik dan Tarikh Laporan diselesaikan b. Penghargaan c. Abstrak d. Refleksi Masalah / Refleksi P & P yang lalu e. Fokus Kajian / Isu Keprihatinan Kajian f. Objektif Kajian g. Kumpulan Sasaran h. Melaksanakan Tindakan i. Refleksi Tindakan j. Cadangan Untuk Kajian Seterusnya k. Rujukan l. Lampiran

Yang kurang itu diri, Yang lihat itu hati; Yang kurang kita isi, Yang cacat perlu dibaiki.

TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai