Anda di halaman 1dari 2

Pemotong Kayu Yang Jujur

Salam sejahtera para hakim,guru-guru dan kawan-kawan sekalian..Tajuk cerita saya ialah Pemotong Kayu Yang Jujur Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggal seorang pemotong kayu yang tua dan miskin. Dia hanya mampu mencari rezeki dengan menebang pokok..lalu dijual sebagai kayu api kepada penduduk kampungnya. Hanya isterinya sebagai peneman hidup setiap hari.. Pada suatu pagi....... Pergilah si tua hutan menebang pokok untuk dibuat kayu api. kali ini si isteri tidak dapat menemani si suami kerana jatuh sakit . Maka pergilah si tua ke hutan seorang diri untuk menebang pokok pada awal pagi sebelum terbit mentari.. Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya yang telah uzur . Sehinggalah dia kepenatan..namun dia tidak jua berhenti menebang pokok.. Tiba-tiba... genggamannya semakin lemah kerana terlalu keletihan..terlepaslah kapak kesayangan dari tangannya lalu terjatuh ke dalam sungai yang dalam. Menangis si tua kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezekinya .Aduhh..malangnya nasibku hari ini..apakah yang akan ku lakukan Tanpa disedari...pari-pari dilangit melihat kegundahan hati si tua tersebut.... lalu turunlah ia bertanya... "wahai orang tua... kenapa bersedih hati"... Dengan perasaan takut dan terkejut ditenungnya pari-pari tersebut maka tahulah dia si pari-pari telah turun kebumi menyapanya....lalu diceritakan apa yang berlaku... "Baiklah..akan kubantu mencari kapak engkau yang tenggelam itu"... lalu dengan serta merta terjunlah si pari-pari ke dalam sungai.... Beberapa minit kemudian timbul lah si pari-pari membawa kapak emas lalu dihulur

kepada situa.... Dengan sedih si tua menjawab" Ini bukan kapak kepunyaan hamba...Hamba tidak mampu memiliki kapak emas seperti ini".... Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan timbul kembali bersama kapak perakNamun si tua itu tidak juga mengaku bahawa kapak itu kepunyaannya... Sekali lagi si pari-pari terjun ke dalam sungai lalu membawa pula kapak gangsa. .Si tua tidak juga mahu menerimanyasehinggalah si pari-pari membawa kapak besi yang uzur. Ya sang pari-pari..itulah kapak kepunyaan hamba... Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si tuaSitua mengucapkan Terima kasih kepada sang pari pari.. Sebagai balasan kejujuranya..si pari-pari menghadiahkah kapak emas, perak dan gangsa kepad situa itu. Pulanglah si tua dengan hati yang gembira. Sesampainya ke rumah lalu diceritakan kepada isterinya apa yang berlaku. Si isteri turut bergembira dengan kejujuran suaminya. Pengajaran yang terdapat dalam cerita ini ialahkita perlulah bersikap jujur dan amanah dalam kehidupan .Dan kita jangan sesekali mengambil sesuatu yang bukan kepunyaan kitasekian terima kasih..

Anda mungkin juga menyukai