Anda di halaman 1dari 4

Laporan Apresiasi Seni Sempena Program Pasca UPSR 2012 Apresiasi seni sempena program Pasca UPSR 2012

telah diadakan pada 31 Oktober 2012. Apresiasi seni ini diadakan agar murid- murid dapat menghargai serta

meningkatkan pengetahuan tentang pelbagai warisan budaya masyarakat Malaysia. Selain itu, melalui aktiviti tersebut, murid- murid dapat melibatkan diri di dalam persembahan kesenian, memupuk semangat 1 Malaysia, mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar , mencungkil bakat murid- murid serta melatih sikap kepimpinan, kerjasama dan tanggungjawab terhadap diri, rakan, guru dan sekolah. Aktiviti- aktiviti sepanjang apresiasi seni itu diadakan ialah kompang formasi, persembahan tarian Hindi , persembahan koir , sketsa padah membuli, persembahan tarian Ulek Mayang dan tarian joget, dan bercerita berirama. Seramai 58 orang murid yang terlibat dalam aktiviti apresiasi seni tersebut. Semua persembahan yang diadakan pada hari tersebut adalah hasil kerja murid- murid sendiri. Guru Kelab Kebudayaan iaitu Puan Faishah hanya sebagai guru pembimbing dan memantau sepanjang sesi latihan itu diadakan. Ini bertujuan, untuk mencungkil bakat murid- murid di samping memberi kebebasan sepenuhnya kepada muridmurid untuk mereka sesuatu persembahan tersebut mengikut kreativiti masing- masing. Murid- murid yang terlibat dalam persembahan apresiasi seni telah diberi sijil penghargaan atas penglibatan serta sumbangan yang diberikan bagi memastikan program tersebut berjalan dengan lancar. Diharap aktiviti apresiasi seni ini akan terus diadakan pada masa- masa akan datang dengan penglibatan murid yang lebih ramai.

Laporan oleh,

02 November 2012

( FAISHAH BT BIYI ) Guru Penasihat, Program Apresiasi Seni, Pasca UPSR , Sk. Stapok

Lampiran

Aktiviti Apresiasi Seni Yang telah dijalankan

Persembahan kompang formasi.

Persembahan Tarian Ulek Mayang

Persembahan sketsa

Lampiran

Persembahan bercerita berirama

Persembahan tarian Hindi

Persembahan Koir

Anda mungkin juga menyukai