Anda di halaman 1dari 10

PENDAHULUAN

UPSR merupakan peringkat peperiksaan yang penting dalam alam persekolahan


murid- murid di peringkat sekolah rendah.Pada masa ini, murid-murid akan diuji
tahap penguasaan pelajaran asas di sekolah.Penilaian ini akan membolehkan
mereka bersedia dari segi fizikal dan mental untuk ke sekolah menengah.
Pada hakikatnya kebolehan, kepantasan dan kejayaan murid-murid sebelum
menduduki peperiksaan UPSR banyak bergantung kepada persediaan asas murid
murid. Mereka perlu dibimbing dan didorong untuk berusaha gigih agar dapat
menyediakan dasar pelajaran yang kukuh untuk ke tahap yang lebih tinggi.
Menyedari akan hal ini, Sekolah Kebangsaan Stapok, Batu Kawa telah
merancang Kelas Tambahan Tahun 6 iaitu salah satu Program Kecemerlangan
untuk meningkatkan prestasi akademik murid- murid.Program ini juga merupakan
salah satu program untuk memperkasakan sekolah dalam bidang akademik.

VISI
Mewujudkan situasi pembelajaran yang efektif,kondusif dan terapi merangkumi
aspek fizikal, mental, pengurusan masa dan kaedah berteraskan konsep bimbingan
bagi melahirkan murid-murid yang berkualiti untuk kecemerlangan UPSR 2015.

MISI
Membantu murid-murid dalam mempertingkatkan lagi penguasaan dan kemahiran
dari aspek perkembangan, pemupukan, pemulihan dan mempertingkatkan
kemahiran, pengetahuan, ketrampilan dan sikap kendiri murid dalam usaha
merealisasikan murid yang cemerlang.

RASIONAL

Memberi peluang kepada murid-murid untuk meningkatkan potensi diri dan


bermotivasi dalam menghadapi persediaan UPSR.
Membantu murid- murid memperbaiki serta meningkatkan keputusan
mereka dalam sesuatu mata pelajaran khasnya mata pelajaran Bahasa
Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.
Memberi peluang murid-murid untuk berinteraksi dan bertukar-tukar
pandangan.
Memberi pendedahan tentang kaedah bimbingan ke arah kejayaan muridmurid.
Memberi pengetahuan serta memahami situasi pembelajaran .
Memberikan pendedahan tentang rangsangan dan dorongan terbaik ke arah
kejayaan murid-murid.
Memahami tentang perkara-perkara yang dapat menghalang kecerdasan
fikiran murid-murid.
Dilaksanakan dengan tujuan dan harapan untuk meningkatkan pengetahuan
dan kecemerlangan akademik dan motivasi murid-murid.
OBJEKTIF
Mencari dan mengenal potensi untuk membina keyakinan diri murid.
Menanam sikap mementingkan kaedah pembelajaran yang berkesan.
Memberi murid persediaan fizikal dan mental ke arah kecemerlangan
potensi.
Memberi pengetahuan serta memahami situasi pembelajaran .
Mendapatkan keberkatan ilmu sebelum menghadapi UPSR.

Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang teknik-teknik menjawab


soalan UPSR.
Meningkatkan kemahiran pelajar sehingga ke tahap maksimum untuk
sesuatu kemahiran sesuai dengan keupayaan diri.
Meningkatkan kesedaran dalam diri pelajar supaya memulakan persediaan
untuk menghadapi peperiksaan.
Menambahkan keyakinan pelajar untuk menghadapi peperiksaan
Mengajar kemahiran-kemahiran belajar iaitu mengenal pasti kata kunci,
membuat peta minda, mengurus diri dan menjawab peperiksaan.
Memotivasikan murid-murid untuk mempertingkatkan diri dari segi sikap
terhadap pelajaran dan pencapaian akademik.

KUMPULAN SASARAN
Murid-murid Tahun 6
Ibu bapa murid Tahun 6
Guru Tahun 6
Guru-guru yang terlibat

TARIKH PELAKSANAAN
02 Februari hingga September 2015

AHLI JAWATANKUASA KELAS INTERVENSI 2015

Penasihat

: Encik Azmi Haji Abang Rambli (Guru Besar)

Pengerusi

: Puan Hadinah Samsudin (PK Kurikulum)

Setiausaha : Puan Faishah Binti Biyi.

AJK

: Puan Anyah Ak. Bagos ( Ketua Panitia BM )

Puan Dolly Patrick Siggart ( Ketua Panitia BI)

Puan Joycelyn Ak Gisen ( Ketua Panitia Sains)

Puan Malah Ak Asam ( Ketua Panitia Matematik )

Puan Saadiah Bt Sulaiman ( Penyelaras Tahap UBK)

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi
Setiausaha

: Puan Hadinah Samsudin (PK Kurikulum)


: Puan Faishah Binti Biyi.

AJK

: Puan Anyah Ak. Bagos ( Ketua Panitia BM )


Puan Dolly Patrick Siggart ( Ketua Panitia BI)
Puan Joycelyn ( Ketua Panitia Sains)
Puan Malah Ak Asam.( Ketua Panitia Matematik
Puan Saadiah Bt Sulaiman (UBK)
Puan Saodah Bt Anay
Puan Elizabeth Riah Gubar
Puan Norlia Bt Yusup
Puan Kawin Ak Labang
Puan Siti Wahidah Bt Abdullah
Puan Jurita Binti Junaidi
Cik Norhamenah Bt Ismail
Cik Cyrena Ak. Tedy
Cik Hjh Norasmawaty bt Hj. Rakawi
Puan Hidayah Binti Madrah
Encik Vincent Lu Wei Sheng.

PROGRAM YANG AKAN DILAKSANAKAN


Kelas Intervensi

Kelas Awal Pagi ( Early Bird)


Program Motivasi
Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Matematik dan Sains
Majlis Permuafakatan Ibu bapa dan Guru
Program Gerak Gempur (Latih Tubi)
JADUAL KELAS INTERVENSI
Masa kelas intervensi adalah selama satu jam setengah.
JADUAL WAKTU KELAS INTERVENSI TAHUN 6
Bi Hari
l
1 Isnin

Mata
pelajaran
Bahasa
Inggeris

Masa
1:15 2:45
petang

Selasa Matematik

1:15 2:45
petang

Khami Sains
s
Jumaa Bahasa
t
Melayu

2:00 3:30
petang
2:00 3:30
petang

Guru terlibat
Semua guru
panitia Bahasa
Inggeris
Semua guru
panitia
Matematik
Semua guru
panitia Sains
Semua guru
panitia Bahasa
Melayu

CARA

PELAKSANAAN:
1.

Kelas intervensi Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Matematik akan


menggunakankaedah kumpulan-kumpulan kecil. Murid-murid akan
dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil mengikut aras pencapaian
masing-masing agar bahan dan pelaksanaan pengajarannya dapat disediakan
mengikut tahap pencapaian dan penguasaan murid-murid.

2.

Kelas Intervensi Sains akan menggunakan kaedah pembahagian muridmurid Tahun 6 kepada tiga kelas sahaja kerana kekurangan guru Sains.

JADUAL KELAS AWAL PAGI ( EARLY BIRD)


Masa kelas intervensi adalah selama setengah jam .
Bi Hari
l
1 Isnin

Mata
pelajaran
Bahasa
Inggeris

Selasa Matematik

Rabu

Sains

Khami Bahasa
s
Melayu

Masa

Guru terlibat

6:30 pagi
7:00
pagi
6:30 pagi
7:00
pagi

6T Cik Emmalin
6G Puan Siti Wahidah
6C Puan Livinia
6T Puan Jurita Binti
Junaidi
6G Puan Malah Ak
Asam
6C En Vincent ( Minggu
1)
- Pn. Hadinah
( Minggu 2)

6:30 pagi
7:00
pagi

6:30 pagi
7:00
pagi

Pn Dayang Asfarina

( Minggu 3)
Pn Norlia ( Minggu
4)

Kelas 6C akan diajar


oleh guru-guru
tersebut secara
bergilir-gilir.
6T Cik Norhamenah
Binti
Ismail
6G Puan Joycelyn Ak
Gisen
6C Cik Cyrena Ak Tedy/
Puan Hidayah Binti
Madrah
6T Puan Saodah
6G Puan Anyah
6C Puan Elizabeth Riah

JADUAL WAKTU KELAS AWAL PAGI ( EARLY BIRD CLASS )

CARA PELAKSANAAN:
1. Murid-murid berada dalam kelas masing-masing sebelum pukul 6:30 pagi.
2. Guru yang telah ditetapkan akan masuk mengajar selama setengah jam sahaja
dengan bahan-bahan yang telah disediakan.

Program ini merupakan suatu usaha pihak sekolah untuk

membantu murid-murid menghadapi masalah serta


kelemahan dalam sesuatu mata pelajaran . Namun,
murid-murid sendirilah yang harus sedar bahawa
kecemerlangan diri adalah tanggungjawab peribadi
yang mesti dilakukan.Adalah diharapkan semoga kelas
tambahan pada tahun ini akan berjalan dengan lebih
lancar dan mencapai objektif sepenuhnya dalam usaha
untuk meningkatkan keputusan pencapaian dalam
pepriksaan UPSR.Semoga program yang dirancang dan
komitmen serta kerjasama daripada semua warga SK
Stapok dapat meningkatkan prestasi UPSR muridmurid SK Stapok bagi Tahun 2015.

Disediakan oleh,

( FAISHAH BINTI BIYI )


Setiausaha,
Kelas Intervensi Tahun 6,
Sk Stapok.

Disahkan oleh,

( HADINAH BT SAMSUDDIN)
Pengerusi,
Kelas Tambahan Tahun 6,
Sk Stapok.

Anda mungkin juga menyukai