Anda di halaman 1dari 4

Perkahwinan Perkahwinan adalah perkara yang amat penting dalam kehidupan kaum Cina mahupun keluarganya.

Ia merupakan peralihan yang banyak mempengaruhi perubahan bagi seseorang lelaki. Pada umumnya, perkahwinan adalah cara yang sah untuk mendapatkan seseorang isteri. Institusi ini memberikan kebenaran untuk menyambung zuriat nenek moyangnya serta memulakan zuriat sendiri. Di samping itu, Cina lelaki akan menghadapi banyak tanggungjawab baru sebagai suami dan sebagai seorang bapa kemudiannya. Dalam masyarakat Cina, pada masa dahulu pertunangan boleh dilakukan apabila kanak kanak itu berumur di antara 7 dan 14 tahun. Selanjutnya tidak terikat lagi dengan peraturan tradisional bagi seseorang perempuan Cina untuk berkahwin. Pada waktu dahulu sesuatu perkahwinan adalah diatur oleh kedua ibu bapa. Tetapi keadaan itu telah berubah pada hari ini. Walaubagaimanapun ibu bapa masih mempunyai kuasa dalam mencampuri hal perkahwinan anak anak mereka. Walaupun kini perkahwinan tidak diatur oelh ibu bapa tetapi peringkat ramalan nasib masih dijalankan dan ia merupakan peringkat yang sangat penting. Penetapan masa dan tarikh untuk perkahwinan juga penting. Terdapat tiga upacara yang dijalankan oleh masyarakat Cina di Malaysia semasa sesuatu perkahwinan diadakan iaitu :

Perkahwinan sivil dimana bakal perngantin itu perlu berdaftar dahulu sebagai suami isteri yang sah dari segi undang undang. Upacara minum teh - Ia merupakan satu budaya tradisional Cina di mana pengantin baru memberi teh kepada ahli ahli keluarga yang lebih tua untuk minum sebagai tanda pengenalan antara satu sama lain. Jamuan makan - Pada jamuan ini semua saudara mara dan kawan kawan akan dijemput.

Pada kebiasaannya upacara perkahwinan sivil dan upacara minum teh adalah untuk dihadiri oleh saudara mara yang rapat sahaja. Perkara yang dianggap mustahak dalam perkahwinan kaum Cina ialah pengumuman perkahwinan itu kepada kawan kawan dan dan saudara mara mereka dengan mengadakan jamuan. Besar kecilnya jamuan ini bergantung kepada kemampuan seseorang. Oleh kerana majlis ini penting maka tetamu tetamu yang hadir eloklah memakai pakaian yang cantik dan berwarna merah. Sebaiknya baiknya hendaklah dielakkan daripada memakai baju yang berwarna hitam, biru atau kelabu kerana warna warna ini biasanya dikaitkan dengan peristiwa sedih dalam masyarakat Cina. Apabila tetamu berjumpa dengan kedua pengantin baru itu mereka haruslah mengucapkan tahniah kepada mereka. Tetamu janganlah menceritakan atau menyebut perkataan perkataan yang sedih seperti kematian, sakit, bencana atau hantu apabila bertutur dengan kedua pengantin itu. Warna merah dikalangan masyarakat Cina bererti tanda baik dan gembira. Oleh kerana itu, sekiranya tetamu memberi hadiah eloklah dibungkus dengan kertas berwarna merah.

Kematian Pelawat pelawat seharusnya tidak memakai pakaian yang berwarna warni sewaktu pergi ke rumah orang mati. Sebaiknya baiknya pelawat itu memakai baju berwarna muram seperti hitam atau kelabu dan sebagainya. Apabila seseorang itu memasuki rumah si mati dia hendaklah membawa sepasang lilin putih duit kertas dan lain lain alat sembahyang untuk diberikan kepada keluarga si mati yang kurang berada. Sekarang lazimnya pelawat memberikan derma atau menghantar kalungan bunga kepada si mati. Kadang kala sekumpulan sahabat atau sesuatu persatuan menyediakan panji panji yang ditulis dengan kata kata pujian kepada si mati. Ketika meninggalkan rumah si mati, pelawat biasanya diberikan seutas benang merah atau gula gula berikat benang merah sebagai tanda terima kasih. Warna merah itu warna yang membawa nasib baik dan menghalang hantu syaitan yang cuba mengacau. Gula gula yang diberi itu boleh dimakan.
http://www.jkkn.gov.my/v2/?page_id=53

ahwinan||Upacara Perkahwinan||Selepas Perkahwinan|

Thirumanan bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui perkahwinan antara pasangan suami isteri agar kekal hingga ke akhir hayat. Terdapat tiga jenis perkahwinan dalam masyarakat India iaitu Vaitikat Thairumanam, Tamil Thairumanam dan Diya Thairumanam yang mana perkahwinan ini dijalankan adalah berlandaskan aspek suku kaum. Majlis perkahwinan dimulakan dengan upacara niccayam (ikat janji) dengan memberi hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Kad undangan disapu dengan air kunyit dibawa ke kuil dalam jumlah ganjil sebagai tanda rasmi undangan perkahwinan. Upacara Kanggenam iaitu menanam sebatang pokok yang lurus dan disapu dengan serbuk kunyit tiga hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Pengantin lelaki tidak dibenarkan keluar selama tiga hari sebelum hari perkahwinan.

Pengantin Bersanding

Upacara perkahwinan dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa supaya pengantin hidup bahagia hingga hari tua. Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai acara menyarung cincin. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang diperbuat daripada benang yang disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan seketul kunyit kepada pengantin perempuan hingga aras dada. Kedua mempelai memberi hormat kepada ibu bapa atau mertua dengan menukar dulang berisi buah-buahan dan menyapu debu suci pada dahi pengantin.

Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu termasuklah menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan pada bahagian atasnya, menuang air susu ke dalamnya, memberi sirih, mencium tapak kaki ibu bapa (membasuh kaki ibu bapa), memberi hadiah dhoti (bapa mertua) serta sari (ibu mertua) dan wang. Biasanya pasangan pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali dan berkongsi minum air susu bercampur pisang di dalam sebiji gelas. Upacara ini menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami isteri. Beberapa faktor penting yang diambil kira sebelum upacara perkahwinan dilangsungkan untuk mendapat kebahagiaan hidup, antaranya seperti masa yang baik untuk melangsungkan perkahwinan, pengertian thaali, valatu kal, pemberian manisan, hadiah, penghormatan kepada pengantin lelaki, simbol pokok pisang, jamuan perkahwinan dan meroboh khemah perkahwinan.

Selepas Majlis Perkahwinan Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India selepas berlangsungnya sesuatu perkahwinan. Antara adat tersebut ialah pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri. Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke rumah pengantin perempuan selama tiga hari. Pada masa itu ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua pengantin dengan mengadakan jamuan. Pada hari ketiga selepas perkahwinan, Khemah lazimnya akan dirobohkan. Sebelum khemah dirobohkan, ayam akan disembelih sebagai tanda menunjukkan tamatnya upacara perkahwinan. Namun amalan tersebut tidak lagi dilakukan pada masa kini. Hanya jamuan ringan sahaja yang diberikan kepada mereka yang merobohkan khemah perkahwinan. Jamuan perkahwinan tidak ketinggalan diadakan selepas upacara perkahwinan dijalankan. Sekiranya perkahwinan dilakukan di kuil, sayur-sayuran akan dihidangkan kepada para tetamu. Sekiranya jamuan diadakan di dewan, makanan selain dari sayur-sayuran dihidangkan, kecuali daging kerana daging amat dilarang dalam agama Hindu. Jamuan tersebut akan turut disertai oleh saudara mara serta sahabat handai.

http://malaysiana.pnm.my/01/01030208ind_lepaskahwin.htm

Anda mungkin juga menyukai