Anda di halaman 1dari 5

MENYELESAIKAN MASALAH MENGHAFAL FAKTA ASAS DARAB OLEH MURID TAHUN 4 DI SEKOLAH KEBANGSAAN KESOM MENGGUNAKAN PETAK 100

Oleh: Faris Fadli Bin Tambi&Aziz Bin Omar Unit Matematik Pendidikan Rendah Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail

ABSTRAK Matematik merupakan sesuatu ilmu yang amat penting dalam kehidupan seharian. Sifir pula amat berkait rapat dengan matematik. Masalah yang timbul ialah penghafalan sifir 1 hingga sifir 9 dikalangan murid yang baru melangkah ke tahap 2. Jadi kajian ini dibuat untuk mengatasi masalah ini menggunakan kaedah Petak 100. Kajian ini dilakukan melalui beberapa ujian. Ujian diagnostik dilakukan untuk mencari responden. Setelah mengenal pasti responden, ujian pra diberi sebelum memberi sesi bimbingan. Setelah beberapa sesi bimbingan dijalankan, ujian pasca pula diberi untuk mengukur peningkatan ke atas responden yang terpilih. Akhir sekali sesi temu bual dilakukan untuk mengenal pasti peningkatan sebelum data dianalisis. Dapatan menunjukkan berlaku peningkatan antara ujian pra berbanding ujian pasca. Selain itu, hasil dari analisis data menunjukkan murid mampu menguasai soalan pendaraban dengan baik. Mereka mampu mengumpul semula dengan baik dan menjawab dengan kemas. Kesilapan kebanyakannya berpunca dari kesilapan penambahan berulang dengan menggunakan jari. *Kata kunci : Petak 100, ujian pra dan ujian pasca, analisis data, ujian diagnostik.

PENGENALAN Pada awal tahun 2004, pengkaji telah menghadapi masalah ketika mengajar tajuk pendaraban di Sekolah Kebangsaan Kesom. Perkara ini membuat pengkaji ingin menyelesaikan masalah tersebut dengan memperkenalkan petak 100 kepada mereka. Terdapat beberapa murid yang mengalami masalah menghafal fakta asas darab di tahap kritikal. Perkara ini diakui oleh guru kelas mereka selaku guru matematik mereka. Perkara ini juga dibimbangi oleh guru mereka. Pengkaji telah mencari kajian-kajian lepas yang telah dibuat oleh pengkaji antarabansa yang telah menemukan masalah ini di tempat mereka. Ada antara mereka yang mengatakan fakta asas darab adalah mudah, akan tetapi murid ini menganggapnya terlalu sukar sehingga mereka perlu diajar dengan cara yang lebih mudah. Pengkaji mengambil langkah mudah untuk mengajar murid ini dengna mendedahkan penggunaan petak 100. Dengan penggunaan petak 100 ini pengkaji dapat mengurangkan beban murid untuk menghafal fakta asas darab dari 1 hingga 9. Mereka hanya perlu tahu untuk membina petak 100 ini sebelum menggunakannya di dalam peperiksaan dan juga ujian dan seterusnya mereka boleh menggunakannya dalam membuat kerja rumah sekali gus. Mereka hanya perlu membina petak 100 yang mudah sebelum mereka menggunakannya untuk memjawab soalan pendaraban. Pengkaji memberi tunjuk ajar dan latihan untuk membina petak 100 sebelum responden membina petak 100 dengan sendiri. Latihan yang kerap dan konsisten dapat membantu murid dalam membina petak 100 dengan cepat dan yakin. Perkara ini terbukti dalam kajian Charles Forster (1967) menyatakan bahawa, pengamal yang membuat suatu perkara dengan kerap akan menjadikan pengamal itu biasa dengan membuatnya. Perkara inilah yang pengkaji ingin jayakan kerana mereka akan memmbina dengan kerap petak 100 sebelum mereka biasa untuk membinanya dengan biasa di dalam peperiksaan

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2010

Muka Surat

138

METODOLOGI Terdapat dua soalan kajian yang saya ingin pengkaji rungkaikan dalam kajian ini. Pertama ialah, bagaimanakah petak 100 dapat membantu pelajar tahun 4 Ibnu Sina dalam menyelesaikan soalan yang melibatkan pendaraban? dan adakah petak 100 membantu murid dalam menjawab soalan berkaitan pendaraban? Dua persoalan ini perlu dijawab dalam kajian ini. Beberapa instrumen telah digunakan untuk membantu dalam menjawab dua persoalan ini. Antara instrumen yang digunakan ialah, dokumen seperti ujian dan buku latihan murid yang ingin dipilih sebagai sampel kajian. Dokumen seperti ini adalah bahan yang paling penting untuk menunjukkan murid itu perlu dipilih dalam mengatasi permasalahan pengkaji. Selain itu, ujian diagnostik atau ujian saringan dibuat untk memilih murid yang memenuhi karekter pengkaji. Selepas memilih sampel, pengkaji akan memberi ujian pra kepada sampel yang dipilih. Responden kemudian diberi tunjuk ajar bagaimana untuk membina dan menggunakan petak 100 dalam ujian mereka. Setelah membuat beberapa sesi pemulihan, pengkaji memberi ujian pasca kepada responden untuk melihat keputusan. Responden yang terpilih akan ditemubual untuk menyokong hasil dapatan daripada persoalan yang ingin pengkaji rungkaikan. Sampel yang dipilih adalah dalam kalangan pelajar tahun empat Ibnu Sina. Keseluruhan pelajar kelas itu ialah 30 orang dan yang dipilh hanya satu pertiga daripada keseluruhan pelajar itu. Sampel yang dipilih ialah dalam kalangan pelajar Sekolah Kebangsaan Kesom. Segala permasalahan terhadap responden telah dianalisis dan dijadualkan dalam jadual dalam dapatan kajian. Dalam dapatan kajian juga terdapat jadual ujian diagnostik dan jadual perbandingan skor yang terhasil dari ujian pra dan ujian pasca.

DAPATAN KAJIAN Dalam kajian ini, pengkaji ingin membuktikan bahawa dengan latihan yang kerap akan membantu responden untuk membina petak 100 dengan pantas dan tepat. Responden yang ingin dipilih diberi ujian diagnostic untuk mencari keputusan yang paling rendah dalam kalangan mereka.

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2010

Muka Surat

139

Jadual 1: Keputusan Ujian Saringan

Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30

Murid P1 P2 L1 L2 L3 P3 P4 P5 P6 L4 P7 P8 L5 L6 L7 P9 P10 L8 P11 P12 L9 L10 L11 P13 P14 P15 P16 L12 P17 P18

Markah (%) 40 40 60 0 30 30 70 60 80 30 90 20 80 30 40 30 70 90 60 80 60 70 70 70 80 60 70 80 90 90

Catatan *Sampel 1 *Sampel 2 * Sampel 3 * Sampel 4 * Sampel 5

* Sampel 6 * Sampel 7 * Sampel 8 *Sampel 9 *Sampel 10

Jadual di atas menunjukkan ujian yang dilakukan untuk memilih responden dalam kajian ini. Responden yang dipilih adalah berdasarkan ujian mereka selain hasil analisis dokumen yang telah dilakukan oleh pengkaji ketika mengambil alih kelas tersebut. Jadual 1: Analisis Perbandingan Antara Ujian Pra dan Ujian Pasca Sampel P1 P2 P3 L2 L3 L4 L6 P8 L7 P9 Ujian Pra (%) 40 40 30 0 40 30 30 20 40 30 Ujian Pos (%) 100 100 100 80 100 100 100 80 100 90 Peningkatan (%) 60 60 70 80 60 70 70 60 60 60

Hasil daripada jadual diatas menunjukkan responden yang meningkat dari ujian pra kepada ujian pasca. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa petak 100 membantu responden dalam menyelesaikan soalan yang melibatkan pendaraban. Perkara ini disokong dengan temubual bersama responden untuk menunjukkan
SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2010

Muka Surat

140

bahawa hasil daripada pendedahan terhadap penggunaan petak 100membantu mereka dalam menjawab soalan pendaraban.

PERBANDINGAN SKOR UJIAN PRA DAN PASCA


120 100 80 60 40 20 0 P1 P2 P3 L2 L3 L4 L6 P8 L7 P9 Ujian Pra (%) Ujian Pos (%)

Graf di atas menunjukkan bahawa terdapat peningkatan yang dilakukan oleh responden antara ujian pra dan ujian pasca. Perkara ini disokong oleh responden dengan menjawab temubual yang dilakukan oleh pengkaji. Jadual : Analisis Transkrip Temu bual RESPONS SAMPEL SOALAN Pada awak, petak 100 ini membantu dan memudahkan awak dalam menjawab soalan ini atau tidak? Membantu cikgu Mudah dan membantu cikgu Membantu cikgu Membantu, tapi susah la nk buat petak 100 ni cikgu.. Bantu cikgu, tapi kene buat latihan selalu la cikgu.. Mudah dan membantu Guna petak 100 ni membantu cikgu.. Petak 100 ni membantu cikgusenang sikit nk buat Petak 100 membantu cikgu Membantu cikgu KOD

Sampel P1 Sampel P2 Sampel P3 Sampel L2 Sampel L3 Sampel L4 Sampel L6 Sampel P8 Sampel L7 Sampel P9

4 2&4 4 4 4 2&4 4 2&4 4 4

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2010

Muka Surat

141

Jadual : Tema Kod bagi Transkrip Temu bual Penentuan Tema Kod 5678Minat terhadap Matematik Petak 100 mudah untuk dibina Keyakinan terhadap penggunaan petak 100 Petak 100 membantu dalam menyelesaikan masalah

PERBINCANGAN DAN CADANGAN Selain itu, petak 100 juga menjadi sumber kepada mereka yang lambat dalam masalah bahagi dan juga pecahan. Terdapat penggunaan yang lain dalam petak 100 yang tersembunyi, sebagai contoh, faktor sepunya terbesar dan terkecil juga tekandung dalam petak 100. Banyak kegunaan sampingan yang boleh diperolehi dalam petak 100. Penggunaan petak 100 juga boleh diperluaskan bagi mengatasi masalah matematik yang kian dipandang rendah oleh negara asing. Perkara ini dapat ditangani dengna kerjasama pelbagai pihak yang bertanggugjawab seperti pendidik dan ibu bapa khususnya. Terdapat juga beberapa cara yang boleh diamalkan oleh murid sendiri untuk menambahbaik cara pembinaan petak 100 dengan cepat dan pantas. Terdapat kajian yang lain juga membantu murid untuk membina petak 100 dengan pantas dan berkesan. Selepas melihat perkembangan pembinaan petak 100 serta penggunaan yang memberangsangkan, saya terfikir untuk mencadangkan beberapa kajian susulan bagi penggunaan petak 100. Selain dapat menggunakan untuk menjawab soalan pendaraban, petak 100 juga dapat membantu dalam topik pecahan tahap dua. Penggunaan petak 100 juga tidak terhad untuk peringkat sekolah rendah, ia juga boleh digunakan untuk pelajar menengah rendah.Selain topik pecahan, penggunaan petak 100 juga boleh digunakan untuk penggunaan faktor sepunya terkecil atau terbesar. Petak 100 juga boleh diberi fokus kepada pembinaannya yang mungkin boleh dicipta melalui beberapa cara yang unik dan menarik serta berkesan. Petak 100 mempunyai fungsi yang pelbagai. Saya terfikir jika ada penyelidik yang boleh membongkar penggunaan petak 100 selain yang saya sudah nyatakan di atas. Atau lebih menarik ada yang dapat menambahbaik petak 100 menjadi lebih berkesan dan mudah difahami oleh murid tahap rendah atau murid yang lemah.

BIBLIOGRAFI Bettinghaus, Erwin P., Persuasive Communication, Holt, Rinehart and Winston, Inc., 1968, p. 24 25 http; Multiplication tables.htm http memorizing the multiplication table.htm http memorize the multiplication table using structured drill.htm http math forum-ask Dr math forum.htm

Categories: Behavioral concepts

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2010

Muka Surat

142

R. W. Malott, & E. A. Trojan (2008). Principles of Behavior, 6th Edition. Prentice Hall Publication. http://en.wikipedia.org/wiki/Reinforcement"

Anda mungkin juga menyukai