Anda di halaman 1dari 5

TUNJANG

KOMUNIKASI BAHASA MALAYSIA

TEMA

ALAM HIDUPAN

TAJUK

HIDUPAN DI AIR

MASA

20 MINIT

FOKUS

Standard Kandungan

2.2 Bersoal jawab melalui rangsangan yang diberi.

Standard Pembelajaran

2.2.5 Menyoal dengan menggunakan sebutan yang betul dengan bimbingan guru.

OBJEKTIF

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : i. Berinteraksi dengan mesra dan bersoal jawab melalui rangsangan yang diberi. ii. Mengeja dan Menyebut perkataan dengan sebutan yang betul

KONSEP UTAMA

Berinteraksi, bersoaljawab

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

Ilmu : Sains Nilai : Tanggungjawab Kreativiti : Pantun

SISTEM BAHASA

Sebutan dan intonasi : Sebutan dan nada yang jelas Kosakata : ikan, udang, sotong, ketam, tapak sulaiman, Obor-obor

MEDIA

Gambar hidupan di air, carta pantun

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Malaysia Prasekolah

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

AKTIVITI

CATATAN

Pendahuluan (5 minit) 1. Guru memberi penerangan tentang hidupan di air. 2. Guru meminta murid menyebut namanama hidupan di air yang mereka tahu. Ilmu : Sains - KB Berfikir Menjana idea

Perkembangan (10 minit) 1. Guru menunjukkan gambar slide hidupan di laut melalui televisyen. 2. Murid akan cuba meneka nama hidupan di air yang dilihat melalui tayangan slide di televisyen. 3. Bersoaljawab tentang hidupan di air yang boleh dipelihara. 4. Mengeja dan menyebut nama-nama hidupan di air dengan bimbingan guru. Contoh - Ikan, udang, sotong, tapak sulaiman, obor-obor. Nilai : Keyakinan Menghargai ciptaan Tuhan Ilmu : Sains - KB Berfikir Menjana idea - KBT Berinteraksi Bertutur - Lampiran 1 Gambar slide hidupan di air

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Malaysia Prasekolah

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pentaksiran Nilai : Keyakinan 1. Murid bersoaljawab tentang hidupan di air. 2. Mengeja dan menyebut nama-nama hidupan di air dengan bimbingan guru.

Pemulihan dan pengayaan Pemulihan : 1. Murid mengeja nama hidupan di air yang ditunjukkan oleh guru Pengayaan : 1. Murid membina ayat mudah berdasarkan gambar slide hidupan di air

- KB Berfikir Menjana idea - KBT Berinteraksi Bertutur - Lampiran 1 Gambar slide hidupan di air - KP Verbal lingusitik

Penutup (5 minit) Kreativiti : berpantun 1. Bermain pantun teka-teki

- KP Verbal lingusitik - KBT Berinteraksi Bertutur - Lampiran 2 Carta pantun teka-teki

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Malaysia Prasekolah

LAMPIRAN 2

Pantun Teka-teki

ADA INSANG ADA SISIK BOLEH DI MAKAN BOLEH DIPELIHARA BERWARNA WARNI SANGAT CANTIK CUBA TEKA SIAPA SAYA

JAWAPAN : IKAN

BUKAN HAIWAN BUKAN MANUSIA TAPI SAYA HIDUPAN JUGA BENTUK BINTANG RUPA SAYA DI DASAR LAUT SAYA BERADA

JAWAPAN : TAPAK SULAIMAN

LAMPIRAN 1
Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Malaysia Prasekolah

Contoh Gambar Slide

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Malaysia Prasekolah

Anda mungkin juga menyukai