Anda di halaman 1dari 9

SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

TOPIK 5

Teori Pembelajaran Behavioris

Sinopsis Dalam topic ini, anda akan diperkenalkan dengan Teori Pembelajaran Behavioris. Anda akan belajar tentang prinsip-prinsip pengukuhan, latihan, pembentukan dan pembelajaran secara pemerhatian. Modul ini juga membincang tentang implikasi teori ini untuk

mengajar sesuatu konsep sains sekolah rendah. Objektif Menerangkan Teori Pembelajaran Behavioris. Jelaskan prinsip-prinsip pengukuhan, latihan, pembentukan dan pembelajaran secara pemerhatian. Menerangkan implikasi teori dalam mengajar sains sekolah rendah.

Kerangka Tajuk-tajuk (Peta Konsep)

Teori Pembelajaran Behavioris

Pengukuhan dan latihan

Pembentukan dan pembelajaran secara pemerhatian.

Implikasi teori dalam mengajar sains sekolah rendah

SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

5.1

Teori Pembelajaran Behavioris

Teori Pembelajaran Behavioris telah diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan kemudiannya dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner. Mereka berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku (behaviour). Teori pembelajaran mereka kebanyakannya dihasilkan daripada ujian dan juga pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung di dalam makmal. Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara rangsangan dan gerakbalas yang menghasilkan perubahan tingkahlaku.

Secara umumnya teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar sama ada baik atau sebaliknya. Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Menurut ahli-ahli psikologi behavioris, pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang berlaku dalam diri seseorang individu melalui pengalaman. Proses pembelajaran ini dilalui oleh setiap insan sejak dia dilahirkan, sehingga sukar bagi kita untuk membeza dan memisahkan antara pembelajaran dengan tumbesaran, kerana kedua-duanya adalah saling berkaitan. Behavioris menumpukan perhatian ke atas aspek tingkah laku manusia yang boleh diperhatikan dan boleh diukur.

Ahli-ahli psikologi behavioris berpendapat sesuatu benda yang wujud adalah benda yang kita boleh perhatikan. Kita tidak dapat melihat pemikiran, tetapi kita dapat membuat pemerhatian terhadap perlakuan manusia. Dari tingkah laku ini kita dapat membuat kesimpulan tentang apa yang sedang difikirkan.

Teori Pembelajaran Behavioris terbahagi kepada dua bahagian iaitu Teori Pelaziman Operan dan Teori Pelaziman Klasik. Teori Pelaziman Operan dipelapori oleh dua orang pengasas iaitu Thorndike dan Skinner manakala Teori Pelaziman Klasik dipelopori Pavlov dan Watson.

Apa yang perlu diketahui daripada Teori Behavioris ini adalah prinsip-prinsip teori tersebut yang terdiri daripada model pelaziman klasik Pavlov dan hukum-hukum teori pelaziman operan Thorndike. Selain daripada itu, perkara yang mestilah diketahui juga adalah implikasi Teori Behavioris terhadap pengajaran dan pembelajaran dari aspek kurikulum, pengajaran dan penilaian. Malah, perkara yang tidak kurang pentingnya ini juga
2

SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

hendaklah diketahui dan difahami iaitu implikasi Teori Behavioris terhadap pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak berkeperluan khas. Berikut adalah perbandingan

pandangan yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh teori behavioris: PERBANDINGAN PANDANGAN AHLI TEORI BEHAVIORIS

Pelopor

John Broadus Watson

Ivan Petrovich Pavlov (1849-1936) **

Edward Lee Thorndike (18741949) **

Burrhus Frederic Skinner (1904-1990) **

Aspek Latar belakang Nama teori Bahan ujikaji Asas teori

(1878-1958) **

Pelaziman Klasik

Pelaziman Klasik

Pelaziman Operan

Pelaziman Operan

Albert B (bayi 9 bln) Berkaitan pelaziman & kawalam emosi manusia iaitu ujikaji tentang Albert (1920)

Anjing

Kucing

Tikus putih

Rangsangan & gerak balas (R-G)

Hubungan @ connection antara rangsangan dengan gerak balas akan menjadi kukuh jika kesan tingkah laku menyeronokkan @ memuaskan

Menekankan hasil kesan akibat membawa kpd tingkahlaku baru, tingkahlaku diteruskan @ diulang & sebaliknya

Implikasi

**

**

**

**

**Sila buat rujukan dan bacaan tambahan mengenai latar belakang dan implikasi setiap ahli behavioris ini.

Teori Behavioris mengatakan bahawa pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku yang boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Teori ini mengkaji perhubungan antara ransangan dan gerak balas apabila pelajar bertindak dalam persekitaran luaran. Selain
3

SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

daripada itu, teori ini juga melihat perhubungan antara tindakan pelajar dengan pengukuhan ransangan.

Teori Behavioris ini yang dikenali sebagai teori tingkah laku, amat mengutamakan pembelajaran kemahiran-kemahiran tertentu khususnya kemahiran fizikal. Mereka menganggap pembelajaran ialah perubahan yang berlaku pada tingkah laku manusia yang berasaskan situasi-situasi tertentu.
** sila buat rujukan seterusnya tentang sejarah perkembangan teori Watson/Pavlov dan Thorndike/ Skinner.

Skinner telah menjalankan kajian dengan menggunakan binatang seperti tikus dan burung merpati. Beliau telah menghasilkan Skinner Box yang mana tingkah laku binatang dalam kotak tersebut boleh dikawal dan gerak balasnya boleh diperhatikan serta direkodkan. Kajian ini telah diguna pakai sebagai teori pelaziman operan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Antara eksperimen yang beliau jalankan ialah membina sebuah kotak khas yang mana di dalam kotak khas tersebut terdapat sebatang tuas yang disambung kepada sebuah bekas makanan pada dinding kotak itu. Sebuah mangkuk diletakkan di bawah tuas. Apabila tuas ditekan, makanan dari bekas itu akan masuk ke dalam mangkuk. Seekor tikus lapar telah dimasukkan ke dalam kotak itu. Tikus itu mundar-mandir di dalam kotak untuk mencari makanan. Selepas beberapa ketika dengan tidak sengaja tikus itu menekan tuas dan terkeluarlah makanan ke dalam mangkuk. Tikus itu mendapat makanan setiap kali ia menekan tuas. Proses ini berlaku berulang kali dan akhirnya tikus itu terus menekan tuas apabila ia hendak mendapatkan makanan. Tikus ini telah mempelajari satu cara mendapatkan makanan.

Untuk kajian seterusnya, Skinner telah memutuskan sambungan antara bekas makanan dengan tuas. Selepas itu, tikus itu tidak lagi mendapat makanan walaupun tuas itu ditekan. Setelah berapa kali mencuba, tikus itu berhenti menekan tuas kerana ia tahu usahanya itu sia-sia sahaja. Skinner kemudiannya meletakkan sebuah lampu dalam kotak itu. Apabila lampu itu menyala dan tuas itu pula ditekan makanan akan terkeluar. Eksperimen ini dijalankan berulang kali hingga tikus itu sedar bahawa ia hanya akan mendapat makanan jika tuas itu ditekan pada masa lampu menyala. Tindakan tikus
4

SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

menekan tuas untuk mendapatkan makanan itu disebut pelaziman operan. Cahaya lampu dalam eksperimen ini tidak menyebabkan tikus itu menekan tuas. Ia hanya bertindak sebagai salah satu keadaan untuk membolehkan sesuatu tingkah laku itu (menekan tuas) berlaku.

Menurut Skinner tingkah laku begini bukan semata-mata gerak balas automatik yang dikeluarkan mengikut naluri terhadap sesuatu rangsangan (pelaziman klasik). Pelaziman operan meningkatkan kebarangkalian pengulangan sesuatu gerak balas. Peneguhan menambahkan kekerapan gerak balas itu. Peneguhan biasanya ditakrifkan sebagai sebarang rangsangan yang menambahkan kebarangkalian gerak balas yang akan berlaku.

Peneguhan ialah antara perkara yang boleh dilakukan untuk menggalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi. Menurut Rachlin(1991), penenguhan diberikan untuk memuaskan kehendak individu; keduanya, untuk mengurangkan tekanan dan

meransangkan otak. Skinner membahagikan peneguhan kepada dua jenis iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif.

Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah adalah seperti memberikan katakata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja atau menjawab soalan, memberikan senyuman, menepuk bahu pelajar, memberi hadiah dan sebagainya. Peneguhan positif yang diberikan oleh guru dapat

mendorong pelajar menghasilkan kerja yang bermutu tinggi. Peneguhan yang diberi juga mestilah jelas dan bersistematik. Hanya tingkah laku yang spesifik sahaja yang perlu diberi peneguhan. Guru juga mestilah ikhlas ketika memberi peneguhan.

Menurut Brophy (1981), ciri-ciri pujian (peneguhan positif) yang memberi kesan ialah memuji secara ikhlas, memuji dengan cepat, memuji tanpa memilih kasih, memuji usaha dan cuba jaya, memuji tingkah laku yang spesifik, memuji jawapan atau respon yang spontan.

SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

Peneguhan negatif ialah ransangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Contohnya, seorang guru selalu menegur kanak-kanak kerana tidak membuat kerja rumah yang diberikan. Oleh kerana jemu teguran guru, maka kanak-kanak tadi menyiapkan kerja rumahnya dengan lengkap. Tindakan kanak-kanak (menyiapkan kerja rumah) dapat mengelak daripada ransangan yang tidak diingini (teguran guru).

5.2

Pengukuhan Pengukuhan merujuk kepada sesuatu perlakuan yang dapat meningkatkan

kebarangkalian sesuatu respons. Kanak-kanak biasanya menunjukkan pelbagai kelakuan secara bebas dan factor persekitaran akan samada memberi ganjaran atau menghukum kelakuan tersebut. Kelakuan yang dikukuhkan akan sentiasa diulangi dan kelakuan yang tidak diulangi akan dilupai. Oleh itu, kanak-kanak belajar untuk beroperasi di dalam persekitaran diri mereka untuk mendapat pengukuhan yang diinginkan.

Kanak-kanak boleh mempelajari dengan mengaitkan antara rangsangan dan gerak balas. Ini bermakna tingkah laku pelajar boleh dilazimkan untuk gerak balas yang diingini atau tidak diingini oleh guru. Sebagai contoh, apabila guru masuk ke kelas ( rangsangan ) pelajar berdiri dan mengucapkan Selamat Pagi ( gerak balas ). Guru pun memuji pelajar. Tanpa arahan guru, pelajar akan terus melakukan tingkah laku ini setiap kali seorang guru masuk ke dalam bilik darjah. Rangsangan dan gerak balas diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan dikaitkan dengan gerak balas semakin kukuh gerak balas terlazim. Sebagai contoh, seorang pelajar diberi peneguhan positif dalam bentuk pujian untuk kerjanya yang kemas. Kerja yang kemas akan berterusan, walaupun tiada pujian daripada guru. Guru juga dapat meningkatkan tingkah laku pembelajaran yang positif dengan mengadakan perbincangan, projek dan aktiviti kumpulan di kalangan pelajar.

5.3

Latihan Latihan adalah penggunaan pengulangan untuk belajar. Latihan juga menguatkan

perkaitan antara stimulus dan respons.

Ia

merupakan satu teknik pengajaran yang

bertujuan untuk membantu pelajar mempelajari ilmu pengetahuan atau kemahiran asas
6

SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

yang boleh diajar dengan cara langkah demi langkah. Teknik ini dibentuk khas untuk merangsang pembelajaran kanak-kanak berkaitan pengetahuan yang berprosedur

(procedural knowledge) yang memerlukan sama ada kemahiran asas atau komprensif dan juga berkaitan ilmu pengetahuan yang memerlukan pengajaran langkah demi langkah. Ia menekankan aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang ditunjukkan oleh guru sebelum kanak-kanak melakukannya semula.

5.4

Pembentukan Pembentukan adalah pengukuhan yang positif. Motivasi dapat membangkitkan

tingkah laku positif. Guru perlu memotivasikan pelajar dengan ganjaran yang sesuai sebelum mereka dapat mengawal tingkah laku pembelajaran yang dikehendaki dalam P&P. Sebagai contoh, guru perlu memberi motivasi seperti dalam bentuk pujian, hadiah, kata-kata perangsang dan sebagainya untuk menbentuk tingkah laku yang diingini. Guru juga boleh meningkatkan motivasi pelajar dengan menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan. Bagi maksud penghapusan pula, jika sesuatu tingkah laku tidak diberi peneguhan ia boleh dikikiskan secara perlahan-lahan. Sebagai contoh, guru boleh mengikiskan perasaan takut yang dialami oleh pelajar dalam situasi P&P. Jika seseorang kanak-kanak takut untuk membuat pembentangan di hadapan kelas, guru perlu meningkatkan keyakinannya secara berperingkat. Pertama sekali, guru membiarkan pelajar itu membaca kepada kumpulan yang lebih kecil semasa dia duduk, kemudian semasa dia berdiri. Akhir sekali, baru pelajar itu diberi peluang membaca di hadapan kelas. Ini dapat menghapuskan perasaan takut yang dialami oleh pelajar tersebut.

5.5

Pembelajaran secara pemerhatian Pembelajaran secara pemerhatian berlaku apabila sesuatu perubahan tetap

berlaku pada kelakuan kanak-kanak disebabkan perubahan perlakuan pada yang lain. Kanak-kanak belajar secara tidak langsung dengan memerhatikan kelakuan kanak-kanak lain dan seterusnya menyimpan kelakuan dan harapan yang diwakili tersebut untuk hasil pembelajaran yang akan datang. Proses pemerhatian merupakan pembentukan asas tingkahlaku manusia. Kanakkanak akan mempelajari sesuatu tingkah laku apabila dia menumpukan perhatian terhadap apa yang sedang berlaku di sekelilingnya. Dia akan memerhatikan perlakuan
7

SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

model dan proses pemerhatian ini akan berlaku berulang kali. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi pemerhatian ialah ciri-ciri model itu sendiri seperti umur, jantina, status dan hubungan dengan pemerhati. Sebagai contoh, kanak-kanak yang berusia 6 tahun sering memerhatikan ibunya menyapu sampah di halaman rumah dan berkemungkinan kanak-kanak tersebut akan meniru apa yang dilakukan oleh ibunya itu. Bagi remaja pula, pembelajaran melalui pemerhatian berlaku apabila mereka meniru gaya atau penampilan seseorang yang dijadikan idola dalam hidup mereka. Contohnya, mereka gemar meniru gaya penampilan artis-artis pujaan mereka.

Apabila peniruan yang dilakukan pemerhati

mendatangkan kepuasan dan

mendapat peneguhan positif atau ganjaran, ianya akan mendorong pemerhati itu mengulangi tingkahlaku yang diperhatikan tadi. Sebaliknya, seseorang

pemerhati tidak akan mengulangi perlakuan yang ditiru sekiranya didenda atau ditegur.

5.6

Implikasi Teori Behavioris terhadap Proses Pembelajaran Perhubungan antara ransangan dengan gerak balas kerap berlaku dalam situasi

pengajaran pembelajaran dalam bilik darjah. Oleh itu, tingkah laku kanank-kanak semasa proses pengajaran dan pembelajaran sains sangat bergantung kepada pertalian antara peneguhan guru dan gerak balas kanak-kanak dalam bilik darjah.

Prinsip perhubungan menyarankan bahawa sesuatu pembelajaran boleh berlaku apabila perkara-perkara mempunyai pertalian di antara satu sama lain. Melalui kaedah pembelajaran ini, seseorang itu dapat menghubungkaitkan satu idea dengan idea yang lain, satu pengalaman dengan pengalaman yang lain ataupun antara perkara-perkara yang berkaitan. Oleh itu, apabila sesuatu perkara timbul (ransangan), perkara yang lain (gerak balas) dapat diingatkan. Implikasi Skinner dalam bilik darjah ialah pemberian peneguhan yang positif seperti pujian, wang, motivasi dan lain-lain; menggunakan prinsip penghapusan dalam bilik darjah; serta motivasi membangkitkan tingkah laku positif. Bagi implikasi Behavioris pula adalah menghubungkaitkan perkara yang positif dan menyenangkan dengan tugasan pembelajaran; berikan peneguhan yang banyak ketika mewujudkan tingkah laku yang baru; serta menggalakkan pelajar berdamping situasi yang menakutkan sekiranya tindakan itu tidak menimbulkan hasil yang negatif.
8

SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

Soalan tutorial

1. Berdasarkan pengalaman diri anda, terangkan setakat mana teori behavioris ini dapat membantu anda dalam mengajar sains sekolah rendah. 2. Bincangkan persamaan dan perbezaan teori skinner dan teori Pavlov. 3. Terangkan bagaimana peneguhan samada positif atau negatif dapat mengukuh dan membentuk kanak-kanak dalam mempelajari sesuatu konsep sains.

Rujukan: Abruscato, J. (2000). Teaching Children Science. A Discovery Approach. (5th Edition) USA, Allyn & Bacon. Esler, W. K. & Esler, M. K. (2001). Teaching Elementary Science (8th ed.). Washington: Wadsworth Publishing Company.

https://www.msu.edu/~purcelll/behaviorism%20theory.htm (Behaviourist Learning Theory)

http://hagar.up.ac.za/catts/learner/2000/scheepers_md/projects/loo/theory/behavior.html (Behaviourist Learning Theory)

Anda mungkin juga menyukai