Anda di halaman 1dari 25

MERAH SILU

Merah Silu dan adiknya, Merah Hasum ialah anak kepada Merah Gajah dan Puteri Betong. Puteri Betong mempunyai sehelai rambut berwarna keemasan di tengah kepalanya dan dia melarang suaminya daripada mencabut rambut tersebut. Walau bagaimanapun, Merah Gajah telah mencabutnya lalu menyebabkan Puteri Betong meninggal dunia. Kematian Puteri Betong menyebabkan ayahandanya, Raja muhammad membunuh Merah Gajah. Selepas itu, berlaku pertembungan antara Raja Muhammad dengan Raja Ahmad, iaitu ayahanda Merah Gajah menyebabkan kedua-duanya mati. Merah Silu berbincang dengan adiknya lalu mereka meninggalkan negeri Semerlanga menuju negeri Beruana dan membuka perkampungan di situ. Di tempat ini, berlaku peristiwa yang pelik, iaitu bubu yang dipasang oleh Merah Silu selama tiga hari berturut-turut penuh dengan cacing gelang-gelang. Apabila dimasukkan ke dalam kawah dengan izin Allah cacing gelang-gelang itu bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak. Merah Silu mengupah orang membuat perangkap untuk menangkap kerbau liar. Apabila diketahui Merah Hasum, dia tidak bersetuju nengan tindakan abangnya itu lalu meminta Merah Silu keluar dari negeri tersebut.

Merah Silu dan pengikutnya seterusnya sampai di simpang hulu Karang. Kehadiran Merah Silu tidak disenangi oleh penduduk setempat. Kemudian, mereka pergi ke negeri Buluh Telang. Di situ Merah Silu telah dipelawa untuk tinggal bersama Megat Iskandar. Megat Iskandar dan Megat Kedah ialah kakanda Sultan MalikulNasar di Rimba Jerun. Megat Iskandar dan pembesar negeri ingin menjadikan Merah Silu sebagai raja. Walau bagaimanapun, cadangan itu disanggah oleh Tun Aria Benong. Merah Silu tetap dirajakan.

Apabila Merah silu menjadi raja, berlaku peperangan antara baginda dengan Sultan Malikul-Nasar. Sulltan Malikul-Nasar telah tewas dalam semua peperangan dan terpaksa berundur ke beberapa buah tempat. Megat Iskandar kemudiannya telah menyerang Kumat dan sekali lagi Sultan Malikul-Nasar tewas. Hulubalang Sultan Malikul-Nasar, iaitu Tun Aria Benong lari ke Barus, tetapi kemudiannya ditangkap oleh Raja Barus. Akhirnya, Merah Silu dirajakan oleh Megat Iskandar di Rimba Jerun.

Cabaran yang dilalui Merah Silu sejak lahir sehingga menjadi raja. > Setelah ayah dan bonda Merah Silu dan Merah Hasum meninggal dunia, mereka telah berhijrah untuk membuka petempatan baharu. > Merah Silu telah menghadapi beberapa cabaran dalam usahanya membuka sebuah negeri bersama-sama pengikutnya.

Hubungan persaudaraan yang retak


Merah Hasum kurang senang apabila mengetahui Merah silu bermain dengan binatang liar . Dia menyuruh Merah Silu keluar dari negeri itu jika dia tidak mahu mendengar kata-katanya. (m/s 54)

Ketaatan kepada ketua


setelah disuruh meniggalkan perkampungan beruana, Merah Silu berhijrah ke tempat lain. Para pengikutnya turut berpindah. (m/s 55-56)

Menghargai kehadiran tetamu


Megat Iskandar Syah mengajak Merah Silu dan pengikutnya tinggal bersama-samanya di Buluh Telang. (m/s 56)

PERMULAAN

Merah Gajah dan Puteri Betong mempunyai dua orang anak, iaitu Merah silu dan Merah Hasum.

Puteri Betong mempunyai sehelai rambut berwarna keemasan di tengah kepalanya yang tidak boleh dicabut.

Merah Gajah mencabut rambut tersebut menyebabkan isterinya mati.

PERKEMBANGAN

Raja Muhammad ( ayahanda Puteri Betong ) menghantar askar untuk membunuh Merah Gajah.

Raja Ahmad (ayahanda Merah Gajah) dan tenteranya berperang dengan angkatan Raja Muhammad dan kedua-duanya mangkat.

Merah Silu mengajak Merah Hasum berpindah ke tempat lain kerana orang tua mereka telah tiada lagi.

KONFLIK

Bubu yang dipasang oleh Merah Silu dimasuki oleh cacing gelang-gelang yang kemudiannya bertukar menjadi emas dan perak.

Merah Silu mengarahkan pengikutnya menangkap kerbau dan tindakannya itu tidak disenangi oleh Merah Hasum dan meminta Merah Silu berpindah jika tidak mahu mendengar kata-katanya.
Merah Silu berpindah ke Hulu Karang, tetapi kehadirannya tidak disenangi. Merah Silu berhijrah ke Negeri Buluh Telang dan disambut dengan baik oleh Megat Iskandar Syah dan dirajakan di situ.

Tun Aria Benong membantah tetapi Merah Silu tetap dirajakan.

KLIMAKS

Merah Silu berperang dengan Maliku l-Nasar menyebabkan baginda terpaksa berundur dari Rimba Jerun ke Benua. Merah Silu menyerang Malikul-Nasar di Benua tempat itu dinamakan Pertama Terjun. Malikul-Nasar berundur ke Gunung Telawas dan seterusnya ke Kumat. Megat Iskandar Syah menyerang dan berjaya menewaskan Malikul-Nasar di Kumat.

PELERAIAN

Rakyat dan askar Malikul-Nasar melarikan diri.


Tun Aria Benong lari ke negeri Barus. Kemudiannya, dia ditangkap oleh Raja Barus. Merah Silu dirajakan oleh Megat Iskandar Syah di Rimba Jerun.

LATAR TEMPAT
Di negeri Semerlanga, negeri Beruana, hulu sungai, hulu Karang, negeri Buluh Telang, dan Rimbs Jerun.

LATAR MASA
Semasa Puteri Betong tidur. Tiga hari berturut-turut Merah Silu mendapati bubunya dimasuki cacing gelang-gelang.

LATAR MASYARAKAT
masyarakat yang baik hati. masyarakat yang dikurniakan kekayaan oleh Tuhan

masyarakat yang sedia membantu orang lain.

MERAH SILU PENYABAR >Merah Silu bertindak kasar terhadap Merah Hasum walaupun disuruh keluar dari negeri Beruana. MENGHORMATI ORANG LAIN >Merah Silu meminta penduduk Beruana bersabar sebelum dia berpindah ke tempat lain PEMURAH >Merah Silu menghadiahkan seekor kerbau kepada orang yang bersabung ayam dengan nya dan orang yang menyaksikan pertandingan . BERANI >Merah Silu telah berperang dengan Sultan Malikul-Nasar dan menang

MERAH HASUM

SEDIA MENERIMA PENDAPAT ORANG LAIN

Dia bersetuju apabila Merah Silu mencadangankan supaya mereka berpindah dari negeri Semerlanga .

TENANG

Setelah diberi tahu bahawa Merah Silu dikurnia emas dan perak , Merah Hasum tidak berkata apa-apa .

TEGAS DALAM PENDIRIAN

Merah Hasum meminta Merah Silu meniggalkan negeri Beruana kerana dia enggan mendengar kata-katanya .

MEGAT ISKANDAR SYAH

BAIK HATI

Dia mengajak Merah Silu yang sedang mencari tempat tinggal untuk tinggal bersama-samanya .

MENGIKTIRAF KEUPAYAAN ORANG LAIN

Dia mencadangkan Merah Silu menjadi raja di Buluh Telang kerana Merah Silu semamngnya raja dan hartawan .

TIDAK MEMPUNYAI HUBUNGAN BAIK DENGAN ADIKNYA

Dia telah menyerang adiknya , Sultan Malikul Nasar di Kumat .

SEDIA MEMBANTU ORANG YANG DIPERCAYAINYA

Oleh sebab dia mengiktiraf kebolehan Merah Silu , dia telah menyerang adiknya sendiri iaitu Maliku l Nasar .

KESABARAN >bubu yang dipasang oleh Merah Silu penuh dengan cacing gelang-gelang.

TAAT SETIA
> Setelah raja Muhammad dan raja Ahmad mangkat , rakyat telah menyatakan taat setia kepada Merah Hasum dan Merah Silu NASUHAT MENASIHATI

> Merah Hasum menghantar seorang hamba untuk menasihati Merah Silu supaya tidak bermain binatang yang tidak mendatangkan kebaikan kepada orang ramai .

Kita hendaklah menjaga hubungan kekeluargaan supaya sentiasa utuh


Tindakan

Merah Hasum menyuruh Merah Silu meninggalkan perkampingan Beruana menyebabkan hubungan mereka sebagai adikberadik terputus . Kita mestilah membantu orang yang berada dalam kesusahan
Megat

Iskandar Syah memepelawa Meraj Silu tinggal bersamasamanya Kita mestilah bersabar ketika menempuh cabaran
Merah

Silu tetap bersabar walaupun selama tiga hari berturut-turut bubu yang dipasang olehnya penuh dengan cacing gelang .

SEKIAN TERIMA KASIH


BY : AMOY

Anda mungkin juga menyukai