Anda di halaman 1dari 3

Soalan: Dengan memilih satu jenis permainan yang sesuai,huraikanbagaimana permainan tersebut dapat diaplikasikan semasa pengajaran danpembelajaran.

Kaitkan huraian anda dengan perbezaan individu,gaya pembelajaran dan motivasi murid-murid

Semua kanak-kanak gemar bermain malah mereka bermain setiap masa tanpa mengira waktu. Ada ibu bapa bimbang sekiranya anak mereka bermain sehingga malas belajar. Namun kajian pakar kanakkanak menunjukkan, selain bolehmemb uatkan kanak-kanak leka, bermain juga adalah proses pembelajaran palingberkesan serta memantapkan pemikiran mereka. Untuk melihat sama ada kanak-kanak itu serius atau tidak, lihat ketika mereka bermain. Ini kerana kanakkanakakan memberikan tumpuan seratus peratus ketika mereka bermain. Jika kanak-kanak tersebut boleh menumpukan perhatian dan leka terhadap permainan yangmereka sertai, mengapa tidak ia tidak dapat diaplikasikan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Sehubungan dengan itu, perbezaan individu mungkinmenjadi masalah kepada pr oses P&P tetapi jika ia diterapkan dengan gayapembelajaran yang terancang dan bijak masalah ini dapat dikekang oleh guru dengan mudah di samping guru bertindak bijak bagaimana untuk mengetahui cara-cara mengesan dan menambat motivasi murid-murid agar dapat memberi tumpuandi dalam proses P&P

Sehubungan dengan itu, perbezaan individu mungkinmenjadi masalah kepada proses P&P tetapi jika ia diterapkan dengan gayapembelajaran yang terancang d an bijak masalah ini dapat dikekang oleh gurudengan mudah di samping guru bertindak bijak bagaimana untuk mengetahui cara-cara mengesan dan menambat motivasi murid-murid agar dapat memberi tumpuandi dalam proses P&P.Dalam menjayakan sesuatu permainan di pusat-pusat persekolahan, guru memainkan peranan yang penting untuk mencipta persekitaran dan juga merangsang serta memperkembangkan daya berfikir kanak-kanak. Sebagai langkahawal, untuk memastikan aktiviti bermain dapat digunakan dengan lebih berkesan, guruguru perlu menyediakan diri terhadap realiti dalam pengajaran seperti menyedari bahawa guru akan dikelilingi oleh budaya yang pelbagai dan kemahuan-kemahuan dari pelbagai kumpulan kanak-kanak. Selain itu, guru juga perlu menyedari bahawa mengurus bilik darjah akan memerlukan keupayaan untuk melaku pelba gai perkara serentak, membuat beribu keputusan serta merta setiap hari danberupaya menyesuaikan diri secepatnya dan menjadi fleksibel kepada perubahan.Guru juga perlu memahami bahawa mereka terpaksa meringkaskan pengalaman yang tidak

langsung dan menjadikan ianya berguna dan bermakna serta menyeronokkan kepada kanak-kanak terutama kanak-kanak yang mempunyai latar belakang pendidikan yang agak kurang baik dan juga tidak dapat memenuhi keperluanasasmereka.Saya perlu mengetahui bahawas ebagaiguru kelak saya akan memasuki satu profesion yang kadang-kala mempengaruhi emosi dalambid ang yang mencabar ini terutama dalam hubungan interpersonal. Mereka iaitu kanak-kanak mungkin merasa cepat letih terutama dari segi minda terhadap pelbagai program yang direncana dan dilaksanakan secara serentak. Sebagaicon toh, murid di kawasan luar bandar dan kawasan Bandar sudah tentu mempunyai latar belakang pendidikan dan keluarga yang berbeza. Justeru, ingin saya menegaskan di sini iaitu guru perlu sentiasa prihatin terhadap kehendak murid dan cara untuk menambat hati mereka agar mereka sentiasa berminat untuk mengikuti proses P&P. Menerusi hal ini,saya telah memilih satu jenis permainan yang amat sesuai
dengan golongan kanakkanak iaitu permainan batu seremban.Sebelum itu,permainan batu seremban merupakan permainan tradisional yang seronok dan mudah untuk

dimainkan serta tidak berbahaya.Permainan ini juga dikenali sebagaipermainan Selambut atau Serembat. Permainan ini dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.Guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat biasanyadiguna kan oleh kanak-kanak dalam permainan ini sebanyak lima biji. Objek-objek inidikenali sebagai buah.Permainan ini sering dimainkan diwaktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah atau dimana sahaja yang mereka gemari denganmemerlukan permukaan yang rata dan bersih.Permainan ini dapat melatih murid-murid untuk menggerakkan motormotor halus serta dapat menimbulkan kegembiraan dalam kalangan rakan ketika bermain.Permainan ini amat berkait rapat dengan perbezaan individu,gayapemb elajaran dan motivasi murid-murid melalui proses pengajaran Dan
iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaiandengan gaya pembelajaran, seorang murid dapat mengoptimumkan prosesp embelajarannya dengan lebih lancar. Permainan batu seremban ini membolehkan berlakunya pembelajaran secara semula jadi. Malahan kecenderungan bermain seperti ini adalah satu gesaan yang semula jadi. Ia harus digunakan sebaik mungkinoleh guru, terutama yang sentiasa berusaha mencari jalan merangsang keinginanpelajar untuk belajar. Pembelajaran melalui bermain berlaku dalam diri pelajar dan ia adalah satu proses yang perlahan. Banyak aspek yang berhubung denganpembelajaran menerusi permainan boleh berlaku melalui proses yang semula jadi. Ia terlaksana apabila seseorang itu terlibat dengan penggunaan bahan permainanitu secara langsung. Motivasi pula adalah satu insentif atau rangsangan sesuatu aksi. Kanakkanak biasanya ingin bekerja secara aktif dan bukan hanya bertindak sebagaipenonton sahaja. Motivasi mereka untuk terus belajar akan dapat dipertingkatkan sekiranya mereka dapat melihat potensi kemahiran

yang dipelajari di dalam bilik darjah dapat dihubungkaitkan dengan kegunaannya di luar bilik darjah. Permainan memerlukan penyertaan individu. Sewaktu pelajar memainkan permainan, merekaakan melibatkan diri dalam semangat pertandingan dan berhempas pulas untuk mendapatkan jawapan yang betul. Dalam hal ini,permainan batu seremban amat bertepatan untuk diserapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Motivasi murid-murid juga akanmeningkat menerusi permainan ini.Hal inidemikian kerana,menerusi permainan,muridmurid dapat membina keya kinan diridengan lebih kuat dan bersedia untuk menempuh pelbagai cabaran dan dugaanyang bakal ditempuhi.Dalam hal ini, bermain dikatakan sebagai suatu pekerjaankepada kanak-kanak .Kanak-kanak akan bekerja keras dan kelihatan bersungguhsungguh semasa membuat pekerjaan bermain dan kanak-kanak sebenarnyase dang belajar banyak perkara melalui bermain. Sehubungan dengan itupengetahu an tentang bagaimana mendidik kanak-kanak melalui pendekatan belajar melalui bermain atauplay pedagogapproachperludiberiperhatianolehibubapadan juga pendidik yang terlibat dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak Pendekatan belajar melalui bermain amat bertepatan dengan fitrah kanakkanakiaitu mereka amat suka meneroka, aktif, mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggidan amat suka berimaginasi .Melalui konteks ini,motivasi murid akan lebih meningkat danberupayauntukmelakukan sesuatu tanpa rasa sangsi dan raguragu.Oleh itu,a mat sesuailahpermainan batu seremban diaplikasikan dalam proses pengajaran d anpembelajaran. Sebagai contoh, melalui pengalaman diri kita sendiri dalam apa juapermainan yang kita sertai. Jika kita menang dalam permainan yang kita sertai,sudah pasti kita berasa gembira dan ingin meningkatkan lagi kemahiran kita di dalam permainan yang kita ceburi. Ringkas di sini saya ingin menegaskan bahawa pengaplikasian permainan dalam proses P&P dapat meningkatkan penglibatan murid yang mempunyai perbezaan Individu, mempengaruhi gaya pembelajaran dan dapat meningkatkan lagi motivasi murid-murid dalam memberi sepenuhnya penglibatan yang tinggi kepada proses P&P

Anda mungkin juga menyukai