Anda di halaman 1dari 3

Rancangan Pengajaran Harian 3: (konstruktivisme) Mata pelajaran: Sains Kelas: Tahun 4 Jujur Tarikh: 13 Februari 2012 Masa: 11.

35 pagi 12.35 tgh (60 minit) Bilangan murid: 25 orang Bidang pelajaran: Sifat-sifat Bahan Objektif pembelajaran: 1) Menyatakan apakah bahan lut sinar, lut cahaya dan bahan legap 2) mengelaskan bahan-bahan berdasarkan sifat lut sinar, lut cahaya dan legap Hasil pembelajaran: Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat: A Menguasai isi kandungan a. Menjelaskan sifat-sifat bahan lut sinar, lut cahaya dan legap b. Membuat kesimpulan bahan lut sinar, lut cahaya dan legap Membina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi berfikir a. Menjalankan eksperimen dalam kumpulan untuk menjelaskan sifat-sifat lut sinar, lut cahaya dan legap Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni a. melibatkan diri secara aktif dalam menjalankan eksperimen berdasarkan prosedur yang dipersetujui dalam kumpulan b. menghargai masa dengan menjalankan eksperimen dengan pantas dan sentiasa menumpu kepada menjalankan tugasan tersebut

Konsep/prinsip/hukum/teori: Keadaan Bahan lut sinar, lut cahaya dan legap a. Membenarkan cahaya menembusinya secara langsung b. Tidak membenarkan cahaya menembusinya c. Hanya membenarkan sebahagian cahaya menembusinya Bahan, peralatan dan bahan sumber: Tin, bikar, kertas tisu, buku, kaca tingkap, plastik transparensi Langkah berjaga-jaga: Elakkan objek kaca jatuh kerana ia akan menyebabkan kecederaan. Pengetahuan sedia ada: Murid telah mengetahui terbentuk bayang-bayang di bawah cahaya matahari
Fasa Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Nota

Permulaan/ Mencungkil idea (5 min)

Eksperimen tentang objek lut sinar, lut cahaya dan legap

Aktiviti Guru Guru mengemukakan beberpa soalan dan murid diminta menjalankan eksperimen dengan pembentukan bayangbayang daripada objek

Aktiviti Murid Murid memberikan inferens kepada cikgu Murid akan menjalankan eksperimen pembentukan bayang-bayang dan menyatakan sebab pembentukannya. Murid mendengar penerangan dari guru Strategi/ Teknik: Mengeksperimen dan penjelasan

Menstruktur/ Menstruktur semula (5 min) (5 min)

Konsep lut sinar, lut cahaya dan legap

Guru menjelaskan konsep lut sinar, lut cahaya dan legap Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan dan diberikan objek-objek yang berlainan murid disuruh menjalankan eksperimen tentang bahan lut sinar, lut cahaya dan legap murid diminta menyenaraikan contoh bahan lut sinar, lut cahaya dan legap berdasarkan eksperimen yang dijalankan

Strategi/ Teknik: Aktiviti inkuiri dalam kumpulan Sikap saintifik dan nilai murni: Penglibatan aktif Menghargai masa

Murid membentuk kumpulan

(15 min)

Murid menjalankan eksperimen dalam kumpulan Murid menyenaraikan contoh bahan lut sinar, lut cahaya dan legap dalam kertas Murid membentangkan hasil eksperimen mereka Murid-murid mencatat hasil eksperimen kumpulan lain

(10 min)

murid diminta membentangkan hasil eksperimen mereka Debriefing Taksir kefahaman secara lisan Murid yang telah menguasai maju ke fasa aplikasi, manakala murid yang tidak, dikumpul dalam satu kumpulan dan

diberi penerangan kumpulan kecil

Aktviti pemulihan: Mendengar penerangan guru dalam kumpulan kecil

Aplikasi Idea (15 min)

Pertandingan kuiz

Pertandingan kuiz antara kumpulan di dalam kelas tentang konsep lut sinar, lut cahaya, legap dan aplikasinya

Penutup (5 min)

Bahan lut sinar, lut cahaya dan bahan legap

kesimpulan

Murid dibahagikan dua kumpulan dan bertanding dalam pertandinagn kuiz dengan soalan sains yang dikemukakan Murid-murid membuat kesimpulan dan rumusan tentang pelajaran hari ini. Murid mencatat nota rumusan di dalam buku latihan

Strategi: Pertandingan kuiz

Strategi: membuat kesimpulan dan mencatat nota

Refleksi selepas p & p: Kelas berjalan dengan lancar ..........................................................................................

Anda mungkin juga menyukai