Anda di halaman 1dari 14

PENDAHULUAN.

KONSEP PRABACAAN Prabacaan terbahagi kepada 3 peringkat : Pengamatan penglihatan. Pengamatan pendengaran. Pergerakan tangan dan mata. Prabacaan merupakan kesediaan murid untuk membaca. Pada peringkat awalnya, kesediaan membaca ditakrifkan sebagai satu peringkat bagi menyediakan kanak-kanak untuk bacaan awal atau bacaan asas. Pada tahap ini, murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. konsep kesediaan membaca bukan sahaja meliputi pengajaran kemahiran-kemahiran sebelum bacaan, tetapi juga merangkumi setiap kemahiran sebelum kemahiran membaca secara khusus dan berterusan.

Abu Bakar (1994) - mengkategorikan aktiviti kesediaan membaca kepada dua, iaitu peringkat prabacaan dan peringkat bacaan. Peringkat prabacaan meliputi kemahiran pengamatan pendengaran, kemahiran pengamatan peglihatan, aktviti koordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan, dan latihan bahasa pertuturan.Peringkat bacaan pula meliputi kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat.

Untuk mencapai kemahiran-kemahiran tersebut, aktiviti prabacaan boleh dilakukan dengan menggunakan permainan huruf, suku kata dan perkataan untuk mengukuhkan lagi kemahiran tersebut.

Seharusnya sebahagian besar (90%) daripada murid-murid kita dapat membaca bahan-bahan bacaan yang senang pada akhir Darjah 1 persekolahan mereka, jika pengajaran membaca dibuat secara sistematik dengan mengambil kira hal-hal berikut:

a) Sistem ejaan Bahasa Melayu adalah alphabetic dan fonemik ertinya ada hubungan yang rapat di antara simbol/huruf dan bunyinya. (Ini berbeza sekali dengan sistem ejaan bahasa Inggeris yang amat rumit itu).

b) Suku kata perkataan-perkataan bahasa Melayu adalah mudah dan jelas (jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa lain dengan bahasa Inggeris misalnya). Kedua-dua ciri dalam bahasa Melayu di atas sahaja seharusnya sudah dapat meyakinkan kita bahawa kita tidak boleh meniru dan mengambil terus kaedah mengajar membaca bahasa Inggeris untuk mengajar membaca di peringkat awal.

c) Murid-murid Melayu (termasuk sebahagian besar murid-murid Bukan Melayu) yang melangkah masuk ke Darjah 1 rata-rata telah pun mengetahui bahasa Melayu dan mempunyai perbendaharaan kata bahasa Melayu yang mencukupi untuk mereka terus belajar membaca bahasa Melayu. Ertinya mereka belajar bahasa Melayu sebagai bahasa pertama, bukan sebagai bahasa kedua (misalnya bahasa Inggeris). Jika kita meniru kaedah mengajar membaca bahasa Inggeris (sebagai bahasa kedua) untuk mengajar mambaca bahasa Melayu sudah tentu ini akan membawa kepayahan dan kelambatan untuk murid-murid kita belajar membaca bahasa kita.

Terdapat pelbagai kaedah mengajar membaca yang pernah digunakan oleh guru-guru kita kaedah abjad , kaedah fonik, kaedah pandang dan sebut, kaedah eklektik dan sebagainya. Bahan-bahan untuk murid berlatih membaca sendiri adalah penting, ini kerana jika murid-murid tidak mempunyai bahan-bahan atau buku yang boleh mereka membaca di masa lapang atau di rumah, pembinaan kemahiran membaca akan terencat. Ini terutamanya akan berlaku di kalangan muridmurid di luar bandar atau daripada keluarga miskin di mana bahan-bahan bacaan di rumah sangat kekurangan. Agak munasabah kenyataan bahawa murid-murid akan menambah kecekapan membaca dengan terus diberi kemudahan untuk mereka membaca.

Dalam rancangan Kurikulum Sepadu Sekolah Rendah (4M) , matlamat supaya semua murid dapat membaca, menulis dan mengira bergantung besar atas faktor adanya bahan-bahan dan buku-buku yang sesuai, beragam dan mencukupi untuk murid-murid membaca. Bahan-bahan itu haruslah menarik dan berisi : berbagai ilmu pengetahuan, mesej moral, dan sebagainya.

2.0 AKTIVITI PRATULISAN. Peringkat pratulisan ialah tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Dalam tempoh masa ini latihan otot-otot, tangan dan jari serta kordinasi tangan dan mata diberikan kepada murid-murid dari awal-awal lagi. Bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran membentuk lambang-lambang yang kemas dan jelas, pelajaran tulisan yang dirancangkan haruslah sistematik, bertitik-tolak daripada aktiviti-aktiviti pramenulis ynag berbentuk bebas. Latihan-latihan pramenulis menitikberatkan perkara-perkara berikut: a) b) Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan Menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan sempurna. c) d) Melakukan latihan-latihan pergerakan mata. Melakukan latihan-latihan kordinasi tangan dan mata.

Strategi pengajaran pratulisan Kebanyakan murid yang memasuki sekolah rendah telah pun menerima pendidikan prasekolah di rumah, TASKI atau TADIKA. Mereka telah pun didedahkan kepada asas-asas kemahiran menulis dan membaca. Namun begitu, bagi peringkat

permulaan di sekolah rendah, guru patut memberikan kemahiran pratulisan kepada murid. Latihan pergerakan tangan dan mata, memilih dan memadan objek mengikut bentuk, ukuran dan warna, melukis serta mewarna patut dilakukan. Latihan seumpama ini dapat membantu murid menguasai kordinasi antara tangan dan mata, dan seterusnya akan menyediakan seseorang murid itu untuk menulis.

a.

Latihan bagi tangan Murid dikehendaki:

i. ii. iii. iv. v.

Menggenggam dan membuka tangan. Hendaklah dilakukan beberapa kali. Menggenggam dan menghancurkan atau meronyokkan sehelai daun atau kertas. Menggenggam dan merasa beg yang berisi kekacang. Menggenggam dan merasa bola. Memegang benda-benda seperti pensel atau pembaris. Guru menunjukkan cara memegang yang betul.

vi. vii. viii. ix.

Melukis bentuk-bentuk bebas menggunakan jari di udara. Melukis bentuk-bentuk di dalam bekas yang mengandungi pasir atau tanah. Memasang butang baju, menanggalkan dan memasang semula. Membuka tali kasut dan mengikat semula.

b.

Latihan bagi mata Murid dikehendaki:

i.

Menutup kedua-dua mata dengan tangan, membuka mata, melihat dan menyebut benda yang ditunjuk atau dipegang oleh guru.

ii.

Menutup sebelah mata, melihat dan menyebut benda yang ditunjuk atau dipegang oleh guru. Lakukan latihan yang sama pada mata yang sebelah lagi.

iii.

Melihat sesuatu benda yang dipegang oleh guru dan dibawa dari kiri ke kanan dan dari kanan ke kiri.

iv.

Menyebutkan nama benda-benda kecil yang dipegang oleh guru seperti getah pemadam, pengasah pensel, mancis, dan seterusnya benda-benda sederhana besar dan benda-benda yang besar.

v. vi.

Menyebutkan warna benda atau alat yang ditunjukkan oleh guru. Menyebut bentuk blok-blok geometri yang diperbuat daripada kadbod atau plastik sama ada segi empat, segi tiga, bulat, separuh bulat, bujur dan sebagaimya.

c.

Latihan bagi kordinasi mata dan tangan: Murid dikehendaki:

i.

Menyusun benda mengikut golongan bagi benda yang sama bentuk, warna atau ukuran.

ii. iii. iv.

Menyusun gambar-gambar yang diselaraskan mengikut urutan. Mencantum bahagian-bahagian gambar yang terpotong, misalnyajigsaw puzzle. Melambung dan menangkap bola sama ada di tempat berdiri secara individu atau dengan bergerak di padang bersama pasangan,

v. vi. vii. viii. ix.

Mewarnakan gambar yang diberikan oleh guru. Mencantum titik atau sempang untuk membentuk huruf atau gambar. Mencantum arah jalan atau aliran sungai. Memadankan gambar bagi benda-benda yang serupa. Memilih gambar yang berlainan dalam satu set.

x.

Mencari lima perbezaan pada sekeping gambar yang seakan-akan sama dengan gambar asal.

xi. xii.

Mencari lima benda yang tersembunyi dalam sebuah lukisan. Membuat garisan lurus dari atas ke bawah atau sebaliknya

3.0 PEMULIHAN BACAAN. Menurut Atan Long (1976) membaca adalah proses menterjemahkan bentuk penulisan kepada bacaan atau mendapatkan makna daripada bahan bertulis itu. Justeru, aktiviti pemulihan membaca perlu dilakukan terhadap murid yang tidak dapat menguasai kemahiran ini. Terdapat dua faktor yang menyebabkan seseorang murid itu tidak dapat membaca: a) Faktor yang ada pada murid itu sendiri (pembaca) Faktor-faktor yang tergolong dalam bahagian ini adalah seperti kecerdasan berbahasa, kebolehan berbahasa, pengetahuan, dan pengalaman sedia ada. b) Faktor yang ada pada bahan bacaan. Faktor-faktor yang tergolong dalam bahagian ini pula meliputi perbendaharaan kata, panjang pendek ayat, kendungan bahan, struktur cerita, penggunaan dan organisasi bahan grafik. Pertama sekali kaedah untuk mengesan dan mengasingkan murid yang memerlukan pengajaran pemulihan dalam bidang membaca, menulis dan mengira dengan mengadakan saringan. Kemudian, setelah murid-murid tersebut dikesan dan diasingkan, langkah yang kedua ialah diagnosis, iaitu menentukan jenis kelemahan secara khusus dalam sesuatu bidang sahaja, sama ada bidang membaca, menulis atau mengira. Diagosis ini akan memberi petunjuk kepada guru mengenai langkahlangkah khusus dalam pengajarannnya untuk mengatasi kelemahan murid tersebut. 4.2 Pemulihan membaca. Cara-cara mengesan murid yang mempunyai masalah membaca ialah dengan memerhatikan murid yang membuat perkara berikut : a. Membaca sesuatu muka surat terlalu lama, iaitu murid tersebut tidak menukar

muka surat yang dibaca dengan kadar sepatutnya. b. Menggerakkan bibir ketika membaca yang sepatutnya tidak perlu. c. Menggunakan jari atau pensil sebagai petunjuk ketika membaca sesuatu barisan. d. Menggerakkan kepala (dan bukan mata) ketika membaca. e. Tidak duduk senang, selalu bergerak-gerak dan melihat keluar ketika membaca. Perbuatan atau tabiat diatas mungkin menunjukkan bahawa bahan bacaan yang sedang dibaca oleh murid tidak sesuai, atau tidak diminatinya. Walaupun demikian, perkara-perkara seperti diatas haruslah dikaji dengan teliti oleh guru untuk menetukan perkaitan diantara tabiat tersebut dengan sesuatu kelemahan membaca. 2. Menilai jawapan dari soal selidik mengenai tabiat membaca. Guru boleh menyediakan dan memberikan soal selidik mengenai tabiat membaca kepada murid. Jawapan-jawapan dari soal selidik ini dapat digunakan oleh guru untuk mengesan sesuatu masalah khusus dengan lebih lanjut. Tujuan dan matlamat sesuatu rancangan membaca ialah agar murid mempunyai tabiat membaca, dan terus membaca serta ia akan dapat kepuasan dari membaca.

3. Menggunakan buku yang telah dikelaskan Jika ada buku yang telah dikelaskan mengikut darjah, maka murid yang disyaki mempunyai kelemahan membaca boleh disuruh membaca buku tersebut. Kemudian kefahaman murid boleh diuji dengan memberinya soalan-soalan berkaitan dengan perkara yang telah dibacanya.

4. Mengkaji pergerakan mata ketika murid membaca. Pakar-pakar psikologi telah mengkaji pergerakan mata ketika membaca. Dari kajian mereka, beberapa maklumat telah diperolehi. Antaranya adalah seperti berikut :

a. Ketika proses membaca, mata pembaca bergerak dalam satu siri lompatan di satu barisan tulisan. b. Pembaca yang pantas akan membuat perhentian dan pematahan balik yang sedikit ketika membaca jika dibandingkan dengan pembaca yang lambat.

7. Memberi ujian yang direka oleh guru. Untuk menguji kecekapan membaca, satu cara yang mudah boleh digunakan. Semua murid dalam bilik darjah disuruh membaca satu bahagian dari buku teks mereka yang belum dibaca mereka lagi. Semua murid disuruh mula membaca pada masa yang sama, dan disuruh membaca dengan cepat. Kemudian setelah 10 atau 15 minit, semua murid disuruh berhenti membaca, dan disuruh menandakan perkataan yang terakhir dibaca. Dari jumlah perkataan yang dibaca dan masa yang digunakan, kadar kecekapan membaca dapat dikira untuk semua murid dalam bilik darjah tersebut. Untuk menentukan bahawa murid faham bahan yang dibaca, mereka boleh disuruh menjawab soalan mengenai perkara yang dibaca. Untuk menguji kefahaman sahaja, amatlah baik jika masa yang digunakan oleh murid tidak dihadkan, kerana ujian tersebut bertujuan menguji sama ada murid benar-benar faham bahan yang dibacanya.

7. Memilih murid untuk pengajaran pemulihan (tambahan). Setelah murid diberi ujian ( berbagai-bagai cara lain ) untuk mengesan dan menentukan kelemahan membaca, guru harus memilih murid yang memerlukan pengajaran pemulihan.

Aktiviti Pemulihan Bacaan. 1. Aktiviti utama dalam mengajarkan pemulihan bacaan adalah pengajaran fonetik dengan betul. Penghasilan artikulasi yang berbeza akan menyebabkan penerimaan akustik yang berbeza. Pengajaran bunyi vokal, diftong, dan konsonan juga perlulah ditekankan. Justeru, guru perlu mengajarkan alat-alat sebutan bunyi seperti: 2. Bibir 3. Gigi 4. Gusi 5. Lelangit keras 6. Lelangit lembut 7. Anak tekak 8. Lidah 9. Rongga tekak 10. Rongga mulut KAEDAH UNTUK MENGAJAR. 1.Kaedah abjad juga merupakan asas yang perlu dikuasai murid. Melalui aktiviti pemulihan, guru perlu memastikan murid-murid supaya menguasai dan menghafal huruf a sehingga z dengan urutan yang betul. Justeru, guru perlu melaksanakan aktiviti berikut: Nyanyian lagu A, B, C. Menayangkan huruf satu persatu secara berulang. Padanan abjad. Menyebut huruf satu persatu secara berulang.

2. Latihan Pandang dan Sebut juga menjadi asas pemulihan yang perlu diajarkan oleh guru supaya murid berjaya menguasai kemahiran membaca. Latihan ini juga melibatkan penggunaan gambar untuki merangsang murid supaya bertutur. 3. Aktiviti permainan bahasa dapat memupuk minat murid untuk menguasai kemahiran membaca. Antara permainan yang boleh dijalankan oleh guru termasuklah permainan yang berbentuk pergerakan, permainan respon terhadap bunyi huruf, permainan baling dadu untuk membentuk perkataan yang mempunyai suku kata kv, kvk, kv+kv, dan kv+kvk. 4. Pengolahan bahan pengajaran merupakan aspek yang penting dalam mengajarkan asas kemahiran bacaan. Guru perlu melalui pelbagai proses semasa menyediakan bahan bacaan seperti memproses bahan, memilih bahan, mengolah bahan, membina, menggunakan dan menilai bahan. Bahan pengajaran pula perlulah menarik, dan memenuhi keperluan pancaindera.

4.0 PEMULIHAN TULISAN.

TEKNIK PENGAJARAN PEMULIHAN KEMAHIRAN MENULIS ASAS. Hammil dan Mc Nut (1981) melaporkan bahawa kemahiran menulis mempunyai kaitan rapat dengan bacaan. Kemahiran ini termasuklah kecekapan dalam menulis mekanis, mengeja, tanda baca, huruf, kemahiran belajar dan membentuk makna. Objektif utama penguasaan kemahiran menulis mekanis atau tulisan tangan ialah supaya mudah dibaca. Pengajaran guru harus berfokus kepada memegang alat tulis, membentuk garisan dan lengkokan huruf dengan betul serta mengekalkan jarak dan bentuk huruf dengan sempurna. Murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran mempunyai masalah menulis. Mercer (1985) yangbersetujuh dengan pendapat Hidreth (1947) menyatakan bahawa

punc utama ialah masalah psikomotor, masalah emosi, kegagalan pengamatan terhadap huruf dan perkataan serta daya ingatan yang lemah. Jenis-jenis masalah tulisan tangan atau tulisan mekanis ini ialah lambat, arah tulisan yang tidak betul,terlalu jarak atau terlalu dekat, bercelaru, senget, terlalu menekan ketika menulis dan tulisan yang berlapis-lapis.

4.4.1 CARA MELAKSANAKAN PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS ASAS. Wiedorholt, Hammil dan Brown (1983) mencadangkan guru-guru sekolah rendah memperuntukkan 10 hingga 15 minit setiap hari untuk mengajar tulisan tangan (mekanis). Bagi masalah menulis bentuk huruf yang tidak betul dan berbentuk huruf senget, guru hendaklah meletakkan kertas lurus sebagai panduan untuk murid menulis. Jika menulis terlalu besar atau terlalu kecil, guru hendaklah berulang kali mengajar konsep saiz dengan menunjukkan fungsi setiap garisan di atas kertas. Ada juga murid yang tidak dapat menulis dengan sekata (uniform). Bagi masalah ini, guru hendaklah membimbing pergerakan tangan murid berkenaan. Perhatikan cara dia memegang pensel dan kedudukan tangannya di atas meja ketika dia menulis untukmemastikan pergerakan yang betul. Satu lagi masalah yang sering dihadapi oleh murid-murid dalam tulisan mekanis ialah tulisan yang terlalu sesak atau terlalu jarang. Untuk mengatasi masalah ini cuba latih-tubi murid menulis huruf mengikut jarak hujung jari atau diukur dengan jarak sebatang pensel.

Anda mungkin juga menyukai