Anda di halaman 1dari 11

Disediakan Oleh:Lee Wen Shuang Ling Hee Kiew

Miss Thompson dapat mengesan kemurungan Teddy Stallard.Miss Thompson juga prihatin terhadap keadaan Teddy sejak tahun lepas.

Miss Thompson menyemak semua rekod lepasan murid seperti yang dikehendaki oleh sekolah.

Miss Thompson berasa sedih selepas mengetahui tentang kisah Teddy,beliau menangis selama beberapa jam. Beliau memberi lebih perhatian dan penggalakkan kepadanya.

Adil dan Saksama

Dalam video itu, Cikgu tersebut tidak berasa kecil hati atau tidak menerima hadiah yang diberi oleh anak muridnya, Teddy walaupun hadiah tersebut tidak dibalut dengan kertas hadiah yang cantik. Cikgu itu tidak memandang rendah anak muridnya yang miskin . Cikgu memahami perasaan hati setiap anak muridnya dan adil terhadap setiap murid. Kita seharusnya adil dan saksama terhadap setiap anak murid kita pada hari nanti tidak mengira kaum, agama dan bangsa serta latar belakang keluarga mereka.

Tidak Mudah Putus Asa

Pertama kali apabila cikgu tersebut melihat record anak muridnya iaitu Teddy, cikgu berasa sangat sedih dengan kejadian yang menimpa anak muridnya.
Jadi, dia pun membuat keputusan untuk membimbing dan memotivasi Teddy walaupun pada masa itu Teddy langsung tidak meminat belajar.

Sebagai seorang guru, kita tidak boleh berputus asa untuk membimbing anak murid kita walaupun dia tidak meminak untuk belajar. Sebaliknya kita seharusnya membimbing mereka dengan lebih rajin dan tekun kerana setiap murid adalah tanggungjawab kita. Dalam viddeo itu, apa akan terjadi dengan Teddy sekiranya cikgu itu berputus asa untuk membimbing Teddy?

Kepercayaan kepada Murid

Setiap guru mesti mempunyai kepercayaan terhadap anak muridnya bahawa setiap murid mempunyai kelebihan dan keistimewaannya sendiri. Kepercayaan seseorang guru terhadap murid merupakan asas kepada segalanya. Dalam video tersebut, Teddy berkata demikian: Thank you for believing in me, Thank you so much for making me feel important and showing me that I could make a difference.

Dapat dilihat bahawa betapa pentingnya kepercayaan seseorang guru terhadap muridnya. Kepercayaan seorang guru dapat memberi kesan yang dalam terhadap kehidupan anak muridnya pada masa akan datang.

Tamat

Anda mungkin juga menyukai