Anda di halaman 1dari 23

BOLA TAMPAR

DISEDIAKAN OLEH: LING HEE KIEW

PENGENALAN
Bola tampar merupakan satu sukan Olimpik di mana dua pasukan yang dipisahkan oleh satu jaring tinggi menggunakan tangan atau (jarang) bahagian badan lain untuk memukul atau menampar sebiji bola melangkaui jaring kepada lawan. Setiap pasukan yang mempunyai enam pemain dibenarkan memukul bola tersebut tiga kali berturut-turut. Bola tampar merupakan satu sukan aktif. Disebabkan banyak serangan memerlukan pemaain menyentuh bola di atas jaring, kebolehan melompat ditekankan dalam permainan ini.

TOPIK PEMBELAJARAN
Bola Tampar Kemahiran Asas

Peralatan

Peraturan

KEMAHIRAN ASAS
1. Kemahiran servis
Servis dilakukan untuk memulakan permainan.Servis dilakukan dari bahagian belakang luar gelanggang. Terdapat dua jenis servis,iaitu servis bawah tangan dan servis atas kepala.

servis atas kepala

servis bawah tangan

Kaki dominan di belakang . Fleksi kedua-dua belah lutut. Pegang bola pada aras atas pinggang. Ayun tangan dan kontak bola pada aras pinggang. Pukul pada bahagian bawah bola. Tangan memukul ke arah sasaran.

2. Kemahiran menyangga  Menyangga ialah kemahiran mengawal bola yang diterima. Kemahiran ini juga  bertujuan untuk menaikkan atau melambungkan bola ke udara.
Fleksi kedua-dua belah lutut. Luruskan kedua-dua belah tangan di hadapan badan. Kontak bola pada lengan tangan. Kedua-dua belah tangan ikut arah pergerakan bola.

3. Kemahiran mengumpan
 Mengumpan ialah kemahiran melambungkan bola ke udara bagi membolehkan rakan sepasukan melakukan rejaman.
    
Fleksi kedua-dua belah lutut. Kedua-dua belah tangan di atas kepala. Kontak bola di hadapan dahi. Luruskan siku dan lutut serentak. Kedua-dua belah tangan arah ke sasaran

4. Kemahiran merejam
 Merejam ialah kemahiran untuk mematikan bola dalam gelanggang pihak lawan bagi mendapatkan mata. Pemain perlu memukul bola dengan tapak tangan dengan kencang ke kawasan pihak lawan.
i. Bergerak ke arah bola ii. Lompat dengan kedua-dua belah kaki. iii. Kontak bola dengan tangan lurus. iv. Pukul pada bahagian atas bola v. Fleksi kedua-dua belah lutut semasa mendarat.

. Kemahiran menghadang
 Menghadang ialah kemahiran untuk menghalang rejaman yang dilakukan oleh pihak lawan.  Kemahiran ini memerlukan kuasa otot kaki semasa melakukan lompatan.  Hadangan yang berkesan akan menyebabkan bola mati dalam gelanggang pihak yang membuat rejaman.

Badan dan tapak tangan menghadap jaring. Lompat dengan kedua-dua belah kaki. Luruskan kedua-dua belah tangan ke atas. Jarakkan jari-jari tangan Mata pandang arah pergerakan bola. Fleksikan kedua-dua belah lutut semasa mendarat

Peralatan Bola Tampar


1. Gelanggang
Permukaan gelanggang bola tampar perlu rata dan diperbuat daripada simen atau sebarang permukaan sintetik yang sesuai dan selamat. Gelanggang bola tampar juga boleh dibuat di atas padang berumput dan permukaan tanah liat.

 Gelanggang permainan adalah sebuah segiempat tepat bersimetri berukuran 18 X 9m, dikelilingi oleh satu zon bebas sekurangkurangnya 3m lebar dan dengan satu ruang bebas dari sebarang gangguan yang tingginya sekurang-sekurangnya 7m dari permukaan permainan.

2. Jaring, Tiang dan Antena  Jaring bola tampar adalah 1m lebar dan 9.50m panjang yang diletakkan di atas paksi garisan tengah.  Dua jalur putih, 5cm lebar dan 1m panjang dilekatkan tegak pada jaring dan diletakkan di atas setiap garisan tepi. Ia dikira sebagai sebahagian daripada jaring dan mengehadkan ruang lintasan. Tinggi jaring adalah 2.43m bagi lelaki dan 2.24m bagi wanita.

 Ia diukur dari tengah gelanggang bermain dengan sebatang pengukur. Kedua-dua hujung jaring (di atas garisan tepi,) mesti sama tinggi daripada permukaan bermain dan tidak melebihi 2cm daripada tinggi rasmi.  Tiang-tiang yang menyangga jaring mestilah bulat dan licin, dengan tingginya 2.55m, seelok-eloknya yang dapat dilaraskan.

 Ia mesti dipasang pada tanah pada jarak antara 0.50-1.00m daripada setiap garisan tepi.  Sepasang antena diletakkan di kedua-dua hujung jaring serenjang dengan garisan tepi gelanggang. Antena diwarnakan putih berbelang merah.

3. Bola  Bola hendaklah berbentuk sfera, diperbuat daripada suatu lapisan kulit yang mudah lentur dengan satu pundi getah atau bahan yang serupa di dalamnya. Warna : Seragam dan cerah Ukur lilit : 65-67 cm Berat : 260-280 gram Tekanan di dalam : 0.30-0.325g/cm

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG BOLA TAMPAR


1. Pertandingan bola tampar diadili oleh dua orang pengadil, iaitu pengadil pertama dan pengadil kedua. 2. Setiap pasukan perlu terdiri daripada sekurangkurangnya enam orang pemain dan tidak melebihi 12 orang pemain yang berdaftar. 3. Servis hanya boleh dilaksanakan selepas pengadil pertama meniup wisel.

4. Servis perlu dilakukan oleh setiap pemain mengikut giliran yang sah. 5. Pemain yang melakukan servis tidak dibenarkan memijak garisan belakang. 6. Setiap pemain boleh menyentuh bola sekali sahaja. Pemain boleh menyentuh bola dengan mana-mana bahagian badan.

7. Setiap pasukan hanya boleh menyentuh atau memainkan bola dengan tiga sentuhan sebelum menghantar ke gelanggang pihak lawan. Pengiraan ini tidak termasuk sentuhan bagi mengadang. 8. Mengadang hanya boleh dilakukan oleh pemain barisan hadapan. 9. Pemain barisan belakang boleh melakukan rejaman tetapi dari luar kawasan serangan

10.Pemain dilarang menyentuh mana-mana bahagian jaring atau memasuki kawasan pihak lawan. 11.Setiap pasukan boleh melakukan enam pertukaran dalam setiap set permainan bila-bila masa dengan kebenaran pengadil. Pemain yang ditukar perlu diganti dengan pemain yang sama apabila pertukaran dibuat semula.

12.Setiap pasukan boleh meminta dua kali timeout dalam satu set permainan dengan kebenaran pengadil. 13.Mata kemenangan ialah 25 mata yang dikira secara pengiraan pingpong. Apabila kedudukan mata 24-24, lebihan dua mata diperlukan untuk menentukan kemenangan. 14.Set penentuan, hanya 15 mata sahaja digunakan dengan lebihan dua mata diperlukan untuk menentukan kemenangan.

KESIMPULAN
Permainan bola tampar memerlukan banyak kemahiran untuk dimainkan. Kemahiran asas perlu dikuasai supaya dapat bermain bola tampar dengan sebaik mungkinnya.

SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai