Anda di halaman 1dari 3

Tarikh Hari Masa Tahun Bil.

Murid Tajuk / Tema Aktviti Standard kandungan

: 17 Julai 2013 : Rabu : 7.45 pagi 8.45 pagi pagi : 1 Pandai : 21 orang murid (12 lelaki, 9 perempuan) : Pergerakan lokomotor : Berlari : Berkebolehan melakukan kemahiran berlari dengan betul.

Standard pembelajaran : 1.2.1 Melakukan pergerakan berlari dalam pelbagai arah, aras, laluan, satah dan kelajuan rakan dengan rakan dan alatan. : 2.1.4 Mengenalpasti arah pergerakan kiri, kanan, hadapan, belakang atas dan bawah. : 5.2.1 Memperlihatkan rasa seronok melakukan aktiviti baru dalam Pendidikan Jasmani : 5.2.2 Menerima cabaran, kemenangan dan kekalahan dalam permainan Hasil pembelajaran : Psikomotor : Kognitif : Afektif BBM : skital : murid dapat melakukan aktiviti berlari dalam pelbagai arah : murid dapat mengetahui arah kiri, kanan, atas belakang dan hadapan : murid menunjukkan semangat kesukanan ketika melakukan aktiviti

BAHAGIAN / MASA Permulaan ( 10 minit )

AKTIVITI / LANGKAH Memanaskan badan : Cabut ekor naga

FOKUS PEMBELAJARAN

ORGANISASI / PENGELOLAAN

CATATAN

Perkembangan (25 minit )

Aktiviti 1 : Berlari bebas

Murid-murid akan dibahagikan kepada 4 kumpulan. Ahli yang terakhir akan mempunyai ekor. Ahli yang berada di hadapan sekali akan menjadi kepala naga. Kepala naga mestilah mempertahankan ekor daripada dirampas kumpulan lain. Kumpulan yang terputus barisan atau tercabut ekor di kira sebagai kumpulan yang kalah. Berlari bebas dalam pelbagai arah dan kepantasan dalam kawasan yang di hadkan. Meniru larian seperti burung terbang,kapal terbang dan aksi memandu kereta.

Aktiviti 2 : Berlari dengan pelbagai cara

Berlari anak. Berlari lutut tinggi. Berlari langkah panjang.

Aktiviti 3 : Berlari pelbagai arah

Berlari ke hadapan. Berlari undur. Terdapat fasa kedua-dua kaki tidak menyentuh permukaan semasa berlari. Berlari di atas bebola kaki. Sendi siku difleksi. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil. Setiap kumpulan akan berlari dengan secepat mungkin melepasi halangan-halangan yang dibina. Setelah selesai, murid tersebut akan mencuit rakan sepasukannya bagi melakukan larian seterusnya. Pemenang adalah kumpulan yang paling awal menghabiskan larian ini. Guru membuat rumusan tentang apa yang dipelajari pada hari tersebut. Longgarkan sendi-sendi dengan menggoyangkan tangan, badan dan kaki.

Kemuncak ( 15 minit )

Permainan kecil : Berlari melepasi perlbagai halangan

Penutup ( 10 minit )

Rumusan

Aktiviti gerak kendur

Anda mungkin juga menyukai