Anda di halaman 1dari 34

Konsep asas Tamadun Islam

Nama ahli kumpulan: Jemimah Hiew Mah Ching Moi Chong Yee Nyuk Pensyarah bimbingan: Raji @ Rajit bin Lumadan

Definisi Tamadun Islam


Tamadun berasal daripada perkataan maddana yang bermaksud perbuatan membuka bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti. Menurut Kamus dewan, tamadun merangkumi kebudayaan, peradaban, kemajuan(kebendaan dan kerohanian) dan sopan santun.

Definisi Tamadun Islam menurut Tokoh Islam


Mahmood Taib al- peraturan masyarakat yang dapat Najmi (1971) membantu manusia menambahkan hasil pengeluarannya sama ada dari segi pemikiran atau kebendaan.

Syed Muhammad Naquib Ai-Attas

Ibnu Khaldun

Keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya. kemuncak pembangunan yang berkait dengan peningkatan kemewahan dan minat kepada pelbagai aspek industri yang boleh mempertingkatkan kualitinya.

Tamadun Islam ialah pencapaian manusia dalam bidang kerohanian dan kebendaan yang berpusat di kota dalam bentuk ilmu pengetahuan, kepercayaan, sains teknologi dan sebagainya berasaskan kepada akidah dan syarak serta bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah.

Matlamat Tamadun Islam

hubungan manusia dengan Allah (Hablumminallah)

hubungan manusia dengan manusia (Hablumminannas)

Hubungan manusia dengan alam

Hablumminallah
merupakan cara bagaimana manusia itu dapat mengenal Allah s.w.t. (rukun iman yang enam) dan cara manusia berhubung dengan-Nya (rukun Islam yang lima.) Keimanan mempunyai unsur kekuatan yang mencukupi untuk mengubah individu dan umat menjadi individu dan umat yang berjiwa besar.

Orang yang beriman sentiasa berada dalam keadaan aman dan bahagia.Mereka sentiasa mengingati Allah s.w.t. sama ada dalam keadaan senang atau susah. Contohnya di Jerman Barat dilaporkan dalam tahun 1974, terdapat 10,000 kes membunuh diri kerana kekecewaan masyarakat Barat dengan tamadun kebendaan.

Pelaksanaan rukun Islam yang lima mempengaruhi diri individu muslim untuk mengiktiraf secara sukarela tentang kewujudan dan keesaan Allah s.w.t. itu sendiri. Fenomena kebesaran Allah s.w.t. akhirnya berjaya membentuk peribadi muslim yang warak, tawaduk dan merendah diri. Bukan sahaja terhadap Allahs.w.t., malah apabila berhadapan dengan makhluk ciptaan-Nya.

mewajibkan individu mematuhi segala titah dan perintah Allah s.w.t. dan meninggalkan segala larangan-Nya apabila berhubungan di antara satu dengan yang lain. pematuhan perundangan gubalan Allah s.w.t. yang mengatur cara bagaimana seharusnya manusia berinteraksi di antara satu dengan yang lain dalam membentuk keluarga, jiran, masyarakat, negara, ekonomi, kebudayaan, pendidikan dan sebagainya . Pematuhan syarak amat besar ertinya ke arah pembentukan masyarakat dan tamadun khalifah Allah s.w.t. di atas muka bumi ini. Kesempurnaan masyarakat hanya dapat disempurnakan dengan adanya tolongmenolong, kerjasama dan perpaduan.

Hablummi nannas

manusia digalakkan oleh Allah s.w.t. untuk menguasai dan menerokai angkasa lepas, menyelami dasar lautan dalam dan mencari gali perut bumi untuk mengambil faedah, dan mengetahui rahsia alam

memperundangkan atur cara bagaimana manusia seharusnya bertingkah laku apabila berhubungan dengan alam sekitarnya.

Hubungan manusia dengan alam

Hal ini penting kerana segala yang berada di lautan dan di daratan semuanya dijadikan untuk kepentingan dan kebahagiaan manusia sejagat.

Al-Quran
Sumber Tamadun Islam

Al-Hadis

Al-Quran
Al-Quran ialah kitab suci bagi umat Islam. AlQuran ialah wahyu yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan Malaikat Jibril yang sampai ke zaman sekarang. Al-Quran mengandungi semua manusia yang terdapat pada bertaburan di dalamnya, menunjukkan percanggahan antara satu sama lain. asas-asas kehidupan tempat-tempat yang namun ia tidak atau bertentangan

Ia mengandungi berbagai-bagai pengajaran, hukumhakam, perundangan dan peraturan lengkap sebagai panduan umat Islam dan keselamatan sejagat.

Kandungan Al-Quran
Berdasarkan Kitab suci Al-Quran Karim mengandungi tiga perkara asas iaitu: Akidah Syariah Akhlak

Perkara-perkara asas Al-Quran


PERKARAPERKARA MAKSUD

AKIDAH

SYARIAH AKHLAK

Membebaskan pemikiran menusia dari kongkongan kebiasaan dan pemujaan sesama makhluk ke arah pemikiran yang bebas luas dan pemujaan kapada Yang Maha Agung. hukum dan aturan Islam yang mengatur seluruh sendi kehidupan umat Muslim.
Membangunkan keperibadian yang membawa kepada keharmonian hidup sejagat. ( Sikap tolong-menolong, bersatupadu, belas kasihan, murah hati, dan suka pada kebaikan)

Kandungan Al-Quran ( dua bahagian)


BAHAGIAN MAKSUD
Perkara-perkara yang Prasyarat kepada disuruh kesejahteraan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Perkara-perkara yang Perkara-perkara yang boleh dilarang menjejaskan kesejahteraan dan kebahagiaan.

Kesimpulanya
Al-Quran ternyata berbeza dengan kitabkitab agama lain kerana kandungannya yang menyeluruh dan menjangkau keseluruhan asas kehidupan manusia, sedangkan kitab-kitab agama lain menumpukan aspek cara-cara pemujaan, bacaan-bacaan dan sejarah-sejarah lampau.

Al-Sunnah(Al-Hadis)
Menurut Syiah pula, perkataan 'Sunnah' bererti perbuatan, ucapan dan kebenaran Nabi Muhammad dan dua belas Imam yang dipercayai oleh puak Syiah sebagai dipilih Allah bagi menggantikan rasul dan memimpin manusia dalam semua cara hidup. Al-Sunnah merupakan sesuatu yang bersumberkan nabi muhamad s.a.w berupakan perkataan , perbuatan, pengakuan dan sikatnya serta akhlaknya bermula daripada baginda dilantik sebagai rasul sehingga wafat.

Al-Quran menggariskan prinsip-prinsip asas, kemudian dihurai dan diperincikan oleh al-Sunnah. Ia merupakan dihurai dan diperincikan oleh al-Sunnah.
Sunnah merupakan sumber kedua perundangan Islam selepas al-Quran. Ia merupakan sumber inspirasi umat Islam untuk membentuk, membangun dan mengembangkan tamadun mereka.

Fungsi-fungsi Al-Sunnah
1) Mentafsir dan menghuraikan maksud ayat AlQuran. 2) Memperkuat dan memperkukuhkan hukum yang disebut dalam Al-Quran. 3) Menterjemah hukum-hukum tertentu dalam Al-Quran. 4) Mengeluarkan hukum yang tidak terdapat dalam Al-Quran. (Hukum adalah peraturan yang dibuat berdasarkan kesepakatan. Bertujuan untuk menciptakan masyarakat yang madani, aman, nyaman, dan terkendali.)

Kesimpulan
Sunnah berperanan untuk memimpin kehidupan manusia agar sejahtera di dunia dan akhirat. Ringkasnya, semua sudut tamadun Islam dicorakkan di atas acuan al-Quran dan alSunnah.

Prinsip Tamadun Islam


Memelihara agama

Memelihara akal

Memelihara keturunan

Memelihara nyawa

Memelihara harta

Memelihara agama
Islam menjamin suasana selesa bagi memupuk keharmonian hidup beragama dalam sesebuah masyarakat majmuk. Islam juga mengakui kewujudan pelbagai agama selain daripada Islam Islam memberi kebebasan untuk memilih agama yang diyakini.

Memelihara Akal
Dalam Islam, diwajipkan ke atas setiap penganutnya supaya menuntut ilmu pengetahuan sebanyak mungkin tanpa dibatasi oleh had masa, tempat atau bangsa. Islam juga mengajar perkara-perkara yang berkaitan dengan cara serta makanan dan minuman yang baik untuk kesihatan tubuh badan dan akal fikiran. (cth:madu,makan guna tangan kanan)

Makanan yang dimakan atau minuman yang diminum hendaklah yang halal yang terhasil dari usaha yang halal kerana makanan dan minuman ini akan menjadi darah dan daging serta menjana minda. Islam menlarang penganutnya untuk minum atau makan makanan atau minuman yang boleh mempengaruhi kesiuman atau tahap kesedaran seseorang manusia sebagai lambang manusia untuk bertakwa dan berbakti kepada Allah. (cth:arak)

Islam menggalakkan pemikiran yang berbentuk takwa, ketauhidan kepada Allah s.w.t., fikiran yang terbuka dan lapang serta bersih daripada segala unsur keburukan, kepalsuan, khalayan, keraguan dan waswas.

Memelihara nyawa
Islam mewajibkan umatnya menjaga keselamatan dan mengharamkan perkara atau perbuatan yang boleh membahayakan nyawa. (cth: merokok, pengambilan dadah) Islam amat menekankan cara hidup yang harmoni. Perselisihan, perbalahan atau pergaduhan sangat dilarang kerana ia akan merosakkan keharmonian dan mungkin menyebabkan pembunuhan dan kehilangan nyawa.

Islam mewajibkan umatnya berusaha untuk mempertahankan nyawa. Sekiranya sesuatu perkara atau perbuatan itu boleh menyelamatkan nyawa, walau pada awalnya hukumnya haram ia boleh dilakukan.

Memelihara Harta
Islam telah menetapkan dan memberikan garis panduan mengenai hak untuk memiliki harta benda dan kewajipan untuk mempertahankan haknya. Setiap individu berhak mencari rezeki masingmasing serta berusaha untuk mendapat, mengumpul dan menggunakan harta benda mereka secara bebas mengikut kemampuan masing-masing selagi tidak melanggar norma masyarakat dan agama.

Harta atau kekayaan yang diperoleh dari usaha sendiri dengan cara yang halal berhak dipelihara dan dipertahankan. Mereka yang memelihara hartanya akan diberi pahala (ganjaran) oleh Allah S.W.T. Sesiapa yang bertujuan untuk melucutkan harta tanpa kebenaran seperti pencuri, penyamun dan penipu akan dikenakan seksaan yang berat.

Memelihara keturunan
Undang-undang dan peraturan-peraturan dalam urusan nikah perkahwinan ditetapkan dengan lengkap untuk menjamin keturunan manusia yang sejati dan benar Larangan terhadap perkara-perkara negatif seperti perzinaan, seks bebas, hubungan di luar tabii (liwat) dan sebagainya untuk memelihara kehormatan dan kemuliaan keturunan manusia daripada sifat-sifat kebintangan.

Islam telah mengiktiraf perkahwinan poligami namun ia tidak diwajibkan dan bukan sesuatu yang digalakkan. Poligami dibenarkan adalah demi memelihara maruah dan keturunan zuriat yang bakal dilahirkan.

Soalan-soalan
Apakah dua sumber utama tamadun Islam? Apakah matlamat tamadun Islam? Senaraikan prinsip-prinsip tamadun Islam. Jelaskan maksud Al-Quran? Jelaskan maksud Al-sunnah?

RUJUKAN
http://www.slideshare.net/wanbk/7-alsunnah Siri Pendidikan Guru, Tamadun Islam dan Tamadun Asia

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai