Anda di halaman 1dari 13

AKTIVITI PRATULISAN

AKTIVITI PRATULISAN Merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh setiap orang murid bagi menyediakan diri kea rah melahirkan lambang-lambang bunyi yang khusus dan boleh diterima oleh kelompok masyarakat. Di peringkat ini aktiviti contengan dilakukan atas permukaan benda sedia ada dalam persekitaran mereka dengan menggunakan bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan benda tersebut. Peringkat contengan ini berkembang dari membuat contengan bebas hingga peringkat contengan terkawal. Takrif Pratulisan Suatu kemahiran di mana murid-murid telah mempunyai keupayaan menggunakan alat tulis dan mengetahui teknik serta cara gerakan tangan untuk membentuk huruf. Oleh itu, penguasaan kemahiran pra tulisan bermaksud seseorang murid itu telah bersedia dari segi fizikal dan mentalnya untuk memulakan penulisan secara mekanis. Objektif Pratulisan Aktiviti pra tulisan penting kepada murid-murid tahap satu sebelum mereka mempelajari peringkat penulisan yang selanjutnya. Justru terdapat sebelas objektif pelaksanaan aktiviti pratulisan kepada murid-murid iaitu: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Melatih pergerakan tangan dan jari. Melatih pergerakan mata. Melatih koordinasi mata dan tangan. Menyemai minat murid untuk datang ke sekolah tanpa rasa bosan belajar. Membolehkan murid-murid belajar dalam suasana yang selesa. Menjadikan pengajaran guru lebih menarik dan berkesan. Membolehkan penerapan nilai murni dijalankan secara berterusan dan berkesan. Menimbulkan motivasi yang tinggi di kalangan murid. Mengenal bentuk huruf dalam perkataan.

10 Meniru bentuk huruf dalam perkataan. 11 Menulis huruf dan perkataan. Kaedah Untuk Meningkatkan Kemahiran Pratulisan Terdapat lima kaedah yang boleh digunakan guru untuk meningkatkan kemahiran pratulisan di kalangan murid iaitu: 1 Gunakan pendekatan yang mudah, menyeluruh dan menarik selaras kemampuan dan perkembangan emosi serta mentel murid-murid. 2 Penggunaan bahan yang tepat dan sesuai dengan proses koordinasi otot motor tangan dan mata murid-murid untuk mengasah kemahiran menulis. 3 Carta suku kata yang pelbagai dan tersusun agar murid-murid dapat menguasai kemahiran asas menulis dengan mudah.

4 Laksanakan aktiviti pengayaan supaya perkembangan daya intelek murid mantap serta membantu membina kemahiran menghasilkan tulisan yang kemas dan cantik. 5 Perkenalkan huruf kecil dahulu kemudian huruf besar. Mulakan dengan huruf yang bentuknya seakan sama seperti a, c ,g, d dan sebagainya. Rasional memperkenalkan huruf kecil dahulu kerana huruf kecil lebih banyak digunakan dalam aktiviti penulisan seharian di samping bentuknya yang lebih kurang sama. a. Latihan Pergerakan Jari i Memainkan jari ii Menggerakkan jari di atas garisan atau corak yang dilakarkan di atas kertas. iii Menguntai manik iv Menyurih v Melukis iv Mengoyak b. Latihan bagi tangan Murid dikehendaki: i Menggenggam dan membuka tangan. Hendaklah dilakukan beberapa kali. .

ii

Menggenggam dan menghancurkan atau meronyokkan sehelai daun atau kertas.

iii. Menggenggam dan merasa beg yang berisi kekacang. iv. Menggenggam dan merasa bola. v. Memegang benda-benda seperti pensel atau pembaris. Guru menunjukkan cara memegang yang betul. vi. Melukis bentuk-bentuk bebas menggunakan jari di udara. vii. Melukis bentuk-bentuk di dalam bekas yang mengandungi pasir atau tanah. viii. Memasang butang baju, menanggalkan dan memasang semula. ix. Membuka tali kasut dan mengikat semula.

c. Latihan bagi mata Murid dikehendaki: i. Menutup kedua-dua mata dengan tangan, membuka mata, melihat dan menyebut benda yang ditunjuk atau dipegang oleh guru. ii. Menutup sebelah mata, melihat dan menyebut benda yang ditunjuk atau dipegang oleh guru. Lakukan latihan yang sama pada mata yang sebelah lagi. iii. kiri. Melihat sesuatu benda yang dipegang oleh guru dan dibawa dari kiri ke kanan dan dari kanan ke

iv. Menyebutkan nama benda-benda kecil yang dipegang oleh guru seperti getah pemadam, pengasah pensel, mancis, dan seterusnya benda-benda sederhana besar dan benda-benda yang besar. v. Menyebutkan warna benda atau alat yang ditunjukkan oleh guru.

vi. Menyebut bentuk blok-blok geometri yang diperbuat daripada kadbod atau plastik sama ada segi empat, segi tiga, bulat, separuh bulat, bujur dan sebagaimya.

d. Latihan bagi kordinasi mata dan tangan:

Murid dikehendaki: i. ukuran. ii. iii. iv. Menyusun gambar-gambar yang diselaraskan mengikut urutan. Mencantum bahagian-bahagian gambar yang terpotong, misalnya jigsaw puzzle. Melambung dan menangkap bola sama ada di tempat berdiri secara individu atau dengan bergerak di padang bersama pasangan, v. vi. vii. viii. ix. x. Mewarnakan gambar yang diberikan oleh guru. Mencantum titik atau sempang untuk membentuk huruf atau gambar. Mencantum arah jalan atau aliran sungai. Memadankan gambar bagi benda-benda yang serupa. Memilih gambar yang berlainan dalam satu set. Mencari lima perbezaan pada sekeping gambar yang seakan-akan sama dengan gambar asal. xi. xii. Mencari lima benda yang tersembunyi dalam sebuah lukisan. Membuat garisan lurus dari atas ke bawah atau sebaliknya Menyusun benda mengikut golongan bagi benda yang sama bentuk, warna atau

Melaksanakan Mencari Jalan Keluar Ciri-ciri bahan yang dicadangkan seperti berikut: a Gambar berwarna-warni. b Dibina menggunakan kad berukuran besar. c Tajuk dan arahan perlu menarik dan jelas. d Kenal pasti tahap dan kumpulan sasaran. e Binaan yang mesra pengguna.

f Boleh digunakan berulang-ulang kali. g Tema permainan perlu berdasarkan persekitaran murid.

Aktiviti Memadankan Bentuk, Gambar dan Huruf Dijalankan dengan meminta murid-murid membuat garisan lurus pada pasangan gambar yang sepadan, iaitu bentuk-bentuk asas yang serupa, gambar yang dibahagi dua bahagian, atau huruf besar denganhuruf kecil. Ciri-ciri bahan seperti berikut: a Gambar yang berwarna-warni. b Dibina menggunakan kad berukuran besar. c Tajuk dan arahan perlu menarik dan jelas. d Kenal pasti tahap dan kumpulan sasaran. e Binaan yang mesra pengguna f Boleh digunakan berulang-ulang kali.

Contoh aktiviti memadankan bentuk asas

Aktiviti ini dijalankan dengan meletakkan gambar kiri dan kanan kemudian meminta murid-murid memadankan bentuk yang serupa dengan menggariskan pasangan tersebut. Beberapa bentuk lain juga boleh digunakan dalam latihan ini. Cara melaksanakan aktiviti ini ditunjukkan dalam rajah. 2 Contoh aktiviti memadankan gambar lengkap

Latihan ini menggunakan benda maujud sebagai bahan rangsangan seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah.

Rajah 3.1 menunjukkan bentuk asas Rajah 2.3 Memadankan gambar lengkap

Contoh aktiviti memadankan gambar separuh lengkap.

Murid dibekalkan gambar tidak lengkap. Murid perlu mengecam kesinambungan gambar berkenaan berdasarkan gambar depan dan gambar belakang sebelum memadankannya. Caranya seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah.

Rajah 3.3 Memadankan gambar separuh lengkap

Rajah 3.4 menggunakan urutan nombor

Latihan Menyambung Titik

Ada tiga cara aktiviti menyambung titik iaitumenggunakan nombor, huruf besar dan huruf kecil berdasarkan ciri-ciri berikut. a Boleh menggunakan urutan nombor atau huruf. b Urutan huruf sama ada huruf kecil atau besar.

c Latihan berdasarkan tahap penguasaan murid. d Mengambil kira kumpulan sasaran. e Mudah dikendalikan dan mesra pengguna. f Menarik dan berwarna-warni. g Perlu dibina menggunakan kad bersaiz besar. h Arahan perlu tepat dan jelas. I Boleh digunakan berulang kali.

Melaksanakan Aktiviti Mencari Jalan Keluar, Memadankan Huruf/ Bentuk / Gambar , Aktiviti Menyambung Titik Dan Membuat Corak Aktiviti Mencari Jalan Keluar Ciri ciri bahan yang dicadangkan adalah seperti berikut a) Gambar berwarna- warni b) Dibina menggunakan kad berukuran besar c) Tajuk dan arahan perlu jelas dan jelas. d) Kenal pada tahap dan kumpulan sasaran e) Binaan yang mesra pengguna f) Boleh digunakan berulang-ulang kali

g) Tema permainan perlu berdasarkan persekitaran murid

1) Contoh aktiviti menggunakan urutan nombor Sediakan dua keping kadbod berukuran 30 X 45 cm serta dua gambar grafik yang bertemakan persekitaran murid. Padam atau hilangkan sebahagian out line gambar yang dipilih . Kemudian gantikan bahagian yang dipadamkan atau hilangkan dengan tanda-tanda bulatan kecil yang dilabel dengan urutan nombor mengikut kesesuaian.

2) Contoh aktiviti menggunakan ururtan nombor kecil Sediakan dua keping kadbod berukuran 30 X 45 cm serta dua gambar grafik yang bertemakan persekitaran murid. Padam atau hilangkan sebahagian out line gambar yang dipilih . Kemudian gantikan bahagian yang dipadamkan atau hilangkan dengan tanda-tanda bulatan kecil yang dilabel dengan huruf kecil secara urutan mengikut kesesuaian.

3) Contoh aktiviti menggunakan ururtan nombor besar Sediakan dua keeping kadbod berukuran 30 X 45 cm serta dua gambar grafik yang bertemakan persekitaran murid. Padam atau hilangkan sebahagian out line gambar yang dipilih. Kemudian gantikan bahagian yang dipadamkan atau hilangkan dengan tanda-tanda bulatan kecil yang dilabel dengan huruf besar secara ururtan mengikut kesesuaian.

Aktiviti Membuat Corak 1. Garisan Lurus a) Latihan mengaris dari atas kebawah dan sebaliknya b) Latihan mengaris dari kiri ke kanan dan sebaliknya c) Condong dari kiri ke kanan dan sebaliknya d) Ada dua jenis corak yang boleh dihasilkan berdasarkan gabungan tiga gaya garisan lurus ini, iaitu coraktunggal dan corak berlapis. Untuk melihat cara menghasilkan corak-corak tersebut 2. Garisan melengkung dan bengkang bengkok a) Melengkung dari atas ke bawah b) Melengkung dari bawah ke atas c) Garisan bengkang bengkok d) Ada dua jenis corak yang boleh dihasilkan berdasarkan garisan melengkung dan bengkang bengkok ini, iaitu corak tunggal dan corak berlapis. Untuk melihat cara menghasilkan corak corak tersebut

Latihan Mewarna Secara Berpandu 1) Mewarna Berpandukan Huruf Besar A Z Murid-murid akan diberikan pelbagai gambar. Berdasarkan kod huruf yang ditetapkan pada setiap kotak berkenaan, mereka diminta mewarna menggunakan warna tertentu dengan pensell warna. Contohnya petak A untuk warna biru, petak B untuk warna kuning dan sebahagianya. Rasionalnya, murid belajar mengenal huruf sambil mewarna gambar berkenaan. Kepuasan murid lahir setelah Berjaya meyelesaikan kerja mewarnna pada semua petak dengan warna yang ditetapkan dan akhirnya membentuk sebuah lukisan yang menarik.

2) Mewarna Berpandukan Huruf Kecil A Z Cara sama seperti (i) di atas. Berdasarkan kod huruf kecil yang ditetapkan pada setiap kotak berkenaan, mereka diminta mewarna menggunakan warna tertentu dengan pensel warna. Contohnya petak A untuk warna biru, Petak B untuk warna hijau dan sebagainya. Rasionalnya, Murid belajar mengenal huruf kecil sambil mewarna gambar berkenaan.

Melaksanakan Aktiviti Membentuk Huruf Guru membimbing murid murid menulis huruf menggunakan jari di udara, pasir, cermin, dan belakang badan rakan. Guru perlu memperkenalkan huruf kecil terlebih dahulu kemudian huruf besar. 1. Latihan menulis di udara a) Pastikan posisi guru dan murid betul b) Pandu murid menggunakan jari telunjuk

c) Lakukan secara perlahan-lahan dan serentak d) Sebut nama huruf semasa menulis di udara e) Latih tubi dan berulang-ulang f) Boleh lakukan secara berpasangan untuk pengukuhan

2. Latihan menulis atas pasir a) Bawa murid keluar dari bilik darjah b) Latihan di gelanggang lompat jauh yang berpasir c) Pandu murid menggunakan jari telunjuk d) Lakukan secara perlahan-lahan dan serentak e) Sebut nama huruf semasa menulis di pasir f) Latihan secara berulang-ulang

g) Aspek keselamatan murid diutamakan h) Gunakan dulang jika melaksanakan di dalam bilik darjah

3. Latihan menulis atas cermin dengan tepung a) Boleh gantikan tepung dengan habuk kayu atau bedak b) Pandu murid menggunakan jari telunjuk c) Lakukan secara perlahan-lahan dan serentak d) Sebut nama huruf semasa menulis e) Latihan berulang-ulang untuk pengukuhan

4. Latihan menulis dibelakang badan rakan a) Aktiviti aras tinggi b) Dijalankan selepas murid melalui aktiviti 1-3 di atas c) Boleh dilaksanakan secara berpasangan d) Murid pertama menulis huruf di belakang badan rakan e) Murid meneka nama huruf berdasarkan pergerakan jari f) Jika murid mahir, ubah suai dengan suku kata.

Top of For

Anda mungkin juga menyukai