Anda di halaman 1dari 4

Esei

INSTRUCTIONAL PLANNING

Instructional planning atau rancangan pengajaran digunakan sebagai rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk dilaksanakan oleh guru-guru di sekolah. Rancangan Pengajaran merupakan satu dokumen rasmi penting yang perlu disediakan sebelum sesuatu sesi pengajaran dilaksanakan. Seorang guru perlu menguasai kemahiran merancang rancangan pengajaran yang akan dilaksanakan dengan berkesan. Kejayaan sesuatu pengajaran yang disampaikan oleh guru di dalam kelas bergantung sepenuhnya kepada kebijaksanaan guru membuat perancangan dan persediaan rapi sebelum memulakan sesi pengajaran. Sebagai seorang guru, kemahiran merancang strategi pengajaran amat penting dan sesuai dengan tugas guru sebagai pengurus bilik darjah. Apabila seseorang guru dapat membuat perancangan pengajaran dengan rapi bermakna guru tersebut dapat bersedia untuk menjalankan satu sesi pengajaran yang lancar. Melalui rancangan pengajaran juga, guru dapat menyedia langkah-langkah untuk mengatasi situasi yang tidak dijangka telah berlaku di dalam bilik darjah.

KEPENTINGAN RANCANGAN PENGAJARAN Merancang pengajaran guru dan pembelajaran murid dengan teliti agar menepati objektif pembelajaran. Menggunakan masa pengajaran secara optimum. Menyediakan satu siri aktiviti untuk membantu murid mencapai hasil pembelajaran , meningkatkan kemahiran yang dikehendaki, menerap nilai-nilai murni dan proses penilaian yang terancang. Persediaan mengajar juga dapat membantu guru mengingati isi pelajaran yang hendak disampaikan tanpa sebarang keraguan. Menyedia bahan bantu mengajar (BBM) dan strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang perlu untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran dengan berkesan sesuai dengan tahap kemahiran murid. Mengembangkan langkah aktiviti pengajaran secara lancar, tersusun dan sistematik.

Guru dapat meramal situasi di dalam kelas seterusnya membuat persediaan langkah-langkah untuk mengatasi masalah. Meningkatkan keyakinan diri guru semasa proses pengajaran berlangsung.

PEMILIHAN KAEDAH, MEDIA DAN BAHAN SUMBER

Langkah ketiga dalam Model ASSURE adalah Pemilihan Kaedah, Media dan Bahan Pengajaran. Guru hendaklah memilih media yang sedia ada dan disesuaikan dengan objektif pengajaran. Sekiranya media itu rosak atau kurang sesuai hendaklah dibaiki terlebih dahulu. Namun media yang sedia ada tidak semestinya bersesuaian dengan objektif pengajaran, Oleh itu, guru hendaklah membina atau memilih media yang baru bersesuaian dengan tajuk dan objektif pengajaran.

Dalam proses pemilihan, membaiki dan mengubah suai media, guru perlu memilih berdasarkan kepada tingkat kebolehan pelajar dan objektif pembelajaran yang ingin dicapai. Terdapat tiga perkara yang perlu dilakukan sebelum media dan bahan sumber boleh

digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara langkah yang perlu dilakukan ialah:

i.

Memilih Kaedah

Dalam satu pengajaran, pelbagai kaedah berbeza akan diaplikasikan untuk disesuaikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dipilih seperti set induksi, pengenalan untuk konsep, aktiviti berkumpulan dan latihan. Guru menarik perhatian pelajar dengan memulakan set induksi dan diikuti dengan kaedah perbincangan, latihan dan latih tubi untuk mempelajari sesuatu pengetahuan yang baru.

ii.

Memilih Media

Pemilihan media yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran merupakan antara faktor yang membolehkan mesej atau maklumat disampaikan secara bermakna. Media yang dipilih ialah slaid, video, tayangan computer multimedia. Format media yang dipilih perlu sesuai dengan keupayaan pelajar. Pemilihan media perlulah mengambil kira kumpulan pelajar,

keupayaan, objektif serta maklum balas yang akan diberi.

iii.

Memilih Bahan

Bahan sumber pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada isi pelajaran yang menjadi fokus pembelajaran. Sebagai contohnya, bahan yang dipilih ialah buku teks Pendidikan Islam Tahun 6, nota, majalah dan buku latihan. Pemilihan bahan sumber adalah merujuk kepada isi pelajaran yang difokuskan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Pengurusan Grafik

Rancangan Pengajaran (Instructional Planning)

ASSURE

Pilih Kaedah

Pilih Media

Pilih Bahan

Anda mungkin juga menyukai