Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

1

JURNAL REFLEKTIF
MINGGU 7
2- 5 SEPTEMBER 2014
MASALAH
Tumpuan murid ketika PdP berlangsung.
Pada minggu ketiga saya menjalani praktikum, saya menghadapi masalah
mengenai tumpuan murid ketika PdP sedang berlangsung. Saya mendapati
beberapa pasangan atau kumpulan murid yang bertindak berbual sesama mereka.
Di samping itu juga, ada di antara mereka yang tidak memberikan perhatian dan
membuat kerja sendiri seperti menyiapkan kerja sekolah lain dan melukis. Di awal
PdP, saya telah mengarahkan semua murid-murid mengosongkan atas meja. Namun
begitu, di pertengahan PdP, kelihatan beberapa murid yang mengeluarkan semula
barangan mereka.

ANALISIS
Saya berpendapat masalah ini timbul disebabkan oleh :
1. Aktiviti PdP yang dilaksanakan guru tidak melibatkan semua murid.
2. Aktiviti PdP berkemungkinan membosankan dan tidak sesuai dengan
kebolehan murid.
3. Murid tidak faham apa yang dibincangkan di hadapan kelas.
4. Murid tidak bersedia untuk belajar.
5. Amaran yang diberi guru tidak cukup mendisiplinkan murid.

Sekiranya masalah ini tidak saya atasi segera, besar kemungkinan ada di antara
murid yang ketinggalan dan tidak faham apa yang telah diajari setakat ini. Selain itu,
bilangan murid yang tidak memberikan perhatian penuh pada PdP akan bertambah
kerana tindakan guru ke atas mereka tidak cukup mendisiplinkan murid.



INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS


2


Cadangan :
1. Bagi item pertama dan kedua, saya bercadang untuk melaksanakan aktiviti
yang menyeronokkan lagi bermakna tetapi sesuai dengan tahap penguasaan
dan kebolehan murid. Aktiviti tersebut juga perlu dilaksanakan sendiri oleh
semua murid dan bukan hanya oleh individu terpilih.
2. Hal ini yang demikian bagi memastikan tumpuan murid lekat pada PdP guru
dan murid tidak berpeluang untuk membuat kerja sendiri. Guru juga boleh
merampas peralatan yang dilihat mengganggu perhatian murid ketika PdP.
3. Beberapa langkah lain juga boleh diambil bagi memastikan tingkah laku tidak
diingini tersebut dapat dikawal dan dihapuskan. Antaranya, menolak markah
dari carta bagi individu yang tidak menumpukan perhatian dan membuat kerja
lain ketika PdP. Guru juga boleh mengasingkan murid yang dilihat bermasalah
dan banyak bercerita .
4. Bagi item ketiga, saya berpendapat penggunaan contoh yang lebih konkrit
sebelum beralih kepada abstrak perlu terutama kepada murid yang lemah.
Murid tersebut perlu diasingkan dan perhatian lebih dari guru adalah perlu
bagi mengelakkan mereka hilang tumpuan. Guru perlu memberikan bimbingan
lebih bagi murid yang sedemikian.
5. Bagi item keempat mengenai kesediaan belajar, guru perlu menekankan
aspek ini. Murid yang tidak bersedia untuk belajar pada PdP tertentu akan
menyebabkan mereka hilang minat untuk memberikan tumpuan. Oleh yang
demikian, guru perlu menyediaakan set induksi yang menarik bagi menarik
perhatian murid. Di samping itu, guru boleh memberikan peneguhan positif
berbentuk ganjaran bagi menarik minat murid.
6. Item kelima ini pula dilihat tidak memberikan perbezaan apa-apa kepada
murid. Guru telah memberikan arahan tetapi tetap tidak berjaya mengarahkan
tumpuan murid kepada PdP itu. Oleh yang demikian, guru perlu
memperkukuhkan amaran dan melaksanakan hukuman sekiranya ada murid
yang didapati tidak memberikan perhatian. Hukuman perlu dilaksanakan bagi
murid yang bermasalah agar memberikan pengajaran kepada murid lain.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS


3

TEMPOH MASA
Saya akan mula melaksanakan cadangan tersebut bermula minggu kelapan
sehingga tamat praktikum.
TINDAKAN SUSULAN
Berdasarkan semua masalah yang telah saya jelaskan di atas, jelas bahawa
guru memainkan peranan penting bagi memastikan murid memberikan sepenuh
tumpuan kepada PdP dan tidak membuat kerja sendiri.
Antara tindakan yang boleh diambil adalah menyediakan set induksi dan
aktiviti yang menarik bagi PdP. Penyediaan set induksi dan aktiviti tersebut perlu
mengambil kira perbezaan murid kerana setiap murid adalah berbeza. Sesuatu yang
murid A teruja tidak semestinya turut disukai murid B dan sebaliknya.
Rampasan barang yang dimain ketika PdP dan hukuman perlu dilaksanakan,
bukan sekadar amaran semata-mata. Hal ini bagi memberikan pengajaran bagi
murid-murid lain tentang apa yang guru boleh lakukan.
Carta markah boleh digunakan secara efektif bagi memastikan murid-murid
memberikan perhatian penuh kepada PdP yang dilaksanakan. Ganjaran seperti gula-
gula atau coklat pasti dapat memberikan kesungguhan kepada murid-murid untuk
lebih fokus di dalam kelas.
PENILAIAN KEJAYAAN
Penilaian kejayaan ini akan dicatat sepanjang minggu kelapan untuk melihat
perubahan serta perkembangan agar ada ruang untuk penambahbaikan lagi.
KESIMPULAN
Tumpuan murid merupakan antara elemen penting dalam sesuatu PdP. Guru
perlu memastikan murid tiada ruang untuk leka dan memberikan perhatian penuh
sepanjang PdP berlangsung.

Anda mungkin juga menyukai