Anda di halaman 1dari 8

Bahan-bahannya :

BAHAN A

2 Cawan susu segar *guna fresh milk dutchlady lagi best* 8 keping roti putih *sebaiknya pilih jenama baik punya. supaya hasil dia nanti

pun baik punya*

BAHAN B

4 sudu makan gula halus 2 sudu makan mentega 2 biji telur naga. Eh telur ayam! Telur naga besar sangat. Seperiuk pun belum 1 sudu teh esen vanila *letak banyak sikit pun takpe. kasi dia wangi sikit. best 1 sudu makan tepung jagung atau tepung gandum

tentu muat. Heheheh :p

jugak bau vanila ni. erghhh*

BAHAN C

1 tin susu cair 2 sudu makan tepung kastard 2 sudu makan gula biasa

Cara2 nak buat pulak. Haaa jaga2 cara2 nak buat ni penuh dengan gambar. Senanglah untuk korang rujuk kan? PERINGATAN : Sebelum korang mula buat resepi ni, panaskan dahulu ketuhar api atas bawah, suhu 180C. Supaya nanti korang tak payah nak tunggu lama2 lagi nak panaskan ketuhar ni. Ok? Dah panaskan? Bagus. Sekarang time adun mengadun!

1. Koyakkan roti dan rendam dalam fresh milk selama 30 minit. Ketepikan.

2. Letakkan semua bahan B tadi iaitu telur, mentega, gula halus, esen vanila dan tepung jagung ke dalam bekas pengadun macam gambar kat atas. Campak je semua sekali, takyah nak ikut urutan bagai.

3. Yeah! Dah pun sebati. Guna cara manual je sebab benda ni seciput je! Lagipun malas nak pakai mesin pengadun tu, nak cuci lagi bagai. Malas ahh.

4. Lepas tu, korang tuang roti yang direndam tadi macam gambar kat atas. Dah tu, gaul rata2.

5. Tadaa! Bahan A telahpun bergabung dengan bahan B.

6. Tuangkan adunan tadi ke dalam acuan. Haaa macam gambar kat atas ni. Lepas tu, terus masukkan dalam ketuhar. Tak perlu tunggu lama2 lagi, sebab ketuhar dah

dipanaskan awal2 kan? Haa gitu. Masukkan ke dalam ketuhar pada suhu 180C selama 30 minit.

7. Tadaaa dah masak! Huh bau dia memang menggoda gila time baru masak ni. Dengan bau vanila nya, rasa nak ngap terus je. Tapi kejap. Belum habis lagi! Sekarang kita nak buat topping dia pulak. Topping ni untuk korang tuang kat atas puding ni nanti.

8. Masukkan susu cair, tepung kastard dan gula ke dalam periuk atau pan yang tak melekat tu pun boleh. Gaul rata2 sampai satu masa tu, korang rasa berat je nak kacau. Itu maksudnya topping dah boleh di tuang.

9. Tuangkan topping ke atas puding roti tadi. Lepas tu, biarkan sejuk. Sabar dulu. Tahan nafsu nak makan.. Kalau nak lagi cepat sejuk, letak dalam freezer ok? Tu pun kalau korang ni jenis memang tak dapat tahan dah nak ngapp! Hahaha. *aku di antaranya*

Dan hasilnya! Huhhh sedap gila berasap hidung bila makan. Hahaha. Serius kembang hidung bila benda yang kita sendiri buat menjadi. Ye dok? So kalau aku yang tak tahu masak ni boleh buat, mesti korang pun boleh.

Anda mungkin juga menyukai