Anda di halaman 1dari 5

BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

TAJUK 3 SINOPSIS

FRASA NAMA BAHASA MELAYU

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara yang berkaitan dengan konsep frasa nama serta binaan frasa nama bahasa Melayu. Tahukah anda bahawa dalam bahasa Melayu, terdapat unsur frasa nama yang menjadi salah satu binaan dalam ayat? Tanpa unsur frasa, maka sesuatu ayat itu tidak akan dapat wujud dengan sempurna. Frasa nama juga menjadi tonggak dalam binaan sintaksis. Binaan sintaksis pula didasari oleh pola-pola ayat yang mengandungi pola-pola frasa yang menjadi tunjang dalam ayat sama ada sebagai subjek atau predikat. Malah, ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Sehubungan itu, frasa subjek dibentuk oleh frasa nama, manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS). HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: 1) 2) menjelaskan definisi frasa nama dan; menjelaskan binaan frasa nama.

12

BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

3.1 Kerangka Tajuk-tajuk

Frasa Nama

inti + inti

inti + penerang

3.2 Kandungan Isi Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa nama berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa. Seterusnya, perbincangan ditumpukan kepada ciri-ciri dan jenis-jenis frasa nama bahasa Melayu. 3.3 Konsep Frasa Nama Bahasa Melayu Frasa Nama menurut Nik Safiah Karim et.al (2008) ialah konstituen atau unsur yang menjadi pengisi frasa nama yang terdiri daripada kata nama sebagai unsur intinya. Unsur inti boleh wujud secara sendiri atau dengan sederetan penerang yang hadir sebelum frasa nama atau sesudahnya, atau sebelum dan sesudah frasa nama. Frasa nama ialah frasa yang boleh berdiri pada subjek dan objek ayat dan predikat nama, disamping boleh menggantikan kata nama (Asmah Hj.Omar, 1986)

13

BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Contoh : Subjek Frasa Nama (1) Emak (2) Emak Wan Seng (3) Putrajaya (4) Bandar Putrajaya Struktur Frasa Nama (inti + inti) Inti (5) Ibu (6) Keluar Frasa Nama Inti bapa masuk Predikat saling bantu-membantu. untuk pekerja sahaja. Predikat Frasa Nama peniaga. peniaga sayur. bandar selamat. bandar selamat.

Struktur Frasa Nama (inti + penerang) Inti (7) (8) (9) Atlet Pelajar Pegawai Frasa Nama Penerang paralimpik semester akhir Jabatan Haiwan yang soleh itu jinak itu Predikat meraih pingat emas. menduduki ujian. memberi ceramah. baik akhlaknya. menggigit makanan.

(10) Anak (11) Kucing

3.3 Binaan Frasa Nama Bahasa Melayu Binaan frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan atau lebih (Abdullah Hassan et.al (2006). Frasa ialah unsur terkecil dalam bidang sintaksis. Frasa digunakan bagi membina ayat. Dalam struktur binaan ayat, frasa didapati merupakan unsur yang terletak di bawah klausa. Binaan frasa dapat dibentuk daripada satu kata atau lebih. Walaupun terdapat beberapa pendapat tentang binaan frasa nama bahasa Melayu, namun perbincangan dalam topik 3 ini menjurus kepada dua struktur frasa dan binaan frasa nama (Abdullah Hassan,1983). Binaan frasa nama dapat digambarkan seperti berikut:

14

BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Binaan Frasa Nama

Jenis Penerang askar Penerang nama keturunan

Inti

Penerang British. Jawa parsi mawar kari pelincir skru pintu lelaki wanita pantai

suku bangsa kucing bunga serbuk

Inti + Penerang Nama

Penerang nama jenis

Penerang nama kegunaan Penerang nama penyambut Penerang nama kelamin Penerang nama tempat

minyak pemutar penjaga pelakon guru pinggiran

Binaan Frasa Nama

Penerang (Penentu Hadapan)

Penerang (Penentu belakang) Penerang kata kerja Penerang kata adjektif Penerang frasa sendi nama Penerang bilangan ordinal Inti + inti

Inti (Bilangan+penjodo h bilangan) tiga orang lima buah tujuh dulang Inti orang rumah mesin bilik pengemis kereta baju banglo tempat tingkat tubuh

Penerang (Inti) guru kereta nasi minyak. Penerang itu ini kira menunggu muda antik di jemuran di desa. kedua ketiga badan 15

BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Inti + inti

dengan maksud sama erti Inti + inti dengan maksud berlawanan

bukit tuan atas hidup

bukau puan bawah mati

Aktiviti
Tulis 10 contoh frasa nama bagi binaan inti + penerang nama. Senaraikan 20 binaan frasa nama berdasarkan sebuah cerpen atau rencana yang terdapat dalam majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka atau akhbar tempatan. Apakah ciri-ciri yang dapat membezakan frasa daripada ayat?

16

Anda mungkin juga menyukai