Anda di halaman 1dari 3

PERNYATAAN PROFESIONAL

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera diucapkan. Pertamanya sekali, saya ingin mengucapkan rasa bersyukur kerana telah diberi peluang dan berkesempatan untuk melaksanakan Praktikum Fasa II di Sekolah Kebangsaan Jelotong, Batu Pahat, Johor. Fasa praktikum merupakan satu program yang telah dirancang bagi setiap pelatih guru untuk memberikan pendedahan dan kefahaman awal kepada para pelatih guru seperti saya tentang suasana pengajaran dan pembelajaran alam persekolahan dari pandangan mata seorang guru sebenar. Praktikum merupakan latihan praktik dalam melasksanakan proses PdP berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah. Perlaksanaannya memberi tumpuan kepada proses PdP atau mengaplikasikan pelbagai strategi, kemahiran dan amalan berdasarkan teori pembelajaran yang dipelajari. Praktikum Fasa II yang akan kami jalankan pada semester keenam ini ialah berfokus kepada subjek major iaitu Matematik sebanyak 6 kredit dan juga subjek Elektif Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) sebanyak 2 kredit. Antara pengharapan saya bagi program yang pertama sekali saya lalui ini ialah apabila saya melangkahkan kaki saya masuk ke medan wahana ilmu SK Jelotong iaitu, setiap warga di dalamnya dapat memberikan kerjasama yang baik dan memberikan satu ingatan indah yang tidak dapat dilupakan. Sesungguhnya, penerimaan dan interaksi yang baik dan berkesan oleh setiap warga sekolah akan dapat memberikan impak kepada hasil laporan yang saya akan lakukan. Hal ini kerana pembinaan kemahiran interaksi yang baik sesama warga SK Jelutong dapat melatih dan menjadikan diri saya seorang yang bijak dan profesional dalam bersosial dan berkomunikasi dengan masyarakat. Sebagai ahli pendidik, hal ini adalah amat penting untuk membina hubungan yang baik dengan ahli masyarakat kerana guru disinonimkan sebagai agen perubahan dan contoh teladan bagi masyarakat di sekeliling mereka. Dari sudut intelektual pula, saya berharap akan dapat mempelajar suatu pengalaman tidak ternilai semasa saya sendiri menyatupadukan dan mengaplikasikan

teori yang dipelajari di dalam kelas dan menterjemahkannya dalam bentuk proses pengajaran dan pembelajaran yang baik. Selain itu, saya berharap akan mudah untuk memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya sekolah ini. Saya tidak terlalu mengharapkan tahap infrastruktur dan suasana yang terlalu baik bagi sekolah yang akan saya pergi bagi menjalankan program ini. Jika kemudahan infrastrukturnya kurang, itu juga merupakan satu perkara yang patut disesuaikan oleh semua guru dan dapat diterima dengan baik. Sesungguhnya, seorang insan guru yang bagus ialah fleksibel dengan persekitarannya juga fleksibel dengan strategi, kaedah dan teknik PdP yang digunakannya. Di samping itu, saya berharap akan dapat mempelajari dan memperoleh ilmu pengetahuan tentang pengurusan sekolah dari pelbagai bentuk yang berkaitan dengan tugasan yang akan saya jalankan. Setiap sekolah pasti akan mempunyai sistem yang berbeza sama ada dari segi kualiti dan juga pelaksanaannya. Jadi, saya akan dapat membandingbezakan dengan tahap pengurusan sekolah di sekolah lain apabila saya menjalani praktikum di sekolah lain pula. Seterusnya, maklumat yang dikumpul tentang pengurusan sekolah, iklim pengajaran dan pembelajaran diharapkan akan dapat membantu saya dalam melaksanakan tugasan ini selain memberikan saya ilmu yang akan dapat digunakan dan bermanfaat untuk saya semasa di sekolah suatu hari nanti. Pada masa yang sama, saya berharap agar dapat menggunakan sumber sumber bahan yang berkaitan dan bersesuaian dengan sesi pengajaran dan pembelajaran secara maksima. Pada masa yang sama, mungkin saya boleh mempelajari cara- cara bagi menggunakan alatan alatan PdP yang mungkin belum pernah diaplikasikan oleh kami semasa menuntut di IPG dari guru guru di SK Jelutong. Diharap dengan praktikum kali ini juga, saya dapat menganalisis dan melihat sendiri kelebihan atau kelemahan yang terdapat pada diri semasa mengajar. Hal ini penting bagi meningkatkan kualiti diri saya dari segi pedagogi dan ilmu pengetahuan serta berusaha untuk memberikan serta mendapatkan yang terbaik. Bertitik tolak dari itu juga, saya sangatlah berharapan penuh agar praktikum bagi fasa II ini akan menjadikan saya sebagai insan guru yang dapat mendukung cita cita dan aspirasi negara untuk membangunkan modal insan yang setanding inteleknya

dengan negara negara dunia pertama dan syumul peribadi serta ketrampilannya. Sesungguhnya, insan guru yang cemerlang dan terbilang itu akan dapat mendidik anak anak muridnya melalui proses PdP yang berkualiti iaini daripada tidak tahu kepada tahu, tahu kepada faham, faham kepada perbuatan beradab dan sehingga ke hierarki yang tertinggi iaitu dapat pula menyampaikan ilmu yang diterima kepada orang lain dengan betu. Akhir sekali, diharapkan praktikum siri II kali ini dapat menjadikan saya seorang guru yang berkebolehan dalam mengajar dengan baik; membuat inovasi; yang dapat menyesuaikan dengan suasana P&P di sekolah selain pengurusan, membuat refleksi yang berkualiti tinggi dan sebagainya. Moga laporan ini dapat dijadikan contoh dan rujukan pada masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai