Anda di halaman 1dari 5

JURNAL MINGGU 2 Murid Berkeliaran Ketika Guru Lambat Masuk Kelas MUHAMMAD NABIL FIKRI BIN AINI PISMP

MASALAH Minggu ini merupakan minggu pertama saya menjalani praktikum di sekolah Kebangsaan Tudan ini. Untuk pelaksanaan praktikum fasa ini, saya akan mengajar subjek major iaitu bahasa Melayu dan subjek minor Pendidikan Jasmani. Melalui pemantauan saya pada minggu pertama pada beberapa buah kelas t, saya mendapati murid-murid bagi kelas tahun 4 mempunyai masalah disiplin iaitu mereka suka berkeliaran di luar kelas ketika ketiadaan guru. Hal ini terjadi apabila guru matapelajaran pada waktu tersebut lambat masuk ke dalam kelas. Kadangkala mereka akan berjalan dari tandas hingga ke kantin. Tidak kurang juga akan ada murid yang berkeliaran masuk ke dalam bilik guru. Isu tersebut kadangkala diambil remeh oleh sebahagian besar. Namun, bagi saya, hal ini merupakan perkara yang perlu diambil berat. Hal ini kerana, jika murid tidak diawasi, perkara-perkara buruk yang tidak diingiini akan berlaku. Bayangkan, tiba-tiba kita mendapati seorang murid datang ke dalam bilik guru dalam keadaan luka-luka yang berdarah. Walhal pada masa tersebut murid mempunyai sesi P&P. Disebabkan itu, saya mengambil keputusan untuk membuat isu tersebut bagi jurnal saya ANALISIS MASALAH Menurut Harry K. Wong (1998) kebanyakan masalah tingkah laku disebabkan oleh guru itu sendiri. Most behavior problems in the classroom are caused by the teachers failure to teach students how to follow procedures. Guru-guru yang bersikap dengan tidak mempedulikan murid-murid akan menyebabkan murid-murid tersebut mengganggap bahawa guru telah takut akan mereka. Murid yang berkeliaran hanya dibiarkan masuk ke dalam bilik guru tanpa dihiraukan. Ini juga merupakan salah satu faktor penyebab mengapa murid-murid

berterusan melakukan hal tersebut. Seterusnya, murid akan berasa guru ini langsung tidak mengambil berat akan mereka. Maka, murid-murid pun tidak menghormati guru mereka dengan cara berkeliaran samada untuk mengganggu rakan di kelas lain ataupun untuk bermain di luar.

CADANGAN Bagi mengatasi masalah ini, saya akan mengambil beberapa langkah atau tindakan yang wajar. Menurut K Harry wong (1998), kebanyakan masalah tingkah laku disebabkan oleh guru itu sendiri. Maka, sebagai bakal seorang guru, saya akan bertindak dengan menyelesaikan masalah ini secara berperingkat. Pada hipotesis saya, sikap guru yang mengambil berat dengan tingkah laku murid akan mendorong murid untuk tidak melakukan perkara tersebut pada masa akan datang. Oleh yang demikian, beberapa tindakan akan diambil. TEMPOH PENYELESAIAN 16 Julai 2013- 19 Julai 2013

TINDAKAN SUSULAN ISNIN (15 Julai 2013) Saya telah membuat kajian ini pada hari Isnin yang bertarikh 15 Julai 2013. Pada pukul 8:20 adalah waktu pertukaran matapelajaran bagi kebanyakan kelas. Waktu pertukaran guru adalah selang 30 minit ataupun selang 1 jam. Oleh yang demikian, pada waktu tersebut murid-murid akan menunggu guru yang seterusnya untuk masuk ke dalam kelas. Saya mula menyedari hal ini apabila ramai murid yang masuk ke dalam bilik guru tanpa tujuan apabila tiba waktu pertukaran guru. Selain itu, saya melihat banyak murid yang berdiri di luar kelas. Berikut merupakan gambargambar keadaan murid yang berkeliaran.

SELASA (16 JULAI 2013) Tindakan 1: Tindakan pertama yang saya lakukan ialah dengan pergi ke kelas murid yang berkeliaran tersebut. Saya menyuruh murid-murid yang berada di luar kelas untuk masuk dan duduk di meja masing-masing. Saya mengarahkan murid untuk membuka buku dan membacanya. Murid-murid mengikut arahan saya, namun hal ini berlaku lagi pada sesi pertukaran guru yang seterusnya.

RABU ( 17 JULAI 2013) Pada hari ini, saya mengambil langkah untuk mengatasi masalah ini dengan menyuruh ketua kelas untuk memanggil guru yang mengajar pada sesi tersebut di bilik guru. Kadang-kadang guru-guru terleka membuat kerja dalam bilik guru

sehingga lupa waktu mengajar. Oleh yang demikian, saya menyuruh ketua kelas memanggil guru berkenaan supaya tidak ada rakan sekelas yang berkeliaran.

KHAMIS (18 JULAI 2013) Kebanyakan ketua kelas memberikan jawapan gagal untuk mencari guru yang mengajar pada waktu tersebut. Oleh yang demikian, tindakan saya yang seterusnya ialah dengan menyuruh ketua kelas untuk mengambil nama murid yang berkeliaran di luar kelas dan memberikan nama mereka kepada guru disiplin iaitu Cikgu Simon. Cikgu Simon amat ditakuti oleh murid kerana ketegasannya dalam menangani hal disiplin pelajar. Pada waktu pertukaran yang seterusnya, didapati murid-murid tidak lagi berkeliaran di dlaam bilik guru dan di luar kelas.

CATATAN Bertepatan dengan Penyataan yang dibuat oleh K. Harry Wong(1998), tindakan guru mempengaruhi tingkah laku murid-murid . Maka, menurut hasil yang telah saya perolehi, tindakan guru disiplin tersebut amat mempengaruhi tingkah laku murid. Mereka mematuhi arahan dan menghormati guru disiplin berkenaan. Kesimpulannya, masalah murid yang suka berkeliaran ini harus diatasi dengan cara yang betul. Mereka tidak akan berkeliaran sekiranya ada rasa hormat kepada guru dan terdapatnya rasa terhalang ataupun sekatan untuk mereka berkeliaran. Secara emotifnya, mruid-murid akan merasa bahawa guru-guru mengambil berat akan mereka. Hasilnya murid-murid tidak lagi berkeliaran kerana faktor-faktor yang mendorong mereka untuk duduk diam di dalam kelas. Berikut diberikan gambaran suasana sekolah tanpa ada murid yang berkeliaran.

Anda mungkin juga menyukai