Anda di halaman 1dari 7

4.

0 MEMBINA SEBUAH BUKU CERITA YANG MENGANDUNGI AMALAN PENGGUNAAN BAHASA YANG GRAMITIS DAN SANTUN SERTA DIKAITKAN DENGAN SALAH SATU PERIBAHASA.

4.1 PEPATAH Menurut Kamus Dewan (2006), pepatah ialah susunan bahasa yang menjadi sebutan yang berkaitan dengan sesuatu peristiwa kehidupan masyarakat sehari-hari. Pepatah berasal daripada adat resam. Berfungsi sebagai pedoman dalam kehidupan bermasyarakat dan bentuknya berkerat-kerat atau berpatah-patah.

4.2 BUKU CERITA Kanak-kanak adalah permata kecil yang mempunyai potensi unik dan indah untuk digilap dan dikembangkan. Dalam meningkatkan potensi diri kanak-kanak, dorongan dan sokongan amat diperlukan. Keyakinan diri yang terbina menjadi suatu kekuatan dan motivasi bagi kanak-kanak supaya belajar, memajukan diri, mempertajamkan daya intelek dan mengatasi cabaran yang dihadapi oleh mindanya. Sesungguhnya kanak-kanak ini adalah anugerah dan amanah Tuhan kepada kita. Otak kanak-kanak mengandungi 100 billion sel saraf (neuron) yang mana akan membina perhubungan apabila sel-sel dirangsang. Ini membuktikan bahawa peringkat awal perkembangan kanak-kanak adalah tempoh formatif dan merangkumi detik-detik kritikal dalam pembangunan seseorang individu. Dengan mengambil kira aspek kecerdasan murid pemulihan di sekolah SJK T NILAI, maka saya menghasilkan suatu buku cerita yang bersesuaian dengan tahap kognitif dan kecerdasan murid Tahun 1 Pendidikan Pemulihan. Buku cerita yang berjudul IKA DAN KEMARAU menjadi sumber utama untuk saya merangsangkan penggunaan bahasa gramatis dan santun peribahasa dalam kalangan murid pemulihan.

28

Rajah 4.1 : Buku Cerita IKA DAN KEMARAU 4.2 PENGHASILAN BUKU CERITA Saya menghasilkan buku cerita IKA DAN KEMARAU berpandukan pendekatan psikolinguistik. Pendekatan psikolinguistik mencakupi dua aspek utama, iaitu kajian pemerolehan dan

pemahaman bahasa. Di Malaysia, perkembangan kajian dalam bidang psikolinguistik lebih memberi tumpuan terhadap pemerolehan bahasa kanak-kanak, sama ada bahasa pertama ataupun bahasa kedua. Beberapa orang sarjana yang terlibat dalam bidang ini, ialah Mangantar Simanjuntak, Atan Long, Juriah Long, Khadijah Rohani, Zukifley Hamid dan beberapa orang penyelidik lain. Kebanyakan kajian yang telah mereka lakukan ini sedikit sebanyak telah memberi sumbangan kepada bidang penulisan buku kanak-kanak di Malaysia hari ini. Justeru, melalui penulisan tesis sarjana berjudul Pemahaman bahasa kanak-kanak terhadap cerita rakyat tempatan: satu analisis psikolinguistik, penulis cuba memperlihatkan kepentingan pendekatan psikolinguistik dalam mengenal pasti pemahaman bahasa Melayu kanak-kanak terhadap cerita rakyat tempatan yang diterbitkan untuk pembacaan golongan sasaran tersebut. Maka saya menitikberatkan dua aspek dalam memilih buku cerita kanak-kanak ialah bahasa dan kandungannya. Aspek bahasa ialah asas yang mendukung konsep-konsep isi bacaan atau makna yang hendak disampaikan kepada pembaca, iaitu kanak-kanak. Oleh yang demikian, kedua-dua aspek ini tidak boleh diasingkan kerana bahasa tidak boleh terpisah daripada konsep yang didukung oleh bahasa.

29

Saya mengambil kira pelbagai aspek dalam penghasilan dan pemilihan buku cerita Ika dan Kemarau. Antaranya ialah 1. Penggunaan Bahasa Penggunaan bahasa yang mudah difahami .Pemilihan perkataan bersesuaian dengan tahap kognitif murid. Penggunaan ayat mudah yang mudah difahami oleh murid. Murid mudah membaca dan mengeja.

2. Penggunaan tulisan. Penggunaan tulisan yang besar mampu kesemua murid pemulihan saya melihat huruf dan perkataan. Selain itu, mereka juga dapat membaca perkataan yang terpapar dalam buku cerita tersebut. Perkataan telah dibahagi mengikut suku kata memudahkan murid mengeja dan membaca ayat dalam buku cerita tersebut

3. Gambar dan illustrasi yang berwarna-warni. Kategori sekolah rendah bawah (umur 7 hingga 9 tahun), pula, menunjukkan penggunaan teks dan gambar dilaksanakan dalam membina cerita, iaitu sebanyak 75% terdiri daripada teks dan gambar ialah 25%. Jalan cerita hendaklah mudah difahami di samping plot cerita yang lengkap. Penggunaan gambar yang berwarna warni menarik minat murid untuk memfokus semasa guru bercerita maka buku yang saya memilih mempunyai gambar yang menarik dan bersesuaian kepada murid saya untuk terangsang semasa saya bercerita.

4. Perkataan dalam buku cerita yang diteliti. Penggunaan perkataan dalam buku cerita dikaji dan dilakukan dengan merujuk analisis teks yang digunakan oleh penulis dalam buku cerita ini berjudul Ika dan Kemarau. Ia dapat di klasifikasi kepada tiga jenis perkataan atau kata yang terdiri daripada kata dasar, kata terbitan dan kata hubung. Maka saya berperasaan buku cerita yang saya pilih ini amat bersesuaian kepada murid pemulihan saya.

5. Reka bentuk Buku Reka bentuk buku mestilah menarik. Hiasan kulit hendaklah seimbang antara warna dan tipografi yang merakamkan nama pengarang, judul buku serta keterangan lain untuk memperkenalkan buku tersebut. Pastikan kertas yang digunakan bermutu. Kertas yang

30

berwarna krim amat sesuai dan selesa bagi mata kanak-kanak. Penjilidan buku dijahit dengan kuat supaya muka suratnya tidak mudah tanggal. Pastikan gambar dan ilustrasi yang ada sesuai dengan teks buku.

6. Penggunaan Peribahasa. Buku cerita Ika dan Kemarau bersesuaian dengan penggunaan bahasa dan gramatis. Pepatah yang saya memilih ialah Jadi Penghubung Mata dan Telinga. Definisinya adalah tempat harapan dan kepercayaan yang selalu memberi pertolongan. Saya bersandarkan kepercayaan disebabkan salah satu tema

memilih peribahasa yang

dalam sukatan Bahasa Melayu (Tahun 1) bersentuhan prinsip kepercayaan kepada tuhan. Oleh yang demikian, pemilihan peribahasa ini amat bersesuaian untuk menanam nilai kepercayaan.

4.3 KANDUNGAN BUKU CERITA.

31

32

33

34

Anda mungkin juga menyukai