Anda di halaman 1dari 27

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR SEREMBAN

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN AMBILAN JANUARI 2011

TAJUK : SISTEM BAHASA MELAYU

NAMA : HEMANATHAN A/L HARIKRISHNAN No.KP : 891118-10-5871 ANGKA GILIRAN : 2011151340087 KUMPULAN UNIT : PEMULIHAN/BT/MT KOD KURSUS : PKP 3116 NAMA KURSUS :SISTEM BAHASA MELAYU PENSYARAH : PN. HJH. ZAHARILAH BT HJ. ABDUL KADIR TARIKH SERAHAN : 19 OGOS 2013

(Halaman Pengakuan perlu ditulis dalam Bahasa Melayu)

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan :

Nama Pelajar : HEMANATHAN A/L HARIKRISHNAN

Tarikh

: .................................

PENGHARGAAN

Saya HEMANATHAN A/L HARIKRISHNAN dari unit Pendidikan Pemulihan telah melaksanakan kerja kursus berasaskan ilmu bagi SISTEM BAHASA MELAYU untuk semester 6 ini. Bagi melaksanakan tugasan ini saya bekerja dengan sedaya upaya bagi

menyempurnakannya dengan sebaik mungkin. Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada orang yang membantu saya melaksanakan dan menyiapkan tugasan ini. Pada mulanya, saya ingin merakamkan terima kasih kepada Tuhan yang maha berkuasa untuk memberikan saya kesihatan yang berpanjangan untuk melaksanakan tugasan ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada ibu bapa saya yang memberikan saya segala kemudahan bagi menyiapkan tugasan dengan sempurnanya. Saya juga ingin berterima kasih kepada pensyarah Pemulihan saya PN. HJH. ZAHARILAH BT HJ. ABDUL KADIR begitu bertanggungjawab ke atas saya yang bakal menjadi guru pelatih yang cemerlang. Saya juga berharap, beliau akan memberikan tunjuk ajar yang berterusan kepada saya dan juga kepada rakan pelatih saya bakal menjadi guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang. yang

TAJUK TUGASAN SISTEM BAHASA MELAYU JABATAN JABATAN ILMU PENDIDIKAN INSTITUT INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR,SEREMBAN

SENARAI KANDUNAGAN MUKA SURAT HALAMAN PENGAKUAN PENGHARGAAN SENARAI KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN i ii iii 1

2.0 PEMBENTUKAN KATA BAHASA MELAYU 2.1 PENGIMBUHAN 2.1.1 IMBUHAN-IMBUHAN PINJAMAN DALAM BAHASA Melayu

2.2 PROSES PENGIMBUHAN 2.3 PROSES PEMAJMUKAN 2.4 PROSES PENGANDAAN 2.5 KATA AKRONIM

3.0 SINTAKSIS 3.1 PERSEMBAHAN POWER POINT(TUTORIAL) 4.0 MEMBINA SEBUAH BUKU CERITA YANG MENGANDUNGI AMALAN PENGGUNAAN BAHASA YANG GRAMATIS DAN SANTUN SERTA DIKAITKAN DENGAN SALAH SATU PERIBAHASA. 4.1 PEPATAH 4.2 BUKU CERITA 4.3 PENGHASILAN BUKU CERITA 4.4 KANDUNGAN BUKU CERITA 5.0 PENULISAN SECARA KRITIKAL BERKAITAN CERITA KREATIF UNTUK MURID MURID PEMULIHAN DAN BAGAIMANA BUKU CERITA MEMBANTU PEMBENTUKAN KATA BAHASA MELAYU MURID PEMULIHAN 5.1 CIRI-CIRI BUKU CERITA

16

28

34

5.2 TAHAP BUKU CERITA(PEMBENTUKAN KATA) 5.3 RAKAMAN BUKU CERITA RUMUSAN RUJUKAN 38 40

LAMPIRAN

41

BUKU CERITA (IKA DAN KEMARAU)

PENDAHULUAN Sistem Bahasa Melayu ialah bidang yang menumpukan perhatian terhadap pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna. Perkataan dibina oleh gabungan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa yang mempunyai makna, digabungkan menjadi suku kata dan perkataan. Sistem Bahasa Melayu merangkumi empat bidang iaitu fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. Fonologi Morfologi - Bidang kajian bunyi-bunyi bahasa dan lambang-lambang. - Bidang kajian kata dari segi pembentukan, jenis dan aspek-aspek berkaitan kata. Sintaksis - Kajian tentang ayat yang merangkumi pembentukan, jenis dan golongan serta kajian tentang ayat. Semantik - Kajian yang merangkumi penggunaan kata berpandukan makna.

Bidang

tatabahasa

mengkaji

cara-cara

perkataan

itu

terbentuk

dan

selanjutnya

bagaimana(cara) perkataan itu bercantum membentuk frasa dan ayat. Kajian tentang bidang tatabahasa dilakukan dari dua segi, iaitu cara perkataan itu dibentuk daripada bunyi bahasa dan cara perkataan itu disusun menjadi ayat.Contoh pembentukan kata ialah perbincangan tentang cara perkataan terbentuk melalui penggabungan awalan, akhiran dan apitan, manakala contoh pembentukan ayat ialah perbincangan tentang subjek dan predikat serta pola ayat. Bidang huraian pada peringkat perkataan dikenali sebagai morfologi manakala peringkat ayat dikenali sebagai sintaksis.Dengan perkataan lain, bidang tatabahasa terbahagi dua, iaitu morfologi dan sintaksis.

Tatabahasa ialah satu kumpulan petua bagi membentuk perkataan, frasa, klausa dan ayat.

MORFOLOGI

TATABAHASA -

BENTUK KATA

SISTEM EJAAN

PEMBENTUKAN KATA

GOLONGAN KATA

SISTEM BAHASA MELAYU

SINTAKSIS

SEBUTAN BAKU SEBUTAN DAN INTONASI INTONASI AYAT KOSA KATA

1.0 PEMBENTUKAN KATA BAHASA MELAYU (MORFOLOGI) Morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan, struktur kata dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam kumpulan yang sama. Kesimpulannya, morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam bahasa Melayu. Abdullah Hassan (2006) mendefinisikan Morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan. Istilah ini dipinjam daripada biologi yang bermaksud kajian tentang bentuk tubuh haiwan dan tumbuhan. Konsep bentuk ini diterapkan kepada bentuk perkataan bahasa manusia. Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985) mendefinisikan bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang Morfologi ialah satu dan cara-cara

perkataan

pembentukannya. Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan disebut morfem. Morfem ialah unit yang terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu. Perkataan ialah bentuk bahasa yang terkecil juga tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri.

Perubahan Struktur Kata

Contoh : beri pemberian

MORFOLOGI

Perubahan Golongan Kata

Contoh : cari pencarian

Perubahan Maksud Kata

Contoh : tupai tupai-tupai

Pembentukan Kata dalam bahasa Melayu mempunyai beberapa cara membentuk perkataannya. Ada bentuk perkataan yang bersifat tunggal, contohnya rumah, tinggal dan putih. Di samping itu terdapat perkataan yang dibentuk hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Contoh perkataan yang dibentuk secara pengimbuhan ialah meninggal dan meninggalkan. Contoh perkataan yang dibentuk secara pemajmukan ialah reka bentuk dan surat khabar. Manakala contoh perkataan yang dibentuk secara penggandaan ialah besar besar dan baju baju. Pengimbuhan Kata ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan iaitu awalan, akhiran dan sisipan. Imbuhan imbuhan ini apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan kata iaitu kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Pemajmukan Kata ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Penggandaan Kata dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau penggandaan separa. Kata dasar juga boleh diandaikan secara berentak, iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu. 1.1 PENGIMBUHAN Perkataan-perkataan dalam sesuatu bahasa boleh terdiri daripada bentuk dasar iaitu bentuk kata terkecil yang tidak menerima sebarang imbuhan atau bentuk terbitan, bentuk yang dihasilkan daripada proses memperluas bentuk dasar tadi melalui berbagai-bagai cara pembentukan kata. Imbuhan yang dimaksudkan ialah unit-unit bahasa tertentu yang ditambah pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Tercakup dalam imbuhan ialah bentuk-bentuk berikut : awalan, akhiran, sisipan, apitan, morfem kosong dan bentuk fleksi.

Imbuhan-imbuhan dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada dua unsur yang besar iaitu imbuhan-imbuhan yang asli dalam bahasa Melayu dan imbuhan-imbuhan yang dipinjam daripada bahasa asing.

Awalan

Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif

Akhiran

Kata Nama Kata Kerja

Apitan Bentuk-Bentuk Imbuhan Sisipan

Kata Nama Kata Adjektif

Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif

Morfem kosong

Tidak Wujud dalam BM

Fleksi

Tidak Wujud dalam BM

Rajah 1.0 : Bentuk-Bentuk Imbuhan Bahasa Melayu Mengikut Tatabahasa Bahasa Dewan

Awalan Imbuhan yang diletakkan di awal perkataan (sebelum kata dasar) dalam pemakaiannya. Misalnya ter-, ber-, me-, men-, mem-, meng-, meny, pe-, per-, di-, se-, ke-, dan lain-lain. Misalnya ber- dalam ber+jalan dan di- dalam di+ambil,

Akhiran Imbuhan yang ditambah pada bahagian belakang kata dasar (sesudah kata dasar) dalam pemakaian. Misalnya kan dalam jalan+kan dan -i dalam akhir+i. Apitan Imbuhan, yang hadir secara mengepit kata dasar, iaitu dua bahagian imbuhan hadir serentak di awal dan diakhir kata dasar, misalnya ke-.....-an dalam ke+cantik+an dan di-.....-i dalam di+ikut+i, Sisipan Imbuhan yang hadir di celahan kata dasar. Sisipan terbahagi kepada empat iaitu er-, el-, em- dan in-. Misalnya el- dalam t+el+unjuk, -in- dalam s+in+ambung,-er- dalam s+er+uling dan em-, dalam g+em+uruh. Morfem Kosong Tidak Wujud dalam bahasa Melayu. Fleksi Tidak Wujud dalam bahasa Melayu. 2.1.1 IMBUHAN-IMBUHAN PINJAMAN DALAM BAHASA MELAYU Umumnya, dapat dibahagikan unsur-unsur imbuhan asing ini kepada tiga kumpulan mengikut asal imbuhan-imbuhan tersebut. tiga kumpulan ini ialah : Imbuhan Sanskrit Imbuhan yang berasal daripada bahasa Sanskrit ialah jenis imbuhan yang telah lama ke dalam sistem tatabahasa bahasa Melayu. Penggunaan imbuhan ini amat produktif dan telah menjadi sebati dengan perkataan-perkataan dasar dalam bahasa Melayu. Namun, terdapat dua jenis imbuhan pinjaman daripada bahasa Sanskrit iaitu awalan dan akhiran.

Awalan maha tata pra swa tuna eka dwi tri panca maharaja tatabahasa prakata swadaya tunabusana ekabahasa dwitahunan tribulan pancaindera man man wan wan wati wati nita nita

Akhiran seniman budiman angkawan jelitawan olahragawati seniwati karyanita biduanita

Imbuhan Arab Parsi Pengaruh bahasa Arab-Parsi terhadap bahasa Melayu bermula sejak kedatangan Islam ke alam Melayu kira-kira abad ke-13 masihi. Sebagai bahasa rasmi agama Islam, bahasa Arab telah mendapat tempat dalam kalangan orang Melayu dan ini memudahkan proses asimilasi unsur-unsur bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu, terutamanya dari segi pengambilan bentukbentuk katanya. Namun demikian, terdapat dua jenis imbuhan pinjaman daripada Arab-Parsi iaitu awalan dan akhiran. bahasa

Awalan bibiadap bilazim binormal -wi -i -iah -in

Akhiran duniawi abadi lahiriah hadirin munafikin -at hadirat

munafikat -ah qariah solehah

Imbuhan Yunani Latin - Inggeris Imbuhan asing yang paling banyak dibawa masuk ke dalam bahasa Melayu berasal daripada imbuhan bahasa Yunani Latin Inggeris. Tetapi umumnya tersebut tidak berfungsi sebagai imbuhan dalam bahasa Melayu kecuali beberapa imbuhan awalan seperti pro-,anti-, mono-, poli-, auto- dan supra-.

Awalan proantipoliautosubsupraheteroheksahidrohomohiperkilomakroinfrainterprobarat antikerajaan poliklinik autograf subbidang supranasional heterograf heksagon hidrolisis homogen hiperbola kilometer makrolinguistik intrajabatan intervokal -isme -isme -ik -ik -si -si -al -al -is -is

Akhiran sosialisme nasionalisme prolifik saintifik sensasi revolusi praktikal klinikal potensi praktis

Rajah 1.1 : Bentuk-Bentuk Imbuhan Pinjaman dalam Bahasa Melayu Mengikut Tatabahasa Bahasa Dewan

2.2 PROSES PENGIMBUHAN

Proses pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini, apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan kata iaitu kata kerja, dan kata adjektif. Berikut diperlihatkan beberapa contoh proses pengimbuhan. Imbuhan (Awalan) PemMemper-isme -i Peng-.....-an Men-.....-i Ke-...-an Ber-....-an -erbawa kuat nasional dekat isytihar ikut sihat lari gigi Kata dasar Kata terbitan pembawa memperkuat nasionalisme dekati pengisytiharan mengikuti kesihatan berlarian gerigi

-em-

gilang

gemilang

Proses pengimbuhan boleh berlaku pada pelbagai tahap. Pengimbuhan boleh berlaku pada sejumlah kecil kata akar, misalnya ber- + tapa ( bertapa ), ke- + tawa ( ketawa ) dan ke- + mudi ( kemudi ).

Sebahagian besar proses pengimbuhan berlaku pada kata dasar, yang menghasilkan kata terbitan. Kata terbitan yang dihasilkan oleh proses pengimbuhan boleh menjadi kata dasar bagi proses pengimbuhan kali kedua. Daripada kata dasar karang, misalnya, dapat dilahirkan pengarang melalui imbuhan peN-. Pengarang pula dapat menerima apitan ke-...-an, menerbitkan kepengarangan.

2.3 PROSES PEMAJMUKAN

Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Sebagai contoh, kerusi dan malas masingmasing mempunyai makna tersendiri, tetapi apabila dirangkaikan membentuk kata majmuk kerusi malas. Tidak dapat diselitkan apa-apa unsur antara dua kata dasar ini; maksudnya, dalam bahasa Melayu tidak terdapat ungkapan * kerusi yang malas atau * kerusi dan malas atau * kerusi untuk malas.

Pengimbuhan Kata Majmuk Kata majmuk boleh menerima imbuhan seperti kata dasar lain. Cara pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk, iaitu :

Apabila kata majmuk menerima awalan atau akhiran, ejaannya tetap terpisah. Contohnya :

urus niaga cari gali reka bentuk

berurus niaga mencari gali direka bentuk

daya serap

daya serapan

Apabila kata majmuk menerima apitan, ejaannya menjadi bercantum, Contohnya :

lipat ganda surat khabar urus niaga ibu bapa

melipatgandakan persuratkhabaran diurusniagakan keibubapaan

Penggandaan Kata Majmuk Kata majmuk boleh mengalami proses penggandaan. Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama sahaja.

Contohnya : rumah sakit guru besar Raja Muda Timbalan Naib Canselor rumah-rumah sakit guru-guru besar Raja-raja Muda Timbalan-timbalan Naib Canselor

Satu kekecualian ialah penggandaan yang melibatkan perkataan yang telah mantap. Dalam hal ini, penggandaan berlaku kepada keseluruhan perkataan.

Contohnya : setiausaha jawatankuasa tanggungjawab setiausaha-setiausaha jawatankuasa-jawatankuasa tanggungjawab-tanggungjawab

2.4 PROSES PENGGANDAAN

Proses penggandaan ialah proses yang mengulangi kata dasar, sama ada secara penuh, separa atau berentak iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu. Dengan kata lain, terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu ;

1. Penggandaan penuh, 2. Penggandaan separa, dan 3. Penggandaan berentak.

Penggandaan penuh

Penggandaan penuh ialah proses yang mengulangi seluruh kata dasar. Terdapat dua jenis penggandaan penuh, iaitu :

Yang melibatkan kata dasar yang tidak menerima apa-apa imbuhan.


Sekolah makan besar pelari perbualan kekasih kejadian baju

sekolah-sekolah makan-makan besar-besar pelari-pelari perbualan-perbualan kekasih-kekasih kejadian-kejadian baju-baju

Yang melibatkan kata dasar yang menerima imbuhan.

Penggandaan separa

jari siku sungut pohon laki

jejari sisiku susungut popohon lalaki

jejari sesiku sesungut pepohon lelaki n Penggandaa separa ialah

proses yang mengulangi sebahagian kata dasar sahaja. Penggandaan separa berlaku pada dua jenis kata dasar, iaitu : Pada kata dasar tunggal dan lazimnya melibatkan pengulangan suku kata pertamanya serta letak pengulangan itu pada bahagian hadapan kata dasar. Vokal dalam bentuk gandaan ini mengalami proses pelemahan, menjadikannya vokal e pepet. Proses ini dapat digambarkan seperti yang berikut :

Pada kata dasar yang berimbuhan. Penggandaan separa yang berlaku hanya mengulangi kata dasar dan tidak melibatkan imbuhan. Penggandaan ini berlaku pada kata kerja dan kata adjektif, dan boleh terletak di bahagian belakang kata dasar atau di bahagian hadapan kata dasar. Kata Dasar Berimbuhan tersenyum bercakap setinggi membantu mencuit menari mengejar Imbuhan tersenyum-senyum bercakap-cakap setinggi-tinggi bantu-membantu cuit-mencuit tari-menari kejar-mengejar

Penggandaan Berentak Penggandaan berentak ialah proses yang mengulangi kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Berdasarkan perubahan dan pengulangan bunyi demikian, penggandaan berentak terbahagi kepada tiga jenis, iaitu : 1 Penggandaan Berentak Pengulangan Vokal

2 3

Penggandaan Berentak Pengulangan Konsonan Penggandaan Berentak Bebas

Penggandaan Berentak Pengulangan Bebas

Dalam penggandaan ini, bunyi yang diulang ialah vokal, iaitu yang mempunyai ciri-ciri keharmonian vokal,

Contohnya : sayur ramah cerai sayur-mayur ramah-tamah cerai-berai

Penggandaan Berentak Pengulangan Konsonan Dalam penggandaan ini, penggandaan berlaku pada persamaan bunyi-bunyi konsonan tertentu, Contohnya : kayu tanah simpang kayu-kayan tanah-tanih simpang-siur

Perhatian: Kata ganda mesti dieja dengan sempang. Salah, misalnya, jika ditulis *ipar duai. 2.5 KATA AKRONIM

Mengikut Tatabahasa Dewan, turut tergolong ke dalam bentuk kata tunggal ialah kata akronim. Kata akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar. Contohnya : ABIM Bernama Kugiran - Angkatan Belia Islam Malaysia - Berita Nasional Malaysia - kumpulan gitar rancak

Cara Menulis Kata Akronim Terdapat tiga cara menulis kata akronim dalam bahasa Melayu, bergantung pada cara pembentukkannya.

Ditulis dengan huruf besar seluruhnya Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang disingkatkan, keseluruhannya ditulis dengan huruf besar, jika kata nama khas.

Contohnya : ABIM UMNO Angkatan Belia Islam Malaysia United Malay National Organisation

Ditulis dengan huruf kecil seluruhnya Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku kata ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya, jika bukan kata nama khas.

Contohnya : tabika - taman bimbingan kanak-kanak purata - pukul rata kugiran - kumpulan gitar rancak

Ditulis bermula dengan huruf besar Jika akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku katanya itu menjadi kata nama khas, kata akronim itu ditulis bermula dengan huruf besar. Contohnya : Bernama Intan Proton Berita Nasional Malaysia Institut Tadbir Awam Negara

Perusahaan Otomobil Nasional

Perhatian:

Lazimnya kata akronim terbentuk untuk kata nama khas dan

pembentukannya agak longgar serta tidakberdasarkan prinsip yang jelas. Oleh itu, proses pembentukan kata seperti ini tidak digalakan sebagai satu kaedah pembentukan kata bagi membentuk perkataan baharu atau kata istilah dalam bahasa Melayu.

3.0 SINTAKSIS Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna (Nik Safiah Karim et.al, 2006). Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk,struktur dan binaan atau konstruksi ayat (Siti Hajar Abdul Aziz . 2008). Contoh binaan ayat : Subjek (1). Ali (FN) (2). Pemburu itu (FN) (3). Bajunya (FN) (4). Rumah itu (FN) Struktur Binaan Subjek dan Predikat Subjek Konstituen yang terdiri daripada sama ada satu perkataan atau beberapa perkataan, yang menjadi judul atau unsur yang diterangkan. Predikat Kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek. Predikat peniaga (FN) melontar lembing (FK) cantik sekali (FA) di tepi sawah (FS)

Subjek

Predikat

(1). Amin (2). Abang kandungku (3). Pegawai kastam itu

guru besar di sekolah baru itu. sedang berehat di bilik sebelah. amat cekap.

Ayat di atas boleh juga disongsangkan dengan melakukan pendepanan predikat dan meletakkan subjek di belakang.

Subjek
(1). Guru besar di sekolah baru itu (2). Sedang berehat di bilik sebelah (3). Amat cekap Ayat Dasar dan Ayat Terbitan

Predikat
Amin. abang kandungku. pegawai kastam itu.

Ayat dasar : ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. Ayat dasar juga disebut sebagai ayat inti , iaitu ayat yang menjadi sumber bagi pembentukan ayat -ayat lain (Raminah Hj.Sabran, Rahim Syam ,1987).

Ayat terbitan : ayat yang terhasil daripada proses penerbitan sesuatu ayat dengan mematuhi hukum atau rumus transformasi.

Proses penerbitan ayat berlaku sama ada secara pengguguran, penyusunan semula atau peluasan.

Contoh : Ayat Dasar -------- Ayat terbitan (perluasan)

(11) Faridah guru (FN+FN) => Faridah guru yang sabar. (12) Ah Meng berlari (FN+FK) (13) Pak Cik membaca(FN+FK) => Ah Meng berlari dengan pantas. => Pak Cik membaca surat khabar.

(14) Kucing comel (FN+FA) => Kucing comel itu kesayangan Mama. (15) Mak Limah ke sawah (FN+FS) => Mak Limah ke sawah untuk menuai padi.

Frasa Nama ialah konstituen atau unsur yang menjadi pengisi frasa nama yang terdiri daripada kata nama sebagai unsur intinya. Unsur inti boleh wujud secara sendiri atau dengan sederetan penerang yang hadir sebelum frasa nama atau sesudahnya, atau sebelum dan sesudah frasa nama. Frasa nama ialah frasa yang boleh berdiri pada subjek dan objek ayat dan predikat nama, disamping boleh menggantikan kata nama .

Subjek Frasa Nama (1). Emak (2). Emak Wan Seng (3). Putrajaya (4). Bandar Putrajaya

Predikat Frasa Nama peniaga. peniaga sayur. bandar selamat. bandar selamat.

Struktur Frasa Nama (inti + inti) Frasa Nama Inti (1). Ibu (2). Keluar Inti bapa masuk Predikat saling bantu-membantu. untuk pekerja sahaja.

Struktur Frasa Nama (inti + penerang) Frasa Nama Inti (1). Atlet (2). Pelajar (3). Pegawai (4). Anak (5). Kucing Penerang paralimpik semester akhir Jabatan Haiwan yang soleh itu jinak itu Predikat meraih pingat emas. menduduki ujian. memberi ceramah. baik akhlaknya. menggigit makanan.

Binaan Frasa Nama Dalam Bahasa Melayu Binaan frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan atau lebih (Abdullah Hassan et.al, 2006). Frasa ialah unsur terkecil dalam bidang sintaksis. Frasa digunakan bagi membina ayat. Dalam struktur binaan ayat, frasa didapati merupakan unsur yang terletak di bawah klausa. Binaan frasa dapat dibentuk daripada satu kata atau lebih. Walaupun terdapat beberapa pendapat tentang binaan frasa nama bahasa Melayu, namun perbincangan dalam topik 3 ini menjurus kepada dua struktur frasa dan binaan frasa nama. (Abdullah Hassan,1983). Binaan frasa nama dapat digambarkan seperti berikut:

Binaan Frasa Nama

Penerang

Inti

Penerang

Penerang nama keturunan

askar Suku bangsa

British. Jawa.

Inti + Penerang Nama

Penerang nama jenis

kucing bunga

parsi. mawar.

Penerang nama kegunaan

serbuk minyak

kari pelincir skru pintu lelaki. wanita.

Penerang nama penyambut

pemutar penjaga

Penerang nama kelamin

pelakon guru

Penerang nama tempat

pinggiran

pantai

Penerang (Penentu Hadapan) Binaan Frasa Nama

Inti (Bilangan+penjodoh bilangan) tiga orang lima buah tujuh dulang

Penerang (Inti)

guru kereta nasi minyak.

Penerang (Penentu belakang) Inti orang rumah Penerang kata kerja bilik Penerang kata adjektif pengemis menunggu muda mesin Penerang itu ini kira

kereta Penerang frasa sendi nama banglo Penerang bilangan ordinal tingkat Inti + inti dengan maksud sama erti bukit Inti + inti dengan Inti + inti maksud berlawanan atas hidup tuan tubuh tempat baju

antik di jemuran di desa. kedua ketiga badan bukau puan bawah mati

Anda mungkin juga menyukai