Anda di halaman 1dari 7

Kitaran hidu

Kitaran hidup katak

Kitaran hidup rama-rama

KITAR HIDUP RAMA RAMA


Rama rama merupakan antara serangga yang mempunyai kitaran hidup lengkap sebagai seekor serangga. Dalam proses kitar hidup yang dilaluinya , rama-rama melalui 4 proses/ peringkat. Setiap peringkat yang ada adalah berbeza antara satu sama lain juga mempunyai tujuan yang berbeza.

Peringkat 1 : Telur
Pada peringkat pertama ini rama-rama yang telah matang dan melakukan persenyawaan akan menghasilkan telur seperti dalam rajah diatas. Telur rama-rama sangat nipis ,kecil, berkilat kekuningan / keputihan dan ada juga yang berbentuk silinder. Pada permukaan telur kelihatan tulangtulang halus. Kebiasaannya telur-telur yang dihasilkan oleh rama-rama ini akan menempel pada daun atau dahan pokok. Tahap ini juga boleh dikenali sebagai tahap perkembangan.

Peringkat 2 : Beluncas / Larva


Pada tahap ini telur yang menempel pada daun tadi telah matang dan pecah seterusnya menghasilkan beluncas. Kebiasaanya beluncas panjang dan membentuk seperti badan ramarama tetapi tidak mempunyai sayap. Pada tahap ini ,ia dinamakan tahap perkembangan melalui pemakanan. Yang mana beluncas akan makan dan terus berkembang. Beluncas juga mula ditumbuhi bulu-bulu halus dan corak tertentu mengikut spesisnya.

Peringkat 3 : Kepompong / Pupa


Pada tahap ini transformasi akan berlaku Ulat akan bertukar ke struktur serangga dewasa mula terbentuk. Pada tahap ini beluncas akan berubah dan mengantungkan diri ke dalam kepompong Meneruskan kehidupan sehingga ia matang dan keluar sebagai ramarama.

Peringkat 4 : Rama-rama
Pada peringkat ini,rama-rama telah keluar dari kepompong sebagai rama-rama yang cantik Mempunyai pelbagai warna dan bentuk antara satu sama lain. Rama-rama yang matang akan bersenyawa,bertelur dan kitaran ramarama yang seterusnya akan berlaku.

Anda mungkin juga menyukai