Anda di halaman 1dari 94

---------------------------------Preview PERCUMA!

--------------------------------Ebook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas:


Teknik-Teknik Menjana Kekayaan Dengan Emas DIBONGKARKAN (versi 2012)

Pendahuluan.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertama sekali saya ingin rakamkan jutaan terima kasih kepada anda yang membeli buku ini. Untuk pengetahuan anda, buku ini dikemaskinikan berdasarkan maklum balas daripada pembaca versi sebelumnya. Ramai pembaca mahukan kupasan yang lebih mendalam mengenai beberapa topik. Antaranya ialah kemudahan Ar-Rahnu, zakat emas, teknikteknik melihat harga emas, tip mengelakkan daripada terjebak ke dalam skim pelaburan emas dan banyak lagi. Semua maklum balas ini membuatkan buku Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas teknik-teknik menjana kekayaan dengan emas DIBONGKARKAN edisi 2012 kini lebih mendalam dan lebih mantap. Terima kasih saya ucapkan kepada pembeli terdahulu di atas maklum balas mereka dan saya ingin mengucapkan tahniah kepada mereka yang baru membeli buku ini. Anda telah mengambil langkah yang bijak untuk menambahkan ilmu berkenaan pelaburan emas. Pelaburan terhadap ilmu merupakan jalan pertama ke arah kejayaan. Ini kerana sebelum anda membeli emas sebagai aset anda perlu menjadikan minda anda sebagai aset. Caranya? Dapatkan ilmu pengetahuan terlebih dahulu kemudian disusuli dengan tindakan. Selepas membaca buku ini saya yakin anda akan memahami tentang pelaburan emas. Kemudian anda perlu mengambil tindakan secepat mungkin. Ini kerana: ILMU + TINDAKAN = KEUNTUNGAN Selain itu, saya meminta agar anda selalu melawat blog www.jutawanemas.com . Banyak maklumat tambahan yang saya tulis di sana. Ini kerana ilmu emas ini adalah dinamik dan sentiasa berubah daripada masa ke semasa. Sangat seronok rasanya apabila dapat berkongsi ilmu dengan orang yang serius mahu belajar tentang pelaburan emas. Saya berharap agar ilmu yang anda peroleh di sini akan memberikan manfaat dan mampu mengubah hidup anda. Daripada penulis, SYUKOR HASHIM Admin Jutawanemas.com e-mel: admin@jutawanemas.com HP: 013-2126999 Tarikh: 20/6/2012 @ 7.19 pm

Hak cipta terpelihara.


Setiap bahagian daripada penerbitan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan ke dalam bentuk lain sama ada dengan cara elektronik, gambar, rakaman dan sebagainya tanpa izin terlebih dahulu daripada penulis.

Had liabiliti.
Buku ini diterbitkan dengan sebaik mungkin bagi tujuan panduan dan pendidikan untuk pembaca. Namun, segala maklumat dan strategi yang diceritakan di dalam ebook/buku ini mungkin tidak sesuai bagi sesetengah individu. Penulis tidak memberi jaminan bahawa strategi yang diceritakan di dalam ebook/buku ini akan memberikan hasil yang tertentu. Segala nasihat, idea dan cadangan di dalam ebook/buku ini ditulis sebagai panduan umum dan anda mungkin memerlukan khidmat nasihat daripada pakar yang profesional di dalam bidang berkenaan untuk sesuatu keputusan yang bersifat khusus untuk diri anda. Tiada jaminan (sama ada secara tersurat atau tersirat) diberikan oleh penulis terhadap ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di dalam ebook/buku ini. Penulis dan penerbit serta wakil-wakil mereka menafikan segala tanggungjawab atau liabiliti terhadap segala kerugian, kerosakan atau risiko kepada individu atau mana-mana pihak yang berlaku akibat penggunaan isi kandungan ebook/buku ini.

Amaran:
Ebook/buku ini adalah hak cipta terpelihara. Anda tidak boleh sama sekali mengubah, mengedarkan atau menjual ebook/buku ini kepada pihak lain tanpa kebenaran bertulis daripada penulis. Sebarang kegiatan yang menyalahi etika penerbitan boleh dikenakan tindakan undang-undang. Anda hendaklah melaporkan kepada penulis sekiranya anda menerima ebook/buku ini secara tidak sah. Hubungi e-mel admin@jutawanemas.com atau SMS 013-2126999. Tindakan anda amatlah dihargai bagi membanteras kegiatan-kegiatan yang tidak sah daripada segi undang-undang dan agama. Ditulis oleh: Syukor bin Hashim Admin www.jutawanemas.com e-mel: admin@jutawanemas.com HP: 013-2126999

Isi kandungan: Pendahuluan............................................................................................................m/s 2 Topik 1: Mengapakah anda perlu menyimpan emas?....................................................m/s 6 Emas ialah kekayaan yang sebenarnya ....................................................m/s 6 Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang .....................m/s 9 Bagaimanakah melihat rekod harga emas dunia? ..m/s 11 Emas mengekalkan kuasa belinya di dalam jangka masa panjang ..m/s 13 Nilai wang kertas jatuh di dalam jangka masa panjang ............................m/s 16 Emas adalah aset yang terunggul..........................................................m/s 18 Emas tidak boleh dimanipulasikan..........................................................m/s 20 Pelaburan emas secara fizikal ...............................................................m/s 27 Maybank syiling Kijang Emas..............................................................m/s 28 Emas fizikal UOB Bank ........................................................................m/s 31 Pelaburan emas Kuwait Finance House Malaysia ...m/s 37 Public Gold Marketing (Public Gold) .......................................................m/s 41 Pelaburan emas melalui Dinar Emas ..................................................... m/s 60 Dinar emas Public dinar Sdn Bhd...........................................................m/s 60 Dinar Emas Kelantan .......................................................................... m/s 62 Membeli emas fizikal di kedai emas ...................................................... m/s 65 Jongkong emas Poh Kong Bunga Raya, Wah Chan dan Tomei ...................m/s 67 3 kes: Keburukan membeli jongkong emas di kedai emas.........................m/s 69 Pelaburan emas melalui akaun simpanan emas ...................................... m/s 74 Public Bank GIA ..................................................................................m/s 74 Maybank Gold Investment Account (GIA)................................................m/s 77 Akaun Deposit Emas CIMB Bank m/s 79 Akaun Pelaburan Emas UOB Bank ........................................................ m/s 81 Al Rajhi Bank Gold-I m/s 83 Pelaburan emas melalui barang kemas .. m/s 85

Topik 2: Bagaimanakah membuat pelaburan emas di Malaysia?...................................m/s 27 -

Topik 3: Faktor-faktor yang perlu diambil kira sebelum membeli emas pelaburan...........m/s 97 Topik 4: Harga emas di Malaysia dan dunia..............................................................m/s 101 Pengiraan harga emas dunia daripada USD kepada Ringgit Malaysia ........m/s 101 Kemahiran analisis teknikal harga emas ...............................................m/s 104 Siapkan minda anda terlebih dahulu.....................................................m/s 107 Tindakan pertama: Beli emas dahulu, kemudian baru tunggu ....m/s 108 Tindakan kedua: Beli emas secara konsisten...m/s 108 Bagaimana kaedah pemurataan kos menguntungkan pelabur emas ....m/s 109 Tindakan ketiga: Tambahkan pelaburan ketika harga emas jatuh . m/s 111

Topik 5: Bagaimanakah menjana keuntungan dengan pelaburan emas? ......................m/s 107 -

Teknik 1: Beli emas fizikal dan pegang selama mungkin sebagai aset..m/s 112 Gadai emas di Ar-Rahnu. Untung atau tidak? ........................................m/s 114 Teknik 2: Beli emas ketika harga rendah dan jual ketika harga tinggi.. m/s 115 Teknik 3: Buat pinjaman semaksimum mungkin dan beli emas fizikal.....m/s 117 Teknik 4: Menjana keuntungan dengan akaun simpanan emas .... m/s 121 Teknik 5: Membuat keuntungan dengan emas fizikal (teknik pajak) ........ m/s 126 Teknik 6: Melabur sambil berniaga emas ..............................................m/s 129 Mempelajari selok belok Ar-Rahnu .........................m/s 137 Teknik overlap . m/s 140 Beberapa keistimewaan Ar-Rahnu .. m/s 141 Membeli buku-buku pelaburan emas di www.amazon.com .. m/s 142

Topik 6: Ar-Rahnu (pajak gadai Islam) . m/s 135 -

Topik 7: Bacaan tambahan mengenai pelaburan emas...............................................m/s 142 Topik 8 : Mengikuti perkembangan pasaran emas m/s 144 Topik 9: skim pelaburan emas...............................................................................m/s 147 Pelaburan emas yang betul.........................m/s 151 Skim pelaburan emas...... m/s 151 Skim cepat kaya yang menggunakan emas ..m/s 152

Topik 10 : Zakat emas .m/s 153 Topik 11 : Menyimpan emas anda dengan selamat .m/s 155 Topik 12 : Kesimpulan ..... m/s 159

Topik 1: Mengapakah anda perlu menyimpan emas?


Sebelum anda mengetahui cara-cara BAGAIMANA membuat keuntungan dengan emas adalah penting bagi anda mengetahui sebab MENGAPA anda perlu menyimpan emas. Setelah mengetahui MENGAPA anda perlu menyimpan emas maka mudah bagi anda untuk menyingkap rahsia pelaburan emas dan cara-cara membuat keuntungan daripadanya.

Anda perlu menyimpan emas kerana:


1. 2. 3. 4. 5. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang. Aset yang terunggul. Ia tidak boleh dimanipulasikan.

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya.


Sejak manusia mengenali emas ia telah menjadi simbol kekayaan, kekuasaan, kejayaan dan kecantikan. Emas mendapat tempat di hati manusia kerana warnanya yang sangat cantik dan lembut. Ini membolehkan manusia membentuk emas menjadi objek-objek perhiasan yang cantik. Manusia meletakkan nilai yang tinggi terhadap emas kerana: 1. 2. 3. Warna emas yang sangat menarik. Emas tidak boleh dibinasakan. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya. 4. Ia sukar diperolehi. Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat 6000 tahun yang lalu. Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang di cop nama firaun Menes sebagai medium pertukaran. 6000 tahun yang lalu sesiapa yang memiliki banyak emas maka dia dianggap kaya. Apa yang menarik, jika seseorang manusia memiliki banyak emas sekarang, maka dia juga dianggap kaya. Emas mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Ia tidak boleh terbakar, tidak reput, tidak busuk , tidak berkarat dan sentiasa bersinar cantik. Ini membolehkan emas menjadi penyimpan nilai yang baik. Sesuatu objek yang menjadi penyimpan nilai mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itulah makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa. Sehingga hari ini manusia emas sebagai benda yang berharga, Dengan kata lain emas bernilai untuk selama-lamanya. Sesiapa yang menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas tidak perlu risau risiko kehilangan kekayaan. Dengan emas anda akan kaya, kekal kaya untuk selama-lamanya.

Jika emas anda menjadi debu sekali pun ia tetap bernilai. Sebab itulah emas merupakan kekayaan yang sebenarnya.

gambar: Di dalam bentuk debu sekalipun emas tetap berharga.

Sejarah syiling emas pertama dunia the Lydian Lion.


2600 tahun yang lalu Empayar Lydia mengeluarkan syiling emas pertama dunia, The Lydian Lion. Syiling emas ini ditempa oleh raja Alyattes. Sebelum Alyattes menjadi raja, sistem perdagangan adalah berdasarkan sistem barter (bertukar barangan). Ini adalah proses yang menyulitkan kerana orang ramai terpaksa membawa barang-barang atau haiwan untuk ditukarkan kepada barang-barang lain. Bagi memudahkan urusan perdagangan raja Alyattes memperkenalkan syiling emas yang dipanggil The Lydian Lion.

Syiling emas pertama dunia: The Lydian Lion Kewujudan syiling emas ini ternyata memudahkan urusan perdagangan dan telah menjadi matawang pilihan dan utama pada masa itu.

Gambar: Empayar Lydia (600 BC)

Ia menunjukkan kepada kita bahawa sejak ribuan tahun dahulu hati manusia sudah berkeinginan terhadap emas dan meletakkan nilai yang tinggi terhadapnya. Kerana itulah manusia memilih emas sebagai wang. Fakta menarik: Tahukah anda emas itu bernilai untuk selama-lamanya? Tahukah anda emas bernilai untuk selama-lamanya? Anda boleh lihat fakta ini di dalam AlQuran, surah Al-haj ayat 23. Ayat ini menerangkan bahawa Allah SWT akan memberikan penduduk syurga gelang-gelang yang diperbuat daripada emas dan mutiara sebagai perhiasan kepada penghuni syurga.

Dengan kata lain Allah SWT pun memilih emas sebagai hadiah kepada hamba-hambanya yang berjaya. Ini jelas membuktikan kepada kita bahawa emas bukan sekadar bernilai di dunia, malah ia tetap bernilai di akhirat kelak. Itulah kehebatan emas.

Gambar hiasan: Gelang-gelang emas adalah hadiah kepada penduduk syurga.

2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.


Salah satu daripada sebab kenapa anda perlu memiliki emas ialah dengan melihat kepada trend peningkatan harga emas yang semakin menjadi-jadi sejak 10 tahun kebelakangan ini. Mari kita lihat graf kenaikan harga emas untuk 5 tahun dan 10 tahun. Daripada graf harga emas di bawah, sejak 5 tahun yang lalu harga emas telah meningkat daripada 561.50 USD/Oz kepada USD1900.30 USD/Oz. Ini merupakan kenaikan 238.4% (bersamaan purata 47.68% setahun!)

Gambar: Graf kenaikan harga emas sepanjang 5 tahun (2006-2011) Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah meningkat daripada 271.50 USD/Oz kepada USD1900.30 / Oz . Ini merupakan kenaikan 600% (bersamaan purata 60% setahun!).

Gambar: Graf kenaikan harga emas sepanjang 10 tahun (2001-2011)

KAJIAN KES: KENAIKAN HARGA SYILING KIJANG EMAS MALAYSIA:

Kijang Emas adalah salah satu syiling emas yang boleh dibeli di Malaysia. Ia dikeluarkan oleh Royal Mint of Malaysia dan diedarkan oleh Maybank. Kijang Emas dilancarkan pada 17 Julai 2001 oleh mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad. Harga 1 Oz syiling Kijang Emas pada 18 Julai 2001 ialah RM1149.00. Pada 18 Julai 2011 harganya adalah RM 5103. Ini adalah kenaikan sebanyak 344% dalam masa 10 tahun (purata kenaikan 34.4% setahun) Ringkasan kenaikan harga syiling Kijang Emas 1 Oz selama sepuluh tahun:

Tarikh 18/7/2001 18/7/2002 18/7/2003 19/7/2004 18/7/2005 18/7/2006 18/7/2007 18/7/2008 17/7/2009 19/7/2010 18/7/2011

Harga Jualan RM1,149.00 RM1,279.00 RM1,388.00 RM1,642.00 RM1,699.00 RM2,526.00 RM2,425.00 RM3,268.00 RM3,531.00 RM4,086.00 RM5,103.00

Sumber : Bank Negara Malaysia: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141

10

2.1 Bagaimanakah melihat rekod harga emas dunia?


Anda boleh melihat rekod harga emas dunia boleh dilihat daripada laman web London Bullion market Association (LBMA) http://www.lbma.org.uk/stats/goldfixg

Gambar: Laman web London Bullion Market Association (LBMA)

London Bullion Market merujuk kepada pasaran emas dan perak secara urus niaga di kaunter dagangan. Biasanya dilakukan oleh ahli-ahli persatuan London Bullion Market dengan diawasi oleh Bank of England. Kebanyakan ahli-ahli LBMA terdiri dari bank-bank antarabangsa, peniaga jongkong dan juga kilang-kilang penulenan logam berharga.

11

Selain daripada laman web LBMA, anda boleh melihat rekod harga emas melalui laman web Kitco (www.kitco.com). Kitco menyediakan banyak informasi terkini mengenai logam berharga. Anda boleh ke www.kitco.com dan klik bahagian CHARTS & DATA. Di sini anda boleh mendapat harga emas semasa dan juga rekod-rekod harga lepas untuk logam-logam berharga yang lain seperti perak, platinum, paladium dan juga Rodium. Anda boleh melihat rekod harga emas semasa, sebulan, 2 bulan, 6 bulan, setahun, 5 tahun dan juga 10 tahun dengan pantas.

Gambar: Anda juga boleh melihat rekod harga emas di www.kitco.com

12

2.2 Emas mengekalkan kuasa belinya di dalam jangka masa panjang.


Satu lagi keistimewaan emas ialah ia mengekalkan kuasa belinya dalam jangka masa panjang. Dengan kata lain, apa yang boleh dibeli oleh emas ratusan tahun malah ribuan tahun dahulu masih boleh dibeli dengan berat emas yang sama pada masa sekarang.

Perkara ini dijelaskan di dalam buku The Golden Constant The English and American Experience 1560-2007 Karangan Prof. Roy W. Jastram dari Sekolah Pengurusan Perniagaan University of California. Anda boleh mendapatkan buku ini di www.amazon.com Di dalam buku ini Prof. Jastram cuba menjawab satu persoalan: Adakah nilai wang pada masa lampau adalah lebih tinggi berbanding sekarang? Di dalam kes ini, wang yang dimaksudkan adalah emas. Kajian ini adalah berdasarkan data daripada tahun 1560 2007. Prof. Jastram telah mengumpulkan data indeks harga barangan di England dan Amerika serta harga emas semasa. Daripada hasil kajian terhadap kuasa beli emas dan indeks komoditi, Prof. Jastram telah membuat rumusan berikut: Kami mendapati kuasa beli emas pada pertengahan abad ke 20 adalah hampir sama dengan kuasa belinya pada pertengahan abad ke 17 Hasil analisis data 447 tahun di atas akan menguntungkan anda sekiranya anda membeli dan menyimpan emas. Ini kerana kuasa membeli emas adalah sangat stabil. Apa yang emas boleh beli pada masa sekarang tetap boleh dibeli beberapa ratus tahun malah ribuan tahun daripada sekarang.

Kuasa beli 1 dinar 1400 tahun yang lalu dan sekarang.


Satu contoh yang paling popular bagi menunjukkan kuasa beli emas yang sangat stabil ialah harga seekor kambing di dalam nilai dinar (dinar merujuk kepada syiling emas seberat 4.25 gram dengan ketulenan 22 karat) Ketika zaman Rasulullah SAW 1400 tahun yang lalu, harga seekor kambing ialah 1 dinar. Perkara ini diceritakan di dalam hadis Rasulullah SAW.

13

Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada Urwah yang bermaksud:

(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepada ku satu dinar dan berkata: Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untuk ku seekor kambing. Aku pun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar. Kemudian aku membawa kedua-dua ekor kambing tersebut. Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripada ku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata: Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milik mu. Rasulullah bertanya: Bagaimanakah kamu melakukannya? Aku pun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata: Ya Allah, berkatilah perniagaannya.
Okie.. fast forward.. waktu sekarang. Rasanya boleh tak anda membeli seekor kambing dengan harga 1 dinar? Jawapannya.. ya, boleh! Ada penternak kambing yang menerima dinar untuk ditukarkan dengan seekor kambing. Salah seorang penternak kambing di Selangor, En. Abdullah Ismail menawarkan seekor kambing pada harga 1 dinar.

Dengan 1 dinar anda boleh membeli anda boleh membeli seekor kambing baka farel berusia 2 tahun dengan berat lingkungan 30-35 kilogram. Kambing farel sesuai untuk akikah, korban, majlis kenduri, buat kambing golek. Jika anda perlukan khidmat sembelih dan lapah, maka terdapat tambahan bayaran sebanyak 3 dirham (dirham merujuk kepada syiling perak seberat 3 gram dengan ketulenan 999).

14

Jika anda berminat membeli kambing dengan harga 1 dinar sila telefon atau SMS En. Abdullah di talian 012-3921139. Alamat ladang adalah seperti berikut: Green Acres Farm Sdn Bhd. Lot 7735 Batu 27 Jalan Salak Kampung Jenderam Hulu 43800 Dengkil Selangor.

Nota penulis: Untuk pengetahuan anda, terdapat ramai lagi penternak kambing di seluruh Malaysia yang menerima dinar sebagai bayaran membeli kambing, antaranya di Perak, Selangor, Johor, Kelantan dan Terengganu.

Kesimpulan.
Daripada topik di atas kita dapat lihat bahawa emas memberikan keuntungan lumayan di dalam jangka masa panjang. Ini kerana harganya sentiasa meningkat daripada masa ke semasa. Selain menjadikan emas sebagai pelaburan, ia boleh menjadi simpanan yang menguntungkan. Ini kerana emas berupaya mengekalkan kuasa belinya walaupun disimpan beratus malah ribuan tahun. Dengan kata lain, emas mempunyai reputasi sebagai penyimpan nilai yang sangat hebat. Inflasi untuk syiling emas adalah 0% !!!

15

3. Nilai wang kertas jatuh di dalam jangka masa panjang


Jika nilai emas naik dalam jangka masa panjang, lain pula ceritanya dengan wang kertas. Di dalam jangka masa panjang nilai wang kertas semakin merosot. Kuasa beli wang kertas 10 tahun dahulu tidak sama dengan kuasa beli wang kertas sekarang. Anda akan mendapati kuasa beli wang kertas semakin mengecil akibat inflasi. Sebagai contoh, pada tahun 1970-an, kebanyakan pelajar sekolah rendah membawa wang belanja antara 20 sen ke-30 sen sahaja. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minuman.

Bagaimanakah dengan sekarang?

Gambar: Berapa wang saku pelajar sekolah rendah sekarang?


Rata-rata ibu-bapa yang saya tanya memberitahu bahawa mereka memberikan wang poket antara RM2 RM5 sehari kepada anak-anak mereka. Dengan kata lain ibu-bapa zaman sekarang terpaksa membayar 10 kali ganda atau lebih untuk membeli barang yang sama. Ini jelas menunjukkan kuasa beli wang kertas merosot di dalam jangka masa yang panjang.

16

Untuk melihat sejauh mana kuasa beli wang kertas menurun, kita boleh membandingkan di antara harga emas dengan mata wang utama dunia iaitu US Dolar. Jika kita buat graf perbandingan di antara nilai emas dan nilai wang kertas (dalam kes ini USD) maka kita dapat melihat kuasa beli 1USD telah merosot sebanyak 80% dari tahun 1971 2006.

Gambar: Kuasa beli 1 USD menyusut lebih 80% dari tempoh 1971 2007 (sumber www.dollardaze.org) Jadi, apabila kita letakkan graf kenaikan harga emas dan graf penurunan kuasa beli wang kertas maka kita akan mendapat graf seperti di bawah:

Gambar: Nilai emas VS US Dollar Index Di dalam jangka masa panjang nilai wang kertas akan jatuh manakala nilai emas akan meningkat. Sebagai pembaca yang bijak, anda perlu menyimpan emas.

17

4. Emas adalah aset yang terunggul.


Satu lagi keistimewaan emas ialah ia merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada tunai. Dengan kata lain emas merupakan aset yang sangat cair. Dengan memiliki emas, anda boleh menukarkannya kepada tunai dengan mudah dengan menggunakan kemudahan pajak gadai Islam Ar-Rahnu (contohnya Ar-Rahnu Agrobank, ArRahnu Bank Rakyat, Ar-Rahnu Yapeim dan banyak lagi).

Institusi Ar-Rahnu boleh memberikan pinjaman antara 65% sehingga 70% daripada nilai emas anda. Nilai pinjaman ini pula dikira berdasarkan kepada harga emas semasa. Apabila harga emas semakin meningkat, maka nilai pinjaman yang anda akan terima menjadi semakin meningkat. Menyimpan emas memang menguntungkan.

18

Kajian kes: Pelarian Perang Vietnam (1955-1975)


Salah satu contoh terbaik bagaimana emas boleh membantu seseorang memulakan kehidupan boleh dilihat ketika berlaku peperangan di Vietnam. Ketika perang Vietnam sekitar 1970-an, beribu-ribu orang pelarian daripada Vietnam Selatan telah lari meninggalkan kampung halaman mereka. Mereka menjual seluruh harga benda seperti rumah, tanah, kebun dan ternakan mereka. Kesemua ini ditukarkan ke dalam bentuk emas. Kemudian, barulah mereka melarikan diri. Mereka sedar bahawa emas diterima di seluruh dunia. Dengan menyimpan emas, pelarian Vietnam ini boleh memulakan hidup baru mereka dengan mudah di negara persinggahan mereka. Bayangkan jika mereka membawa wang kertas Vietnam Selatan? Apa yang akan berlaku? Sudah pasti mereka tidak dapat menukarnya kerana wang kertas Vietnam Selatan tidak laku. Oleh sebab itu anda perlu menyimpan emas. Ia bernilai di mana sahaja.

Gambar: Pelarian Vietnam yang melarikan diri melalui bot

Gambar: Emas Kim-Thanh- antara yang dibawa pelarian Vietnam

19

5. Emas tidak boleh dimanipulasikan.


Emas tidak boleh dimanipulasikan oleh mana-mana kerajaan. Emas perlu dicari, dilombong, ditulenkan dan dibentuk. Ianya proses yang sukar dan memakan masa dan tenaga. Justeru itu kuantiti emas tidak boleh bertambah dengan sewenang-wenangnya oleh mana-mana individu, kerajaan dan negara. Ini berbeza sekali dengan wang fiat (fiat merujuk kepada wang yang tidak bersandarkan benda berharga seperti emas dan perak). Wang fiat boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah yang tidak bertanggungjawab. Apabila jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilai wang kertas akan merosot. Apabila nilai wang kertas merosot terlalu banyak, ia akan mengakibatkan hyperinflasi dan akhirnya wang kertas tersebut akan terus ditolak terus oleh rakyat. Penggunaan wang fiat membolehkan kerajaan menguasai kekayaan negara dan memanipulasikan kekayaan negara. Ini kerana kerajaan boleh menggunakan akta-akta bagi mengiktiraf kertas/syiling sebagai wang yang sah. Kerajaan juga boleh menarik balik pengiktirafan tersebut sehingga menyebabkan wang tersebut tidak diterima sebagai wang yang sah. Emas pula sentiasa bernilai. Tidak ada kerajaan yang boleh mencetak emas.

Gambar: Syiling RM1. Dulu bernilai sekarang tidak lagi.

Sejarah kegagalan wang kertas /fiat


Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia. Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku di dalam sejarah ialah: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. Kerajaan Perancis tahun 1715 Republik Weimer Jerman - 1922-1923 Hungary 1945-1946 Chile 1971-1981 Peru 1988-1991 Angola 1991 1999 Yugoslavia 1992-1995 Belarus 1994-2002 Kerajaan Mexico pada tahun 1994 Kerajaan Argentina pada tahun 2001 Zimbabwe 2000 sehingga sekarang.

Anda boleh membaca kisah kegagalan yang kertas di dalam web berikut: http://www.mint.com/blog/finance-core/hyperinflation-the-story-of-9-failed-currencies/

20

Kajian kes: Hyperinflasi di Zimbabwe.


Zimbabwe merupakan sebuah negara di benua Afrika. Ia berjiran dengan Afrika Selatan, Botswana, Mozambique dan Zambia. Ia merupakan negara abad ke-21 yang dirundung masalah hyperinflasi.

Gambar: Peta Zimbabwe dan Presiden Robert Mugabe Ia disebabkan tindakan kerajaan mereka di bawah pemerintahan presiden Robert Mugabe yang bertindak mencetak wang yang terlalu banyak dan tidak seiring dengan perkembangan di dalam pengeluaran barang-barang dan perkhidmatan. Akibatnya ialah hyperinflasi. Kadar inflasi di Zimbabwe telah dilaporkan menjangkau sehingga 5,000,000,000,000,000,000,000%!

Gambar: Zimbabwe Dollar tidak bernilai. Cuma nombor sahaja yang banyak.

21

Gambar: Inflasi sehingga 5,000,000,000,000,000,000,000%! Di Zimbabwe sesiapa yang menyimpan wang kertas akan mendapati nilai wang yang disimpan mereka akan lesap begitu sahaja. Ini kerana wang kertas dicetak dengan berleluasa. Kerajaan Zimbabwe boleh mencetak sekeping wang kertas dengan nilai menjangkau 100 trilion Zimbabwe Dollar. Mungkin ia nampak lucu bagi kita di Malaysia, tetapi itulah yang telah berlaku di sana. Wang kertas boleh dimanipulasikan sehingga menjadi tidak bernilai.

gambar: Wang kertas 100 trilion Zimbabwe Dollar!

22

Kajian kes: Hyperinflasi di Malaysia (1942-1945)


Kita telah melihat apa yang sedang berlaku di Zimbabwe sekarang. Soalannya adakah hyperinflasi pernah berlaku di Malaysia? Jawapannya ialah ya. Malaysia sendiri pernah mengalami situasi hyperinflasi ketika zaman penjajahan Jepun. Selepas kejatuhan Singapura pada 15 Februari 1942 pihak Jepun telah mereka cipta nota bank yang baru bagi menggantikan wang British Malayan Dollar. Kesemua nota ini ditukar di dalam nisbah 1:1 dengan nota wang Jepun. Pada tahun 1942 Jepun mengeluarkan wang kertas 1 sen, 5 sen, 10 sen dan 50 sen, 1 dollar, 5 dollar dan 10 dollar. Kemudian penggunaan wang Jepun ini dikuatkuasakan. Sesiapa yang tidak mematuhi arahan menggunakan wang Jepun akan dikenakan hukuman yang berat.

Gambar: Mula-mula duit Jepun dicetak di dalam nilai yang kecil.

23

Namun, malang bagi warga Tanah Melayu. Tentera Jepun telah mencetak wang dengan sewenang-wenangnya bagi membeli barangan keperluan tentera mereka. Contoh yang paling popular ialah duit 10 dollar pokok pisang (gambar di atas). Duit ini dicetak terlalu banyak sehingga menyebabkan hyperinflasi. Kemudian tentera Jepun bertindak mencetak wang kertas 100 dollar.

Seterusnya pada tahun 1945 pihak Jepun telah mengeluarkan wang kertas 1000 dollar pula. Bagi pihak Jepun, mereka boleh membeli apa sahaja barangan yang mereka mahu. Mereka cuma perlu mencetak wang.

24

Akibatnya wang Jepun tidak laku. Harga makanan dan lain-lain meningkat dengan banyak. Rakyat Tanah Melayu berada di dalam kesusahan. Waktu itu ramai rakyat Tanah Melayu yang makan ubi kayu sahaja. Namun, pada waktu-waktu akhir peperangan kapal terbang British telah menabur wang kertas propaganda Jepun dengan kata-kata WANG JEPUN AKAN MATI BERSAMA2 JEPUN

Gambar: Wang propaganda Jepun yang dicetak oleh pihak British. Ini bagi memberitahu rakyat Tanah Melayu bahawa wang Jepun tidak akan laku lagi apabila Jepun kalah di dalam peperangan. Memang betul. Sebaik sahaja Jepun menyerah kalah dan meninggalkan Tanah Melayu wang Jepun menjadi tidak bernilai. Ia hanyalah kertas.

Bagaimanakah dengan emas?


Lain pula ceritanya dengan emas. Tidak pernah berlaku di dalam sejarah manusia kegagalan emas dan perak sebagai wang. Malah sejarah membuktikan bahawa kesemua tamadun terkemuka dunia seperti Greek, Rom, Parsi menggunakan emas dan perak sebagai mata wang mereka. Jika anda berkesempatan, sila lawati http://www.moneymuseum.com/ . Anda boleh melihat wang-wang emas dan perak yang digunakan oleh tamadun-tamadun terkemuka dunia ini.

Ini kerana emas dan perak diterima dengan baik oleh seluruh manusia sehinggalah ke hari ini.

25

Anda dan emas.

Saya berharap topik ini akan membuka minda anda MENGAPA pentingnya anda menyimpan emas. Setelah membaca faktor-faktor MENGAPA anda perlu menyimpan emas anda sedikit sebanyak memahami bahawa emas bukan sekadar satu pelaburan tetapi juga merupakan kekayaan sebenar. Suka untuk saya berkongsi dengan anda tentang peranan emas di dalam kehidupan anda. Sama ada anda seorang yang sudah kaya, ingin melindungi kekayaan, ingin membina kekayaan atau ingin menjana pendapatan melalui perniagaan maka emas boleh membantu anda.

Mari kita lihat apakah hubungan di antara anda dan emas.


Jika anda seorang yang kaya raya dan mempunyai banyak wang tunai, maka menyimpan emas boleh membantu anda mengekalkan kekayaan anda kerana ia kalis inflasi. Harta anda tidak merosot sebaliknya berkembang. Jika anda ingin menyimpan harta yang terunggul maka emas boleh menjadi harta terbaik. Ia tidak boleh dibinasakan, ia bernilai untuk selama-lamanya, ia mudah dibahagikan dan ia merupakan harta yang paling mudah dicairkan kepada tunai. Emas adalah magnet kekayaan. Menyimpan emas bermasud anda menarik kekayaan kepada anda. Dengan emas anda terpaksa kaya

Gambar: Emas adalah magnet kekayaan. Sebab itulah saya mengesyorkan agar anda mendalami ilmu emas dan mengambil tindakan secepat mungkin.

26

Topik 2: Bagaimana membuat pelaburan emas di Malaysia?


Terdapat 2 cara membuat pelaburan emas di Malaysia iaitu 1. 2. Pelaburan secara emas fizikal Pelaburan emas dengan membuka akaun simpanan emas

Pelaburan emas secara fizikal.


Pelaburan emas secara fizikal boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu: 1. 2. 3. Syiling emas Jongkong emas Barang kemas

Daripada 3 kategori emas fizikal ini, cuma syiling emas dan jongkong emas boleh dikategorikan sebagai emas pelaburan. Sebagai emas pelaburan, syiling emas dan jongkong emas memiliki kelebihan-kelebihan berikut: 1. 2. 3. 4. 5. Mempunyai saiz, bentuk dan berat yang standard. Mudah dibawa. Mudah ditunaikan. Mempunyai susutnilai yang rendah. Boleh digadaikan.

Kebanyakan syiling emas yang dijual untuk tujuan pelaburan mempunyai berat yang standard iaitu ukuran berat di dalam troy ounce (bersamaan 31.1 gram). Bagi jongkong emas pula biasanya beratnya diukur di dalam kiraan gram. Barang kemas bukanlah pelaburan emas yang terbaik jika dibandingkan dengan syiling dan jongkong emas. Ini kerana terdapat kos upah untuk membuat barang kemas tersebut. Jika anda hendak menjual kembali kembali barang kemas tersebut maka anda boleh dikenakan susutnilai yang tinggi iaitu di antara 25% sehingga 40%. Namun begitu, jika anda berminat untuk membuat pelaburan emas melalui barang kemas maka saya cadangkan anda membaca topik membuat pelaburan emas melalui barang kemas. Ia bagi memastikan anda boleh memaksimakan pulangan daripada barang kemas anda. Bagi pelaburan emas menggunakan buku akaun simpanan emas pula, biasanya ia ditawarkan oleh institusi perbankan tempatan dan bank luar negara. Pelabur akan membeli emas mengikut harga emas semasa dan kuantiti emas yang dibeli akan direkodkan di dalam buku akaun. Ada bank yang menawarkan kemudahan mengeluarkan emas fizikal dan ada juga bank yang tidak menawarkan opsyen ini. Memandangkan terlalu banyak produk pelaburan emas yang ditawarkan di pasaran saya pasti ia boleh memeningkan kepala pelabur baru. Jangan risau. Anda bacalah buku ini sehingga habis. Selepas ini saya yakin anda akan celik emas.

27

Institusi yang menjual emas fizikal.


Di Malaysia, terdapat beberapa institusi yang menjual emas fizikal, antaranya ialah bank-bank dan syarikat tempatan. Untuk laporan percuma ini saya akan memberikan contoh satu syarikat tempatan yang terkenal dengan produk pelaburan emas dan perak iaitu Public Gold.

Public Gold Marketing Sdn. Bhd.(Public Gold)

Terdapat sebuah syarikat tempatan yang mengeluarkan sendiri jongkong emas, dinar emas, jongkong perak dan barang kemas untuk tujuan pelaburan. Syarikat ini ialah Public Gold Marketing Sdn. Bhd.

(Dahulunya dikenali sebagai Public Fine Gold International Sdn. Bhd.)

Nama singkatannya ialah Public Gold. Public Gold berpengkalan di Pulau Pinang dan mempunyai cawangan di seluruh Malaysia. Ini adalah alamat dan nombor telefon Public Gold. Public Gold Marketing Sdn. Bhd. (930830-K) Plot 21, Technoplex, Medan Bayan Lepas, Taman Perindustrian Bayan Lepas, Phase IV, 11900 Pulau Pinang. Tel: 04-6439999 Syarikat ini merupakan salah sebuah pengeluar dan penjual jongkong emas, syiling emas, dinar emas dan jongkong perak yang terbesar di Malaysia. Terdapat pelbagai produk keluaran Public Gold yang boleh dipilih oleh pelabur emas dan perak.

Gambar: Pejabat Korporat Public Gold di Pulau Pinang. Untuk pengetahuan anda, Public Gold tidak ada kena mengena dengan Public Bank.

28

Anda boleh melawati laman web syarikat ini di www.publicgold.com.my atau laman facebooknya di http://www.facebook.com/publicgoldinternational

Gambar: Laman web Public Gold

29

Public Gold menjadi syarikat pengeluar jongkong emas pertama di Malaysia yang diuji mutu dan ketulenannya oleh Assayer yang bertauliah. Ini membolehkan Public Gold menerima sijil The Malaysia Book of Records sebagai First locally manufactured certified gold bullion bar.

Gambar: Sijil pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records.

30

Emas yang dijual oleh Public Gold.


Public Gold menjual jongkong emas 999.9 dengan berat 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram, 250 gram dan 500 gram. Untuk syiling emas Public Gold menjual syiling emas 50 gram.

Gambar: Jongkong emas 10 gram, 20 gram, 50 gram dan 100 gram.

Setiap jongkong emas yang dihasilkan mempunyai sijil ketulenan yang disahkan oleh Certified Assayer (Assay Office Penang Sdn Bhd). Anda akan mendapat sijil ini apabila membeli produk Public Gold.

Gambar: Sijil ketulenan produk emas Public Gold

31

Gambar: Jongkong emas 250 gram dan 500 gram Public Gold.

Gambar: Syiling emas 50 gram Public Gold

32

Selain daripada jongkong emas, Public Gold juga menjual jongkong perak dengan berat 100gram, 250 gram, 500 gram dan 1 kilogram.

Gambar: Jongkong perak 100g, 250g, 500g dan 1 kilogram (kualiti 999)

Spread untuk produk emas dan perak Public Gold.


Spread bagi jongkong emas Public Gold adalah diantara 4.5% ke 8%. Spread bagi dinar emas adalah 5% ke 6% manakala spread bagi jongkong perak pula adalah 12% ke 15%. Ini adalah jadual spread bagi produk-produk keluaran Public Gold. Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16 17. Nama Produk Jongkong emas 10 gram Jongkong emas 20 gram Jongkong emas/syiling emas 50 gram Jongkong emas 100 gram Jongkong emas 250 gram Jongkong emas 500 gram 1 dinar 2 dinar 5 dinar 10 dinar Jongkong perak 100 gram Jongkong perak 250 gram Jongkong perak 500 gram Jongkong perak 1 kilogram Barang kemas I-series (investment series) Barang kemas D-series (designer series) 10 Dirham (perak 999 berat 29.75 gram) Spread (%) 8% 6% 5.5% 5% 4.5% 4.5% 6% 6% 5.5% 5% 15% 14% 13% 12% 10% 18% 16%

33

Harga emas Public Gold.


Apa yang menarik mengenai Public Gold ialah harga emasnya berubah setiap 20 minit mengikut harga emas dunia. Jadi, anda berpeluang membeli emas mengikut pergerakan harga emas dunia. Selain itu juga harga belian balik Public Gold juga mengikut pergerakan harga emas dunia. Anda boleh melihat sendiri harga emas secara live di laman web Public Gold di www.publicgold.com.my Dengan kelebihan ini, pembeli produk Public Gold boleh memaksimakan keuntungan. Ini kerana sistem ini membolehkan anda membeli dan menjual produk Public Gold 24 jam sehari dan 365 hari setahun mengikut harga emas semasa dunia!

Gambar: Harga emas semasa Public Gold di www.publicgold.com.my

34

Anda boleh membeli emas dan menjual semula emas Public Gold pada bila-bila masa mengikut harga semasa yang terpampang di dalam laman web Public Gold. PG sell = harga emas yang dijual kepada anda. PG Buy = Harga belian Public Gold daripada anda.

Bagaimana membeli emas Public Gold?


Terdapat 3 cara membeli emas Public Gold: 1. 2. 3. Membeli menerusi agen Public Gold yang berhampiran tempat anda. Membeli terus daripada cawangan Public Gold. Membuat belian secara online daripada laman web www.publicgold.com.my

Jika anda ingin membeli emas daripada agen Public Gold anda boleh melihat senarai agen di seluruh Malaysia di dalam laman web www.publicgold.com.my (Dealers)

Anda boleh lihat senarai penjual produk Public Gold sama ada dealer, priority dealer atau master dealer. Saya cadangkan anda membeli dengan agen yang berhampiran dengan tempat anda dan mempunyai stok yang tersedia. Telefon agen tersebut sebelum berurusniaga.

35

Cawangan-cawangan Public Gold di seluruh Malaysia.


Anda juga boleh membeli produk Public Gold melalui cawangan-cawangan Public Gold. Public Gold mempunyai cawangan di seluruh Malaysia (kecuali Perlis). Anda boleh menghubungi cawangan-cawangan ini setiap hari Isnin Jumaat (9.00 pagi 6 petang) hari Sabtu (9.00 pagi 1 tengahari). Kesemua cawangan ditutup pada hari Ahad. Jika ada masa saya cadangkan anda melawat cawangan Public Gold yang berhampiran dengan tempat anda. Ini mebolehkan anda melihat produk-produk Public Gold yang dipaparkan kepada bakal pembeli. Lagi best!

Gambar: Sebahagian cawangan Public Gold (Sunway, Ipoh dan Sungai Petani)

Gambar: Produk-produk yang dipaparkan di cawangan Public Gold.

36

Ini adalah alamat lokasi, nombor telefon dan alamat pejabat Public Gold di seluruh Malaysia.

Cawangan Ampang, KL Alor Setar, Kedah Sungai Petani, Kedah Bukit Jambul, Penang Bishop, Penang Ipoh, Perak Petaling Jaya, Selangor

Nombor Telefon 03-42579916 04-7344916 04-4232999 04-6449999 04-261999 05-2428999 03-56348999

Alamat 98A & 98B, Lorong Mamanda 2, Ampang Point Batu 41/2, Jalan Ampang, 68000 Ampang (Bersebelahan Habib Jewel Ampang point) No.1577, tingkat 1 dan 2, Jalan Kota, Alor Setar, 05000 Kedah. No.86B, 1st Floor, Jalan Pengkalan Taman Pekan Baru, 08000 Sungai Petani, Kedah. (bersebelahan Public Bank Jalan Kota) 12E, 1st Floor, Jalan Rumbia, Bukit Jambul, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang. No.84, Lebuh Bishop, 10200 Penang. No.45, 45A & 45B, Jalan Yang Kalsom, 30250 Ipoh, Perak. (Bertentangan Public Bank Jalan Yang Kalsom) 42A, Jalan PJS 8/6 (Tingkat 3) Mentari Business Park, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor. (di atas Royal Safe Deposit Box) 152-1 & 152-2, Block M, Taipan Senawang, Jalan Taman Komersil Senawang 1, Taman Komersil Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan. (Berhampiran Bank Rakyat Taipan Senawan) No.9-A, 9-B, Jalan Melaka Baru 22, Taman Melaka Baru, Batu Berendam, 75350 Melaka. (sebelah Perodua) No.45A&B, Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, 81200 Johor Bahru, Johor. (Bersebelahan Maybank Taman Perling) Tingkat 1, Lot 257, Jalan Kebun Sultan, 15000 Kota Bharu, Kelantan. (sebelah Public Bank Jalan Kebun Sultan) 16A, 1st &2nd Floor, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu. (Sebelah KFC dan Farmasi Guardian.) A-6624 1st &2nd Floor, Jalan Beserah, 25250 Kuantan, Pahang. (Sebelah Maybank Jalan Beserah) Lot 456 & 457, tingkat 3, Al-Idrus Commercial Centre, Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak. (Sebelah Maybank Jalan Satok) No.2, 3rd Floor, Jalan Tiara 2, Bandar Baru Klang, 41150 Klang, Selangor Darul Ehsan. (Diatas bank HSBC) No.19B, 19C, Jalan M/J1, Taman Majlis Jaya, Sungai Chua, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. Lot No. 19, Block B-10, Corner Lot, 1st, 2nd Floor, Lorong Plaza Permai 1, Along Jalan Sulaman, Kota Kinabalu, Sabah (sebelah Maybank Alam Mesra, 1 Borneo)

Seremban, N.Sembilan

06-6782916

Melaka JB, Johor KB, Kelantan Kuala Terengganu, Terengganu. Kuantan,Pahang Kuching, Sarawak Klang, Selangor Kajang, Selangor

06-3175499 07-2358999 09-7462999 09-6263999

09-5678916 082-259916 03-33438916 03-87349916

Kota Kinabalu, Sabah

* akan dimaklumkan kelak

37

Membuat belian secara online melalui laman web www.publicgold.com.my


Selain membeli emas daripada agen atau menelefon pejabat Public Gold anda juga boleh membuat tempahan produk Public Gold secara online. Ini adalah cara termudah dan terbaik sekiranya anda mempunyai talian internet. Ia membolehkan anda membuat belian 24 jam sehari, 365 hari setahun. Ia sangat memudahkan pelabur-pelabur emas. Sebelum membuat belian secara online, anda perlu mempunyai akaun terlebih dahulu. Untuk register akaun anda perlu ke www.publicgold.com.my . Kemudian klik menu Order dan klik Register (contoh di dalam gambar dibawah)

Selepas itu anda perlu masukkan butiran-butiran yang diperlukan. Untuk bahagian nama, letakkan nama penuh anda mengikut IC. Pada bahagian Introducer, letakkan PG000012, Introducer name: Syukor Hashim, Introducer Mobile: 013-2126999

38

Selepas anda memasukkan kesemua butiran berkenaan, anda klik butang Register. Selepas itu anda akan mendapat mesej ini:

39

kemudian anda perlu pergi ke email anda (email yang anda masukkan ketika mendaftar akaun) dan klik link pengaktifan di dalam emel tersebut.

Selepas anda klik link tersebut maka akaun anda telah diaktifkan! Tahniah anda sudah boleh membuat belian secara online. p/s: Anda perlu membuat pembelian dalam tempoh 48 jam dari masa anda mengaktifkan akaun online anda. Sekiranya anda tidak berbuat demikian maka akaun ini akan dihapuskan dan anda perlu mendaftar semula akaun ini. Jika anda menempah produk dalam tempoh 48 jam maka anda akan mendapat akaun yang berstatus tetap (permanent customer account) Untuk membuat belian, anda perlu ke laman web www.publicgold.com.my dan klik menu order.

Kemudian masukkan username dan password anda seperti yang anda terima di dalam email. Dalam kes ini: Username = TEMP024877 Password = 12345 Kemudian tekan butang Login.

40

Selepas itu sekali lagi anda pergi ke menu Oder klik Place Order (lihat gambar dibawah)

Selepas itu anda akan sampai ke menu Order Placement. Disini anda boleh memilih sebarang produk yang anda inginkan. Letakkan kuantiti produk yang anda inginkan di ruangan Quantity.

41

Pada bahagian Payment option, terdapat 2 kaedah yang boleh anda pilih iaitu Full Payment (bayaran penuh) atau pun Easy Payment Purchase (bayaran secara ansuran 4 bulan). Jika anda memilih Easy Payment Purchase, anda hanya perlu membayar 25% daripada nilai belian sebulan selama 4 bulan. Untuk kaedah ini anda akan dikenakan kos pengurusan 0.5% daripada nilai belian emas (dibayar pada bulan pertama sahaja). Lihat contoh pembelian secara Easy Payment Purchase di bawah. Saya telah membeli jongkong emas 100 gram dengan nilai RM16,928.00. Admin Fee ialah RM85.00. Bayaran bulanan ialah RM4232.00. Jumlah keseluruhan ialah RM17,013.00. Pada bulan pertama saya perlu membayar RM4317.00 (RM4232.00 + RM85 Admin Fee) manakala bulan kedua sehingga keempat saya cuma membayar RM4232.00 sahaja. Anda akan mendapat emas setelah habis membayar nilai belian emas tersebut.

42

Kos Pengangkutan.
Jika anda membeli produk Public Gold dan mengambilnya di cawangan-cawangan Public Gold di luar Pulau Pinang maka produk anda akan dikenakan kos pengangkutan. Ini adalah jadual kos pengangkutan bagi produk-produk Public Gold. Kos Pengangkutan seunit (semenanjung Malaysia) (RM) 10 10 Kos Pengangkutan seunit (Sabah & Sarawak) (RM) 20 20

Item

Jongkong emas 10 gram Jongkong emas 20 gram Jongkong emas/syiling emas 20 40 50 gram Jongkong emas 100 gram 30 60 Jongkong emas 250 gram 50 100 Jongkong emas 500 gram 80 160 1 dinar 0 10 2 dinar 0 15 5 dinar 0 20 10 dinar 0 30 Jongkong perak 100 gram 10 20 Jongkong perak 250 gram 20 40 Jongkong perak 500 gram 30 60 Jongkong perak 1 kilogram 30 60 Barang kemas I-series 5 gram 10 20 Barang kemas I-series 10 gram 10 20 Barang kemas I-series 20 gram 20 40 Barang kemas I-series 50 gram 20 40 Barang kemas I-series 100 gram 20 40 Barang kemas D-series 20 40 10 Dirham 5 10 Nota: Kos pengangkutan untuk semua produk di atas adalah RM0.00 jika anda mengambil produk-produk Public Gold ini di mana-mana cawangan Public Gold Pulau Pinang.

Namun begitu terdapat keistimewaan untuk produk dinar emas. Untuk pengetahuan anda dinar emas Public Gold dikecualikan daripada kos pengangkutan untuk belian di semenanjung Malaysia. Namun kos pengangkutan akan dikenakan untuk pembelian dinar emas bagi Sabah dan Sarawak.

Nota penulis: Sekiranya anda membeli produk Public Gold dengan nilai dan kuantiti yang banyak, saya cadangkan anda mengambil sendiri produk-produk ini di cawangan Public Gold Pulau Pinang. Ini boleh menjimatkan kos belian anda kerana anda tidak dikenakan kos pengangkutan.

43

Setelah berjaya membuat tempahan secara online, anda akan mendapat CSO xxxxxx (Customer Sales Order). Tahniah! Anda sudah berjaya membuat tempahan online.

Gambar: Contoh Customer Sales Order (untuk tempahan online) Selepas itu, di dalam tempoh 24 jam Public Gold akan menghantar Sales Order yang muktamad ke email anda. Public Gold mungkin akan menghubungi anda melalui telefon untuk mengesahkan tempahan online anda. Selepas menerima sales order melalui email, barulah anda buat pembayaran ke akaun bank Public Gold di dalam tempoh 24 jam. Sekiranya bank tutup maka anda boleh buat pembayaran pada hari berikutnya. Jika ada masalah sila berhubung dengan cawangan Public Gold yang berhampiran melalui telefon atau email.

44

Ini adalah contoh email daripada Public Gold. Sales order anda akan diletakkan di dalam lampiran. Biasanya bentuk sales order dan jumlah belian adalah sama nilainya dengan Online Customer Sales Order.

Gambar: Sales Order yang muktamad akan dihantar ke email anda.

45

Jaminan belian balik Public Gold.


Salah satu kelebihan produk emas Public Gold adalah jaminan belian balik. Public Gold memberikan jaminan akan membeli balik emas mereka pada harga belian balik walaupun emas mereka calar, gores, bengkok atau kemek asalkan berat emas adalah sama seperti di dalam sijil ketulenan. Jika anda hilang sijil ketulenan maka anda cuma dikenakan RM10 sahaja. Ini memberikan ketenangan fikiran kepada pembeli emas keluaran Public Gold.

Gambar: Contoh emas Public Gold yang tercalar dan terkemik

Kelebihan membeli emas Public Gold.


1. Stok sentiasa ada. Memandangkan Public Gold memiliki kilang emas sendiri, anda boleh mendapatkan stok emas dengan mudah. Ini merupakan satu kelebihan yang sangat baik kerana pelabur boleh membeli emas ketika harga emas jatuh. Harga jongkong emas yang dijual adalah lebih murah berbanding harga di kedai emas. Jongkong emas yang dijual mempunyai kualiti 24k (999.9) Spread yang kecil (antara 4.5% ke 8% untuk jongkong emas, 5% ke 6% untuk dinar emas, 10% untuk barang kemas) Mempunyai agen di seluruh Malaysia. Jadi anda boleh mendapatkannya dengan mudah dengan menghubungi agen yang berhampiran tempat tinggal anda. Public Gold memberi jaminan akan membeli kembali emas mereka walaupun ada kesan calar, gores, bengkok dan kemek asalkan berat tetap sama semasa timbangan. Ini sangat penting jika anda selalu menggadaikan emas anda di Ar-rahn.

2. 3. 4. 5. 6.

46

Membeli emas fizikal di kedai emas.

Terdapat beberapa kedai emas yang menjual jongkong emas. Antaranya ialah Habib Jewel, Poh Kong, Wah Chan dan Tomei. Antara jongkong emas yang popular dan boleh anda beli daripada kedai emas adalah: 1. 2. 3. 4. PAMP Suisse Poh Kong Bunga Raya Jongkong emas Wah Chan Jongkong emas Tomei

Namun saya tidak menggalakkan anda membeli emas pelaburan dari kedai emas. Anda boleh membaca 3 kajian kes di bawah mengenai kenapa saya tidak menggalakkan anda membeli jongkong emas di kedai emas.

Jongkong emas PAMP Suisse


PAMP ini adalah singkatan bagi (Produits Artistiques Mtaux Prcieux) (artistic, precious metals products). PAMP yang berpangkalan di Switzerland merupakan salah sebuah syarikat yang terkemuka dunia dalam menulenkan logam berharga dan mengeluarkan produk-produk daripada logamlogam berharga seperti perak, emas, platinum dan paladium. Laman web syarikat ini ialah http://pamp.com/main.htm Emas keluaran PAMP ini diiktiraf mutu, kualiti dan ketulenannya di seluruh dunia. Kesemua gold bar PAMP mempunyai nombor siri dan juga sijil ketulenan. Di Malaysia, terdapat 2 bentuk gold bar PAMP yang dijual iaitu Lady Fortuna dan juga jongkong PAMP Suisse dengan sijil berwarna putih atau merah jambu. Jongkong emas PAMP Suisse boleh dibeli di Habib Jewel, Wah Chan, Tomei dan sesetengah kedai emas.

47

Gambar 1 : PAMP Suisse 100 gram.

Gambar: PAMP Suisse Lady Fortuna

48

Jongkong emas Poh Kong Bunga Raya, Wah Chan dan Tomei.
Kedai Emas Poh Kong, Wah Chan dan Tomei ada menjual jongkong emas keluaran mereka sendiri. Bagi Poh Kong, ia dikenali sebagai Bunga Raya. Anda boleh mendapat maklumat lanjut dengan melawati laman web syarikat berkenaan di: http://pohkong.com.my/collections/bunga_raya/bunga_raya.asp Biasanya jongkong emas di kedai emas dijual di dalam bentuk 1 gram, 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram dan 100 gram. Memandangkan stok jongkong emas adalah terhad anda disarankan membuat panggilan telefon dan bertanya tentang stok terlebih dahulu sebelum ke kedai emas tersebut.

Gambar: Jongkong emas Poh Kong Bunga Raya

Gambar: Jongkong emas Wah Chan

49

Gambar: Jongkong emas di kedai emas TOMEI

Kebaikan
1. 2. 3. Anda boleh membeli menggunakan kad kredit. Lokasi kedai emas biasanya lebih berhampiran dengan tempat tinggal anda. Ada sesetengah kedai emas menawarkan skim belian emas menggunakan kad kredit secara ansuran selama 12 bulan tanpa faedah.

Keburukan
1. 2. 3. 4. Harga emas yang dijual adalah tinggi Biasanya mempunyai kos workmanship. Anda perlu semak dengan kedai tersebut. Spread yang sangat tinggi (18% ke 30%) Jongkong Emas Lady Fortuna, Poh Kong Bunga Raya, Wah Chan dan Tomei diletakkan di dalam bekas plastik yang tidak boleh dibuka. Jadi ia tidak boleh gadaikan. Kalau anda buka juga sarung plastik tersebut maka kedai emas akan tolak harga yang tinggi sewaktu anda hendak menjual semula emas tersebut, biasanya 25% ke 30%.

50

3 kajian kes: Keburukan membeli jongkong emas di kedai emas.


Berdasarkan kajian saya, membeli emas kat kedai emas bukanlah cara terbaik untuk memaksimakan keuntungan daripada pelaburan emas. Ia mempunyai beberapa kelemahan. Antara kelemahan membeli emas pelaburan di kedai emas: 1. Harga emas di kedai emas adalah lebih tinggi berbanding harga emas antarabangsa. Ini kerana harga kedai emas biasanya berdasarkan kepada harga Federation of Goldsmiths And Jewellers Association Of Malaysia (FGJAM) Laman webnya ialah http://www.fgjam.org.my/ 2. Susutnilai emas yang tinggi antara 13% ke 30%. 3. Jika jongkong emas itu dibalut plastik (contohnya jongkong emas Poh Kong Bunga Raya, Wah Chan, Tomei dan PAMP Suisse Lady Fortuna), maka anda tak boleh buka pembalut plastik tersebut. Jika anda membuka pembalut plastik tersebut maka gold bar tersebut akan dikira emas terpakai (harga akan dipotong sehingga 30%) 4. Kedai emas boleh memanipulasikan harga emas mereka menggunakan alasan workmanship cost (upah tukang). Contohnya apabila harga emas turun maka mereka akan menaikkan workmanship cost manakala apabila harga emas meningkat maka mereka akan mengurangkan kos workmanship.

Kajian kes 1: Kisah PAMP Suisse Lady Fortuna yang dibuka.


Untuk pengetahuan anda semua, saya ada membeli emas PAMP Suisse Lady Fortuna dari kedai Emas Poh Win Melaka. Saya beli 2 keping x 1 Oz dan 1 x 50 gram.

Gambar : Kedai Emas Poh Win di Melaka

51

Gambar: Jongkong Emas PAMP Suisse saya Memandangkan saya ingin menggadaikan emas-emas ini di Ar-Rahnu maka saya telah membuka plastik kesemua emas PAMP Suisse Lady Fortuna saya.

Gambar: PAMP Suisse Lady Fortuna di dalam plastiknya.

52

Gambar: Jongkong Emas PAMP Suisse yang telah dibuka. Ini kerana dengan menggunakan teknik Ar-Rahnu maka saya boleh meminjam wang daripada Ar-Rahnu dan kemudian invest balik dengan membeli lebih banyak emas. Untuk melihat sejauh mana potongan harga yang dikenakan kedai emas, saya pergi balik kat Kedai Emas Poh Win sekitar Melaka dan bertanya kepada mereka 2 soalan: 1. Adakah mereka akan terima PAMP Suisse Lady Fortuna yang dibuka? 2. Kalau terima, berapa % akan ditolak dari harga semasa? Kedai Emas Poh Win #1 - Melaka Kalau saya buka salutan plastik PAMP Suisse ini.. you all akan beli balik tak?"saya tanya.. Of course kami akan beli balik, normal rate 13% tapi kena tambah lagi 5%, jawab jurujual Poh Win I see jadi you all akan tolak 18% la Yes, kalau tak buka plastik tolak 13%, kalau buka plastik tolak 18% jawabnya lagi Pergh buka salutan plastik saja kena potong 18% Kedai Emas Poh Win #2 - Melaka Saya tiba ke kedai Poh Win yang kedua, nak tanya soalan yang sama Kalau saya buka salutan plastik PAMP Suisse ini.. you all akan beli balik tak?"saya tanya.. Of course kami akan beli balik, tapi kena tolak 25%, jawab jurujual Poh Win Alamak! kenapa banyak sangat saya tanya. Terkejut dibuatnya Ooo kalau buka plastik kita kira emas terpakai" jawab jurujual berkenaan. Pergh kedai nie lagi teruk gold bar tu dikira emas terpakai. Lepas tu kena tolak 25%. Memang rugi banyak.

53

Kajian kes 2: Susutnilai Jongkong emas Poh Kong Bunga Raya.


Isnin 16/3/2009 Saya pergi ke Kedai Emas Poh Kong kat Jusco Seremban, nak beli gelang kat isteri jadi waktu isteri sibuk memilih gelang, saya tanya sales girl mengenai gold bar Bunga Raya. Gold bar yang saya tengok ialah Bunga Raya yang beratnya 20gram (harga RM2600) Gold bar nie kalau jual balik berapa peratus kena potong? saya bertanya. Oh.. ini potong dalam 11% encik.. jawab sales girl tersebut sambil menunjukkan buku nota harga belian dan jualan gold bar. Kalau saya buka plastik nie macam mana.. u all akan ambil balik tak? saya tanya lagi.. Oooo.. kalau buka plastik nie kita kira emas terpakai. kami akan tolak 25% jawab sales girl tersebut. Hati kecil saya berkata .. Buka plastik pembalut boleh menyebabkan susutnilai emas daripada 11% kepada 25% Memang rugi beli emas kat kedai emas ini. Jadi, bagi mereka yang nak beli jongkong emas dari kedai emas, hati-hatilah Kalau tak boleh buka salut plastik emas tu.. maknanya anda tak boleh nak gadaikan emas anda di Ar-Rahnu. Sebab Ar-Rahnu akan menguji emas anda menggunakan mesin densimeter. Anda terpaksa membuka salut plastik emas anda.

Kajian kes 3: Manipulasi kos workmanship (upah tukang).


Salah satu kelemahan membeli jongkong emas di kedai emas ialah mereka boleh memanipulasikan harga emas yang perlu anda bayar dengan cara menambah atau mengurangkan upah tukang (workmanship cost). Dengan kata lain, lain anda mungkin tidak sedar bahawa kos upah tukang akan mempengaruhi harga keseluruhan emas anda. Ini kerana, apabila anda membeli emas di kedai emas maka ia akan melibatkan 2 kos iaitu harga emas semasa + kos upah tukang.

Jumlah kos = Harga emas semasa + kos workmanship (upah tukang)

Kedai emas akan memberi tahu anda bahawa kos workmanship adalah bergantung kepada reka bentuk barang kemas tersebut. Namun, kebiasaannya ialah apabila harga emas sedang naik, kedai emas akan menurunkan kos workmanship. Akan tetapi apabila harga emas menurun maka mereka akan menaikkan kos workmanship walaupun emas yang anda beli adalah emas yang sama.

54

Saya ingin berkongsi pengalaman membeli 2 keping jongkong emas PAMP Suisse 1 Oz di kedai emas yang sama. Sekeping dibeli pada 21 Mei 2008 dan sekeping lagi dibeli pada 21 Jun 2008. Saya dapati, kos workmanship bagi emas yang sama adalah berbeza. Pada 21 Mei 2008 kos workmanship adalah RM122.30 untuk 1 Oz PAMP Suisse manakala pada 21 Jun 2008 kos workmanship untuk 1 Oz PAMP Suisse adalah RM97.90 (perbezaan RM24.40) Ini jelas menunjukkan bahawa kedai emas boleh memanipulasikan kos workmanship untuk menambahkan keuntungan mereka. Ini merugikan pelabur yang membeli jongkong emas di kedai emas.

Gambar: Harga emas RM107 segram dan workmanship RM122.30

Gambar: Harga emas RM111 segram dan workmanship turun kepada RM97.90

Kesimpulan
Daripada 3 kes di atas, saya tidak menggalakkan anda membeli jongkong emas dari kedai emas. Ini kerana terdapat banyak kelemahan membeli jongkong emas di kedai emas. Ini akan menyebabkan anda terpaksa menunggu lama sebelum mendapat keuntungan daripada pelaburan emas anda.

55

Pelaburan emas melalui akaun simpanan emas

-------------------------------------------------------------------------------------------------------Dapatkan maklumat di dalam versi penuh ebook ini. lawati http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/e-book-menyingkap-rahsia-pelaburan-emas/ --------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pelaburan emas melalui barang kemas.


Barang kemas merupakan satu cabang pelaburan emas. Ia diminati oleh kaum wanita. Ini kerana barang kemas boleh dipakai sebagai perhiasan. Bagi kaum wanita ia lebih menyeronokkan daripada membeli dan menyimpan jongkong atau syiling emas.

Ramai yang bertanya kepada saya Adakah barang kemas pelaburan yang emas yang menguntungkan? Saya akan menjawab:

56

Emas adalah aset. Jadi membeli barang kemas sebagai untuk tujuan pelaburan juga menguntungkan. Tetapi ia mengambil masa yang lebih panjang untuk untung berbanding membeli jongkong emas, syiling emas dan juga dinar emas. Sebab utamanya ialah susutnilai barang kemas adalah tinggi (dalam 25% ke 40%). Jadi, jika anda ingin membuat keuntungan melalui pelaburan barang kemas maka anda perlu memilih barang kemas terbaik. Ini membolehkan anda memaksimumkan keuntungan melalui barang kemas tersebut. Kelebihan dan kelemahan membuat pelaburan melalui barang kemas. Jadi di sini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai 2 perkara iaitu: 1. Kelebihan pelaburan emas melalui barang kemas. 2. Kelemahan pelaburan emas melalui barang kemas.

Kelebihan barang kemas.


1. Barang kemas cantik dan boleh dipakai, pasti menceriakan hati pemakainya. 2. Kelebihan daripada segi zakat emas (sila rujuk bab zakat emas dan perak). 3. Boleh digadaikan di Ar-Rahnu jika memerlukan tunai segera@pusingan modal.

Gambar: Institusi Ar-Rahnu menerima barang kemas untuk gadaian.

57

4. Harta warisan yang sangat baik dan boleh memberikan manfaat kepada penerimanya. 5. Boleh memberikan keuntungan bila dijual semula (apabila harga emas meningkat). Anda boleh membaca kajian kes di bawah untuk maklumat yang lebih jelas.

Gambar: Graf peningkatan harga emas sepanjang 5 tahun (2006-2011)

58

Kajian kes: Rantai tangan dibeli pada tahun 2007. Berapa nilainya sekarang?

Kajian kes: Rantai tangan di atas adalah milik emak saya. Ia dibeli pada 8 April 2007. Beratnya adalah 79.06 gram dan berharga RM6400. Rantai tangan ini dipakai sebagai perhiasan harian. Harga ketika itu = RM6400/79.06 gram = RM80.95 segram. Jika emak saya hendak menjual rantai tangan ini pada 20 Ogos 2011, berapa kah keuntungan yang bakal diperolehnya? Nilai semasa = RM200/g x 79.06 gram = RM15812.00 Tolak susutnilai 25% = RM15812.00 25% = RM11859.00 Untung bersih = RM11859.00 RM6400 = RM5459.00 Dengan kata lain, walaupun emas ini dibeli untuk tujuan pemakaian seharian, emak saya boleh mendapat keuntungan RM5459.00 dalam masa 4 tahun 5 bulan. Ini adalah keuntungan 85.3% Memang menguntungkan.

59

Kelemahan barang kemas.


1. Harganya lebih mahal jika dibeli di kedai emas yang mengikut harga FGJAM. 2. Ada kos upah tukang. Upah ini pula bergantung kepada reka bentuk barang kemas tersebut. Semakin sukar reka bentuk barang kemas tersebut maka upah semakin mahal. 3. Susutnilai barang kemas jauh lebih tinggi berbanding jongkong (antara 25% sehingga 40%) 4. Boleh rosak (putus, patah, bengkok, berlubang dan kemek). 5. Susah nak gadai di Ar-Rahnu kalau barang kemas tersebut mempunyai batu permata. Ini kerana ujian ketulenan menggunakan mesin densimeter tidak boleh dilakukan. 6. Anda boleh rugi banyak jika menjual balik barang kemas yang ada banyak batu permata. Ini kerana kedai emas akan mentafsir nilai barang kemas berdasarkan berat emas sahaja. Batu permata akan dikeluarkan dan dinilai secara berasingan atau dipulangkan kembali.

Bagaimana memaksimumkan keuntungan melalui barang kemas.


Baiklah, di sini saya ingin berkongsi 6 tip dengan anda semua, cara-cara memaksimumkan keuntungan dengan barang kemas. Jadi sebelum anda membeli barang kemas ikutilah panduan ini. Tip 1: Selidik sama ada kedai emas tersebut boleh menjual emas di bawah harga FGJAM (www.fgjam.org.my). Walaupun kedai emas memaparkan harga FGJAM namun ada kedai emas yang menjual emas di bawah harga FGJAM. Yang penting anda perlu bertanya.

Gambar: Ini harga FGJAM. Pilih kedai yang menjual di bawah harga FGJAM. Tip 2 tip ke 6 ada dalam versi penuh.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------Dapatkan maklumat di dalam versi penuh ebook ini. lawati http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/e-book-menyingkap-rahsia-pelaburan-emas/ --------------------------------------------------------------------------------------------------------

60

Contoh terbaik barang kemas untuk tujuan pelaburan.


Setelah membaca tip di atas, saya pasti anda sudah pandai memilih barang kemas yang terbaik dan mampu memberikan pulangan maksimum kepada anda Di sini saya ingin memberikan contoh terbaik barang kemas yang boleh memaksimumkan keuntungan anda. Ia dipanggil barang kemas i-series keluaran Public Gold. I-series bermaksud investment series.

Gambar: Barang kemas i-series Public Gold.

Pengenalan.
Barang kemas i-series dikeluarkan oleh Public Gold. Ia bertujuan memberikan peluang kepada pelabur emas untuk mendapat pulangan maksimum melalui barang kemas. Sebelum mengeluarkan barang kemas i-series ini, Public Gold telah membuat penyelidikan yang terperinci bagi menghasilkan barang kemas yang menguntungkan pembelinya.

61

Gambar: Rantai leher i-series.

Kelebihan barang kemas i-series.


Barang kemas i-series mempunyai kelebihan-kelebihan berikut: 1. Harga yang lebih murah berbanding harga FGJAM. Huraian: Kebanyakan kedai-kedai emas di Malaysia menjual emas mengikut harga FGJAM (www.fgjam.org.my) Contohnya Poh Kong, Tomei, Habib Jewel, Wah Chan dan lain-lain. Pada waktu artikel ini ditulis, harga emas FGJAM untuk emas 916 adalah RM190/gram (tidak termasuk upah). Namun, harga barang kemas i-series ketika artikel ini ditulis (16/8/2011 1.00 pagi) hanyalah RM174.14 segram! Dengan kata lain pembeli i-series dapat berjimat sehingga RM15.86 segram. 2. Tidak ada kos upah tukang. Huraian: Barang kemas i-series adalah ia tidak mempunyai kos upah tukang. Ini adalah satu ciri yang dapat memaksimumkan keuntungan kepada pembeli. Anda cuma membayar mengikut harga emas semasa. Nota penulis: Walaupun tiada kos workmanship, barang kemas i-series mempunyai kos penghantaran RM20 untuk setiap unit item. Contoh, jika anda membeli rantai leher 100g x 1 unit dan 50 gram x 1 unit, maka kos penghantarannya ialah RM40 (RM20 x 2 unit). Namun begitu kos penghantaran cuma dikenakan kepada pembeli yang mengambil produk ini di luar Pulau Pinang. Jika anda mengambil sendiri barang kemas i-series ini di pejabat Public Gold di Pulau Pinang maka kos penghantaran tidak dikenakan. Bagi mereka yang tinggal di Sabah atau Sarawak, kos penghantaran adalah RM40 untuk satu item. 3. Susutnilai cuma 10% sahaja! Biasanya susutnilai barang kemas adalah 25% ke 40%. Ini merugikan pembeli barang kemas. Namun susutnilai barang kemas i-series hanya 10% sahaja. Jadi, anda memperoleh keuntungan yang lebih lumayan apabila menjual balik barang kemas i-series kepada Public Gold. 4. Kualiti emas 916 (22 karat)

62

Barang kemas i-series mempunyai kualiti 916 (22 karat). Ia membolehkan barang kemas ini praktikal digunakan untuk pemakaian seharian. Ini kerana emas 916 adalah lebih keras berbanding emas 999.9. Jadi anda mendapat barang kemas yang terbaik untuk tujuan pelaburan dan pemakaian 5. Reka bentuk yang padu dan tebal. Bagi memastikan produk I-series tahan lasak, Public Gold memilih reka bentuk yang padu dan tebal. Ini bagi mengelakkan produk ini mengalami kerosakan seperti putus, kemek dan bengkok. Ketahanan adalah aspek penting bagi i-series. Selain itu, reka bentuk yang padu akan memberikan bacaan ketulenan yang tepat apabila diuji menggunakan mesin densimeter.

6. Reka bentuk tanpa batu permata. 100% emas padu. Produk i-series tidak mempunyai batu permata, mutiara dan lain-lain. Ia adalah 100% emas padu. Jadi ini akan memaksimumkan keuntungan apabila anda menjual balik i-series ini kepada Public Gold. 7. Boleh digadaikan di Ar-Rahnu bila-bila masa jika memerlukan pusingan modal. Barang kemas boleh digadaikan bila-bila masa di Ar-Rahnu jika anda memerlukan pusingan modal. Jadi, selain daripada memakai barang kemas sebagai perhiasan anda boleh mencairkan nya kepada tunai untuk modal perniagaan atau aktiviti yang boleh menjana keuntungan.

Jenis-jenis produk di dalam i-series.


Produk i-series terbahagi kepada 3 kategori iaitu: 1. Rantai leher 2. Rantai tangan 3. Buah rantai

63

Rantai leher i-series terbahagi kepada 3 jenis berat iaitu: i) 100 gram (berat 100 gram, emas 916, panjang 77 () 1 sentimeter) ii) 50 gram (berat 50 gram, emas 916 panjang 52 sentimeter () 1 sentimeter) iii) 20 gram (berat 20 gram, emas 916 panjang 52 sentimeter () 1 sentimeter)

Gambar: Rantai leher 20 gram (atas), 50 gram (tengah) dan 100 gram (bawah sekali) Untuk rantai tangan terdapat 1 jenis sahaja iaitu 10 gram.

Gambar: Rantai tangan (10 gram, emas 916, panjang 17 sentimeter () 1 sentimeter) Untuk buah rantai, terdapat 2 jenis berat iaitu 5 gram dan 10 gram.

64

Gambar: Pendant terdapat di dalam 2 saiz iaitu 5 gram dan 10 gram.

Bagaimanakah cara membeli barang kemas i-series ini?


Anda boleh menempah barang kemas i-series ini melalui cawangan Public Gold di seluruh negara. Caranya mudah sahaja: 1. Lihat harga emas semasa di laman web Public Gold live price: http://www.publicgold.com.my/liveprice.html

2. Kemudian anda boleh membuat tempahan dengan menelefon ke pejabat Public Gold. 3. Anda juga boleh membeli barang kemas i-series daripada agen-agen Public Gold di seluruh negara:

Kesimpulan.
1. Emas adalah aset. Jadi, membuat pelaburan emas menggunakan barang kemas tetap menguntungkan anda. Namun anda perlu memilih barang kemas terbaik. Dengan adanya barang kemas i-series, pelabur emas kini boleh memaksimumkan keuntungan melalui pelaburan barang kemas. 2. Anda boleh menggunakan spesifikasi i-series sebagai perbandingan dengan barang kemas di kedai emas. Anda akan mendapati barang kemas i-series adalah jauh lebih menguntungkan pembelinya. 3. Dengan cawangan Public Gold di seluruh negara, kini anda boleh mendapatkan barang kemas i-series dengan mudah.

65

Topik 3: Faktor-faktor yang perlu diambil kira sebelum membeli emas pelaburan.
Sekarang anda telah mengetahui tentang institusi-institusi yang menawarkan pelaburan emas. Anda juga telah mengetahui mengenai kepelbagaian produk-produk emas yang terdapat di Malaysia. Ada yang ditawarkan oleh bank, kedai emas dan syarikat persendirian. Jadi, bagaimanakah cara untuk memilih produk terbaik? Setiap produk yang ditawarkan mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Jadi anda perlu menilai setiap kelebihan dan kekurangan setiap produk sebelum memilih produk yang sesuai dengan anda. Bagi memaksimumkan keuntungan, pelabur disarankan mengambil kira faktor-faktor berikut:

-------------------------------------------------------------------------------------------------------Dapatkan maklumat di dalam versi penuh ebook ini. lawati http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/e-book-menyingkap-rahsia-pelaburan-emas/ --------------------------------------------------------------------------------------------------------

Topik 4: Harga emas di Malaysia dan Dunia.


Salah satu topik menarik di dalam pelaburan emas adalah mengenai harga emas. Ramai pelabur emas mendapati harga emas di antara satu-satu penjual dengan penjual lain adalah berbeza. Harga emas di Malaysia adalah berdasarkan kepada harga emas dunia (dipanggil spot gold). Dengan kata lain, perubahan harga emas di pasaran dunia akan mempengaruhi harga emas di Malaysia. Apabila pasaran emas dunia dibuka, maka harga emas akan berubah setiap saat. Perubahan harga emas setiap saat boleh dilihat jika anda menggunakan perisian tertentu contohnya Meta Trader 4. Namun begitu harga emas di kedai emas tidak akan berubah setiap minit dan saat. Sebaliknya harganya boleh bertukar setiap beberapa minggu dan juga bulan. Ini membolehkan kedai emas menjalankan urus niaga dengan lancar. Ada penjual emas yang mengubah harganya beberapa jam sekali contohnya Public Bank GIA dan Maybank GIA manakala Public Gold pula mengubah harga emas mereka setiap 20 minit. Harga Kijang Emas pula berubah sehari sekali. Harga emas dunia adalah lebih kepada panduan untuk peniaga-peniaga emas di Malaysia di dalam menetapkan harga emas mereka.

Fakta: Emas bukan harga kawalan.


Di Malaysia emas bukanlah barangan kawalan. Justeru itu harga emas bebas ditetapkan oleh penjual emas. Harga emas berbeza di antara satu penjual dengan penjual yang lain. Ini kerana setiap pengeluar mempunyai kos pengeluaran dan kos-kos lain yang berbeza-beza. Di antara kos yang terlibat ialah kos minting, insurans, pengangkutan, penyimpanan, sewa kedai, gaji pekerja dan lain-lain kos. Sebagai pelabur yang bijak, adalah penting bagi anda untuk membeli emas pelaburan yang hampir dengan harga emas pasaran antarabangsa. Harga emas antarabangsa di dalam RM boleh dilihat di sini. Harga ini dipanggil harga spot gold.

66

(spot gold bermaksud harga paling terkini emas di pasaran dunia utk belian dan jualan) http://goldprice.org/gold-price-malaysia.html

Gambar: Ini adalah graf harga emas pasaran dunia (spot gold) Selain melihat terus harga spot gold daripada jadual di atas, adalah lebih baik sekiranya anda tahu cara-cara mendapatkan harga ini secara manual. Pengiraan harga emas dunia daripada USD kepada Ringgit Malaysia. Harga emas dunia dikira di dalam US Dollar per Troy Ounce (Oz). Jadi harga emas di dalam RM boleh dipengaruhi oleh 2 faktor iaitu: 1. 2. Harga emas di dalam USD Kadar pertukaran di antara USD kepada Ringgit Malaysia.

Jika anda berminat mengetahui cara pengiraan di secara manual maka anda boleh menggunakan kaedah ini: 1. 2. Dapatkan harga spot gold bagi 1 Oz di www.kitco.com Dapatkan kadar pertukaran USD kepada RM di laman web Bank Negara Malaysia.

Caranya: Lihat laman web kitco http://www.kitco.com/charts/livegold.html

67

Anda dapati harga terkini spot gold pada 22 Ogos 1:42 waktu New York adalah USD1228. Harga ini merujuk kepada 1 Oz emas ( 1 Oz emas bersamaan 31.10 gram). Kemudian anda buka laman web Bank Negara Malaysia dan lihat di bahagian exchange rate USD kepada Ringgit Malaysia. Ini linknya: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=629 Selepas itu kita boleh buat pengiraan berikut: Harga spot gold untuk segram emas di dalam Ringgit Malaysia adalah seperti berikut: (harga emas 1 Oz x exchange rate) / 31.1 gram = (1228 USD x RM3.1355) / 31.1 gram = RM3850.39 / 31.1 gram = RM123.80 / gram Jadi, harga spot gold emas dunia ialah RM123.80 segram. Pengiraan ini membolehkan anda mengetahui harga emas semasa dunia, tetapi untuk pengetahuan anda tidak ada penjual emas di Malaysia yang menjual emas pada harga spot gold. Mereka akan menjual emas di atas harga spot gold. Kemudian anda boleh bandingkan harga spot gold ini dengan harga yang dijual oleh penjual di Malaysia. Harga barang kemas di Malaysia.

Bagi barang kemas, kebanyakan kedai-kedai emas menggunakan harga Federation of Goldsmiths And Jewellers Association Of Malaysia (FGJAM) http://www.fgjam.org.my sebagai panduan meletakkan harga emas bagi barang kemas kedai mereka.

Harga ini akan diikuti oleh kedai-kedai emas yang mendaftar sebagai ahli FGJAM. Namun begitu harga ini adalah panduan semata-mata. Ada di kalangan peniaga emas yang memberikan diskaun beberapa ringgit segram daripada harga FGJAM ini. Ini terpulang kepada budi bicara kedai emas itu sendiri.

Nota penulis: Harga yang ditunjukkan di laman web FGJAM merujuk kepada harga emas sahaja. Harga kos upah tukang tidak dimasukkan. Jika anda membeli barang kemas di kedai emas maka anda akan dikenakan kos harga emas + upah tukang).

68

Bagi kedai/penjual yang tidak berdaftar sebagai ahli FGJAM, mereka biasanya menawarkan harga emas yang lebih murah contohnya Public Jewellery Sdn Bhd www.publicjewellery.com.my

Kemahiran analisis teknikal harga emas.


Saya ingin berkongsi satu rahsia dengan anda. Salah satu daripada kemahiran pelabur emas yang advance adalah kemahiran membaca pergerakan harga emas. Ia juga dikenali sebagai kemahiran membuat analisis teknikal. Jika anda mahir membuat analisis teknikal, anda boleh membuat jangkaan pergerakan harga emas pada masa hadapan. Ini membolehkan anda mengenal pasti buying opportunity (masa untuk membeli stok emas dengan banyak apabila harga emas turun) seta melihat harga yang sesuai untuk menjual emas anda. Platform yang biasa digunakan untuk memantau dan membuat analisis teknikal ialah dengan menggunakan perisian Meta Trader 4. Apa yang menarik, perisian ini boleh di muat turun secara percuma di http://www.fxpro.com/ . Jika anda berminat untuk mencuba perisian ini maka anda boleh muat turun dan mencubanya.

Gambar: Antara muka perisian Meta Trader 4. Selain memantau harga emas, anda juga boleh menggunakan perisian Meta Trader 4 ini untuk membuat analisis teknikal untuk harga perak. Perisian ini sangat fleksibel. Anda boleh memasang beberapa petunjuk (indicator) yang boleh membantu anda meramalkan pergerakan harga emas dengan lebih tepat.

69

Lihat gambar di bawah, anda boleh melihat antara muka perisian Meta Trader setelah di customize kan dan dipasang dengan beberapa petunjuk.

Gambar: Perisian Meta Trader 4 yang telah dipasang dengan petunjuk

Jika anda berminat untuk mempelajari ilmu analisis teknikal harga emas, anda boleh membeli ebook Teknik-teknik Hebat Analisis Teknikal Untuk Pasaran Emas tulisan En. Noor Shufaad Md. Norani. Beliau merupakan seorang trader forex dan spot gold. Anda boleh mengikuti analisis teknikal harga emas di blog beliau di www.melakafx.com Ebook ini berharga RM70 dan anda akan mendapat update secara percuma. Untuk mendapatkan ebook ini, sila lihat www.jutawanemas.com atau hubungi saya melalui SMS 0132126999 atau e-melkan pertanyaan anda kepada admin@jutawanemas.com Selain daripada membaca ebook, anda juga boleh menghadiri seminar Pelaburan Emas dan Analisis Teknikal itu, daripada masa ke semasa saya dan saudara Noor Shufaad mengadakan seminar Pelaburan Emas dan Analisis Teknikal Harga Emas. Jika anda berminat mengetahui tarikh, tempat dan masa untuk seminar ini maka anda boleh menyemaknya di laman web www.jutawanemas.com

70

Ini adalah gambar seminar pelaburan emas dan analisis teknikal harga emas yang telah kami adakan.

Gambar: Peserta seminar pelaburan emas dan analisis teknikal harga emas

Gambar: Saudara Shufaad sedang mengajar analisis teknikal.

71

Topik 5: Bagaimanakah menjana keuntungan dengan pelaburan emas?


Sekarang saya ingin berkongsi cara-cara membuat keuntungan dengan emas. Saya pasti ini adalah topik yang sangat menarik. Pelaburan emas akan memberikan pulangan yang lumayan jika anda memahami dan menguasai teknik-teknik yang saya akan kongsi kan di bawah. Namun anda perlu siapkan minda anda terlebih dahulu. Sebelum anda membeli emas sebagai aset, minda anda perlu menjadi aset terlebih dahulu.

Siapkan minda anda terlebih dahulu.


Sebelum saya bercerita kepada anda teknik-teknik membuat untung melalui emas, saya berharap anda dapat menyiapkan minda anda untuk memahami perkara-perkara di bawah.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------Dapatkan maklumat di dalam versi penuh ebook ini. lawati http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/e-book-menyingkap-rahsia-pelaburan-emas/ -------------------------------------------------------------------------------------------------------Baiklah, sekarang saya akan bercerita tentang pelan tindakan. Untuk pengetahuan anda pelaburan emas yang baik memerlukan strategi dan pelan tindakan yang baik. Ini bagi memastikan anda mempunyai matlamat yang jelas mengenai pelaburan anda.

72

Teknik-teknik menjana keuntungan dengan emas.


1. Beli emas fizikal dan pegang selama yang mungkin sebagai aset. Teknik ke 2- 5 ada dalam versi penuh. Teknik ke 6 ada di bawah

-------------------------------------------------------------------------------------------------------Dapatkan maklumat di dalam versi penuh ebook ini. lawati http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/e-book-menyingkap-rahsia-pelaburan-emas/ -------------------------------------------------------------------------------------------------------Teknik 1 : Beli emas fizikal dan pegang selama yang mungkin sebagai aset/simpanan anda.
Saya percaya setiap orang perlu menyimpan harta sebagai aset individu. Sebagai contoh rumah, tanah, saham, ASB, dan unit amanah merupakan aset yang biasa kita dengar. Emas juga boleh menjadi aset yang menguntungkan pemiliknya. Ini kerana: 1. 2. 3. 4. 5. Nilainya sentiasa naik Ia tidak boleh dibinasakan Ia boleh disimpan dengan mudah dan selamat Ia boleh dicairkan kepada tunai dengan cepat. Anda boleh menjualnya bila-bila masa sahaja.

Jadi teknik ini lebih menjurus kepada membeli emas sebagai aset anda. Anda beli emas dan peganglah ia selama yang mungkin contohnya 20 30 tahun (atau selama-lamanya). Emas ini akan menjadi pusingan modal untuk anda. Jika anda memerlukan wang segera maka emas anda boleh digunakan. Bagaimanakah cara ini boleh menguntungkan anda? Dengan andaian purata harga emas naik 20% ke 30% setahun di dalam jangka masa panjang maka anda akan nampak keuntungan apabila anda pergi menggadaikan emas ini di Ar-Rahnu. Ini kerana, semakin tinggi nilai emas anda maka semakin banyak wang yang anda boleh pinjam di Ar-Rahnu. Wang ini boleh digunakan sebagai pusingan modal untuk perniagaan.

Sebagai contoh:
Katakan anda membeli 100 gram emas pada tahun 2009 dengan harga RM11 400. Apabila anda menggadaikan emas tersebut di Ar-Rahnu pada masa tersebut maka anda boleh meminjam sebanyak 70% daripada nilai emas tersebut. Jadi 70% x RM11400 = pinjaman sebanyak RM7980 Pada tahun 2013, dengan andaian harga emas anda naik 120% maka nilai emas anda telah naik harganya menjadi RM25 080.

73

Nilai pinjaman Ar-Rahnu yang boleh diperoleh pada tahun 2013 ialah: 70% x RM25 080 = RM17 556. Pada tahun 2017, dengan andaian harga emas anda naik 240% menjadi RM38 760 maka nilai pinjaman Ar-Rahnu yang boleh anda peroleh pada tahun itu ialah: 70% x RM38 760= RM27 132. Dengan kata lain, semakin lama tempoh masa anda menyimpan emas maka semakin banyak wang yang anda boleh pinjam. Kita boleh lihat di sini, emas yang dibeli pada tahun 2009 dengan harga RM11 400 boleh memberikan pinjaman bernilai RM27 132 selepas 8 tahun.

Gambar: Jongkong emas sebagai aset anda. Lebih berat lebih baik. Dengan teknik ini anda tidak perlu risau langsung sama ada harga emas akan naik atau turun. Anda cuma perlu ada emas yang disimpan sebagai harta. Bila anda perlukan wang maka anda gadaikan sahaja di Ar-Rahnu. Semakin lama simpan, semakin tinggi nilai emas ini. Semakin banyak pinjaman yang anda boleh dapat. Pinjaman ini anda boleh gunakan untuk menjana lebih banyak keuntungan contohnya membeli lebih banyak emas apabila harga emas turun dan menjualkan kembali emas hasil pajakan tersebut apabila harga emas meningkat naik.

Nota penulis: Buat masa ini, kebanyakan Ar-Rahnu tidak menerima gadaian di dalam bentuk jongkong emas. Anda dinasihatkan menelefon institusi Ar-Rahnu terbabit sebelum membuat gadaian. Ini kerana polisi Ar-Rahnu boleh berubah mengikut masa dan keadaan.

74

-------------------------------------------------------------------------------------------------------Dapatkan maklumat di dalam versi penuh ebook ini. lawati http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/e-book-menyingkap-rahsia-pelaburan-emas/ -------------------------------------------------------------------------------------------------------Teknik 6 : Melabur sambil berniaga emas.
Baiklah, saya ingin berkongsi satu rahsia dengan anda. Teknik ini memang mendatangkan pulangan yang lumayan. Anda bukan sahaja mendapat keuntungan tak kira sama ada apabila harga emas naik ataupun turun. Kedua-dua situasi pun anda akan untung. Caranya ialah dengan melabur sambil berniaga emas. Inilah teknik yang sangat hebat kerana membolehkan anda menjana pendapatan tidak kira sama ada harga emas sedang naik atau turun. Jika anda membeli emas pelaburan dan menunggu harga naik, maka keuntungan anda ditentukan oleh pasaran emas sahaja. Jika pasaran naik banyak maka untung pun banyak, jika pasaran jatuh maka anda kena tunggu lagi.. pergh.. ini adalah waiting game. Bagi peniaga emas. Anda akan membuat keuntungan apabila harga emas jatuh. Ini kerana apabila harga emas jatuh ramai pelanggan yang akan membeli emas daripada anda. Jadi anda akan mendapat untung melalui komisyen jualan. Apabila harga emas naik maka anda mendapat untung daripada kenaikan harga emas, sama seperti belabur. Jadi harga emas turun anda untung, harga emas naik pun anda untung. Peluang berniaga emas bersama Public Gold. Salah satu cara melabur sambil berniaga emas ialah dengan menjadi agen Public Gold. Dengan menjadi agen Public Gold, anda bukan sahaja boleh membuat pelaburan emas fizikal untuk diri sendiri namun anda turut berpeluang menjual emas pelaburan keluaran Public Gold sambil menjana pendapatan sampingan. Berapa modal untuk menjadi agen Public Gold? Untuk menjadi agen kos yang diperlukan ialah RM20,000 sahaja. Kesemua modal ini adalah untuk membeli stok produk dan disimpan oleh agen. Komisyen anda ialah 1% daripada nilai belian produk. Jika anda mempunyai modal sebanyak RM100,000 maka anda boleh membuat belian sebagai Priority Dealer @ stokis. Dengan menjadi Priority Dealer, komisyen anda adalah 1.5% daripada harga belian. Keuntungan menjadi agen Public Gold. Apabila anda menjadi agen Public Gold maka anda diiktiraf sebagai pengedar sah untuk produk Public Gold dan boleh membeli dan menjual dan membeli Produk Public Gold mengikut harga semasa. Faedah-faedah lain untuk agen adalah seperti berikut: 1. Komisen jualan 1% ke 2%. Agen biasa @ normal dealer mendapat komisyen 1% daripada nilai belian produk. Stokis @

75

Priority Dealer pula mendapat komisyen 1.5% daripada nilai belian produk manakala Master Dealer akan mendapat komisyen 2% daripada nilai belian produk. (Master dealer memerlukan anda membuat jualan sebanyak RM600,000 dan mempunyai 5 orang stokis @ priority dealer di bawah rangkaian anda)

2. Keuntungan belian balik (trade-in) di antara 4.5%-8%. Jika pelanggan ingin menjual balik emas (dipanggil trade-in) kepada anda, maka anda akan membelinya pada harga We Buy (lihat harga di atas). Harga ini adalah 4.5% - 8% lebih rendah daripada harga emas semasa Public Gold. Jika ada pelanggan baru yang ingin membeli emas yang sama maka anda boleh jualkan emas tersebut pada harga we sell dan mendapat untung atas angin sebanyak 4.5%- 8%. Ini dipanggil keuntungan spread. Sebagai contoh, Berdasarkan harga semasa di atas, jika pelanggan ingin menjual kembali 100 gram Public Gold maka anda akan membelinya pada harga RM16,222. Jika ada pelanggan baru yang ingin membeli 100 gram emas Public Gold daripada anda maka anda boleh menjualnya pada harga RM17,076 + RM30 (kos pengangkutan). Anda akan mendapat untung atas angin sebanyak RM884.00 untuk urus niaga ini. 3. Anda mendapat komisyen 0.5% apabila menjual semula stok anda kepada Public Gold. Jika agen menjual balik sebarang produk Public Gold, mereka akan menerima komisyen 0.5% daripada nilai jualan produk tersebut. Dengan kata lain Public Gold akan membeli balik pada harga we buy dan menambah 0.5% komisyen kepada agen. 4. Beli stok banyak ketika harga emas jatuh dan mendapat keuntungan bila harga naik semula. Salah satu cara mendapat keuntungan yang lebih ialah dengan membuat belian stok sebanyak mungkin apabila harga emas jatuh. Ini membolehkan anda mendapat keuntungan apabila menjual emas tersebut ketika harganya naik. Anda boleh mendapat keuntungan tambahan bernilai ratusan @ ribuan ringgit dengan teknik ini. Contohnya, pada 28/7/2010 harga emas jatuh. Harga sekeping jongkong 20 gram ialah RM2704 + RM10 (kos pengangkutan). Saya pun memborong stok 20 gram sebanyak 28 keping.

76

Dalam masa 4 minggu harga emas 20 gram telah meningkat kepada RM2838 + RM10 (pengangkutan). Jadi saya mendapat keuntungan tambahan RM134.00 bagi jualan pada harga ini.

Berapa modal yang diperlukan?


Modal untuk menjadi agen Public Gold adalah sekitar RM20,000 ++ sahaja. Jika anda mempunyai RM100,000 maka anda boleh menjadi stokis @ priority dealer Public Gold. Kesemua modal ini digunakan untuk membeli stok emas pada harga semasa. Anda boleh memilih sendiri mana-mana produk keluaran Public Gold.

Gambar: Diantara produk-produk Public Gold yang anda boleh pilih.

Saya berminat. Apakah langkah seterusnya? Jika anda berminat untuk menjadi agen Public Gold, anda boleh menghubungi saya melalui email ini: admin@jutawanemas.com ataupun menghubungi saya di talian 013-2126 999 Saya telah membantu ramai orang menjadi usahawan emas yang berjaya. Saya juga boleh membantu anda menjadi seorang usahawan emas yang berjaya.

77

Antara faktor-faktor yang memudahkan anda mempromosikan emas Public Gold adalah: 1. 2. Harga emas Public Gold jauh lebih murah berbanding kedai emas. Ia juga mengikut pergerakan harga emas antarabangsa dan bertukar setiap 20 minit. Anda boleh membuat tempahan produk secara online 24 jam sehari. Anda juga boleh membuat tempahan jualan secara online jika mahu menjual semula emas kepada syarikat. Public Gold langsung tidak menghadapi masalah ketiadaan stok. Apabila harga emas rendah pelanggan tetap boleh membeli emas dengan Public Gold. Ini kerana Public Gold mempunyai kilang emas mereka sendiri. Public Gold memberi jaminan akan membeli balik emas mereka walaupun plastiknya dibuka, calar, kemek, guris, bengkok, kemek dan patah asalkan beratnya masih lagi sama. Jadi pelanggan tidak perlu risau. Agen boleh menjual balik emas mereka bila-bila masa kepada Public Gold.

3.

4.

5.

Sebagai pengkaji mengenai pelaburan emas, saya boleh katakan bahawa Public Gold menawarkan peluang yang tulen kepada mereka yang berminat dengan pelaburan emas. Dengan kata lain peluang menjana pendapatan tambahan melalui aktiviti menjual beli emas Public Gold adalah sangat lumayan bagi mereka yang nampak peluang ini. Inilah peluang yang unik, bila mana emas bukan sekadar menjadi pelaburan tetapi juga merupakan peluang anda menjana keuntungan. Ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai peluang perniagaan emas bersama Public Gold? Untuk pengetahuan anda saya juga mengadakan seminar peluang perniagaan emas bersama Public Gold daripada masa ke semasa. Ia diadakan di seluruh negara dan PERCUMA. Anda boleh melihat jadual seminar saya dari masa ke semasa di laman web Public Gold (www.publicgold.com.my dan lihat di bahagian Activity)

78

Gambar: Seminar peluang perniagaan emas bersama Public Gold

Untuk mendapat informasi terkini mengenai seminar dan juga berita semasa mengenai pelaburan emas, saya cadangkan anda untuk melanggan newsletter blog jutawanemas.com. Setiap kali saya menulis artikel terbaru maka anda akan menjadi orang pertama yang mendapat update daripada blog ini. Caranya mudah sahaja. Anda cuma masukkan e-mail anda ke dalam ruangan kosong dan tekan butang Subscribe by e-mel. Kemudian anda akan mendapat e-mail pengesahan daripada feedburner. Klik link pengesahan tersebut. Selesai.

Gambar: Langgan newsletter blog jutawanemas.com Ianya PERCUMA!

79

Kajian kes, bagaimana posisi sebagai agen Public Gold boleh memaksimakan keuntungan anda?

Gambar: Senario keuntungan membeli dan menjual sebagai agen Public Gold.

Untuk memudahkan anda memahami keuntungan berniaga emas sebagai agen Public Gold, saya gambarkan dengan senario di bawah berdasarkan jadual harga di atas: Senario jika anda membeli produk Public Gold: 1. 2. 3. 4. Jika anda membeli 50 gram jongkong emas Public Gold sebagai pelabur. Anda akan membayar RM8578.00. Anda tidak mendapat sebarang komisyen. Jika anda menjadi agen Public Gold (normal dealer) maka belian 50 gram membolehkan anda mendapat komisyen 1% (bersamaan RM85.78 sen) Jika anda menjadi priority dealer @ stokis, maka anda mendapat komisyen 1.5% (bersamaan RM128.67) Jika anda menjadi master dealer Public Gold, maka anda mendapat komisyen 2% (bersamaan RM171.56)

Senario jika anda menjual kembali emas Public Gold kepada syarikat: 1. 2. Jika pelabur menjual kembali 50 gram jongkong emas ini kepada Public Gold, Public Gold akan membayar RM8106.00 (harga we buy) Jika agen Pulic Gold menjual kembali 50 gram jongkong emas ini, Public Gold akan membayar agen tersebut RM8106.00 + 0.5% (RM40.53) = RM8146.53.

Jadi, anda nampak tak keuntungan tambahan bagi mereka yang menjadi pelabur + agen Public Gold? Beli dapat untung komisyen, jual balik pun akan dapat untung komisyen. Inilah teknik yang hebat. Menjadi pelabur + peniaga emas.

80

Topik 6: Ar-Rahnu (pajak gadai Islam)


Salah satu daripada keuntungan menyimpan emas ialah ia boleh digadaikan di institusi pajak gadai Islam yang dipanggil Ar-Rahnu. Ia membolehkan anda memperolehi tunai dengan cepat. Di sini saya ingin berkongsi maklumat dengan anda mengenai Ar-Rahnu. Ar-Rahnu dari sudut syarak merujuk kepada satu barang yang berharga dijadikan sebagai sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan (http://www.arrahnu.org/main.htm) Di Malaysia Ar-Rahnu cuma menerima emas sebagai sandaran terhadap pinjaman yang diberikan. Perkhidmatan Ar-Rahnu biasanya disediakan oleh bank-bank tertentu seperti Agrobank, Bank Rakyat dan Bank Islam. Selain itu terdapat juga institusi lain yang menjalankan perkhidmatan Ar-Rahnu seperti YAPEIM, Ar-Rahn Permodalan Kelantan Berhad dan koperasi. Ar-Rahnu menjalankan operasi berdasarkan 2 konsep iaitu:

Ar-Rahnu merujuk kepada mekanisme di mana suatu barang berharga dijadikan sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya, sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan. Al-Wadiah Yad Dhamanah merujuk kepada simpanan barang berharga dengan jaminan. Setiap simpanan akan dikenakan upah simpan.

9 kelebihan Ar-Rahnu berbanding Pajak Gadai Konvensional ialah: i. Tidak Mengenakan Kadar Faedah (Unsur Riba) Perbezaan utama antara Ar-Rahn dan Pajak Gadai Konvensional adalah pada perjanjian pinjaman yang dikaitkan dengan sesuatu ganjaran dan bukan pada gadaian itu sendiri. Dalam perjanjian Ar-Rahn, pinjaman yang diberi tidak dikenakan faedah iaitu riba berbanding Pajak Gadai Konvensional yang menjadikan faedah sebagai sumber hasil kepada pemberi pinjaman dan ia diharamkan oleh Islam. Nilai Gadaian Tidak Merosot Nilai gadaian bagi barang yang ingin ditebus semula tidak berubah serta tidak berlaku penyelewengan. Tidak berlaku sebarang masalah di mana barang kemas seperti rantai emas apabila ditebus didapati kurang berat atau pendek daripada sebelum digadai. Wang Lebih Gadaian Dipulangkan Sekiranya pemberi gadaian tidak berkemampuan membayar balik hutang yang ditanggungnya apabila tamat tempoh perjanjian, pemberi gadaian akan dimaklumkan tentang barang gadaian yang terpaksa dijual. Sekiranya harga jualan melebihi baki hutangnya, lebihan tersebut akan dikembalikan. Ini berlaku kerana nilai pinjaman adalah jauh lebih rendah daripada nilai barang gadaian. Barang Kemas Yang Disimpan Selamat Semua barang kemas yang disimpan dalam skim tersebut adalah selamat. Di mana, penerima gadaian akan menjamin pemeliharaan dan bertanggungjawab ke atas barangan kemas yang diberi oleh pemberi gadaian. Dengan ini, pemberi gadaian tidak perlu risau dengan masalah pemeliharaan dan penjagaan barang kemas mereka sepanjang ia berada di pihak penerima gadaian.

ii.

iii.

iv.

81

v.

Caj perkhidmatan Yang Rendah Semua pengurusan di Ar-Rahn melibatkan kos dan risiko yang rendah jika dibandingkan dengan Pajak Gadai Konvensional. Pajak Gadai Konvensional menawarkan caj yang tinggi dan ada juga sebilangan tauke Pajak Gadai Konvensional yang menerima atau meminta wang pendahuluan daripada penggadai walaupun akta melarang kegiatan tersebut. Tiada Unsur Penipuan Semasa Membuat Timbangan. Pemberi gadaian juga tidak perlu risau dengan penipuan-penipuan yang sering berlaku semasa timbangan dibuat. Ini kerana, dalam Ar-Rahnu tidak akan berlaku sebarang unsur penipuan semasa timbangan dibuat dan nilai timbangan yang jelas akan ditunjukkan kepada pemberi gadaian. Tempoh Membayar Balik Yang Munasabah Ar-Rahnu juga merupakan sebuah Pajak Gadai Islam yang boleh bertolak ansur dengan pelanggannya berkaitan tempoh membayar balik wang pinjaman yang telah dipinjam. Tempoh membayar balik yang dikenakan adalah munasabah dan boleh diterima pakai oleh semua pihak. Tidak seperti sesetengah Pajak Gadai Konvensional yang kadangkala meminta wang tambahan daripada pemberi gadaian sekiranya pemberi gadaian ingin melanjutkan tempoh pembayaran balik pinjaman mereka. Pemberian Notis Kepada Penggadai Tentang Upacara Lelongan Pihak penerima gadaian akan memberi notis kepada pihak penggadai sekiranya barang gadaian mereka hendak dilelongkan dan tempoh masa membayar balik untuk mereka telah habis. Dengan ini pihak pemberi gadaian akan mengetahui bahawa tempoh masa membayar balik yang diperuntukkan untuk mereka telah habis dan barang gadaian mereka akan dilelongkan. Memberi Nilai Gadaian Yang Sepatutnya Perkara ini sering berlaku dalam Pajak Gadai Konvensional. Ia berlaku kerana Akta Pemegang Pajak Gadai tidak menetapkan nilai tara atau kriteria untuk menilai gadaian berkenaan. Dalam Ar-Rahnu, penerima gadaian akan memberi nilai gadaian yang sepatutnya dengan barang gadaian yang digadai oleh penggadai.

vi.

vii.

viii.

ix.

Bagaimanakah Ar-Rahnu membuat keuntungan? Saya sering kali menerima pertanyaan mengenai Ar-Rahnu. Bagaimanakah mereka membuat keuntungan? Jawapannya adalah daripada upah simpan. Pajak gadai konvensional biasanya mengenakan faedah ke atas nilai pinjaman. Ini adalah riba yang diharamkan di dalam Islam. Namun bagi Ar-Rahnu pendekatan yang digunakan ialah mengambil upah ke atas simpanan barang kemas peminjam. Dengan kata lain mereka membuat keuntungan dengan servis menyimpan emas penggadai bukannya mengenakan faedah ke atas pinjaman yang diberikan.

82

Mempelajari selok- belok Ar-Rahnu.


Terdapat banyak institusi Ar-Rahnu di seluruh Malaysia antaranya adalah bank-bank tempatan seperti Bank Rakyat, Agrobank, Bank Islam dan RHB Bank. Yayasan seperti YAPEIM dan juga koperasi turut menjalankan perniagaan Ar-Rahnu. Jadi di sini saya akan berkongsi beberapa maklumat penting mengenai Ar-Rahnu. Untuk memahamkan anda dengan proses Ar-Rahnu ini saya akan mengambil contoh Ar-Rahnu Bank Rakyat.

Beberapa keistimewaan Ar-Rahnu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------Dapatkan maklumat di dalam versi penuh ebook ini. lawati http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/e-book-menyingkap-rahsia-pelaburan-emas/ --------------------------------------------------------------------------------------------------------

83

Topik 7 : Bacaan tambahan mengenai pelaburan emas.


Jika anda betul-betul berminat mendapatkan bacaan tambahan mengenai emas, maka anda boleh mendapatkannya di website www.amazon.com atau http://www.barnesandnoble.com/ Ini kerana bahan-bahan bacaan mengenai pelaburan emas sangat kurang di Malaysia. Saya sendiri pun mengalami kesukaran untuk mendapatkan bahan-bahan rujukan mengenai pelaburan emas di kedai buku tempatan. Justeru, kebanyakan buku saya tempah di Amazon.com Untuk membeli buku dari Amazon.com anda perlukan kad kredit. Penghantaran buku dari Amazon.com ke Malaysia biasanya mengambil masa sehingga 3 ke 4 minggu. Anda lawati www.amazon.com dan taipkan gold investment atau gold investing di dalam kotak carian. Selepas itu anda akan mendapat keputusan dan tajuk buku-buku berkaitan pelaburan emas. Anda boleh klik gambar buku berkenaan bagi melihat butiran lanjut mengenai buku tersebut. Jika anda berminat untuk membeli buku tersebut maka anda klik sahaja pada butang Add to Cart.

Gambar: Pilih search books - taipkan gold investment Selepas itu anda boleh checkout dan membuat bayaran dengan menggunakan kad kredit. Selepas itu, di dalam 3- 4 minggu anda akan menerima buku anda. Saya amat menggalakkan anda mendapat bahan-bahan bacaan tambahan. Ia boleh meluaskan lagi ilmu anda mengenai pelaburan emas.

84

Gambar: Bungkusan buku dari Amazon.com

Gambar: Di antara buku-buku yang saya beli melalui Amazon.com

85

Topik 8: Mengikuti perkembangan pasaran emas.


Emas merupakan komoditi yang didagangkan di pasaran dunia. Ia merupakan pasaran yang dinamik dan sering berubah-ubah mengikut perkembangan semasa. Turun naik harga emas sentiasa dipengaruhi oleh 4 faktor iaitu: 1. Permintaan dan penawaran emas di dalam pasaran (jika permintaan melebihi penawaran maka harga emas akan naik dan jika penawaran melebihi permintaan maka harga emas akan turun) Kekuatan dan kelemahan USD (harga emas diniagakan di dalam matawang USD, jadi jika USD lemah maka harga emas akan naik dan jika USD semakin kuat maka harga emas akan turun. Situasi ekonomi (jika ekonomi dunia semakin baik maka harga emas akan menurun dan jika ekonomi tidak menentu maka harga emas akan meningkat). Situasi politik (jika berlaku ketidakstabilan politik dunia maka harga emas akan meningkat naik dan jika situasi politik dunia menjadi stabil maka harga emas akan menurun.

2.

3. 4.

Bagi mendapatkan maklumat mengenai situasi pasaran emas dunia, saya mencadangkan anda mengikuti berita daripada laman web berikut:

-------------------------------------------------------------------------------------------------------Dapatkan maklumat di dalam versi penuh ebook ini. lawati http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/e-book-menyingkap-rahsia-pelaburan-emas/ --------------------------------------------------------------------------------------------------------

86

Topik 9 : Skim pelaburan emas.


Kadang-kadang anda mungkin terjumpa syarikat yang menawarkan pulangan jika anda menyertai skim pelaburan emas mereka. Contohnya pulangan 2.5% sebulan. Persoalannya, adakah skim-skim pelaburan emas ini boleh dipercayai? Jawapannya ialah HAMPIR KESEMUA skim pelaburan emas tidak boleh dipercayai. Terdapat 2 kemungkinan besar yang akan berlaku terhadap syarikat skim pelaburan emas. 1. 2. Mereka lesap selepas mengutip duit pelabur. Syarikat mereka diserbu oleh Bank Negara Malaysia.

Contoh syarikat pelaburan emas yang telah melesapkan duit pelabur dan diserbu Bank Negara Malaysia boleh dilihat di bawah:

Gambar: Syarikat pelaburan emas melarikan diri.

87

Gambar: Keratan akhbar Harian Metro mengenai penipuan skim pelaburan emas.

88

Gambar: Syarikat skim pelaburan emas diserbu oleh Bank Negara Malaysia.

89

90

Gambar: Petikan akhbar penganjur skim pelaburan emas didakwa di mahkamah. Bagi mengelakkan anda terjebak dengan skim-skim pelaburan emas yang merugikan saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai 3 perkara: Apakah itu: 1. Pelaburan emas yang betul. 2. Skim pelaburan emas 3. Skim cepat kaya yang menggunakan emas sebagai umpan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------Dapatkan maklumat di dalam versi penuh ebook ini. lawati http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/e-book-menyingkap-rahsia-pelaburan-emas/ --------------------------------------------------------------------------------------------------------

91

Topik 10: Zakat emas.


Untuk pengetahuan anda emas dan perak termasuk di dalam kategori logam berharga yang diwajibkan zakat jika cukup haul dan nisab (haul ialah tempoh masa dan nisab ialah nilai berat) Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:

Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat diri mu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu. (At- Taubah; ayat 34-35) Zakat emas dikira dalam dua keadaan iaitu: 1. Zakat emas yang disimpan dan emas yang dipakai. 2. Zakat emas yang dipakai. 1. Zakat emas yang tidak dipakai (disimpan) Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%. Contoh: Anda memiliki 100 gram jongkong emas bernilai RM140/gram Jumlah zakat = 2.5% x RM14,000 = RM350 2. Zakat emas yang dipakai (sebagai perhiasan) Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ia melebihi uruf (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan daripada nilai uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja tidak termasuk batu permata. Contoh: Jika anda bermastautin di Wilayah Persekutuan maka kadar uruf adalah 150 gram emas. (kalau anda bermastautin di negeri lain, sila rujuk kadar uruf bagi negeri anda di bawah) Contoh: Berat emas yang dipakai = 250 gram Uruf Emas = 150 gram Berat Emas yang layak dizakatkan = 250 gram - 150 gram = 100gram Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa) = 2.5% x (100 gram x RM 77.16) andaian harga emas semasa RM77.16 / gram = RM 192.9

92

p/s: Uruf emas bagi setiap negeri adalah berbeza. Contohnya: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. Uruf Uruf Uruf Uruf Uruf Uruf Uruf Uruf Uruf Uruf Uruf Uruf Uruf Uruf emas emas emas emas emas emas emas emas emas emas emas emas emas emas bagi bagi bagi bagi bagi bagi bagi bagi bagi bagi bagi bagi bagi bagi negeri Kedah adalah 150 gram. negeri Perlis adalah 170 gram negeri Pulau Pinang adalah 165 gram negeri Melaka adalah RM5000 negeri Johor adalah 850 gram negeri Sembilan adalah 200 gram negeri Selangor adalah 800 gram Wilayah Persekutuan adalah 150 gram negeri Kelantan : tiada uruf negeri Terengganu adalah 850 gram negeri Pahang adalah 200 gram negeri Perak adalah 500 gram negeri Sabah adalah RM5000 negeri Sarawak adalah 775 gram

(Sumber: Laporan kajian penetapan uruf emas pakai negeri Pahang Darul Makmur tahun 2008) Soalan-soalan lazim yang perlu diketahui mengenai zakat emas: (sumber: http://web.e-zakat.com.my/baru/organisasi/faq.asp) 1. Soalan: Sekiranya saya telah menggadaikan sejumlah emas perhiasan ke dalam skim Ar-Rahn, perlu kah saya membayar zakat untuk emas yang digadaikan itu? Jawapan: Tidak wajib, kerana tidak sempurna milik 2. Soalan: Adakah emas yang disimpan di dalam bank (peti simpanan selamat) perlu dizakatkan? Jawapan: Ya, wajib dizakatkan dan dikira sebagai emas yang disimpan. 3. Soalan: Saya memiliki beberapa utas rantai emas tetapi saya gadaikan untuk membuat modal perniagaan. Adakah wajib membayar zakat bagi rantai emas yang digadaikan itu? Jawapan: Tidak wajib dizakatkan kecuali setelah ditebus semula. Kiraan haul bermula pada hari ditebus. 4. Soalan: Ibu saya mempunyai emas yang sudah cukup syarat untuk dizakatkan. Tetapi beliau meninggal dunia sebelum sempat mengeluarkan zakat. Siapakah yang bertanggungjawab membayar zakat tersebut? Daripada sumber mana yang perlu digunakan untuk membayar zakat tersebut? Jawapan: Waris perlulah melunaskan bayaran zakat tersebut dengan menggunakan duit si mati sebelum harta peninggalannya di faraid. 5. Soalan: Adakah saya wajib membayar zakat emas perhiasan yang telah disimpan dan diwarisi daripada nenek? Jawapan: Ya, emas perhiasan yang disimpan dan diwarisi wajib dikeluarkan zakat sekiranya cukup syarat. 6. Soalan: Saya ada emas yang dipakai. Ia tidak cukup untuk dikeluarkan zakat. Tetapi jika dicampurkan dengan emas yang digadai, cukup untuk bayar zakat. Persoalannya, wajib kah saya membayar zakat? Jawapan: Tidak wajib dikenakan zakat kerana tidak cukup nisab dan emas yang digadai tidak sempurna milik.

93

Topik 11: Menyimpan emas anda dengan selamat.


Apabila anda membeli emas fizikal, salah satu daripada masalah yang perlu diselesaikan ialah aspek penyimpanan emas tersebut. Kaedah penyimpanan emas yang betul akan memberikan ketenangan fikiran kepada anda. Di sini saya akan berikan beberapa panduan bagaimana cara untuk menyimpan emas.

Pertama:

-------------------------------------------------------------------------------------------------------Dapatkan maklumat di dalam versi penuh ebook ini. lawati http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/e-book-menyingkap-rahsia-pelaburan-emas/ --------------------------------------------------------------------------------------------------------

Topik 12: Kesimpulan:


Tahniah! anda telah kini telah pun sampai ke penghujung ebook/buku ini. Saya beranggapan anda telah memahami dengan jelas mengenai pelaburan emas di Malaysia: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Cara-cara membuat pelaburan emas yang betul. Memilih emas yang terbaik untuk diri anda. Bagaimana anda boleh menjana keuntungan dengan pelaburan emas. Bagaimana mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam skim-skim pelaburan emas. Bagaimana mengira zakat emas. Bagaimana menyimpan emas anda dengan selamat.

Sekarang apa yang penting ialah anda mengambil tindakan sekarang!

Saya doakan anda semua kaya dan berjaya dengan emas. Sekian wassalam. Syukor Hashim Admin www.jutawanemas.com e-mel: admin@jutawanemas.com SMS: 013-2126 999.

94

Anda mungkin juga menyukai