Anda di halaman 1dari 10

1.

RINGKASAN EKSEKUTIF

Tujuan kertas cadangan perkongsian di antara Mohamad Rosli Bin Abdullah (Pusat Rawatan Alternatif Tendai Sejati) dengan Muhamad Rizan Bin Abdullah ( Digi media ) adalah bertujuan untuk mendapat kata sepakat dalam melabur dana syarikat (Pusraf Tendai sejati) agar dapat mengembangkan sayap perusahaan yang berkonsepkan produk alamiah dengan mengeluarkan produk kesihatan sendiri atas jenama Safiyah.

2.0 PENGENALAN Pusat rawatan alternatif tendai sejati yang beralamat di No 9, Jalan Lada Hitam, 86000 Kluang, Johor telah beroperasi lebih 4 bulan dan kini mendapat sokongan padu penduduk setempat serta beberapa daerah seperti muar, batu pahat, simpang rengam, kota tinggi, pagoh serta pasir gudang. Dengan bermotokan Rawatan berasaskan produk alamiah. Pusraf tendai sejati telah mendapat perhatian penduduk setempat dan daerah sekitarnya kerana memberikan perkhidmatan cemerlang setelah memperkenalkan bekam lintah sebagai rawatan alternatif bagi pesakit yang mengalami penyakit seperti Gaut, Resdung, Migrain, Strok, Tekanan darah tinggi atau rendah serta beberapa lagi penyakit yang dianggap biasa berlaku dikalangan kita. Disamping itu juga, pusraf tendai sejati dengan inisiatif yang berani mengeluarkan produk kesihatan sendiri atas nama Safiyah. Produk ini terdiri daripada Pati Herba Safiyah, Jus Herba Safiyah, Minuman Herba Safiyah, Minyak Herba Safiyah, Garam Rendaman dan mandian kaki beraroma dan beraura serta madu tualang asli. Kumpulan produk safiyah ini juga telah menambat hati penduduk yang telah menggunakanya. Banyak testimoni-testimoni hebat dari pengguna dan pengamal produk ini yang mengkagumi keberkesanan dalam jangka masa yang boleh dibanggakan. 3.0 OBJEKTIF Menghasilkan produk kesihatan atas jenama Safiyah yang berkualiti serta lebih professional serta berdaya saing dalam industri pengeluaran produk-produk kesihatan Negara. Menjadi pemangkit ekonomi Malaysia dalam industri tani dan herba, serta dapat membantu masyarakat mengatasi masalah kesihatan.

Menjadikan produk herba sebagai produk pemasalahan kesihatan luiaran dan dalaman.

kesihatan

alternatif

dalam

4.0 PROFIL SYARIKAT

5.0 LATARBELAKANG PEMILIK SYARIKAT

8.0 PERANCANGAN PEMASARAN 8.1 Pelanggan dan Segmen Sasaran Pasaran Pelanggan Produk kesihatan Safiyah bermula dari kebangkitan pusraf tendai sejati sejak beberapa bulan yang lalu. Ianya bermula disini dan kemudian dipertengahkan sewaktu pihak pusraf menyertai beberapa tapak pameran didaerah kluang, batu pahat dan muar. Setelah sebulan produk Safiyah dipasarkan secara kecil-kecilan, kami melihat semakin hari ia semakin mendapat sambutan masyarakat terutamanya mereka yang menggunakan jus herba, minyak herba serta garam rendaman safiyah. Demi menjaga kualiti serta mendapat restu Kementerian kesihatan Malaysia, maka pihak kami terpaksa mencari pengilang produk ini agar menepati syarat KKM dimana untuk mendapat kelulusan wajib mempunyai lesen produk (GMP) serta telah berdaung dimana-mana instituasi yang diyakini. Justeru itu, pihak kami dengan Araz Success Nature Herbs Industry kini bekerjasama dalam pengeluaran produk dengan lesen serta kelulusan yang berdaftar di KKM. 8.2 Ringkasan Analisa Pasaran Mengikut analisa pasaran yang telah dibuat dalam beberapa bulan yang lalu. Kami mendapati peningkatan kadar pengeluaran dari 100 botol pada bulan pertama kepada 500 botol dalam tempoh 3 bulan. Ini bermakna peningkatan 500% berlaku dalam tempoh 3 bulan. Walaupun produk ini tidak dipasarkan secara meluas atas faktor lesen serta kelulusan KKM. Pihak kami mendapati produk ini tidak boleh diberhentikan pengeluarannya kerana permintaan amat mengalakkan dari pengemar-pengemar produk ini. Dengan kerjasama Araz success Nature Herbs industry dalam perlesenan dan kelulusan KKM diharap dapat memurnikan pengeluaran dengan lebih teratur , sistematik dan professional. 8.3 Produk

1.

Pati Herba Safiyah ( 1250ml 63 hidangan) - Ramuan saripati herba dari 47 jenis kayu dan akar terpilih untuk mengembalikan tenaga, dan merawat pelbagai jenis penyakit luaran dan dalaman terutamanya penyakit berkaitan darah, angin dan tulang.

2.

Jus Herba Safiyah (1000 ml 33 hidangan) - Ramuan asal dari pati herba safiyah yang telah diolah sebagai jus dengan sukatan yang disyorkan oleh pihak pengusaha pati.

3.

Minyak Herba Safiyah (20ml ) - Minyak herba ini diperkaya dengan sejenis pohon diberi nama Morhabshi atau dikenali sebagai pokok kemenyan bunian. Minyak ini juga diadun bersama 33 jenis kayu dan akar serta 7 jenis minyak sebagai ramuan khas untuk pesakit mistik seperti santau, sihir dan hysteria. Ia juga baik untuk segala jenis penyakit kulit, muntah, cirit birit dan sebagainya. 1001 jenis penyakit.

4.

Herba rendaman kaki dan mandian beraroma dan beraura Safiyah (Garam bukit dan saripati herba) Produk ini adalah formula dan idea asal pengusaha Pusraf. Rendaman kaki ini baik untuk memulihkan kebocoran aura, keletihan badan dan kaki, serta mengurangkan toksik dalam badan.

5.

Madu Tualang Asli - Madu tualang 100% asli dengan kelulusan UKM. Madu ini amat baik untuk kecerdasan otak, tenaga dan penyakit berkaitan darah.

8.4 Pesaingan dan Gelagat Pelanggan Setakat ini, pesaingan dari produk-produk herba kesihatan lain, tidak memberi banyak impak negatif kerana setiap pengusaha produk herba kesihatan mempamerkan ramuan tersendiri dengan khasiat berbeza-beza. Namun begitu produk safiyah yang dipasarkan adalah terdiri daripada produk bertahun dipasaran. Seperti Minyak herba safiyah telah diperkenalkan oleh pemilik atas nama Morhabshi sejak 1957 dan terbukti berkesan tanpa sebarang maklumbalas negatif dari

pengguna. Malah terdapat terlalu banyak testimoni yang mempercayai produk morhabshi ini. Kini Morhabshi dikenali sebagai Minyak Herba Safiyah. Jus herba atau pati herba safiyah pula merupakan ramuan dari UNiPEQ (UKM) dengan kerjasama FAMA, jabatan Kimia dan beberapa lagi institusi yang terlebat secara terus dalam penghasilan formula terbaik saripati herba. Terdapat banyak testimoni pesakit gaut, kencing manis dan sebagainya yang mempercayai keberkesanan Minuman Herba ini. 8.5 Pesaingan Utama Pesaingan utama adalah pengeluar produk asal atas jenama Penawar rimba dan Morhabshi, namun begitu, ini tidak menghalang pihak kami kerana pihak pengeluar asal telah bersepakat untuk tidak mengeluarkan sebarang produk serupa atas jenama mahupun jumlah liter yang dipersetujui. Malah pihak pengeluar asal telah mengangkat Produk Safiyah sebagai produk usahasama atau anak syarikat berdaftar. Maka sebarang aduan tentang kualiti dan kesulitan, pihak asal akan bertanggungjawab sepenuhnya pada pelanggan dengan mengenalkan diri sebagai syarikat induk kepada produk safiyah.

8.6 Strategi Tertubuhnya Pusraf Tendai Sejati adalah merupakan tonggak strategi utama sebagai serampang dua mata dalam memberi impak pengenalan, penggunaan dan testimoni. Pusraf memainkan peranan penting dalam menerajui pengeluaran produk safiyah. Pusraf bukan sekadar pusat rawatan alternatif, malah menjadi nadi utama pusat khidmat pelanggan produk safiyah dalam soal jawab serta berkaitan kualiti produk yang dihasilkan. Dengan adanya lesen pengeluaran yang disokong oleh Araz Success dan Morhabshi, syarikat yakin produk safiyah akan menjadi sebutan dan digunapakai oleh semua generasi dan lapisan masyarakat umumnya. 8.7 Pemasaran dan Jualan Sehingga kini, pemasaran produk safiyah masih diperingkat permulaan secara kecil-kecilan dan hanya diedarkan dibeberapa kawasan dan daerah berhampiran. Pihak syariakt khuatiri produk ini terputus bekalan stok kerana kapasiti modal yang amat sedikit dan tidak mampu memenuhi permintaan sedia ada dan akan datang.

Jualan secara langsung di pasar-pasar tani, tapak pameran, expo dan juga sewaktu menjalankan rawatan di permis pusraf juga tidak dipertingkatkan kerana kekurangan tenaga buruh dan modal pusingan. 8.8 Harga Kumpulan produk safiyah ditawarkan pada harga yang amat kompetatif. Ini juga diputuskan setelah mendapat nasihat dari pengeluar asal produk tersebut dan soalselidik yang dilakukan kepada pelanggan tetap Pusraf. B il 1 2. 3. 4. 5 6. 7. 8. Produk Pati Herba Safiyah (1250 ml) Jus Herba Safiyah (1000ml) Minyak Herba Safiyah (20ml) Minyak Herba Safiyah (Isi semula 30ml) Herba Rendaman kaki dan mandian Safiyah (150g) Herba Rendaman kaki dan mandian Safiyah (400g) Madu Tualan Asli Safiyah (345g)Gred 3 Madu Tualang Asli Safiyah (345g) Gred 1 Modal RM80.00 RM20.00 RM8.00 RM9.00 RM3.00 RM8.00 RM23.00 RM32.00 Harga Jual Rm150.00 RM55.00 RM25.00 RM25.00 RM15.00 RM49.00 Rm32.00 RM42.00

8.9 Strategi Jualan Strategi jualan yang telah dicadangkan adalah berbentuk pengiklanan berterusan dalam majalah, surat khabar, radio, TV, tapak expo dan pameran dan Seminar kesihatan . Melantik pengedar tunggal, negeri dan daerah dengan potongan harga yang berpatutan agar dapat memberi keuntungan kepada pengedar yang bakal menjadi nadi pengedaran utama sebagai rakan niaga setia. Menjalankan program amal bersama masyarakat, derma ikhlas, ceramah kesihatan dari masa ke semasa. Harga yang kompetatif, kualiti dan mutu produk serta pengurusan yang professional pasti dalam menjayakan strategi jualan ini nanti. 8.10 Ramalan Jualan Dengan strategi jualan yang padu dan jitu serta berterusan kami meramalkan peratusan peningkatan produk akan bertambah dan bertambah dari masa ke semasa dengan kuantiti yang boleh dibanggakan.

Anggaran sasaran jualan bulanan di antara 100,000 280,000 ribu botol sebulan. Memandangkan penduduk Malaysia yang terdiri dari pada 28.3 juta penduduk bancian pada 2010. Ini adalah merupakan 1% dari penduduk Malaysia sahaja. Di kluang sendiri penduduk adalah diantara 300,000 ribu orang. Sasaran jualan akan dipertingkat sehingga 10% - 20% pengemar setia produk safiyah dari penduduk Malaysia sebulan ( 2 juta 4 juta botol sebulan). Harapan kami produk ini juga dapat menenmbusi pasaran antarabangsa dengan mengeksport produk ini ke Negara jiran seperti singapura, Indonesia dan Brunei.

8.11 Risiko Kritikal Risiko Kritikal adalah sekiranya produk safiyah terputus bekalan sewaktu kemuncaknya. Ini pernah terjadi kepada syarikat pengeluar herba seperti HPA, maka kami berharap dengan penambahan modal, tenaga kerja dan staf pengurusan mampu menangani risiko ini di masa akan datang.

8.12 Perbelanjaan Pemasaran Pemasaran yang berterusan adalah kunci utama kejayaan sesebuah produk. Pengiklanan dalam radio, majalah, surat akhbar dan TV amat memberi impak kepada produk ini nanti. Maka perbelanjaan pemasaran dan pengiklanan akan ditingkat dari masa ke semasa mengikut keperluan dan kemampuan syarikat. Anggaran perbelanjaan adalah diantara RM10,000 RM100,000 sebulan dalam pengiklanan professional, pembukusan baru dan promosi.

9.0 PERANCANGAN OPERASI 9.1 Pentadbiran dan Premis

9.2 Carta Proses Aliran Kerja 9.3 Perbelanjaan Operasi

10.0 PERANCANGAN KEWANGAN 10.1 Kos Perlaksanaan Projek 10.2 Jadual Bayaran Semula Pembiayaan 10.3 Jadual Susutnilai Aset Tetap 10.4 Pro Forma Aliran Tunai Sebelum Pembiayaan 10.5 Pro Forma Aliran Tunai Selepas Pembiayaan 10.6 Penyata Pro Forma Aliran Tunai 3 Tahun 10.7 Pro Forma Penyata Pendapatan

10.8 Pro Forma Imbangan Duga

Anda mungkin juga menyukai