Anda di halaman 1dari 14

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PENYELIDIKAN TINDAKAN II


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 25 Mei 2010

Edisi Pelajar

PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PENYELIDIKAN TINDAKAN II PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
1.0 PENGENALAN Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian adalah satu program latihan perguruan praperkhidmatan untuk melatih bakal guru dalam pelbagai bidang khusus untuk pendidikan sekolah rendah. Kursus Penyelidikan Tindakan II dalam program ini adalah bertujuan melahirkan guru-guru yang mempunyai kemahiran dan keterampilan melaksana dan melaporkan Penyelidikan Tindakan sebagai wahana meningkatkan profesionalisme guru. Amalan Penyelidikan Tindakan dalam kalangan guru akan memberikan impak yang positif kepada perubahan yang terancang ke arah peningkatan amalan pedagogi dan inovasi dalam kalangan guru. Penyelidikan Tindakan juga boleh membina keupayaan intelek yang dapat membantu guru melihat proses pengajaran dan pembelajaran sebagai sesuatu yang dinamik dan berkembang sejajar dengan perkembangan ilmu keguruan dan pendidikan.

2.0 RASIONAL Proforma Kursus Penyelidikan Tindakan II PISMP memberikan penekanan khusus kepada usaha untuk melahirkan pelajar yang berkeupayaan dan berketrampilan mempraktikkan kemahiran penyelidikan yang diperolehi. Usaha bagi mengekalkan tahap penguasaan kemahiran dan pengetahuan perlu dinilai dari masa ke semasa secara sistematik. Penilaian Kerja Kursus adalah satu kaedah yang sesuai digunakan dalam usaha mengekalkan tahap dan pencapaian pelajar sepanjang pengajian di IPG. Justeru, Panduan Pentaksiran Penyelidikan Tindakan II ini disediakan sebagai satu garis panduan pelaksanaan dan pentaksiran Kerja Kursus berbentuk pelaksanaan kajian (amali) dan pelaporan bagi memastikan pelajar-pelajar mencapai tahap penguasaan kemahiran yang diperlukan dalam melaksanakan Penyelidikan Tindakan. Melalui panduan ini juga diharapkan, pentaksiran Penyelidikan Tindakan II dapat dilaksanakan dengan sistematik serta meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan pentaksiran tersebut.

3.0 OBJEKTIF PANDUAN PENTAKSIRAN PENYELIDIKAN TINDAKAN II 3.1 3.2 3.3 3.4 Menyeragamkan proses pentaksiran pelaksanaan dan pelaporan Penyelidikan Tindakan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Menyediakan instrumen pentaksiran pelaksanaan dan pelaporan Penyelidikan Tindakan Meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan pentaksiran yang dilaksanakan. Sebagai dokumen rujukan dan panduan dalam pengurusan pentaksiran dan penilaian, serta kawalan mutu dan keselamatan.

4.0

STRUKTUR PENTAKSIRAN Struktur Pentaksiran Penyelidikan Tindakan ll Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
KERJA KURSUS BIL KURSUS KOD KREDIT PEP PROJEK 1. Penyelidikan Tindakan Il Bahasa Melayu Pendidikan Rendah (Pelaksanaan dan Pelaporan) Penyelidikan Tindakan ll Bahasa Arab Pendidikan Rendah (Pelaksanaan dan Pelaporan) Penyelidikan Tindakan ll Bahasa Cina Pendidikan Rendah (Pelaksanaan dan Pelaporan) Penyelidikan Tindakan ll Bahasa Tamil Pendidikan Rendah (Pelaksanaan dan Pelaporan) Penyelidikan Tindakan ll Pendidikan Islam Pendidikan Rendah (Pelaksanaan dan Pelaporan) PEMBENTANGAN PELAPORAN CATATAN

BMM3115

3 (0+3)

30%

70%

2.

BAM3115

3 (0+3)

30%

70%

3.

BCN3115

3 (0+3)

30%

70%

4.

BTM3115

3 (0+3)

30%

70%

5.

PIM3115

3 (0+3)

30%

70%

KERJA KURSUS BIL KURSUS KOD KREDIT PEP PROJEK 6. Penyelidikan Tindakan ll Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah (Pelaksanaan dan Pelaporan) Penyelidikan Tindakan ll Pendidikan Prasekolah (Pelaksanaan dan Pelaporan) Penyelidikan Tindakan ll Pengajian Sosial Pendidikan Rendah (Pelaksanaan dan Pelaporan) Penyelidikan Tindakan ll Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah (Pelaksanaan dan Pelaporan) Penyelidikan Tindakan ll Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah (Pelaksanaan dan Pelaporan) Action Research l Primary Mathematics (Implementation and Reporting) Action Research l Primary Science (Implementation and Reporting) Penyelidikan Tindakan ll Reka Bentuk Teknologi - Pendidikan Rendah (Pelaksanaan dan Pelaporan) Penyelidikan Tindakan ll Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah (Kaedah) Penyelidikan Tindakan ll Pendidikan Khas Masalah Pendengaran Pendidikan Rendah (Pelaksanaan dan Pelaporan) (Pelaksanaan dan Pelaporan) Penyelidikan Tindakan ll Pendidikan PEMBENTANGAN PELAPORAN CATATAN

PJM3119

3 (0+3)

30%

70%

7.

PRA3115

3 (0+3)

30%

70%

8.

PSS3115

3 (0+3)

30%

70%

9.

PSV3115

3 (0+3)

30%

70%

10.

MZU3124

3 (0+3)

30%

70%

11.

MTE3115

3 (0+3)

30%

70%

12.

SCE3115

3 (0+3)

30%

70%

13.

RBT3115

3 (0+3)

30%

70%

14.

PKB3115

3 (0+3)

30%

70%

15.

PKD3115

3 (0+3)

30%

70%

16.

PKL3115

3 (0+3)

30%

70%

KERJA KURSUS BIL KURSUS Khas Masalah Penglihatan Pendidikan Rendah (Pelaksanaan dan Pelaporan) 17. Penyelidikan Tindakan ll Pendidikan Khas Masalah Pemulihan (Pelaksanaan dan Pelaporan) KOD KREDIT PEP PROJEK PEMBENTANGAN PELAPORAN CATATAN

PKP3115

3 (0+3)

30%

70%

Jadual I : Kursus-kursus yang melibatkan pentaksiran Penyelidikan Tindakan ll

5.0

PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PENYELIDIKAN TINDAKAN ll 5.1 Panduan pelaksanaan pentaksiran Penyelidikan Tindakan ll ini digunapakai untuk semua kursus major berdasarkan hasil pembelajaran yang terkandung dalam proforma kursus major. Sehubungan itu guru pelatih perlu mengaitkan fokus kajian mereka kepada major masing-masing. Kerja Kursus bagi Kursus Penyelidikan Tindakan Il ini telah diselaraskan bentuk dan format penulisan laporan dan pembentangan Penyelidikan Tindakan untuk semua kursus major. Seorang pensyarah (Penyelia) membimbing dan menilai sekumpulan pelajar antara 1 hingga 5 orang guru pelatih. Sebaiknya membimbing guru pelatih yang sama semasa Penyelidikan Tindakan l.

5.2 5.3

6.0

PROSEDUR PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PENYELIDIKAN TINDAKAN ll 6.1 6.2 6.3 6.4 Dua orang Pensyarah Penilai yang dilantik oleh pengarah IPG untuk menilai pembentangan Penyelidikan Tindakan pelajar bagi setiap sesi penilaian pembentangan. Penilaian menggunakan skala pemarkahan seperti yang ditetapkan dalam rubrik pemarkahan kursus yang berkenaan Markah dari setiap aspek yang dinilai hendaklah digabungkan dalam satu borang rumusan. Pengiraan markah akhir dalam borang rumusan adalah berasaskan kiraan peratus.

7.0

PANDUAN FORMAT PENULISAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN


Nama penyelidik Nama Institusi / Sekolah Isi Kandungan 1.0 PENDAHULUAN Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu / Refleksi sorotan Litratur 2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN 3.0 4.0 Tinjauan Masalah Analisis Tinjauan Masalah

OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN KUMPULAN SASARAN

5.0

TINDAKAN 5.1 5.2 Prosedur Tindakan Cara Mengumpul Data

6.0 7.0 8.0

ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA DAPATAN CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA


Senarai Rujukan Lampiran

8.0 8.1

SPESIFIKASI PENTAKSIRAN PENYELIDIKAN TINDAKAN ll PELAPORAN BIL 1 BENTUK TUGASAN PELAPORAN KRITERIA PENTAKSIRAN 1.0 PENDAHULUAN Refleksi pengalaman yang lalu / Refleksi Sorotan Literatur MARKAH 5 PETUNJUK PRESTASI Menghurai pengalaman P&P yang berkaitan dengan fokus kajian amat jelas Menilai kembali pengalaman P&P yang berkaitan dengan fokus amat berkesan Membincangkan secara mendalam andaian, nilai dan kepercayaan terhadap P&P dalam refleksi pengalaman P&P Membincangkan secara amat terperinci jurang antara nilai dan kepercayaan yang dipegang dengan amalan P&P yang dilaksanakan 2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN Tinjauan Masalah Analisis Tinjauan Masalah 20 Mengenal pasti dan menghuraikan isu keprihatinan yang berkait dengan pengalaman pengkaji dan relevan kepada keperluan murid dengan amat baik dan jelas Dapat menilai pemilihan fokus berdasarkan kriteria berikut: Kebolehtadbiran Kepentingan WAJARAN 70%

BIL

BENTUK TUGASAN

KRITERIA PENTAKSIRAN

MARKAH

PETUNJUK PRESTASI Kebolehgunaan kawalan kolaborasi kerelevanan kepada sekolah

WAJARAN

Menyatakan fokus kajian dan peluang penambahbaikan dengan amat jelas Menghuraikan cara pengumpulan data awal untuk membuktikan masalah / isu wujud secara amat terperinci Pernyataan objektif kajian tindakan dapat dinyatakan dengan amat jelas 3 perkara berikut fokus tindakan pencapaian tindakan Soalan kajian amat relevan dengan objektif kajian 4.0 KUMPULAN SASARAN 5 Memerihalkan ciri-ciri responden secara amat terperinci bilangan jantina nama kelas/jawatan prestasi akademik

3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN

BIL

BENTUK TUGASAN

KRITERIA PENTAKSIRAN 5.0 TINDAKAN 5.1 Prosedur Tindakan

MARKAH 5

PETUNJUK PRESTASI ciri-ciri unik yang lain Memperincikan langkahlangkah/aktiviti tindakan (P&P) dengan amat jelas Memberi rasional terhadap tindakan yang dicadangkan dengan amat jelas

WAJARAN

5.2 Cara Mengumpul Data

Kaedah pengumpulan data yang amat sesuai untuk menjawab soalan kajian tindakan Instrumen kajian tindakan dijelaskan dengan amat terperinci dan dilampirkan

6.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

10

Kaedah analisis data amat sesuai bagi data yang dikumpul Analisis data telah dijelaskan dengan amat baik Menginterpretasi semua data dengan amat lengkap

7.0 DAPATAN

Dapatan kajian yang dilaporkan amat sesuai dengan soalan kajian . Menghubungkaitkan kajian lepas dengan dapatan kajian secara amat jelas

8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Dapat menilai tindakan yang diambil secara kritis

BIL

BENTUK TUGASAN

KRITERIA PENTAKSIRAN

MARKAH

PETUNJUK PRESTASI
Cadangan untuk kajian lanjutan dibincangkan dengan amat jelas.

WAJARAN

9.0 PENGOLAHAN/ KEJELASAN PENULISAN

20

Kesemua isi telah diolah dengan amat baik Urutan idea yang teratur Penggunaan bahasa amat sesuai dengan penulisan ilmiah Unsur refleksi amat jelas

10.0 SENARAI RUJUKAN

10

Menyenaraikan lebih daripada 10 rujukan yang berkaitan Penulisan rujukan adalah konsisten dengan gaya rujukan American Psychological Association (APA) Semua rujukan yang digunakan amat relevan dan berkredibiliti

2.

SIKAP DAN SAHSIAH

Menunjukkan tindakbalas yang amat positif terhadap komen atau kritikan. Menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menyelesaikan tugasan.
Menunjukkan tahap penglibatan yang cemerlang.

JUMLAH

100

8.2 BIL 1

PEMBENTANGAN BENTUK TUGASAN PEMBENTANGAN KRITERIA PENTAKSIRAN 1.0 Penyampaian 30%


Pengkaji berkomunikasi secara berkesan

MARKAH

PETUNJUK PRESTASI

WAJARAN

20

Membentangkan hasil kajian dengan amat jelas dan yakin Nada yang amat sesuai. Penggunaan bahasa yang tepat dan menarik. Fokus kajian sangat jelas. Menyokong dapatan dengan bukti yang amat tepat. Bukti dari pelbagai sumber Penggunaan media sangat berkesan

2.0

Pengolahan Pembentangan
Pengkaji menunjukkan pengolahan secara teratur

30

Memperkenalkan topik secara amat jelas dan kreatif. Isi-isi disusun secara koheren. Membuat kesimpulan yang amat baik berasaskan bukti. Fokus kajian sangat jelas.

3.0 Isi Kandungan


Menerang & menjelaskan dapatan kajian

25

Menyokong dapatan dengan bukti yang amat tepat. Bukti dari pelbagai sumber

BIL

BENTUK TUGASAN

KRITERIA PENTAKSIRAN 4.0 Soal Jawab


Soalan penilai hanya berhubung dengan kajian yang dilaksanakan

MARKAH 20

PETUNJUK PRESTASI
Menjawab soalan dengan amat jelas Berpengetahuan yang sangat baik dalam kajian yang dibentang

WAJARAN

2.

SIKAP DAN SAHSIAH

Menepati masa Penampilan diri yang sangat menarik. Sangat yakin

JUMLAH

100

9.0

SYARAT LULUS PENTAKSIRAN PELAKSANAAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 9.1 Pelajar lulus 9.1.1 9.1.2 Kehadiran 100% dalam pengajaran dan pembelajaran Pelajar wajib menghasilkan pelaporan Penyelidikan Tindakan dan membentangkan dengan lengkap mengikut format dan kriteria yang ditetapkan Mencapai markah keseluruhan sekurang-kurangnya 40%

9.1.3

9.2

Pelajar Gagal 9.2.1 Tidak melengkap dan menyempurnakan pelaporan dan pembentangan Penyelidikan Tindakan

9.2.2 Tidak mencapai markah 40% ke atas 9.2.3 Pelajar yang tidak melengkap dan menyempurnakan pelaporan dan pembentangan Penyelidikan Tindakan dikehendaki mengulang. 9.2.4 Pelajar dikehendaki mengulang pentaksiran tersebut pada tarikh yang ditetapkan. 9.2.5 Pelajar yang lulus pentaksiran ulangan hanya diberi gred lulus sahaja.

10.0 KAWALAN KESELAMATAN 10.1 Kawalan Mutu 10.1.1 Pentaksiran Kerja Kursus ini wajib dimoderasikan 10.1.2. Pentaksiran kerja kursus ini hendaklah menggunakan instrumen yang telah disediakan. 10.1.3 Pemantauan akan dilakukan oleh pihak Bahagian Pendidikan Guru dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklum balas tentang pentaksiran yang dilaksanakan

10.2

Pengurusan Keselamatan Dokumen 10.2.1 10.2.2 10.2.3 Maklumat dan data tentang seseorang pelajar adalah dokumen terhad. Instrumen pentaksiran yang digunakan oleh pensyarah adalah dokumen terhad. Instrumen, maklumat dan data hendaklah diuruskan oleh Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian IPG.

Anda mungkin juga menyukai